VOCALIST

Thursday, March 15, 2012

SENARIO PENDIDIKAN

Suatu waktu dulu, kita seperti berada teguh dilandasan..

Episod dulu :

Awang (bukan nama sebenar) mengadu kepada ibu bapanya dia dipukul oleh guru di sekolah "Apa yang Awang buat disekolah tadi? Lawan cakap cikgu? Ponteng kelas? Tak buat 'home work'?." Belum sempat Awang menjawab. "Piiapp!!" Rotan sebesar jari kelingking singgah dibelakangnya..

"Aduhh!" Awang menyimpan saja kesakitannya dalam hati. Awang bencikan provokasi. Untuk mengelak sesuatu yang lebih buruk berlaku.

Awang pun berkali-kali memikir nasib mendatang jika kesilapan sama beliau lakukan. Awang bukan saja telah dipukul oleh gurunya malah dapat pulak 'nasi tambah' dirumah. Lebih teruk, telinga saja diusik gurunya berbanding risiko rotan atau tali pinggang bapanya diterima. Awang pun berazam memperbaiki kesilapannya yang lalu.

"Cikgu.. Tolong tengok-tengokkan anak saya? Kalau 'buas' sangat, pukul.." Inilah 'lesen' khas yang dimiliki guru Si Awang. Kontrak khas yang dimeterai bapanya dan pihak sekolah dulu.

Awang pun berfikir dan terus berfikir. Penyelesaian bagaimanakah yang dia perlukan. Awang perlu membuat pilihan yang jelas.

Sehinggalah senarionya tiba-tiba berubah..

Episod kini :

Dalam keadaan bahagian muka dan sedikit luka ditangan, Awang pun masuk ke muka pintu rumahnya. Belum sempat Awang mengadu..

"Apa dah jadi kepada pipi kamu Awang? Siapa pukul kamu?!!.. Tak boleh jadi ni!!"

Belum pun sempat Awang memberikan penjelasan, dengan keadaan gelisah, En Abu menghidupkan kenderaan pacuan 4 rodanya terus ke sekolah Awang tidak jauh dari rumah mereka.

"Minah! Kamu tengok-tengokkan Awang dirumah.."

Di sekolah, Encik Abu (bukan nama sebenar) terus meluru masuk bilik guru besar. Kebetulan guru besar sedang berkemas-kemas untuk pulang kerumahnya.

"Encik kena siasat siapa yang memukul anak saya! Encik mesti ambil tindakan segera sebelum laporan polis dibuat!!"
Tegas Encik Abu sambil menghentak-hentak meja guru besar. Encik Abu mahu guru besar sedar akan 'tanggungjawab dan perihatin' beliau untuk perkembangan sekolah anaknya.

Awang pun mula sedar tabiat bapanya dan dia kini semakin 'kebal'. Dia juga memikirkan langkah seterusnya. Awang pasti membuat tindakan susulan.

..Bersambung..

Melalui kedua-dua senario diatas jelas wujud perbezaan diantaranya. Apa yang patut difikirkan ialah bila titik ubahnya dan insan berkuasa mana yang begitu kreatif mengusahakan perubahan 'inovasi' tersebut. Ini kerana sebarang perubahan dalam didikan berupaya memberi kesan kepada pembentukan generasi.

Memang perubahan itu perlu tapi biarlah kearah kebaikan. Kalau seperti menarik bantuan per-kapita sekolah agama rakyat contohnya, itu sudah dianggap zalim buat sistem pendidikan.

Kalau sesuatu generasi itu rosak, maka generasi berikut pasti lebih rosak. Kita patut sama-sama memikirkannya.

Nota pakndak : Terkenang krisis yang berlaku sekitar awal 90-an bila Sekolah Agama Rakyat Batu 8 telah ditarik bantuan per-kapitanya. Krisis yang telah memberi kesan buat staf dan penduduk sekitar. Kakitangannya bertahan berbulan-bulan tanpa gaji. Keyakinan ibubapa semakin kurang. Institusi Sekolah Agama Rakyat pula telah menanggung persepsi buruk dari masyarakat. Adakah benar alasan wujudnya 'pengganas' itu.?

No comments:

Post a Comment