Al-Marhum Syeikh Said Hawwa dalam kitabnya Al-Asas Fi Al-Tafsir juzuk kedua ketika mentafsirkan Surah Al-Imran, ada menukilkan riwayat mafhumnya, bahawa Rasulullah SAW menerusi satu hadisnya pernah menyoal para sahabat dalam satu majlis ilmu ; "Siapakah agak-agaknya diantara makhluk Allah yang paling kamu kagum iman mereka kepada Allah?"
Para sahabat menjawab ; "Para malaikat. Tidak.. Kata Rasulullah, kerana mereka adalah golongan yang sentiasa bersedia untuk melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya."
"Kalau begitu wahai Rasulullah, mereka itu para Anbiya (golongan nabi). Tidak juga, kerana para Anbiya dianugerah Allah kitab-kitab atau suhuf-suhuf (lembaran-lembaran agama) dan mereka juga adalah golongan yang maksum (terpelihara dari membuat dosa)."
"Kalau begitu kamilah wahai Rasulullah. Tidak juga, kerana kamu boleh jadi orang-orang yang beriman kerana aku berada bersama dengan kamu."
"Yang sebenarnya kata Baginda SAW.
Makhluk yang aku maksudkan itu ialah mereka yang akan datang (lahir) selepas kamu (mereka yang hidup selepas kewafatan tanpa melihat Nabi SAW), kerana mereka masih berpegang dengan Al-Quran dan jadi orang-orang yang beriman walaupun aku tiada disisi mereka."
Dalam satu hadis yang lain pula riwayat Imam Ahmad, Imam Bukhari, Ibnu Hibban dan. Al-Hakim daripada Anas, baginda ada kepadaku (Nabi hanya mengucap sekali sahaja), " dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku." (Dan baginda mengulang ucapan itu sehingga diulang sebanyak tujuh (7) kali).
Nota Pakndak : Teringat cerita klasik dari ibunda mengenai wujudnya Bomoh Tulang satu ketika dulu. Orang kampung yang tercekik tulang akan dibawa berjumpa dengan Bomoh Tulang ini sebagai penyelesaian. Sehinggalah datang Ulama kemudian menggalakkan amalan doa tertentu yang terdapat dalam Al-Quran bagi menghilangkan seksa tercekik tulang..
No comments:
Post a Comment