VOCALIST

Saturday, March 31, 2012

ISLAM BUKAN MASYHUR TEORI

Seorang bapa yang pandai berkata-kata, menceritakan teori-teorinya dalam mendidik anak-anak, tidak akan ada pengikut dan peminat, sekiranya anaknya sendiri berperangai buruk di sekolah.

Bahkan, teori beliau akan dicemuh sebagai teori menyeleweng walaupun teori itu betul, cuma beliau gagal mempraktikkan sahaja.

Seorang bapa yang anaknya cemerlang di sekolah, walaupun selama ini tidak menghebohkan teori-teorinya...ya dalam mendidik anak... akan disoal bertubi-tubi oleh ibu-bapa dan guru yg lain - 'Bagaimana pakcik ajar anak jadi soleh, rajin ini?' Ia mendapat pengikut dan peminat kerana anaknya menunjukkan contoh yang baik.

Umat Islam hari ini terlalu ramai yang memokus pada perkara-perkara syariah, hukum-hakam, memetik (maaf, kalau kasar sedikit, menjual) ayat-ayat Quran utk menunjukkan bahawa dia Islam dan beriman.

Ingatlah hukum-hakam Islam itu indah secara sendirinya oleh Allah.
Allah mewajibkan banyak perkara wajib untuk dilakukan umatnya setiap hari semata-mata umatnya muncul sebagai manusia yang berdisiplin, rajin, berkelakuan baik, adil, konsisten dan memiliki kesabaran yang tinggi.

Bayangkan, kalau majoriti umat Islam di mana-mana dikenali sebagai golongan yang paling rajin, berdisiplin, adil, konsisten, sabar dan berkelakuan baik - tidak itu lebih membantu Allah menyebarkan ajarannya daripada orang-orang yang hanya pandai berkata-kata mengenai kehebatan Islam tapi berperangai tidak seberapa?

Seperti cerita bapa di atas, Islam akan menjadi lebih menarik kalau umatnya sendiri menonjolkan Islam sikap dan tauladan yang baik seperti yang diajar Allah.

Islam adalah agama yang adil. Tapi kalaulah umatnya tidak menonjolkan keadilan di mana-mana, maka Islam akan dicemuh dengan perkataan tidak adil.

Jika anda ingin menjaga Islam, mudah sahaja petuanya, mulalah dengan jaga perangai kita senantiasa. Jadilah umat Islam yang boleh dicontohi oleh orang lain. Tunjukkan Islam itu syumul dan maha adil dalam tindak-tanduk kita.

Ingatlah jaga perangai sendiri adalah juga tugas menjaga maruah Islam dan Allah. SENYUM, sekadar luahan untuk kali ini.

Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man


Thursday, March 29, 2012

MUNAJAT BUDAK MUDA

Sejak dulu Gerakan Islam seantero dunia dihimpit tekanan hebat puak-puak musuh dikepalai Yahudi dan Nasara. Hingga kini Gerakan Islam masih diserang dari segenap sudut. Pendokongnya dihina, dikeji, diherdik, dipukul, dikurung dan paling zalim dibunuh dengan kejam.

Dan musuh-musuh memperalatkan segala bentuk medium sama ada teknologi senjata atau teknologi massa (TV, Paper) untuk misi mereka. Seperti yang kita maklum, modus operandi serangan ini semata-mata untuk menghapuskan Risalah Benar yang asalnya diamanahkan Allah buat Nabi Muhammad SAW.

Setelah kewafatan Rasulullah SAW, sasaran kini jatuh kepada Ulama dan pejuang-pejuang gerakan Islam. Caranya ialah dengan menghilangkan pendirian teguh (istiqamah) dari pejuang-pejuang Islam tadi.

Apa yang perlu ditanam buat pejuang-pejuang gerakan Islam ialah, keyakinan bahawa Allah menjanjikan kemenangan yang pasti buat mereka nanti serta bersabarlah. Walaupun ternyata kekurangan dari sudut kekuatan namun umat Islam mempunyai senjata yang tidak mampu dilawan musuh iaitu doa dan munajat.

Malam ini akan berlangsung Solat Hajat dan Munajat Perdana Budak Muda Senduk di Surau Assomadiyah. Dengan harapan Allah anugerahkan kekuatan dan istiqamah untuk kami kekal duduk bersama jemaah perjuangan Islam. Semoga Allah meletakkan usaha sekecil ini dengan nilaian yang baik. Kami juga ingin menjadi sebahagian daripada perjuangan disaat Islam mencapai kemenangan kelak..


Wednesday, March 28, 2012

MINYAK DAN KERAJAAN PERIHATIN

Kerajaan perihatin!..Ketika negara lain (Indon dan Cina) serabut pasal kenaikan harga minyak, Malaysia dengan 'selamber' umum untuk kekalkan. Disebalik julat harga minyak dunia naik, kerajaan bijak memutuskan sebaliknya dengan menanggung beban subsidi 10 sen sebagai 'advanced'. Sekali lagi kerajaan terbukti perihatin bersama keluh-kesah denyut nadi rakyat.

"Baldatun toiyyibah wa Rabbun Ghafur"

Kerajaan yang baik, insyaAllah mempunyai rakyat yang baik seterusnya mendapat ampun dari Allah SWT. Kerajaan zalim tidak semestinya menyimpan rakyat yang zalim malah mungkin lebih baik dari yang terbaik. Dan Malaysia patut beruntung memiliki rakyat yang sangat-sangat baik dan betul-betul perihatin.

Rakyat Perihatin

Malaysia memiliki rakyat yang sangat baik dalam membuat penilaian. Rakyat tau Tanah Malaysia kaya dengan sumber mentahnya. Rakyat tau Malaysia masih aktif mengaut untung hasil jualan tong-tong minyak petroleum. Rakyat tau, berbanding negara-negara lain di Asia, Malaysia adalah masih aktif bergelar pengeluar minyak. Rakyat sangat sedar Petronas mengaut untung berbilion-bilion setiap tahun. Rakyat perihatin tau harga minyak dunia tidak sepatutnya mengganggu harga di stesen-stesen minyak seluruh negara. Dan seorang rakyat yang perihatin akan faham sebarang salah laku kerajaan akan dinilai pada pilihanraya kemudiannya.

Terima kasih kepada penguasa kerajaan yang tak jemu-jemu merasai denyut nadi rakyat dan terima kasih buat rakyat yang sangat baik dan sangat perihatin..

Monday, March 26, 2012

SALJI MODIFIED

Bila kawan-kawan bercerita pasal 'ABC' salji, ternganga kagum kita dibuatnya. Seronok bila tengok member-member mengenakan jaket tebal, 'snow cap' dan 'glove'.

"Wow..hebatnya!!".. Di Malaysia kena 'order' atau buat 'manual' tapi di negara berkenaan ais kisar tu turun dari langit.. Fenomena iklim empat musim (salji, luruh, bunga dan panas) hanya akan dapat dirasakan di negara-negara garis 'Mediterranean' sahaja. Perubahan iklim ini akan dirai berbeza-beza. Kalau salji turun, akan kelihatan orang 'tutup aurat' disana dan masa musim panas penguasa akan redho melihat rakyatnya berbogel. Sepatutnya perubahan iklim hasil kreativiti Allah ini nikmatNya disyukuri makhlukNya.

Berfaktorkan keadaan geografi, hampir pasti status Khatulistiwa Malaysia terelak dari gempa bumi, gunung berapi, puting beliung dan taufan. Walaupun fenomena iklim ini hampir mustahil untuk menimpa tanah Malaysia, namun begitu rakyat Malaysia masih 'boleh' berbangga kerana menanggung beberapa musim 'ciptaan' mereka sendiri. Disini, terdapat beberapa musim juga disambut berbeza-beza.

Musim hujan akan berpakej dengan banjir kilat dan tanah runtuh. Musim artis berselera untuk berkahwin berpakej dengan musim cerai artis sejurus selepasnya. Ada ketika terjadinya musim kemalangan jalanraya (terbahagi kepada tragedi bas dan terjun gaung). Bila datang musim raya, pakat-pakat menanggung musim tangan kaki terletup sama akibat mercun buatan sendiri.

Bila datang musim gila 'mengawan', kaum wanita secara ''automatik' bersembunyi ketakutan. Sejurus selepasnya datang pula musim bayi dibuang merata-rata. Kadang-kadang ada musim pencuri 'amatur' ditangkap secara pukal yang menenggelamkan musim rompakan kumpulan 'profesional'. Termasuk dalam iklim juga ialah musim fenomena pesta seks, artis realiti dan cerita seram.

Inilah antara iklim-iklim yang menyerang Malaysia. "Wow!!.." Mungkin orang asing akan terkejut bila singgah ke negara yang dikatakan paling selamat di Asia ini.

Terkini, musim anak gadis hilang dari pangkuan keluarga, dirogol dan dibunuh telah melanda negara Malaysia. Satu bala dari Allah yang patut difikirkan..

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ

“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”. (Ar-Ruum:41)

Nota pakndak : Teringat indahnya kisah musim hujan, banjir dan panas yang kami nikmati ketika era budak-budak dulu..

Sunday, March 25, 2012

MAKHLUK TERHEBAT IMANNYA

Al-Marhum Syeikh Said Hawwa dalam kitabnya Al-Asas Fi Al-Tafsir juzuk kedua ketika mentafsirkan Surah Al-Imran, ada menukilkan riwayat mafhumnya, bahawa Rasulullah SAW menerusi satu hadisnya pernah menyoal para sahabat dalam satu majlis ilmu ; "Siapakah agak-agaknya diantara makhluk Allah yang paling kamu kagum iman mereka kepada Allah?"

Para sahabat menjawab ; "Para malaikat. Tidak.. Kata Rasulullah, kerana mereka adalah golongan yang sentiasa bersedia untuk melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya."

"Kalau begitu wahai Rasulullah, mereka itu para Anbiya (golongan nabi). Tidak juga, kerana para Anbiya dianugerah Allah kitab-kitab atau suhuf-suhuf (lembaran-lembaran agama) dan mereka juga adalah golongan yang maksum (terpelihara dari membuat dosa)."

"Kalau begitu kamilah wahai Rasulullah. Tidak juga, kerana kamu boleh jadi orang-orang yang beriman kerana aku berada bersama dengan kamu."

"Yang sebenarnya kata Baginda SAW.
Makhluk yang aku maksudkan itu ialah mereka yang akan datang (lahir) selepas kamu (mereka yang hidup selepas kewafatan tanpa melihat Nabi SAW), kerana mereka masih berpegang dengan Al-Quran dan jadi orang-orang yang beriman walaupun aku tiada disisi mereka."

Dalam satu hadis yang lain pula riwayat Imam Ahmad, Imam Bukhari, Ibnu Hibban dan. Al-Hakim daripada Anas, baginda ada kepadaku (Nabi hanya mengucap sekali sahaja), " dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku." (Dan baginda mengulang ucapan itu sehingga diulang sebanyak tujuh (7) kali).

Nota Pakndak : Teringat cerita klasik dari ibunda mengenai wujudnya Bomoh Tulang satu ketika dulu. Orang kampung yang tercekik tulang akan dibawa berjumpa dengan Bomoh Tulang ini sebagai penyelesaian. Sehinggalah datang Ulama kemudian menggalakkan amalan doa tertentu yang terdapat dalam Al-Quran bagi menghilangkan seksa tercekik tulang..

LEPAS SORANG, SORANG

Lepas sorang, sorang
Lepas sorang, sorang
Lepas sorang, sorang
Lepas sorang, sorang
"Ahh.. Pedulikan saja.."

Lepas sorang, sorang
Lepas sorang, sorang
Lepas sorang, sorang
Lepas sorang, sorang
"Ehh!!.. Mana perginya..?"

Lepas sorang, sorang
Lepas sorang, sorang
Lepas sorang, sorang
Lepas sorang, sorang
"Opps.. Ada lagi?"

Lepas sorang, sorang
Lepas sorang, sorang
Lepas sorang, sorang
Lepas sorang, sorang
"Hah!! Ini saja yang tinggal?.."

Lepas sorang, sorang
Lepas sorang, sorang
Lepas sorang, sorang
Lepas sorang, sorang
"Aaarkhh!!.."
Sekian, tamat.

SETUJU TANGGUH

Masing-masing dengan garam ragamnya
Datang untuk menjamu selera
Ada cita-citanya
Yang datang berkurung lawa
Asalnya bagus, tidak akhirnya
Ramai yang menyoal
Ada yang menjawab
Setuju, membangkang
Cadangan diterima, sokong
Dicatit termasuk nama pencatat dan wajah pengerusi
"Ha..ha.." gelak-gelak

(Sejam selepas bertemu)

Senarai pesalah sudah ditangan
Sebarang bantahan ditolak
Keputusan dah dicapai
Sebulat suara
Tangguh-tangguh..

Tuesday, March 20, 2012

SIRAH PERTANDINGAN

Kalau sekadar menyertai pertandingan, bayar yuran pendaftaran, dapatkan keputusan perlawanan dan akhiri pertandingan, ianya adalah tidak lebih dari satu sejarah bagi diri. Sejarah dinilai sebagai memori, jika ianya buruk memadai di'delete' saja dari ingatan. Dan jika dihuraikan dalam bentuk sirah maka kekecewaan itu jadi suatu nikmat yang sangat bermakna.

Skill sebelum pertandingan

Bohong jika mengatakan seseorang tidak 'prepare' untuk duduk dalam pertandingan. Peserta sekurang-kurangnya mesti memikirkan intensif bagaimana untuk tewaskan musuhnya. Termasuk perang psikologi sama ada meluahkan kehebatan atau memutuskan untuk menyembunyikan. Persediaan disini tergolong dalam strategi bagi mengawal keyakinan dengan harapan dapat meredakan tekanan diri mahupun musuhnya. Pemain hebat akan memulakan langkah kejayaannya disini.

"Aku akan menang dan hang akan kalah"
"Tak guna bercakap banyak"
"Kita akan tau siapa yang lebih hebat nanti" Inilah 'statement' biasa sebelum perlawanan malah menyembunyikan latihan sekalipun merupakan sebahagian dari strategi.

Sukakan persaingan

Rata-rata peserta hadir dengan sifat inginkan persaingan. Ini baik untuk menilai setakat mana keupayaan diri dari segi fizikal dan mental. Tidak guna jika dilatih fizikal sahaja tanpa kekuatan mental. Inilah bekalan yang cukup penting.

"Lawan tetap lawan!" Mungkin moto paling relevan buat peserta.

Infaq vs minat

Untuk menyertai sebuah pertandingan biasanya peserta perlu membayar penyertaannya. Tanpa semangat dan minat, murah sekalipun seseorang tidak akan sanggup membelanjakan duitnya. Pemain yang baik, dia tidak mempedulikan apa harta yang telah dikeluarkan semata-mata mencapai hajatnya. Inilah semangat infaq. Satu 'mood' yang sangat baik bagi memotivasi diri. Sebuah pasukan perang mungkin menagih semangat begini pada tenteranya.

"Aku keluarkan duit untuk menang"

Gemuruh pertandingan

Suasana latihan biasa amatlah berbeza dengan saat pertandingan berlangsung. Disebabkan takut kalah, merendah diri dan berhati-hati, kalau tidak di'control' dengan baik boleh menghadirkan tekanan buat pemain. Ditambah pula tekanan dari penonton fanatik. Inilah gemuruh perlawanan yang mampu menjadi musuh kepada persembahan kita.

"Fuhh! Apasal mengeletar satu badan ni.."

Walaupun hebat ketika latihan, suasana pertandingan mampu menjadi pemusnah. Siapa tahu inilah nikmat istimewa dianugerah buat pemain dan ada yang merindui saat ini.

Menerima kekalahan

Ada tapi jarang sekali pemain berlawan untuk kalah. Sekurang-kurangnya lawan dulu. Kerana ianya sangat berkait dengan harga diri. Dan kalah itu ditafsir berbeza. Ada orang sudah me'menang'kan diri sekadar dengan menyertai pertandingan. Ramai yang tak mahu diisytihar kalah sebelum bertanding. Hakikat menang atau kalah itulah maksud perlawanan yang terpaksa ditelan. Dan siapa berjaya mengatasinya, dia mencecah semangat kesukanan yang tinggi.

Mengekal rentak kemenangan

Menang miliki tafsirannya. Kemuncak kemenangan semestinya saat menjuarai kejohanan itu.

"Aku juara kali ini.."

Bergelar juara bererti ia menanggung beban untuk mempertahankannya. Awas! kekalahan itu lebih tinggi motivasinya.

Bedah siasat

Bagi pihak penganjur, bermulanya hari pertandingan merupakan detik kehebatan bagi mereka apatahlagi jika semuanya tamat. Pasukan penganjur mesti mempunyai keazaman tinggi untuk melihat kejohanan berstatus seperti diharapkan. Bukan sahaja peserta, banyak orang akan menaruh harapan tinggi buat mereka.

"Apa ni 'referee'!!". Pengadil merupakan sudut paling popular ketika kejohanan. Penganjur perlu berusaha mengecilkan kesilapan. Makin kecil, makin manis kejayaan itu. Anggaplah segalanya belum berakhir disini. Bangun kembali untuk memberi persembahan yang lebih baik.

Ukhuwah

Komunikasi antara pemain, penganjur dan penonton tanpa disedari mewujudkan suasana ukhuwah yang sangat luar biasa. Melalui semangat berpasukan yang terbentuk, silaturrahim itu bakal menjadi rahmat buat semua. Jika diteliti secara halus, kejayaan, kelemahan dan kesilapan itu sebenarnya adalah milik semua sifatnya.

Kalau gagal menilai sirah perlawanan, bererti kemenangan sebenar akan gagal dinikmati. Adalah saat yang hebat bagi seseorang yang usahakan dirinya untuk berada dalam kejohanan dalam apa gaya sekalipun. Dan usah biarkan momen perlawanan itu menjadi sejarah ringkas dalam hidup.

Nota Pakndak : Ucapan terima kasih buat semua yang terlibat menjayakan kejohanan Ping-pong Liga Sidang Senduk yang julung-julung kali diadakan pada 17 dan 18 Mac 2012. Buat penganjuran yang hebat, peserta yang bersungguh-sungguh dan penonton yang sangat fanatik. Satu tepukan untuk diri-sendiri..

Monday, March 19, 2012

SURATAN TAKDIR - GERSANG

Sukarnya untuk menerima hakikat perpisahan. Hubungan yang tercipta begitu lama, berakhir tanpa dipinta..

"Gitar 'please'..!"

Intro:
C G F C
C G F G
C

C
Kesukaran melafazkan
G
Pengucapan perpisahan
F C
Kepada yang setia

C
Tapi terpaksa kulakukan
G
Kerna aku tidak mahu
F G C
Terus berpura-pura

C G
Usahlah ku disalahkan
Am F
Terjadinya perpisahan ini
C G C G
Itu suratan takdir

C G
Tak terlintas di hati ini
Am F
Untuk aku jatuh cinta lagi
C G C
Tapi takdir yang menentukan

C
Memang pernah ku berjanji
G
Kau yang pertama dan terakhir
F C
Tetapi aku memungkiri

C
Tidak dapat ku terima
G
Dua cinta di dalam hati
F G C
Maafkanlah ku sayang

C G
Usahlah ku disalahkan
Am F
Terjadinya perpisahan ini
C G C G
Itu suratan takdir

C G
Tak terlintas di hati ini
Am F
Untuk aku jatuh cinta lagi
C G C D
Tapi takdir yang menentukan

D A
Usahlah ku disalahkan
Bm G
Terjadinya perpisahan ini
D A D A
Itu suratan takdir

D A
Tak terlintas di hati ini
Bm G
Untuk aku jatuh cinta lagi
D A D E
Tapi takdir yang menentukan

E B
Usahlah ku disalahkan

Seorang Veteran, mantan menteri RTM semalam mengumumkan hubungan cintanya dengan Parti ULTRA MELAYU berakhir. Sebelum ini beliau mengkritik PASANGANNYA itu secara terbuka berhubung dengan pembelian undi pilihanraya. Inilah namanya SURATAN TAKDIR..

Thursday, March 15, 2012

PRE-KEJOHANAN PINGPONG SENDUK

Jumaat 16 March 2012 ;

Belum sempat bermulanya upacara pengundian yang bakal berlangsung malam ini, Perang psikologi telah pun bermula antara peserta.

"Walaupun ada 'company' besar ingin menaja penyertaan, saya masih mahu jadi Juara dengan wang poket sendiri" Begitu bersungguh Mat Ajam menyatakan keyakinannya. Bukan Mat Ajam saja, rata-rata peserta yang ditemui yakin masing-masing akan beraksi di 'Final' kejohanan.

Tengah malam, kira-kira jam 11 malam tadi beberapa orang peserta diberitakan telah berlatih secara sulit. Perkara ini dilaporkan Mat Takir, pemegang kunci Markas Latihan.

Manakala Rahman, salah seorang peserta 'favourite' masih lagi berdolak-dalik berkenaan status penyertaannya walaupun dilihat konsisten berlatih siang dan malam.

Kejohanan kali ini pasti hangat kerana bukan saja pemenang bakal dinobat pemain nombor satu Senduk tapi bakal orang pertama yang menakluk Arena Markas Batu 8. Peserta sebenarnya masih menyembunyikan 'taring' masing-masing walaupun seolah-olah yakin kejuaraan milik mereka.

Pihak penganjur pula masih berteka-teki mengenai hadiah kejohanan walaupun banyak syarikat-syarikat korporat dan individu tertentu telah melabur tajaan masing-masing.

Saksikan kejohanan bersejarah yang bakal berlangsung di Markas Batu 8 malam Sabtu ini jam 9.00 malam!.

Inilah Cerita Semangat Sukan Kampung Aku..

SENARIO PENDIDIKAN

Suatu waktu dulu, kita seperti berada teguh dilandasan..

Episod dulu :

Awang (bukan nama sebenar) mengadu kepada ibu bapanya dia dipukul oleh guru di sekolah "Apa yang Awang buat disekolah tadi? Lawan cakap cikgu? Ponteng kelas? Tak buat 'home work'?." Belum sempat Awang menjawab. "Piiapp!!" Rotan sebesar jari kelingking singgah dibelakangnya..

"Aduhh!" Awang menyimpan saja kesakitannya dalam hati. Awang bencikan provokasi. Untuk mengelak sesuatu yang lebih buruk berlaku.

Awang pun berkali-kali memikir nasib mendatang jika kesilapan sama beliau lakukan. Awang bukan saja telah dipukul oleh gurunya malah dapat pulak 'nasi tambah' dirumah. Lebih teruk, telinga saja diusik gurunya berbanding risiko rotan atau tali pinggang bapanya diterima. Awang pun berazam memperbaiki kesilapannya yang lalu.

"Cikgu.. Tolong tengok-tengokkan anak saya? Kalau 'buas' sangat, pukul.." Inilah 'lesen' khas yang dimiliki guru Si Awang. Kontrak khas yang dimeterai bapanya dan pihak sekolah dulu.

Awang pun berfikir dan terus berfikir. Penyelesaian bagaimanakah yang dia perlukan. Awang perlu membuat pilihan yang jelas.

Sehinggalah senarionya tiba-tiba berubah..

Episod kini :

Dalam keadaan bahagian muka dan sedikit luka ditangan, Awang pun masuk ke muka pintu rumahnya. Belum sempat Awang mengadu..

"Apa dah jadi kepada pipi kamu Awang? Siapa pukul kamu?!!.. Tak boleh jadi ni!!"

Belum pun sempat Awang memberikan penjelasan, dengan keadaan gelisah, En Abu menghidupkan kenderaan pacuan 4 rodanya terus ke sekolah Awang tidak jauh dari rumah mereka.

"Minah! Kamu tengok-tengokkan Awang dirumah.."

Di sekolah, Encik Abu (bukan nama sebenar) terus meluru masuk bilik guru besar. Kebetulan guru besar sedang berkemas-kemas untuk pulang kerumahnya.

"Encik kena siasat siapa yang memukul anak saya! Encik mesti ambil tindakan segera sebelum laporan polis dibuat!!"
Tegas Encik Abu sambil menghentak-hentak meja guru besar. Encik Abu mahu guru besar sedar akan 'tanggungjawab dan perihatin' beliau untuk perkembangan sekolah anaknya.

Awang pun mula sedar tabiat bapanya dan dia kini semakin 'kebal'. Dia juga memikirkan langkah seterusnya. Awang pasti membuat tindakan susulan.

..Bersambung..

Melalui kedua-dua senario diatas jelas wujud perbezaan diantaranya. Apa yang patut difikirkan ialah bila titik ubahnya dan insan berkuasa mana yang begitu kreatif mengusahakan perubahan 'inovasi' tersebut. Ini kerana sebarang perubahan dalam didikan berupaya memberi kesan kepada pembentukan generasi.

Memang perubahan itu perlu tapi biarlah kearah kebaikan. Kalau seperti menarik bantuan per-kapita sekolah agama rakyat contohnya, itu sudah dianggap zalim buat sistem pendidikan.

Kalau sesuatu generasi itu rosak, maka generasi berikut pasti lebih rosak. Kita patut sama-sama memikirkannya.

Nota pakndak : Terkenang krisis yang berlaku sekitar awal 90-an bila Sekolah Agama Rakyat Batu 8 telah ditarik bantuan per-kapitanya. Krisis yang telah memberi kesan buat staf dan penduduk sekitar. Kakitangannya bertahan berbulan-bulan tanpa gaji. Keyakinan ibubapa semakin kurang. Institusi Sekolah Agama Rakyat pula telah menanggung persepsi buruk dari masyarakat. Adakah benar alasan wujudnya 'pengganas' itu.?

Monday, March 12, 2012

JANGAN KAU UCAP SELAMAT TINGGAL - SHADES

Cm
Ku mencari, Ku mencari
Fm
Apakah salahku
Bb Eb
Kau buat ku termenung seorangan
Fm Bb Eb Cm
Dalam diri sangsi, Akhirnya begini
Fm G
perpisahan dah ku duga

Cm
Ku mengerti, Ku fahami
Fm
Keputusan diri
Bb Eb
Biar saja aku sebegini
Fm Bb Eb Cm
Permintaan terakhirku, Jangan kau lafazkan
Fm G
Simpan saja kata-kata

chorus

Cm Fm
Jangan diucap selamat tinggal
Bb Eb
Jangan kau ucap selamat tinggal
G# Fm
Jangan diucap selamat tinggal
G Cm
Kepadaku

Fm Bb
Walaupun seketika
Eb G#
Walaupun sekelip mata
Fm G
Simpan saja kata-kata
Cm
Ke akhir hayat yang ada (x2)

Artis : Shades

Irama paling sesuai rasanya bagi menggambarkan 'mood' untuk minggu ini. Dikala seorang Menteri Kanan Wanita yang tidak mempunyai rakyat untuk diwakili (bukan ahli parlimen) menyatakan hasrat beliau untuk meletak jawatan April ini. Walau bagaimana sedih sekalipun pemergian beliau, jangan sekali-kali melupakan wang bernilai RM250 juta yang masih menjadi persoalan rakyat akan kemana hilangnya.

Walaupun beliau mungkin lupa tapi rakyat akan mengenangnya didalam ingatan...

KEHANGATAN PING-PONG KEMBALI KE SENDUK

Suatu waktu dulu, sukan ping-pong begitu popular di Wilayah Senduk. Hasil minat mendalam terhadap sukan tersebut, beberapa budak muda ketika itu telah mengambil inisiatif sendiri untuk mewujudkan meja ping-pong melalui kreativiti mereka.

Papan 'plywood' telah digunakan bagi membentuk sebuah meja ping-pong yang bagi mereka yang terbaik pernah dibuat walaupun jauh dari spesifikasi Dunia. Majoriti 'player' waktu ini cukup berpuashati dengan binaan mereka. Dan hasilnya, ramai produk-produk melalui idea tersebut telah mencipta nama mereka tersendiri. Permainan tersebut kekal bertahun lamanya sehinggalah berkubur juga setelah kehilangan generasi muda kreatif itu.

Kini setelah berpuluh-puluh tahun menyepi, kehangatan sukan ping-pong kembali memanaskan arena sukan kampung. Pada hari Khamis (8.3.12), hasil usaha budak-budak generasi berikutnya, satu 'set' sukan tersebut telah dimiliki dengan jayanya.

Budak-budak Senduk tidak perlu menunggu lama, pada malam itu juga mereka 'mempergunakan' permainan tersebut yang sekarang kehebatannya dikuasai oleh pemain-pemain dari China.

Terimakasih diucapkan kepada semua budak-budak tadi atas usaha 'fantastik' mereka. Tidak dilupa kepada En Rozi Aris kerana sudi merelakan penggunaan lori kateringnya untuk usaha 'transport' meja dari kedai sukan Nilai di Taiping.

Nilai harga segala kelengkapan sukan ping-pong semahal RM500 tersebut adalah sangat-sangat berbaloi jika dengannya dapat memberi keseronokan maksima buat mereka. Tiada 'brand' Nitakku atau Butterfly setakat ini. Yang pasti, kini Budak Muda Senduk memiliki sebuah kelengkapan ping-pong yang Sah..

Nota pakndak ; Sumber-sumber rapat memberitahu, Liga Ping-pong akan diadakan dalam waktu terdekat..

Thursday, March 8, 2012

TAKABBUR BESERTA PENAWARNYA

Sombong, bongkak dan takabur duduk pada pengertian yang sama yang tergolong dari sifat mazmumah (sifat-sifat tercela atau keji). Sifat ini, walaupun dipandang kecil namun mengundang kebencian dan kemurkaan Allah. Dan boleh menghalang kita dari Syurga.

Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina-dina.” - (Al-Mukmin: 60).

Sifat sombong atau takbur boleh dibahagi kepada dua:

Takabur zahir

Takbur zahir boleh terdedah melalui percakapan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggap lebih rendah daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan seperti tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat.

Imam Al-Ghazali berkata:
“Orang yang takbur ialah apabila ditegur dia marah, sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.”

Takabur batin

Membesarkan diri dalam hati. Inilah maksiat hati yang dicela. Contohnya iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam. Lalu dengan angkuhnya dia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat Iblis dan seluruh keturunannya.

Sombong adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit ini tidak layak memimpim jamaah. Ditakuti melalui kelakuannya akan menampakkan akhlak hodohnya. Lebih bahaya jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut buruk.

Takabur boleh membawa kebinasaan kepada petugas dan pemimpin jamaah. Kerana sifat ini menjadi benteng penghalang masyarakat untuk rapat dengan jamaah.

Orang yang takbur mereka lupa bahawa sombong adalah pakaian Allah, iaitu hak uluhiyah-Nya yang tidak boleh dirampas oleh sesiapa.

Rasulullah Saw bersabda: “Allah Swt berfirman; Kemuliaan adalah pakaian-Ku, sedangkan sombong adalah selendang-Ku. Barang siapa yang melepaskan keduanya dari-Ku, maka Aku akan menyiksanya”. [HR Muslim]

Tanda-tanda sifat takbur dalam berbagai bentuk

1-Tidak mahu bergaul dengan orang miskin sebaliknya suka memandang berat kepada golongan kaya dan orang kenamaan.
2-Mengambil berat secara berlebihan dalam pakaian.
3-Tidak mahu berucap melainkan dalam perhimpunan yang dihadiri ramai orang.
4-Menggunakan bahasa yang payah dan berbunga dengan berlebihan sehingga sukar difahami. Inilah yang diperingat oleh baginda nabi Muhammad SAW

“Sesungguhnya Allah benci kepada pemidato dari (golongan lelaki) yang memilih (kata-kata) dengan lidahnya seperti lembu memilih-milih (rumput) dengan lidahnya” (Abu Daud dan al-Tirmizi)

5-Kagum dengan ilmu sendiri dan membodohkan orang lain

Kaedah pengubatannya

Untuk mengatasi penyakit ini kita mesti bersifat tawaduk. Orang yang tawaduk dia hidup dengan semua orang dan bersedia menyambut semua orang, bercakap dengan semua orang, menziarahi semua orang dan mengasihi semua orang. Dia memberi khidmatnya kepada orang. Beliau sentiasa berhubung dengan orang ramai bukan memutuskan dan menjauhi mereka.

Walaupun sebijak mana sekalipun, sifat ego perlu disingkir dari diri. Kerana yang dipimpinnya ini satu jamaah Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan gerakan elit melainkan ahlinya bekerja secara sukarela tanpa gaji.

Abdullah Ibn Masud ada menyebut dua perkara yang membinasakan manusia iaitu berputus asa dan rasa bangga diri.

Sifat tawadhuk akan membuka hati mad’u untuk tertarik dengan apa yang dibawa. Mereka apabila bertemu dengan khalayak, sentiasa mendahului salam. Berperibadi sederhana ketika berkumpul dengan orang-orang fakir dalam satu majlis. Makan dengan apa yang dihidangkan kepadanya dan berjalan di atas muka bumi dengan rasa rendah hati.

Firman Allah s.w.t

“Dan hamba Allah yang baik; ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan (kesejahteraan) (al-Furqan: 63)

Merendah diri dan menerima kebenaran dan bersedia mengikutnya sekalipun orang-orang jahil menasihatinya. Takabbur atau sombong sangat dibenci oleh Allah dan juga oleh manusia lain. Kemuliaan di sisi Allah diukur dari segi ketaqwaan seseorang itu bukannya pangkat, harta dan lain-lain.

Juga sabdanya s.a.w.:

“Barangsiapa yang merendahkan diri kerana Allah, maka ia diangkat darjatnya oleh Allah dan barangsiapa yang sombong, maka direndahkan tingkatnya oleh Allah.”

Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kamu bersifat tawadhuk sehingga seorang tidak merasa megah terhadap seorang yang lain, dan juga tidak bersikap melampau di antara seseorang dengan seorang yang lain” (Muslim dan Abu Daud) Nasih : 38

Imam Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur ini. 1-Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.
2-Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita.
3-Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana lebih ilmunya.
4-Apabila melihat orang jahil anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya.
5-Jika berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya.
6-Apabila bertemu orang kafir. Katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Nota pakndak : Pesan Ustaz Awang (kuliah PDN).. "Kenapa masih sombong jika hidup masih menumpang di bumi Allah" Umpama seseorang yang bergaya dengan kereta milik orang lain..

HOBI ABU BAKAR DAN UTHMAN RA

Setiap manusia menyimpan hobi atau minat masing-masing. Adakah kita semua tau hobi sahabat Rasulullah SAW khususnya Abu Bakar dan Uthman RA?

Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA, Khalifah pertama Umat Islam sangat-sangat meminati raut wajah Rasulullah SAW. Walaupun Muhammad SAW merupakan sahabat beliau sejak kecil juga menantunya sendiri (Aisyah RHA) namun Abu Bakar tetap merindui hari-hari tanpa wajah kesayangannya itu. Menurut sumber yang sahih, apabila Abu Bakar jatuh sakit, perkara pertama yang disoal beliau ialah keadaan kesayangannya Muhammad SAW berbanding dirinya. Inilah akibatnya jika terlalu lama tidak menatap wajah baginda Nabi SAW.

Khalifah Islam ketiga, Saidina Uthman mempunyai minat luar biasa terhadap Al-Quran. Tiada masa yang terluang begitu saja melainkan bersama Al-Quran membacanya. Uthman RA menurut beberapa riwayat muktabar, menjadikan amalan menghabiskan bacaan satu kitab Al-Quran dalam solatnya. Beliau menghabiskan 15 juzuk pertama pada rakaat dan 15 juzuk pada rakaat berikutnya. Saidina Uthman RA juga merupakan perintis kepada pengumpulan semula naskhah Al-Quran yang digelar Mushaf Uthmani sehingga sekarang. Inisiatif ini diambil dikala begitu ramai Huffaz terbunuh ketika peperangan Yamamah.

Adakah kawan-kawan mempunyai hobi yang sama?

*Nota pakndak : Sumber rujukan diambil dari kuliah Ustaz Shaari (7.3.12) di Surau Assomadiyah, Senduk

Wednesday, March 7, 2012

SBPA SIRI AKHIR

Akhir yang tiada mula.
Walaupun si penindas kuasanya masih berleluasa
Dan mangsanya pun ramai merata-rata.
Sekurang-kurangnya tindasan itu tidak lagi bertimpa-timpa.

"Sudah tandatangan? Ditangga mana? 'Option' berapa?"..
Kalut, ribut dan serabut keadaannya.

Apabila diumum pemerintah dan kerajaan mereka ;
Ustaz berhenti bertanya pengetua,
Si Misi tidak lagi menyoal Doktornya,
Kerani mencuba-cuba senyum pada penyelia.

Rakyat kembali ke arena biasa
Menambah angan dan cita-cita
Memanjang belanja atau sengsara.

Yang ada hanyala legenda.
Meninggalkan pemerintah yang makin terpinga-pinga.
Bila nak umumkan pilihanraya?

Sunday, March 4, 2012

MEGA MAHATHIRISME

Bukanlah kali pertama Tun Mahathir berangan menjadi 'ahli tafsir', malah sepanjang memegang jawatan No 1 di Malaysia telah berpuluh 'fatwa' kontroversi telah dikeluarkan olehnya yang terbukti angan-angannya tak berasas.

Muslim patut sedar, Mahathir bukanlah kategori ahli yang layak bab agama (4thanawi sekurang-kurangnya). Dia bukan Ustaz. Ustaz yang beri kenyataan salah adalah mengelirukan tapi yang bukan ahli salah cakap, dia sudah berbohong sebenarnya. Dan kenyataan Mahathir layaknya hanya dibungkus dan dicampakkan saja didalam tong sampah sebelum diangkut dan terus dilupuskan.

Masalahnya, setelah meninggalkan kerusi PM, Mahathir memiliki 'Fan-Club' tersendiri yang terasuh sekian lama. Meninggalkan pengikutnya yang ramai dan fanatik. Mahathir MEMBÉLA orang miskin yang menyokongnya dan MENGAWAL sebaliknya.

'Hujah' terkini Mahathir menafikan syariat hudud serta memperlekehkan status ahli Feqah bukan lagi tersilap kata. Jelas seterang-terangnya Mahathir berkata-kata mengikut kelemahan hawa nafsunya. Dan Mahathir sememangnya berniat jahat melalui mulut 'islamik'nya itu dulu, kini dan mungkin selamanya. Orang filem menggelar pelakon seperti Mahathir ini sebagai 'versatile'. Dia mencipta acuan fantasinya sendiri. Dia mungkin berjaya membuai minda rakyat dengan idea pemodenannya.

Saudagar mimpi

Mahathir tidak menunggu lama untuk menjajah selepas menaiki takhta utama. Melalui aksi pertama, Mahathir me'megah'kan orang Malaysia dengan membina jambatan ketiga terpanjang didunia, Jambatan Pulau Pinang (1982). Satu projek mega yang tak terfikir diminda rakyat waktu itu. Belum pun siap jambatan dibina, belum sempat rakyat mengembang bangga, Mahathir membuat pulak kereta pertama bergelar 'proton saga' (1983).

Mahathir kemudian membuat rakyat bermimpi tinggi dengan membina menara Kuala Lumpur (1991). Menara Kuala Lumpur adalah yang keenam tertinggi didunia. Seterusnya lena rakyat terus berada dipuncak apabila Menara Berkembar Petronas setinggi 429 meter diusahakan. Menara berkembar tertinggi didunia ini dibina pada tahun 1991.

Keindahan mimpi rakyat dibelai lagi dengan terbinanya Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (1992) diikuti Litar F1, projek LRT dan Multimedia Super Corridor Putrajaya. Kalau sebegini indah mimpinya, lena rakyat barangkali bersambung-sambung.

Projek-projek 'ultra' Raksasa diatas tanpa disedari menelan duit rakyat berjumlah ratusan BILLION!!. Tidak termasuk lain-lain projek mega. Dan langsung jauh dari manfaat buat rakyat.

Untuk keselamatan diri

Bagi memelihara singgahsananya, Tun Mahathir sanggup memancung siapa sahaja yang beragenda untuk menggugatnya. Mahathir memanipulasikan sepenuhnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk tujuan diatas. Sama ada lawan mahupun kawan. Atas alasan keselamatan beliau akan menggugut, menangkap dan memenjara musuh-musuh beliau.

Melalui akta ini juga Mahathir berusaha 'mengontrol' dan menghadkan minda Umat Islam DiMalaysia. Modus operandinya supaya muslim tak terlalu 'ekstrim' dalam mengerjakan ibadah. Mahathir telah menukar Cuti Umum daripada Jumaat kepada Ahad, melarang Ulama yang cuba menegur pentadbiran negara dan menghentikan bantuan buat sekolah Agama Rakyat. Pada era Mahathir juga masyhur dengan isu ulama 'digam' dari muncul di kaca TV. Atas alasan keganasan, Mahathir menggunakan idea ISA (Islam Security Act) bagi menangkap siapa sahaja dan disimpan dalam Kem Tahanan dikamunting tanpa bicara.

Kebebasan berfikir rakyat dikawal sepenuhnya melalui Akta Mesin Cetak dan Akta Kolej dan Universiti (AUKU). Media cetak milik pembangkang beberapa kali diganggu oleh 'permit' khas dengan syarat ketat. Mahathir memaksa rakyat menelaah TV dan suratkhabar milik kerajaan sahaja. Sementara AUKU digunakan untuk menggugut kebebasan akafemik pelajar disebalik istilah 'terlampau'.

Mahathir mahu rakyat terus menerus dilamun bangga dan memiliki 'kemalaysiaan' tinggi. Beliau mahu rakyat terutama orang miskin 'bijak' berbangga sehingga kepada melihat kereta besar Si Kaya sekalipun. Mahathir pandai menutup sisi jahat. Beliau mengajak rakyat endahkan saja kezaliman yang dibuat kepada ulama dan Islam khususnya (Mahathir menyerang tempat pengajian ilmu dan membunuh Ustaz Ibrahim dan Mahmud dan anak muridnya, Memali 1987).

Islam betul-betul dibuat Mahathir sebagai 'Agama Rasmi. Ingat!! Mahathir sanggup buat APA SAJA bagi memastikan tiada 'pengganas Islam' di Malaysia. Oleh sebab itu, tiada satu pun ucapan Mahathir yang menyokong pelaksanaan hudud. Dan Mahathir dan penasihat-penasihatnya tau PADAH kalau membiarkan rakyat 'terlampau' bijak dan 'terlampau' Islam. Sehingga hari ni, Mahathir dalam usia lanjutnya masih lagi kuat 'bekerja'. Jika disusun salah laku Mahathir, tidak mustahil kita mampu melihat satu lagi mercu tanda lebih tinggi dari yang sedia ada..

** "Mahathir kalau boleh, dia nak tarik matahari!!.., Sebab tak boleh matahari, ditariknya Jam" (Ustaz Ibrahim, Kuliah Maghrib Surau Assomadiyah, 2.3.12)

*Nota pakndak : Aku masih mengenang warna-warni KLCC ketika saat-saat pembukaannya dilancarkan. Tiap-tiap malam kami akan menikmati persiapan sambutan sambil bersidai di koridor. Disebabkan dekat, kami boleh melihat KLCC walaupun dari atas katil dibilik..

Fakta-fakta tahun dirujuk dari Wikipedia.bahas.melayu.com.

FINAL PART : SAAT KEMATIAN UWAIS

Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafankannya.

Demikian juga ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.

Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,

"Ketika aku ikut menguruskan jenazahnya hingga aku pulang daripada menghantarkan jenazahnya, lalu aku ingin untuk kembali ke kubur tersebut untuk memberi tanda pada kuburnya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas di kuburnya."

(Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan sayyidina Umar R.A.)

Pemergian Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.

Sejak dia dimandikan hingga jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.

Mereka saling bertanya-tanya "Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?"

"Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya."

Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa Uwais al-Qarni.

"Dialah Uwais al-Qarni, tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit."

Tamat..

Friday, March 2, 2012

KORUPSI MINDA

Bila menyebut mengenai 'korupsi', maksud yang paling hampir ialah seleweng. Apa saja bentuk seleweng termasuk rasuah, seludup, bohong, makan harta rakyat dan tidak amanah adalah dikira zalim. Dan Allah dan RasulNya sangat benci perkara zalim.

Biasanya jenayah ini dikaitkan dengan nilai harta dan wang dan sangat mesra dengan pemimpin negara. Geng-geng ini digelar pengkorup atau 'corruptor'. Adanya 'corruptor' maka wujudlah mangsa yang kebanyakannya orang miskin.

Korupsi juga boleh dipakai untuk kondisi lain. Guru abai tanggungjawab boleh juga dikira korup. Hakim yang tidak berlaku adil juga korup. Melanggar disiplin solat (jenayah) juga korup (apalagi tinggalkan solat). Mereka ini adalah hasil daripada salah laku minda yang korup.

Minda yang korup dibentuk oleh pelbagai jenis sebaran umum seperti propaganda tv dan bahan bacaan yang tidak sepatutnya. Sebaran ini menyenakkan otak sehingga minda gagal berfungsi seadilnya. Sama ada sengaja atau tidak, TV di Malaysia dibanjiri filem seram dan seksi, program realiti, rancangan gosip serta siaran nyanyian yang mempengaruhi kekorupan minda. Ditambah dengan macam-macam bahan bacaan bergenre cinta, seram dan separuh lucah atau mangga. Bahan-bahan ini berjaya men'sibuk'kan manusia dari berfikir perkara yang wajar dan sihat.

Kes 1 : Seorang wanita melayu menjadikan URTV sebagai bahan bacaannya. URTV adalah sebuah majalah berita artis dan gosip serta diselit gambar-gambar seksi.

Bacalah bahan bacaan yang merangsang keupayaan berfikir sebenar seperti buku dan artikel agama. Tontonlah program-program TV yang baik-baik. Al-Quran adalah satu contoh bacaan yang sangat baik. Al-Quran kaya dengan peringatan menarik, nasihat yang lembut dan bahasa yang sangat indah.

Kes 2 : Seorang perempuan non-muslim mempromosikan majalah Solusi. "ini majalah sangat bagus dibaca.."

Minda korup menjadi bukti seseorang itu gagal menunaikan perintah Allah seperti diamanahkan. 'Corruptor' diketuai Iblis Lakanatullah berjaya mempengaruhi minda manusia supaya berfikir secara tidak sihat. Dan tanpa disedari, orang berminda seumpama ini menjadi punca segala bentuk korup didunia seterusnya menzalimi penghuninya..

Thursday, March 1, 2012

PART IV : UWAIS DISEBALIK KEAMPUNAN UMAR DAN ALI RA

Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya :

“ Uwais, apa yang kamu doa sepanjang kamu berada di Mekah? ”

Uwais menjawab :

“ Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.

Ibunya bertanya lagi :

“ Bagaimana pula dengan dosa kamu? ”

Uwais menjawab :

“ Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha denganku maka daku juga turut masuk syurga. “

Ibunya berkata lagi :

“Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini. “

Uwais berkata :

“ Saya keberatan untuk berdoa kerana inilah yang Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, seumpama saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala. “

Ibunya menambah :

“ Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, ibu perintahkan engkau berdoa. ”

Akhirnya Uwais sudah tiada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti permintaan ibunya supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa :

“ Tolonglah Ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit. ”

Allah s.w.t. menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Nabi s.a.w. kepada Umar dan Ali.

” Tandanya kamu nampak di belakang tapak tangannya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni. “

Tidak lama kemudian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya.

Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah Yaman menuju kota Madinah.

Umar R.A dan sayyidina Ali K.W segera mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka.

Rombongan itu mengatakan bahawa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni.

Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman.

Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk
membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais,
sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W.

Memang benar! Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut,

"Siapakah nama saudara?"

"Abdullah." Jawab Uwais.

Mendengar jawapan itu, kedua sahabat pun tertawa dan mengatakan,

"Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?"

Uwais kemudian berkata :
"Nama saya Uwais al-Qarni."

Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia.
Itulah sebabnya, dia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka.

Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah,

"Sayalah yang harus meminta doa daripada kalian."

Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata,

"Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar daripada anda."

Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.

Setelah itu Khalifah Umar R.A berjanji untuk menyumbangkan wang negara daripada Baitulmal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera sahaja Uwais menolak dengan halus dengan berkata,

"Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi."

“ Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. “

** Nota Pakndak : Orang sehebat Umar RA dan Ali RA juga masih tercari-cari keampunan, inikan pula manusia seperti kita..

BAIAH ADALAH USAHA RASULULLAH SAW

Berbai'ah dan berjanji setia sesama muslim untuk melakukan kebaikan dan amalan soleh apatah lagi berbai'ah untuk berjihad menentang kezaliman dan penindasan serta memperjuangkan Islam merupakan sebahagian sunnah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat serta para ulama terdahulu dan terkemudian.

Sebuah gerakan Islam yang meletakkan landasan perjuangannya berasaskan Islam merujuk kepada al-Quran dan Hadis sudah pasti selayaknya melakukan bai'ah sebagaimana yang disunnahkan.

Adapun selain daripada itu matlamatnya apatah lagi berpendirian bahawa agama tidak wajar digunakan dalam berpolitik sudah pasti tidak merujuk kepada sunnah Rasulullah saw dan akan gagal melihat kepentingan berbai'ah.

Bai’ah merupakan istilah al-Quran dan Hadis. Ia bermaksud memberikan janji untuk menunaikan dan melaksanakan sesuatu. Dalam hadis riwayat Nasaei daripada sahabat Nabi s.a.w. bernama Ubadah bin Somit, Rasulullah s.a.w. telah menyeru sahabat-sahabat daripada Madinah pada tahun ke 11 menjadi Nabi untuk berbai'ah yang dikenali sebagai bai’ah Nisa'. Bai’ah tersebut mengandungi janji untuk menyembah Allah dan tidak mensyirikkan-Nya dengan yang lain, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak lelaki, tidak mereka-reka cerita palsu dan tidak menderhakai Nabi s.a.w. dalam perkara ma'ruf.

Sebaik sahaja mereka berbai'ah, baginda lantas bersabda bermaksud: "sesiapa yang selepas ini melakukan apa-apa perkara yang dibai'ahkan tadi lalu ditimpa balasan (di dunia) itu adalah kaffarah baginya. Sesiapa yang tidak terkena balasan maka urusannya terserah kepada Allah. Sekiranya Allah mahu Allah berikan keampunan kepadanya, sekiranya Allah mahu Allah boleh membalasnya disebabkan perlakuan tadi".

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa orang yang melanggar bai'ah boleh dihukum dan dibalas di dunia oleh Allah.

Bai'ah terbahagi kepada dua. Pertamanya bai’ah kepimpinan dan pemerintahan atau bai'ah kepada khalifah dan pemerintah Islam seperti bai'ah sahabat kepada Nabi s.a.w. di Madinah dan bai'ah sahabat-sahabat kepada Abu Bakar untuk menjadi khalifah selepas wafatnya Rasulullah s.a.w.

Keduanya, bai'ah untuk melakukan ketaatan dan amalan soleh seperti solat dan jihad.

Dalam hadis sahih Bukhari, Muslim, Ibn Hibban dan Abi Dawud terdapat hadis yang sangat banyak menceritakan bai'ah antara Nabi s.a.w. dan sahabat antaranya bai'ah untuk saling menasihati sesama Muslim, berbai’ah untuk tidak lari dari medan perang, berbai'ah untuk melakukan lima solat yang wajib, bai'ah untuk menunaikan zakat, bai'ah untuk berjihad, bai'ah untuk menyatakan kebenaran di mana sahaja kita berada dan bai'ah untuk mati bersama dalam perjuangan Islam.

Menyertai pilihan raya sebagai calon wakil rakyat dengan matlamat untuk menegakkan agama Allah dan prinsip Islam dalam pemerintahan negara merupakan sebahagian amalan soleh. Oleh itu, bai'ah bagi calon pilihan raya sebuah gerakan Islam seterusnya tidak meninggalkan perjuangan Islam selepas terpilih menjadi wakil rakyat adalah sunat dilakukan untuk menjamin tidak berlakunya sebarang pengkhianatan terhadap amanah perjuangan.

Amat malang sekali kedapatan sebahagian yang menasabkan diri kepada ilmu termasuk berjawatan mufti berbicara tentang bai'ah tanpa ilmu, hanya dengan hawa nafsu dan pemikiran sendiri tanpa merujuk kepada al-Quran dan Sunnah Rasulillah s.a.w. Kita menyeru mereka untuk bertaubat kepada Allah kerana bercakap tanpa ilmu dan tanpa merujuk sunnah Rasulillah s.a.w.