VOCALIST

Monday, March 12, 2012

KEHANGATAN PING-PONG KEMBALI KE SENDUK

Suatu waktu dulu, sukan ping-pong begitu popular di Wilayah Senduk. Hasil minat mendalam terhadap sukan tersebut, beberapa budak muda ketika itu telah mengambil inisiatif sendiri untuk mewujudkan meja ping-pong melalui kreativiti mereka.

Papan 'plywood' telah digunakan bagi membentuk sebuah meja ping-pong yang bagi mereka yang terbaik pernah dibuat walaupun jauh dari spesifikasi Dunia. Majoriti 'player' waktu ini cukup berpuashati dengan binaan mereka. Dan hasilnya, ramai produk-produk melalui idea tersebut telah mencipta nama mereka tersendiri. Permainan tersebut kekal bertahun lamanya sehinggalah berkubur juga setelah kehilangan generasi muda kreatif itu.

Kini setelah berpuluh-puluh tahun menyepi, kehangatan sukan ping-pong kembali memanaskan arena sukan kampung. Pada hari Khamis (8.3.12), hasil usaha budak-budak generasi berikutnya, satu 'set' sukan tersebut telah dimiliki dengan jayanya.

Budak-budak Senduk tidak perlu menunggu lama, pada malam itu juga mereka 'mempergunakan' permainan tersebut yang sekarang kehebatannya dikuasai oleh pemain-pemain dari China.

Terimakasih diucapkan kepada semua budak-budak tadi atas usaha 'fantastik' mereka. Tidak dilupa kepada En Rozi Aris kerana sudi merelakan penggunaan lori kateringnya untuk usaha 'transport' meja dari kedai sukan Nilai di Taiping.

Nilai harga segala kelengkapan sukan ping-pong semahal RM500 tersebut adalah sangat-sangat berbaloi jika dengannya dapat memberi keseronokan maksima buat mereka. Tiada 'brand' Nitakku atau Butterfly setakat ini. Yang pasti, kini Budak Muda Senduk memiliki sebuah kelengkapan ping-pong yang Sah..

Nota pakndak ; Sumber-sumber rapat memberitahu, Liga Ping-pong akan diadakan dalam waktu terdekat..

No comments:

Post a Comment