VOCALIST

Thursday, March 29, 2012

MUNAJAT BUDAK MUDA

Sejak dulu Gerakan Islam seantero dunia dihimpit tekanan hebat puak-puak musuh dikepalai Yahudi dan Nasara. Hingga kini Gerakan Islam masih diserang dari segenap sudut. Pendokongnya dihina, dikeji, diherdik, dipukul, dikurung dan paling zalim dibunuh dengan kejam.

Dan musuh-musuh memperalatkan segala bentuk medium sama ada teknologi senjata atau teknologi massa (TV, Paper) untuk misi mereka. Seperti yang kita maklum, modus operandi serangan ini semata-mata untuk menghapuskan Risalah Benar yang asalnya diamanahkan Allah buat Nabi Muhammad SAW.

Setelah kewafatan Rasulullah SAW, sasaran kini jatuh kepada Ulama dan pejuang-pejuang gerakan Islam. Caranya ialah dengan menghilangkan pendirian teguh (istiqamah) dari pejuang-pejuang Islam tadi.

Apa yang perlu ditanam buat pejuang-pejuang gerakan Islam ialah, keyakinan bahawa Allah menjanjikan kemenangan yang pasti buat mereka nanti serta bersabarlah. Walaupun ternyata kekurangan dari sudut kekuatan namun umat Islam mempunyai senjata yang tidak mampu dilawan musuh iaitu doa dan munajat.

Malam ini akan berlangsung Solat Hajat dan Munajat Perdana Budak Muda Senduk di Surau Assomadiyah. Dengan harapan Allah anugerahkan kekuatan dan istiqamah untuk kami kekal duduk bersama jemaah perjuangan Islam. Semoga Allah meletakkan usaha sekecil ini dengan nilaian yang baik. Kami juga ingin menjadi sebahagian daripada perjuangan disaat Islam mencapai kemenangan kelak..


No comments:

Post a Comment