Bukanlah kali pertama Tun Mahathir berangan menjadi 'ahli tafsir', malah sepanjang memegang jawatan No 1 di Malaysia telah berpuluh 'fatwa' kontroversi telah dikeluarkan olehnya yang terbukti angan-angannya tak berasas.
Muslim patut sedar, Mahathir bukanlah kategori ahli yang layak bab agama (4thanawi sekurang-kurangnya). Dia bukan Ustaz. Ustaz yang beri kenyataan salah adalah mengelirukan tapi yang bukan ahli salah cakap, dia sudah berbohong sebenarnya. Dan kenyataan Mahathir layaknya hanya dibungkus dan dicampakkan saja didalam tong sampah sebelum diangkut dan terus dilupuskan.
Masalahnya, setelah meninggalkan kerusi PM, Mahathir memiliki 'Fan-Club' tersendiri yang terasuh sekian lama. Meninggalkan pengikutnya yang ramai dan fanatik. Mahathir MEMBÉLA orang miskin yang menyokongnya dan MENGAWAL sebaliknya.
'Hujah' terkini Mahathir menafikan syariat hudud serta memperlekehkan status ahli Feqah bukan lagi tersilap kata. Jelas seterang-terangnya Mahathir berkata-kata mengikut kelemahan hawa nafsunya. Dan Mahathir sememangnya berniat jahat melalui mulut 'islamik'nya itu dulu, kini dan mungkin selamanya. Orang filem menggelar pelakon seperti Mahathir ini sebagai 'versatile'. Dia mencipta acuan fantasinya sendiri. Dia mungkin berjaya membuai minda rakyat dengan idea pemodenannya.
Saudagar mimpi
Mahathir tidak menunggu lama untuk menjajah selepas menaiki takhta utama. Melalui aksi pertama, Mahathir me'megah'kan orang Malaysia dengan membina jambatan ketiga terpanjang didunia, Jambatan Pulau Pinang (1982). Satu projek mega yang tak terfikir diminda rakyat waktu itu. Belum pun siap jambatan dibina, belum sempat rakyat mengembang bangga, Mahathir membuat pulak kereta pertama bergelar 'proton saga' (1983).
Mahathir kemudian membuat rakyat bermimpi tinggi dengan membina menara Kuala Lumpur (1991). Menara Kuala Lumpur adalah yang keenam tertinggi didunia. Seterusnya lena rakyat terus berada dipuncak apabila Menara Berkembar Petronas setinggi 429 meter diusahakan. Menara berkembar tertinggi didunia ini dibina pada tahun 1991.
Keindahan mimpi rakyat dibelai lagi dengan terbinanya Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (1992) diikuti Litar F1, projek LRT dan Multimedia Super Corridor Putrajaya. Kalau sebegini indah mimpinya, lena rakyat barangkali bersambung-sambung.
Projek-projek 'ultra' Raksasa diatas tanpa disedari menelan duit rakyat berjumlah ratusan BILLION!!. Tidak termasuk lain-lain projek mega. Dan langsung jauh dari manfaat buat rakyat.
Untuk keselamatan diri
Bagi memelihara singgahsananya, Tun Mahathir sanggup memancung siapa sahaja yang beragenda untuk menggugatnya. Mahathir memanipulasikan sepenuhnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk tujuan diatas. Sama ada lawan mahupun kawan. Atas alasan keselamatan beliau akan menggugut, menangkap dan memenjara musuh-musuh beliau.
Melalui akta ini juga Mahathir berusaha 'mengontrol' dan menghadkan minda Umat Islam DiMalaysia. Modus operandinya supaya muslim tak terlalu 'ekstrim' dalam mengerjakan ibadah. Mahathir telah menukar Cuti Umum daripada Jumaat kepada Ahad, melarang Ulama yang cuba menegur pentadbiran negara dan menghentikan bantuan buat sekolah Agama Rakyat. Pada era Mahathir juga masyhur dengan isu ulama 'digam' dari muncul di kaca TV. Atas alasan keganasan, Mahathir menggunakan idea ISA (Islam Security Act) bagi menangkap siapa sahaja dan disimpan dalam Kem Tahanan dikamunting tanpa bicara.
Kebebasan berfikir rakyat dikawal sepenuhnya melalui Akta Mesin Cetak dan Akta Kolej dan Universiti (AUKU). Media cetak milik pembangkang beberapa kali diganggu oleh 'permit' khas dengan syarat ketat. Mahathir memaksa rakyat menelaah TV dan suratkhabar milik kerajaan sahaja. Sementara AUKU digunakan untuk menggugut kebebasan akafemik pelajar disebalik istilah 'terlampau'.
Mahathir mahu rakyat terus menerus dilamun bangga dan memiliki 'kemalaysiaan' tinggi. Beliau mahu rakyat terutama orang miskin 'bijak' berbangga sehingga kepada melihat kereta besar Si Kaya sekalipun. Mahathir pandai menutup sisi jahat. Beliau mengajak rakyat endahkan saja kezaliman yang dibuat kepada ulama dan Islam khususnya (Mahathir menyerang tempat pengajian ilmu dan membunuh Ustaz Ibrahim dan Mahmud dan anak muridnya, Memali 1987).
Islam betul-betul dibuat Mahathir sebagai 'Agama Rasmi. Ingat!! Mahathir sanggup buat APA SAJA bagi memastikan tiada 'pengganas Islam' di Malaysia. Oleh sebab itu, tiada satu pun ucapan Mahathir yang menyokong pelaksanaan hudud. Dan Mahathir dan penasihat-penasihatnya tau PADAH kalau membiarkan rakyat 'terlampau' bijak dan 'terlampau' Islam. Sehingga hari ni, Mahathir dalam usia lanjutnya masih lagi kuat 'bekerja'. Jika disusun salah laku Mahathir, tidak mustahil kita mampu melihat satu lagi mercu tanda lebih tinggi dari yang sedia ada..
** "Mahathir kalau boleh, dia nak tarik matahari!!.., Sebab tak boleh matahari, ditariknya Jam" (Ustaz Ibrahim, Kuliah Maghrib Surau Assomadiyah, 2.3.12)
*Nota pakndak : Aku masih mengenang warna-warni KLCC ketika saat-saat pembukaannya dilancarkan. Tiap-tiap malam kami akan menikmati persiapan sambutan sambil bersidai di koridor. Disebabkan dekat, kami boleh melihat KLCC walaupun dari atas katil dibilik..
Fakta-fakta tahun dirujuk dari Wikipedia.bahas.melayu.com.
No comments:
Post a Comment