VOCALIST

Tuesday, July 20, 2010

SUNGAI SENDUK


Aku terjun ke sungai dulu ondaway dari korek lubang pokok getah di tanah kebun aku. Aku tinggalkan ayah aku. Dah lama idamkan saat ni. Dengan seluar dan t-shirt berselut sekali berendam kat dalam. Dari tepi jalan masih nampak alur anak sungai walaupun bahu sungai dah disemak paku-pakis dan daun keladi. Ada pokok yang mirip pokok tebu tu..pokok tebarau kot..
Seingat aku dulu ada 2, 3 'port' jugak jadi base terjun kami budak-budak kampung. Satu kat titi tinggi atau retak lama dan dari rumah aku ada jalan kecik melalui perenggan pakngah Muid dan pakcik Awang. Dah berkubur dah lorong tu. Dan satu lagi titi kat area kebun cikgu Mat tu kira tapak baru la. La ni dibina jalan dan titi baru. Ada satu lagi kat empang tapi la ni dah pecah..Orang tua-tua tak berapa galakkan mandi situ tambah-tambah masa air naik.

Sungguh la hujan tu rahmat. Air sungai mesti 'hapuih' ni. Kami dah tak plan apa lagi. Sedar-sedar geng semua dah berkumpul kat sungai dengan seragam biasa bogel dan separuh bogel. Haha..bila 'anak dara' lalu kalut semua pi nyorok bawah titi, malu tapi mulut berpeewiitt..haha..
Terimakasih aku ucapkan pada arwah Cu Mi (Alfatihah) pasal meningkatkan tahap motivasi renang aku. Aku masa tu kira amatur lagi. Masa lepas terjun dari titi tu. Aku sedar ada tangan tolak kepala aku. Bercawan-cawan jugak air sungai aku minum. Aku tau Cu Mi yang tekan kepala aku sebab sebelum tu tengok semacam gaya renang dia. Waktu ni la jugak jam yang aku baru beli kat 'Kathad' hilang.
Bila sungai cangkat, kami tukar program kami kepada menembak ikan, main selut (pesta selut yang mat saleh dok buat tu kami dah buat lama dah, dah lapuk) dan sauk udang kapal.Ada sebarau, terbo, kenjing, haruan dan memacam. Aku tak minat sangat mengail, aku dah try bagi minat tapi tak jadi jugak. Sekali tu aku pernah tahan kail kat sungai perenggan tanah aku, pagi pasang, petang aku tengok ada macam berkuak ikan tapi aku cek kail aku punya kosong sekali dengan cacing pun dah dimakan..Sekali kat kail orang lain punya la, balik sana sungai..Uiit..ikan haruan besar, aku ambik ikan tu aku bawak balik uruh mak buat masak cabai..Sori dan mintak izin la tuan kail sampai la ni tak ketemu pemiliknya..Tapi awas!! Kalau ada bewok riang..lariiii..
Ayah aku (sinonim Paknjang) dulu sangat garang. Kalau dia lalu kat sungai maka berselerak la budak lari. Tapi kemana pun nak lari, malam satgi jumpak balik dia kat rumah aku masa ngaji. Aku pun tak terkecuali di bedainya. pernah aku lari terus ke semak belakang rumah dalam keadaan hampir bogel setelah diambush tiba-tiba. Takut sangat waktu tu. Yala..sapa suruh tak pi sekolah petang..Balik sekolah Bendang Siam dah terjun..
Aku tak pernah siasat pulak punca sungai Senduk ni kat mana tapi aku rasa mesti dari Bukit Gantang. Ada tiga kampung di Hulu, Tengah Dan Hilir ambil nama sungai ni jadi nama masing-masing. Mak aku kata dulu sultan pernah berenti berkelah kat sungai ni dan masa dia nak cedok nasi, senduk yang dia pakai tu terjatuh kat dalam sungai dan akhirnya nama sungai diberi. Issh..macam klise dengan cerita Melaka dan Parameswara ja..Sampai sekarang tak jumpak senduk tu..hehe..Barangsiapa yang menjumpai senduk tersebut sultan akan bagi kurnia..
La ni aku pun tak pegi perati ada ka budak-budak dok berpesta macam kami dulu. Tapi kalau aku tangkap ada budak buang plastik eskrem, plasti kopok kat dalam sungai, aku suruh dia terjun cari balik plastik tu..
Amaran keras!! tolong jangan buang plastik..

Thursday, July 15, 2010

BEBAN DAN BEBAL KENAIKAN

Hangpa tak rasa macam mana aku lalui. Tau nak marah saja. Sikit-sikit nak demo. Aku takdak duit, aku jual la mahal sikit. Ala..mahal pun 5 sen ja. Tau kan..ukur lilit bini aku..memangla dia tak makan malam tapi sekali makan 4 kali tambah nasi. Aku bukan tanam beras sendiri..ishh..sapa suruh tanam beras?Tanam padila. makin tunduk makin berisi. Aku mana tau, memang aku lahir di Pekan..nama saja tapi sebenarnya semak serabut tempat tu.
Kalau dah begini keadaan aku, peduli apa aku semua orang. Aku pun mau hidup. Macam mana orang sayang bini, aku jugak begitu. Biar orang kata aku dah lebeh, biar semua kata bini aku dah gelebeh. Orang memang suka komplen, konon kesian,sensetif padahal 'statement' politik.
Aku tau dulu kalau aku kata tak mau naik pun kerabat akan kipas aku naik jugak. Habis..dalam kerabat aku mana ada yang layak lagi. Yang lain semua perompak, pencuri dan pembunuh. Aku ni mabuk sikit saja. Dah tokei ajak minum.
Serba salah aku ni. nak di 'pass over' pun tak tergamak. Kalau aku bagi peti besi yang aku letak kat tepi katil beradu di Putrajaya sekalipun, akan terkedu dibuatnya..kosong..
Ni depa kata 'bisnes' ni aku boleh 'masyuk' RM 750 juta..Aku bagitau siap, aku tak minat jualan multilevel ni..
Aku semakin menyukai gerak hati aku..

Jangan ragu lagi, GAT pasti boleh mengubahnya..
*GAT adalah singkatan untuk Gerakan Anti Toyol..

Thursday, July 8, 2010

SELERA FREKUENSI

Aku kena makan jugak walau lauk yang ditayang kat gerai tu bukan selera aku. Tak makan mana nak datang 'energy'. Kalau tak ke kantin, aku jeling kedai mamak kat depan tu, kalau tak.. tengok satu mamak lagi, walau format lebihkurang.


Kalau aku ada kenderaan mesra parking, aku luaskan selera aku jauh sikit dari bayang kerja. Hinggalah aku diperkenalkan satu gerai kat area ni orang panggil 'Wembley' ( padang bola background nya). Aku panggil padang tupai. Dulu padang ni la aku dan geng dok lawan bola. Aku makan ja la rezki Allah. Tau impak output dia.


Tengah kaki, tangan dok kerja, selera atau tak, telinga pun sibuk dihidang cerita perihatin YB. Sibuk betul YB memusing dalam diari. Cerita yang buatkan otak aku kurang aktif, mudah sangat proses maklumat, tak susah pikir dan rumus. Cuma tak berapa paham dari mana datang selera rakan sekerja memilih frekuensi telinga. Yang bagusnya emosi aku respon. Bengang telinga aku..cehh !!..

Kalau 'puji dan syukur pada Ilahi' macam kerap nyanyi tu, ok jugak. Ni yang puji ja dapat. Hari ni memuji, esok ngampu..Serupa takdak benda lain nak dihidang..



Tekak aku makin selera nak muntah ni.