Bila menyebut mengenai 'korupsi', maksud yang paling hampir ialah seleweng. Apa saja bentuk seleweng termasuk rasuah, seludup, bohong, makan harta rakyat dan tidak amanah adalah dikira zalim. Dan Allah dan RasulNya sangat benci perkara zalim.
Biasanya jenayah ini dikaitkan dengan nilai harta dan wang dan sangat mesra dengan pemimpin negara. Geng-geng ini digelar pengkorup atau 'corruptor'. Adanya 'corruptor' maka wujudlah mangsa yang kebanyakannya orang miskin.
Korupsi juga boleh dipakai untuk kondisi lain. Guru abai tanggungjawab boleh juga dikira korup. Hakim yang tidak berlaku adil juga korup. Melanggar disiplin solat (jenayah) juga korup (apalagi tinggalkan solat). Mereka ini adalah hasil daripada salah laku minda yang korup.
Minda yang korup dibentuk oleh pelbagai jenis sebaran umum seperti propaganda tv dan bahan bacaan yang tidak sepatutnya. Sebaran ini menyenakkan otak sehingga minda gagal berfungsi seadilnya. Sama ada sengaja atau tidak, TV di Malaysia dibanjiri filem seram dan seksi, program realiti, rancangan gosip serta siaran nyanyian yang mempengaruhi kekorupan minda. Ditambah dengan macam-macam bahan bacaan bergenre cinta, seram dan separuh lucah atau mangga. Bahan-bahan ini berjaya men'sibuk'kan manusia dari berfikir perkara yang wajar dan sihat.
Kes 1 : Seorang wanita melayu menjadikan URTV sebagai bahan bacaannya. URTV adalah sebuah majalah berita artis dan gosip serta diselit gambar-gambar seksi.
Bacalah bahan bacaan yang merangsang keupayaan berfikir sebenar seperti buku dan artikel agama. Tontonlah program-program TV yang baik-baik. Al-Quran adalah satu contoh bacaan yang sangat baik. Al-Quran kaya dengan peringatan menarik, nasihat yang lembut dan bahasa yang sangat indah.
Kes 2 : Seorang perempuan non-muslim mempromosikan majalah Solusi. "ini majalah sangat bagus dibaca.."
Minda korup menjadi bukti seseorang itu gagal menunaikan perintah Allah seperti diamanahkan. 'Corruptor' diketuai Iblis Lakanatullah berjaya mempengaruhi minda manusia supaya berfikir secara tidak sihat. Dan tanpa disedari, orang berminda seumpama ini menjadi punca segala bentuk korup didunia seterusnya menzalimi penghuninya..
No comments:
Post a Comment