Kalau sekadar menyertai pertandingan, bayar yuran pendaftaran, dapatkan keputusan perlawanan dan akhiri pertandingan, ianya adalah tidak lebih dari satu sejarah bagi diri. Sejarah dinilai sebagai memori, jika ianya buruk memadai di'delete' saja dari ingatan. Dan jika dihuraikan dalam bentuk sirah maka kekecewaan itu jadi suatu nikmat yang sangat bermakna.
Skill sebelum pertandingan
Bohong jika mengatakan seseorang tidak 'prepare' untuk duduk dalam pertandingan. Peserta sekurang-kurangnya mesti memikirkan intensif bagaimana untuk tewaskan musuhnya. Termasuk perang psikologi sama ada meluahkan kehebatan atau memutuskan untuk menyembunyikan. Persediaan disini tergolong dalam strategi bagi mengawal keyakinan dengan harapan dapat meredakan tekanan diri mahupun musuhnya. Pemain hebat akan memulakan langkah kejayaannya disini.
"Aku akan menang dan hang akan kalah"
"Tak guna bercakap banyak"
"Kita akan tau siapa yang lebih hebat nanti" Inilah 'statement' biasa sebelum perlawanan malah menyembunyikan latihan sekalipun merupakan sebahagian dari strategi.
Sukakan persaingan
Rata-rata peserta hadir dengan sifat inginkan persaingan. Ini baik untuk menilai setakat mana keupayaan diri dari segi fizikal dan mental. Tidak guna jika dilatih fizikal sahaja tanpa kekuatan mental. Inilah bekalan yang cukup penting.
"Lawan tetap lawan!" Mungkin moto paling relevan buat peserta.
Infaq vs minat
Untuk menyertai sebuah pertandingan biasanya peserta perlu membayar penyertaannya. Tanpa semangat dan minat, murah sekalipun seseorang tidak akan sanggup membelanjakan duitnya. Pemain yang baik, dia tidak mempedulikan apa harta yang telah dikeluarkan semata-mata mencapai hajatnya. Inilah semangat infaq. Satu 'mood' yang sangat baik bagi memotivasi diri. Sebuah pasukan perang mungkin menagih semangat begini pada tenteranya.
"Aku keluarkan duit untuk menang"
Gemuruh pertandingan
Suasana latihan biasa amatlah berbeza dengan saat pertandingan berlangsung. Disebabkan takut kalah, merendah diri dan berhati-hati, kalau tidak di'control' dengan baik boleh menghadirkan tekanan buat pemain. Ditambah pula tekanan dari penonton fanatik. Inilah gemuruh perlawanan yang mampu menjadi musuh kepada persembahan kita.
"Fuhh! Apasal mengeletar satu badan ni.."
Walaupun hebat ketika latihan, suasana pertandingan mampu menjadi pemusnah. Siapa tahu inilah nikmat istimewa dianugerah buat pemain dan ada yang merindui saat ini.
Menerima kekalahan
Ada tapi jarang sekali pemain berlawan untuk kalah. Sekurang-kurangnya lawan dulu. Kerana ianya sangat berkait dengan harga diri. Dan kalah itu ditafsir berbeza. Ada orang sudah me'menang'kan diri sekadar dengan menyertai pertandingan. Ramai yang tak mahu diisytihar kalah sebelum bertanding. Hakikat menang atau kalah itulah maksud perlawanan yang terpaksa ditelan. Dan siapa berjaya mengatasinya, dia mencecah semangat kesukanan yang tinggi.
Mengekal rentak kemenangan
Menang miliki tafsirannya. Kemuncak kemenangan semestinya saat menjuarai kejohanan itu.
"Aku juara kali ini.."
Bergelar juara bererti ia menanggung beban untuk mempertahankannya. Awas! kekalahan itu lebih tinggi motivasinya.
Bedah siasat
Bagi pihak penganjur, bermulanya hari pertandingan merupakan detik kehebatan bagi mereka apatahlagi jika semuanya tamat. Pasukan penganjur mesti mempunyai keazaman tinggi untuk melihat kejohanan berstatus seperti diharapkan. Bukan sahaja peserta, banyak orang akan menaruh harapan tinggi buat mereka.
"Apa ni 'referee'!!". Pengadil merupakan sudut paling popular ketika kejohanan. Penganjur perlu berusaha mengecilkan kesilapan. Makin kecil, makin manis kejayaan itu. Anggaplah segalanya belum berakhir disini. Bangun kembali untuk memberi persembahan yang lebih baik.
Ukhuwah
Komunikasi antara pemain, penganjur dan penonton tanpa disedari mewujudkan suasana ukhuwah yang sangat luar biasa. Melalui semangat berpasukan yang terbentuk, silaturrahim itu bakal menjadi rahmat buat semua. Jika diteliti secara halus, kejayaan, kelemahan dan kesilapan itu sebenarnya adalah milik semua sifatnya.
Kalau gagal menilai sirah perlawanan, bererti kemenangan sebenar akan gagal dinikmati. Adalah saat yang hebat bagi seseorang yang usahakan dirinya untuk berada dalam kejohanan dalam apa gaya sekalipun. Dan usah biarkan momen perlawanan itu menjadi sejarah ringkas dalam hidup.
Nota Pakndak : Ucapan terima kasih buat semua yang terlibat menjayakan kejohanan Ping-pong Liga Sidang Senduk yang julung-julung kali diadakan pada 17 dan 18 Mac 2012. Buat penganjuran yang hebat, peserta yang bersungguh-sungguh dan penonton yang sangat fanatik. Satu tepukan untuk diri-sendiri..
No comments:
Post a Comment