VOCALIST

Friday, September 28, 2012

SEMBUNYI - WINGS

* Adalah bodoh dan pelik bila ada manusia begitu bongkak untuk tidak mengingat mati. Bukan takut tapi berusaha lari dari istilah mati. Mati bagai penggerun urusan dunia mereka. Walau 'hero' atau kreatif mana sekalipun didunia, mati tetap datang menjemput. Berapa ramai manusia hari ini bila dianugerah nikmat 'kecerdikan', semakin jelas kebodohan mereka.

Dalam selimut pun tercabut nyawamu
Ke mana juga usah cuba sembunyi
Berlari nanti penat dan pantah kaki sendiri
Sembunyi nanti hilang ditelan diri sendiri

Sedetik sesaat tercatit untukmu
Di kiri tersenyum di kanan menangis
Mengira berapa yang untung yang rugi darimu
Mengira hingga tamat tempoh dalam dunia ini

Ramai manusia cuba lari dari kenyataan ini
Ramai manusia cuba lari dari dosanya sendiri
Ramai manusia

Indah hanyalah dipandangan zahirnya
Lemah adalah untuk jadi mangsanya
Keliru berbagai ragam manusia hari ini
Sembunyi manusia sembunyi dari kenyataan

* Seolah-olah mati itu boleh dibeli dengan kekayaan. Betapa bodohnya manusia kalau begitu gayanya berhadapan kematian. Bagi seorang muslim, menyediakan apa saja bekal sebelum saat kematiannya adalah satu kebijaksanaan.

Tuesday, September 25, 2012

FREEDOM - MAHER ZEIN

Mereka, sekutu barat dan segala perikatannya sentiasa melaungkan perkara HAK serta KEBEBASAN sebagai ideologi yang sangat mereka banggakan.

Gathered here with my family
My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn't matter where you're from
Or if you're young, old, women or man
We're here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

*Diwaktu sama, mereka bunuh hak dan kebebasan orang lain.

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

*Tapi mereka sendiri mencabuli pengertian kebebasan tersebut.

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

*Dan lihatlah apa yang telah sekutu barat telah buat kepada kebebasan Muslim khususnya rakyat Palestin juga lain-lain negara Islam. Muslim disembelih sewenang-wenangnya hatta di tanah tumpahnya sendiri.

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we're not backing of
Oh God we know you hear our call

*Rakyat Palestin dipenjara dibuminya sendiri. Inilah 'double standard' yang berlaku serta membuktikan kelemahan undang-undang ciptaan manusia.

And we're calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

Lagu : Maher Zein


Friday, September 21, 2012

PENTAKSUB BUTA VS PENGIKUT SUNNAH

PENTAKSUB BUTA

Pada zaman Nabi SAW ada beberapa orang mendakwa dirinya nabi. Antara yang popular adalah Musailamah al-Kazzab dari Suku Rabiah. Sejak zaman Jahiliah lagi, suku Rabiah memang selalu bersaing denga suku Mudar, iaitu suku Arab asal bagi kaum keluarga Nabi Muhammad.

Suatu hari, seorang Arab Badwi datang kerumah Musailamah. Lelaki itu berasal dari suku Rabiah.

"Mana Musailamah?"

"Ucapkanlah : 'Musailamah utusan Allah!", para pengikut palsu itu mengherdiknya.

"Aku tidak akan mengucapkannya selagi belum bersua sendiri dengannya."

Maka dia pun dibawa mengadap Musailamah.

"Engkau Musailamah?"

"Ya."

"Apa nama malaikat yang datang kepadamu?."

"Narjis."

"Ia datang dalam kegelapan atau cahaya?"

"Dalam kegelapan."

Lelaki itu lantas berkata: "Aku bersaksi bahawa engkau seorang pendusta dan Muhammad seorang yang jujur. Apa-apa pun, pendusta dari suku Rabiah lebih aku sukai daripada orang jujur dari suku Mudar."

Pendek cerita, lelaki itu menjadi pengikutnya. Bahkan beliau turut berperang bersama pasukan Musailamah menentang pasukan Khalid bin Al-Walid yang diutus Khalifah Abu Bakar untuk menumpaskan golongan murtad. Akhirnya ia terbunuh dalam peperangan tersebut.

(Al-Bidayah Wa Al-Nihayah, Ibn Kathir)

Taksub perkauman bakal menutup hati dari pintu kebenaran. 'Si taksub' tidak menilai sesuatu ucapan berasas ilmu walaupun ternyata kebenarannya. Mereka lebih cenderung dan sayangkan pengucapnya walau terbukti pendustaan.

PENGIKUT SUNNAH.

Suatu hari Fudail bin 'Iyad berwuduk untuk solat. Beliau membasuh kedua-dua tangannya sebanyak dua kali sahaja. Beliau terlupa untuk kali ketiganya. Lalu beliau meneruskan solatnya seperti biasa.

Malam harinya, beliau bermimpi berjumpa dengan Nabi SAW. Baginda bersabda kepadanya:

"Aneh sekali dirimu ini, wahai Fudail ! Engkau meninggalkan salah satu sunnah daripada sunnahku dalam berwuduk."

Fudail terbangun dari tidurnya. Beliau segera mengulangi wuduknya dengan sempurna. Beliau juga bertekad untuk melakukan solat sehingga 500 rakaat pada setiap malam selama satu tahun untuk menutup kesalahannya itu.

(Irsyad Al-'Ibad ila Sabil Al-Rasyad, Syeikh Zainuddin Al-Malyabari.)

Ini adalah contoh membuktikan betapa cintanya seseorang kepada Rasul. Siapa yang mengaku mencintai Rasul, ia akan memelihara sunnah-sunnahnya. Kerana menjaga sunnah merupakan satu bentuk kebajikan. Ini bukanlah taksub atau jauh sekali eksterim. Biar sekecil mana pun sunnah itu, dia tidak meninggalkan dengan sengaja. Dan contohilah bagaimana sahabat, tabi'in seterusnya tabi' tabi'in mencintai Rasulullah SAW.

(Sumber Majalah al-Ustaz isu 06)

"Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami perkara benar itu adalah benar dan pandulah kami supaya mengikutinya, dan tunjukkanlah kami perkara yang batil itu batil, pandulah kami supaya meninggalkannya"

Thursday, September 20, 2012

EPIK PENGHINAAN BUAT MUHAMMAD SAW

(Epik I)

“Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994

Kisah penghinaan terhadap insan bernama Muhammad SAW bukanlah terhenti dikala wafatnya baginda SAW. Malah penghinaan tersebut berterusan siri ke siri, episod ke episod, sekuel ke sekuel dan berterusan hingga akhir zaman, selama mana pemimpinnya iblis laknatullah beraja dihati penghina-penghina ini. Kaedah yang meng'halal'kan penghinaan oleh golongan ini termaktub dalam slogan 'Hak kebebasan bersuara'. Lesen ini bukan sah untuk Islam sahaja malah semua jenis agama layak untuk menerima segala bentuk penghinaan sama ada sudut fizikal atau mental. Inilah nilai kebebasan yang diperjuang sekularisme. Pemikiran mereka tidak dipengaruhi agama. Aqidah sesat yang menganggap agama sebagai candu kepada masyarakat.

(Epik II)

"Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir".(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).

Nabi Muhammad SAW melalui akhlak Islam tidak menjadikan penghinaan sebagai sebagai amalan agamanya jauh sekali meminta untuk dihina. Walaupun Muhammad menyeru untuk menerima risalahnya tapi ia bukanlah bererti Baginda layak menghina agama selain Islam. Tapi sejarah Islam membuktikan bapa saudara Rasulullah SAW, Abu Jahal dan Abu Lahab sendiri adalah pelopor kepada penghinaan terhadap tubuh Baginda SAW. Itu adalah perbezaan nyata moral agama Islam yang ditunjukkan Nabi SAW.

(Epik III)

"Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam". (Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).

Orang Islam yang menjulang sensitivitinya sama sekali tidak membenarkan penghinaan terhadap junjungan Muhammad SAW namun episod rendah moral itu berterusan hinggalah kehari ini. Kita marah dan kecewa apabila barat khusus melalui filem-filemnya mempersembahkan tayangan penghinaan buat Muhammad SAW tapi tanpa disedari pemimpin 'negara Islam' kita sendiri juga kaya dengan siri-siri penghinaan buat susuk Baginda SAW.

(Epik IV)

"Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat". (Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO).

Jangan dilupai siri-siri penghinaan terhadap Rasulullah SAW dan syariat Allah yang dibawa Baginda turut diwarisi sebahagian orang Islam dinegara kita sendiri. Sudah pasti mantan PM Malaysia kekal unggul sebagai penghina Nabi SAW nombor 1.

(Epik V)

“Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

Dan banyak lagi sambungan siri penghinaan Tun ini terhadap Nabi SAW dan umumnya Islam. Begitu juga beberapa pimpinan negara yang lain. Ulama yang Nabi gelar pewarisnya juga turut sama dihina hampir setiap hari. Kalaulah boleh disusun bakul penghinaan mereka ini, barangkali mampu membina satu 'set' Menara Berkembar Petronas lagi. Pemimpin-pemimpin tersebut sehingga kini belum sama sekali menarik kembali kenyataan mereka. Inilah pemimpin sebuah negara yang dikata 'Islamik' dan sering berlagak sebagai juara umat Islam.

(EPIK VI)

"Kita kena tau apa hudud ini, yang pertamanya hudud ini dibentuk oleh ahli-ahli fekah. Ia tidak terdapat didalam Al-Quran. Dalam Quran ada terdapat hukum-hukum yang tidaklah begitu keras seperti hukum hudud ciptaan ahli fekah.." 26 Februari 2012 dalam Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme (K2P) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Amalan penghinaan pemimpin negara buat junjungan Muhammad SAW seterusnya sedar atau tidak telah menjadi budaya bagi produksi-produksi filem, tulisan-tulisan di media perdana dan beberapa lukisan kartun. Iaitu budaya yang sama ditunjukkan Abu Jahal dan Abu Lahab ketika seronok menghina Nabi SAW. Tidak mustahil penghinaan yang sama akan berlaku jika Baginda SAW masih hidup waktu ini..!! Dan dunia Islam hari ini seperti merindui karektor-karektor bengis seperti Umar Al-Khattab, Hamzah Abd Mutalib dan Zaid Harithah yang sentiasa konsisten mempertahankan Baginda SAW. Bahkan bapa saudara Nabi SAW sendiri, Abu Talib turut punyai peranan besar walau kufur sekalipun.

(EPIK VII)

"Islam bukanlah milik individu atau mana-mana golongan yang mendakwa mereka sebagai ulama. Oleh itu sebarang pentafsiran terhadap sumber-sumber Islam seperti al-Quran bukanlah milik para ulama semata-mata" - Lihat Zainah Anwar dalam Utusan Malaysia bertarikh 26 September 2000.

Apabila barat hadir dengan filem JAHAT 'Innocent of Muslim', umat Islam perlu bersama-sama menunjukkan rasa sensitif, marah seterusnya membantah sekeras-kerasnya episod penghinaan terhadap Muhammad SAW kerana, Rasulullah SAW bukan sahaja mewakili Muslim tetapi pelusuk alam.

"Dan tidak aku utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk membawa rahmat ke seluruh alam.” (Al-Anbiya′:107)"

Dan BUDAYA PENGHINAAN itu juga patut ditentang kumpulan bukan Islam kerana ianya bukan amalan baik yang diterapkan setiap agama. Tekanan demi tekanan seumpama demonstrasi dan pemboikotan perlu diusahakan buat penjahat-penjahat yang amalan penghinaan sudah menjadi akidah mereka

Tuesday, September 18, 2012

2 MUTIARA ULUNG NEGARA

Banyak 'dalil' menunjukkan kedua-dua tokoh ini luarbiasa bezanya berbanding pemimpin lain di Bumi Malaysia ini.
Namun tidak dinafikan ada yang sukar mengakui malah masih meragui kemampuan mereka. Walau sukar sekalipun untuk mengangkat mereka ke status ulama, cukuplah mengiyakan tahap ilmu mereka.

Background Hebat

Keduanya memulakan hidup dengan begitu baik. Jelas usia mereka digunakan untuk manfaat yang baik termasuk menuntut ilmu dan menyampaikannya. Berkelana keluar negara bagi meneroka ilmu. Mereka sepatutnya sudah cukup bertauliah pada syarat zahirnya.

Komitmen masa muda dan keseluruhan hari tua mereka padat isiannya dengan usaha memberikan kefahaman berkenaan keunikan Deen Islam buat seluruh umat Islam di Malaysia khususnya. Keduanya memiliki 'aset' kuliah Jumaat peribadi. Dan paling terang dan nyata, mereka masing-masing memiliki dan mengasas sebuah institusi agama sendiri walaupun kata sesetengah orang, mereka sibuk 'berpolitik'.

Naskah Ilmu

Keduanya juga cemerlang menulis RATUSAN buah buku perihal Islam yang turut jadi bahan rujukan ilmiah para pencinta perjuangan Islam. Pada kedua-dua jalan dakwah ini (menulis dan berkuliyah), tidak berhenti peringatan mereka mengenai betapa pentingnya tertegak syariat Islam dinegara Malaysia. Dan jelas bukan semata-mata HUDUD.!

Bertaraf Malaysia

Selain itu mereka dijemput menjelajah KESELURUH ceruk negara bagi memenuhi permintaan seminar, ceramah, kursus dan berkhutbah atas medium untuk menyedarkan muslim mengenai beza antara perkara kebenaran dan kebatilan. Kedua mereka tekad nekad untuk meMERDEKAkan umat Islam Malaysia dari belenggu kemungkaran.

Keuntungan dunia akhirat

Usaha kedua-dua tokoh agama ini hingga ke hari ini menggamit jutaan penagih ilmu yang dahagakan kebenaran. Kegemilangan mereka juga diambil kesempatannya buat menguntungkan 'penerbit-penerbit' yang mengusahakan ucapan mereka dalam pelbagai bentuk media elektronik dan cetak. Amat merugikan sesiapa yang tidak mengambil peluang memanfaatkan ilmu mereka walaupun seinci ruang.

Tidak Mesra Tauliah

Kini dengan alasan 'memperguna agama untuk kepentingan politik' mereka terpaksa di 'anti-tauliah' kan namun, kepopularan mereka sukar lagi disekat. Walaupun ada ketika dituduh sesat tapi tiada seorang pun berani tampil mendakwa kesesatan mereka. 'Kesesatan' mereka hanya berdada di naskah-naskah nasional sahaja dan berakhir begitu sahaja. Oleh sebab itu usahlah menunggu sesuatu kebaikan mengenai mereka didedah dimuka naskah-naskah tersebut.

Konflik Berpanjangan

Diakui sudah lama kedua-duanya banyak mendatangkan 'ancaman' dan 'masalah' buat negara. Apa masalahnya? Kedua-duanya cuba menyuntik idea Islam dalam politik Malaysia. Mereka mencadangkan pemilihan pemimpin yang betul-betul 'beriman' dan sangat anti kepada kepimpinan zalim. Mereka membataskan sifat haloba, seleweng dan zalim pemerintah melalui persoalan azab kubur dan mahsyar yang patut digeruni siapa sahaja. Dan agak mengecewakan, mereka diposisi seteru kepada pemerintah yang sedang berkuasa kini.

Kedua-dua insan ini disegani Dunia Islam. Salah seorang dari mereka terletak ditangga ke 42 paling BERPENGARUH antara 500 tokoh Islam didunia. Sayangnya di negara 1Malaysia, mereka sentiasa dibawah pengaruh fitnah. Kedua mereka sedang dan pernah memegang Pemerintah dinegeri masing-masing. Berusahalah untuk mengenal batang tubuh keduanya. Mereka sudah semestinya Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi Awang.

Monday, September 17, 2012

SEKOLAH KEMERDEKAAN @ SAYAP KIRI

Sama ada perasan atau tidak, sedar atau tidak, percaya atau tidak, nampak atau buat-buat tak nampak, terdapat 3 buah sekolah yang masyhur namanya khusus di negeri bijih timah, Perak Aman Jaya. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir (1907–1974) Bagan Serai, Dr Burhanuddin Al-Hilmi (1911-1969) Taiping, Ahmad Boestamam (1920-1983) Setiawan merupakan tiga figura dipangkal 3 buah sekolah tersebut yang sudah pasti ada lakaran hebat masing-masing. Sudah tentu ada sejarah ciptaan mereka di Tanah Melayu sehingga ketiga-tiga nama itu kekal masyhur hingga kehari ini.

Mereka bukanlah guru pencen atau pengajar asal di ketiga sekolah tersebut tetapi, mereka adalah pengajar asal maksud kemerdekaan kepada rakyat di Tanah Melayu. Mereka mengajar tentang apa itu penjajah dan kenapa perlunya Tanah Melayu di tadbir sendiri penghuni asalnya. Mereka mengajak rakyat menolak British disamping menuntut kemerdekaan kepada negara.

Untuk mengasaskan minda merdeka, mereka tidak duduk diam. Dipentaskan 'road show' serta digerakkan rakyat melalui himpunan-himpunan umum dan aman keserata negara. Pelbagai isu, politik, ekonomi, sosial dan agama dibawa. Untuk usaha ini, mereka terpaksa membayar harga yang sangat mahal, mereka perlu berulang-alik kepenjara. Hasilnya, rakyat mula terjaga, bangkit dan sedar mereka sebenarnya dijajah dan semestinya ingin merdeka. Nama ketiga-tiga mereka dan merdeka ketika ini bagai sukar lagi dipisahkan (pro-merdeka).

Penjajah kemudian berhasil melumpuhkan organisasi mereka. Ramai diantaranya ditangkap tanpa bicara malah dibunuh. Mereka dilabel penjajah British sebagai puak haluan kiri (versi kiri) yang mesti dihapuskan. Ia banyak ditulis pada teks-teks sejarah Malaysia. Label sama dituju kononnya buat 'komunisma' itu kekal hingga ke hari ini (Versi kiri ni kira watak 'geng jahat' la). Tiada lagi istilah penjajah british, Kemerdekaan itu seolah-olah bebas dari belenggu komunis.

Kini, kemerdekaan yang dikecapi rakyat adalah hasil tuntutan kumpulan haluan kanan (versi kanan) daripada penjajah. Dengan hanya satu kali demonstrasi aman (menentang Malayan Union), tanpa tangkapan dan tanpa pertumpahan darah, Tanah Melayu berjaya memiliki kemerdekaan. Golongan 'versi kanan' telah menunjukkan corak tuntutan aman dan damai sambil penjajah juga keluar beserta imej baik atau disebut 'win-win situation'.

Setelah 55 tahun, rakyat semakin merdeka mindanya. Rakyat masih terbeban dengan pelbagai penindasan. Rakyat mula merindui kemana perginya perjuangan kemerdekaan 'versi kiri'. Mereka mula mempersoalkan apakah idea kemerdekaan versi kiri sehingga penjajah British begitu berdendam dan dengki kepada kumpulan tersebut. Pakar-pakar sejarah hari ini mula mengkaji apakah 'anasir subversif' dan kekirian yang dimiliki mereka.

Walaupun perjuangan mereka dipandang sepi namun sekolah kemerdekaan gagasan mereka diiktiraf dan terus berfungsi dalam sistem pendidikan negara. Ramai masih mengakui ketokohan mereka dalam perjuangan kemerdekaan.

Bait pantun Dr Burhanuddin Al-Hilmi ini jelas menggambarkan kesungguhan diri dan rakan-rakan beliau menuntut kemerdekaan.

"Di atas robohan Kota Melaka;
Kita Dirikan Jiwa Merdeka;
Bersatu padulah segenap baka;
Membela hak keadilan pusaka."

**Selamat Bercuti di Hari Penubuhan Malaysia. 16 September 2012 dari Sidang Senduk.


Wednesday, September 12, 2012

KE'BERADA'AN IBLIS

Bukan sekadar percaya, malah muslim wajib beriman. Beriman kepada kewujudan Jin dan Syaitan atau yang disebut hantu dalam masyarakat kita adalah wajib hukumnya dan termasuk dalam rangka beriman terhadap perkara-perkara ghaib. Termasuklah beriman kepada malaikat !!. Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: “Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka”.[Al-Baqarah: 3]

Yang dilarang adalah percaya kewujudan makhluk tadi boleh memberi 'effect' seram dan menggerunkan buat kita dan secara tak langsung mengurangkan ketakutan buat Allah SWT dan ini dinamakan tahyul. Apabila takut selain Allah bakal dilabel syirik. Apatah lagi terang-terang menyuarakan sokongan buat organisasi syaitan. 'wal'iyazubillah'. Dan perlakuan syirik secara automatik mencacatkan seterusnya merosakkan rukun iman seseorang dan padahnya ialah kufur.

Jin dan setan itu ada tapi bukan dengan pakej menakutkan. Yang layak untuk menakutkan manusia hanya Allah. Kenapa? Jin dan setan itu juga Allah yang rekacipta. Kejadian 'makhluk asing' ini telah diulang berkali-kali dalam Al-Quran.

"Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaannya hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah." (Q.s. an-Nahl: 99-100).


Prodesur-prodesur filem juga rasanya seperti bersusah payah menerangkan kewujudan hantu dan setan. Barat (termasuk orang-orang timur) juga berterusan mengambil peranan khas untuk menerangkan manusia mengenai wujudnya puak-puak khianat ini. Adakala cuba men'sopan'kan sifat jahat syaitan itu. Siri-siri 'sesat' pontianak ala sekuel 'Twilight' contohnya menunjukkan bagaimana manusia layak jatuh cinta dengan puak-puak pontianak. Barat seolah-olah terlalu 'baik' sehingga cuba memahami naluri dan perasaan syaitan itu sendiri.

"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku." - Surah az-Zariyat: ayat 56

Manusia, jin dan syaitan dicipta berbeza spesifikasi, model dan perangai mengikut acuan Allah.

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah”. Demikianlah ingatan Allah dalam Surah At Tiin, Ayat 4-5.

Allah ciptakan kejadian manusia lebih hebat dari kejadian-kejadian lain. Buktinya seruan Allah supaya semua makhluk sujud kepada Adam disahut kecuali si Iblis laknatullah yang degil itu ('degil' itu perangai Iblis).

Selain dari mempercayai wujudnya Jin dan setan ini, Allah juga menyuruh manusia supaya berhati-hati dengannya. Hati-hati bukan bermaksud takut tapi berjaga-jaga dengan pujuk rayunya. Iblis dan syaitan sangat cekap dan profesional dalam tugas menghasut mereka. Manusia yang lemah akan termakan pujukan syaitan. Orang kaya, miskin, tua, muda, ketua cawangan, ketua pemuda, hulubalang, raja, Perdana Menteri (PM) dan mantan PM juga tidak terkecuali diganggu keimanan mereka.

Hantu dan setan ini mempunyai 'network' bukan saja di Tanah Melayu tapi seluruh dunia. Hantu orang Amerika yang paling femes dipanggil Drakula. Tapi di Malaysia kaya dengan beraneka jenis. Kesan amalan pecah perintah sejak merdeka, terbentuklah spesis hantu galah, bantut, cerah, gelap, polong, penanggal, langsuir, jepun, cina dan macam-macam. Dan yang terhangat di pasaran ialah Hantu Pilihanraya @ Pengundi Hantu.



MEMENUHI KEADILAN

Adil Islam itu bukan sekadar hak yang dibahagi-bahagi. Adil itu memposisikan sesuatu ditempatnya. Kegagalan bererti kezaliman.

Kita ini dilabel tak adil bila, mengerah seseorang memandu tanpa dilatih kaedahnya. Bertambah tidak adil, mengkritik bila berlaku musibah. Tidak adil jika dibencinya sesuatu perkara tanpa menyiasat apa? dan kenapa?. Adakah adil seorang hakim selesa menjatuhkan hukum buat si pembunuh disebabkan dialah pemegang pistol terakhir?.

Adil juga dikaitkan dengan hak. Dalam rumahtangga contohnya, hak yang wajib atas suami ialah memenuhi tuntutan nafkah isteri. Ini adalah hak antara sesama manusia. Kegagalan bererti kezaliman.

Allah juga ada perincian hakNya. Syariat merupakan hak Allah. Puasa, solat dan hudud contohnya adalah hak Allah yang wajib atas manusia. Memenuhi hak Allah bererti bertindak adil.

Adil datang melalui pertimbangan akal, akal berkait dengan ilmu dan ilmu wajib bersumber kepada Al-Quran dan Hadis. Kesemua tersebut perlu bergerak diatas amanah. Kegagalan masing-masing memainkan peranan menjadi punca membenihnya kezaliman.

Untuk membina sebuah rumah yang berkualiti baik, sukatan simen kena betul, susunan bata kena bijak dan guna alat yang sepatutnya. Tukang rumah perlu kepada kemahiran. Kemahiran itu adalah ilmu. Dan ia mesti amanah dengan ilmunya serta benar sumbernya.

Ada ulama berpendapat "kekurangan ilmu merupakan punca kepada kezaliman"

Perhatikan maksud ingatan Allah yang terkandung dalam surah Al-Ahzab 72 dibawah..

"Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesunguhnya tabiat kebaikan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."

Adil bukan mutlak untuk pemimpin besar. Semua orang memiliki bahagian pimpinan masing-masing. Namun, seseorang yang dikhianati pemimpinnya berpotensi beraksi zalim.

Umpama seorang yang jatuh fakir akibat kegagalan pemerintah berkongsi kekayaan, akhirnya nekad merompak semata-mata mengisi periuk nasinya. Walaupun timbangan akalnya salah namun dia tidak memikul tanggungjawab keseorangan.

Mahu menilai adil kena mengenal tak adil. Nak tau perkara hak kena beringat yang batil. Nak memburu pahala kena jauhkan dosa. Nak amar maaruf kena buat nahi mungkar. Nak kekal pahala ibadat kena elak riak/ujub. Nak kekal pahala sabar atas penerimaan ketidakadilan kena usaha benci pemberi ketidakadilan.

Sangat benar Allah itu Maha Adil.
Allah itu Maha Adil dalam membuat pertimbangan. Allah beri kita keselesaan berfikir bagaimana corak lukisan yang sesuai ke jalanNya. Allah tidak membiarkan hamba terkontang-kanting mencorak pilihan lukisannya.

Kenalilah zalim dan puncanya. Dan jauhi diri dari berlaku zalim. Ianya bakal merosakkan seluruh alam. Dekati sentiasa majlis ilmu. Berdampinglah dengan para ulama dan dai'.

( Surah Al Araf Ayat 23 ) Ertinya:
Mereka berdua merayu : " Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami orang-orang yang rugi."


Monday, September 3, 2012

BAHANG HARI KELUARGA RAYA SENDUK

Hari Keluarga Raya Senduk kekal tradisi kemeriahannya walaupun di'siram' bahang cuaca sepanas purata 41 darjah selsius (agak-agak). Semua acara berlangsung terancang dengan dua acara 'like' terbanyaknya ; tarik tali dan moto lambat berlangsung ketika sinar mentari terpacak diatas kepala. Dan kelompok yang masih bertahan tersebut tentunya berumur lingkungan bawah 40. Fantastik!!

Hebatnya dua acara tersebut sehingga pengadilnya saja terpaksa bertukar berkali-kali akibat dirundung ke'panas'an. Dua orang peserta pula disahkan terpaksa menarik diri bila mengalami kecederaan agak serius (terkopek kulit kaki). Ini membayangkan betapa sengitnya suasana hari Keluarga Raya Senduk kali ke-5 tersebut hampir sama sengitnya dengan kejohanan Formula 1 (F1).

Untuk mendapat suasana iklim diatas pastinya memerlukan persiapan rapi dan professionalisma tinggi. Biasanya krew akan memesatkan tugasan mereka 7 hari menjelang hari sambutan. Semua disiplin termasuk, logistik, promosi media, akaun, urusan makanan, sponsorship dan lain-lain perlu diperhalusi. Dan sentuhan 'perdana' berlaku sehari sebelumnya.

Sambutan bermula jam 7.30 pagi hingga tamat sepenuhnya jam 3.30 petang berlangsung rancak. Menambahsengitkan suasana, dua tokoh hebat agama turut hadir iaitu Ustaz Yusuf Razak (PULAPEN) dan Ustaz Idris Ahmad dengan pakej beberapa panduan raya. Ustaz Yusuf menekankan berkenaan peri-pentingnya 'mahabbah Islamiah' untuk mengawal akhlak manusia sementara Ustaz Idris menambah perihal peranan taqwa dalam menilai perkara hak dan batil. Itulah 'raya' umat Islam kata ustaz sebagai juadah kerohanian.

Program-program Hari Keluarga :

1. Sukaneka ;
Tiup belon
Kutip cekelat
Baling bola ping-pong
Pancing botol
Tiup belon pecah
Tarik tali
Motor 'slow'

2. Persembahan ;
Marhaban KAFA
Nasyid KAFA
Mercun

3. Menu ;
Nasi tomato kurma kambing
Air kathira 'O' dan susu
Teh tarik
Laksa kebak
Bihun ayam kampung
Nasi impit
Rojak buah
Satay
Lemang

4. Rawatan percuma dari Darussyifa'

5. Lain-lain
Hadiah buat pemenang
Cabutan bertuah
Duit raya buat kanak-kanak

Tahniah dan jazakallahu khairan kathira buat mereka-mereka *termasuk tetamu, team Darussyifa' dan Ustaz-ustaz pentazkirah yang memastikan tradisi kemeriahan Hari Keluarga Raya Senduk kekal meriah buat kali ke-5 berturut-turut.

Saturday, September 1, 2012

KEJAMNYA PESTA BUANG BAYI

Iklim sosial negara kita kian teruk dan parah . Nilai maruah dan harga diri telah turun semurah sekeping kad prepaid

Jika seketika dulu dunia dikejutkan oleh tindakan Natalie Dylan dari San Diego USA [ 22 tahun ] melelong daranya dan dibida oleh seorang lelaki Britain dengan harga 2.5 juta pound [ RM 13 juta ] , kemudian Miss Spring [ 17 tahun ] melelong daranya turun pada bidaan serendah RM 1 juta dan Alina Persia [ 18 tahun ] pula menerima bidaan 10 Ribu euro apabila beliau turut melelong daranya .

Tetapi anak - anak gadis Malaysia ada yang melelong daranya dengan mee goreng sepinggan dan kad prepaid sekeping . Demikianlah harga maruah yang semakin susut malah hancur dan binasa .

Apabila maruah dan harga diri boleh dilelong dan digadai semurah itu , apalagi nilai yang ada pada manusia dan kebanggan tamadunnya. Mereka akhirnya menjadi hamba nafsu tanpa syurga dan neraka atau dosa dan pahala.

Negara kita semakin menuju kepada 'trend' pelik dan gerun. Sungguh menakutkan apabila statistik jenayah rogol , zina dan buang bayi ini semakin berleluasa seperti tidak menunjukkan tempoh tamatnya. Pergaulan bebas , pil ectasy, dadah, arak, pusat pelacuran, filem porno, laman lucah dan sebagainya dibiar Merdeka sebaliknya sekatan sekolah agama rakyat [ SAR ] , mengurangkan sukatan pengajian Islam di pusat pengajian tinggi , mengambil tindakan ke atas khatib yang tidak bertauliah telah dihalang teruk dengan berbagai Akta.

Banyak pakar memerhatikan dan menafsirkan bahawa satu trend bahawa bulan Julai , August dan Sept adalah bulan yang cukup banyak kes buang bayi dilaporkan dan ditemui . Jika bulan Julai , August dan September ini bulan menetas ertinya bulan December sebelumnya adalah musim mengawan . Dalam bahasa mudah , jika bulan Julai , August dan September ini adalah bulan buang bayi ertinya bulan december sebelumnya adalah bulan berzina . [sebab tidak mungkin berzina bulan ini , bulan depan buang bayi]

Pada akhir bulan Ogos dan December detiknya 12.00 malam, biasanya negara akan berdebar dengan kedatangan merdeka dan tahun baru. Orang kampung kurang merasakan kemeriahan ini yang khususnya buat 'kariah' Kota Besar yang berbangga dengan ribuan penggemar hiburan. Mewahnya mereka dengan pesta - pestaan, konsert hiburan, berdisko sejak awal malam sehingga ke awal pagi esoknya. Diserikan lagi dengan arak, pil ectasy, pil kuda dan pelbagai bahan khayal untuk membekal lebih tenaga untuk maksiat semaksima mungkin .

Penganjuran sambutan tahun baru inilah menjadi punca suburnya musim mengawan beramai-ramai atau besar-besaran pasangan-pasangan yang tidak mengenal lagi batas dosa dan pahala . Sebahagian besar mereka adalah remaja atau anak - anak yang mengawan semahunya memuaskan nafsu liar mereka . Akhirnya 7 atau 8 atau 9 bulan kemudian tibalah masa menetas . Kini kita boleh saksikan bagaimana pesta menetas pula di dada-dada akhbar (indah suratkhabar dari rupa) .

SANDAKAN [3 Julai 2010]
Mayat seorang bayi perempuan ditemui di tapak pelupusan sampah di Batu 8 Jalan Fook Kim . Sandakan Sabah .

JOHOR BHARU [12 Julai 2010]
Mayat bayi lelaki yang disimpan di dalam sebuah beg plastik di kawasan semak ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu . Johor Bharu .

JOHOR BHARU [22 Julai 2010]
Seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg berhampiran hentian bas dekat Hospital Sultan Ismail sebelum ditemui seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi jalan pesiaran Mutiara Emas yang mengesyaki sesuatu apabila melihat sebuah beg bergerak - gerak .

KUALA LUMPUR [24 Julai 2010]
Mayat bayi perempuan baru lahir yang dibungkus dalam beg plastik ditemui bersama longgokan sampah di Flat Sri KelantanBandar Baru Sentul. Mayat yang masih bertali pusat dan diselimuti dengan kain batik itu ditemui dalam tong sampah oleh pengutip barangan lusuh ketika menggeledah tong sampah di flat itu .

NIBONG TEBAL [31 Julai 2010] Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan berbalut dengan plastik dan kertas surat khabar di kaki lima sebuah bangunan kedai di taman Cegar Simpang Ampat .

KUALA LUMPUR [6 August 2010]
Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam sebuah lubang paip dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Klang Gate.

GEORGE TOWN [9 August 2010]
Janin bayi lelaki dipercayai digugurkan ditemui seorang lelaki pemungut tin kosong dalam tong sampah di Pasar Borong Pulau Mutiara Jalan Makloom.

TAMPIN [10August 2010]
Tidak sampai 4 jam selepas dilahirkan , seorang bayi perempuan terpaksa menahan sejuk lapar sambil menangis akibat ditinggalkan dihadapan sebuah rumah di Air Kuning Selatan dekat Gemencheh .

TANAH MERAH [12 August 2010]
Bayi perempuan masih bertali pusat dipercayai dibuang sejak seminggu lalu ditemui seorang murid di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di bandar Bukit Bunga .

MELAKA [12 August 2010]
Bayi baru dilahirkan dan masih hidup ditemui dalam tong sampah berdekatan pondok kawalan sebuah kilang plastik di Ayer keroh . Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu dimasukkan dalam sebuah beg pakaian berwarna hitam sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

KELANTAN , MELAKA DAN KUALA LUMPUR [13 August 2010]
3 kes lagi pembuangan bayi telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam di kelantan , Melaka dan Kuala Lumpur .

PETALING JAYA [15 August 2010]
Meskipun kerajaan telah mengumumkan akan bertindak tegas terhadap pesalah kes buang bayi, ia masih gagal memberi kesedaran malah perbuatan itu berlaku lagi. Kali ini, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg sandang yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara di sini hari ini.

Siapa patut kita benci? Siapa punca kekejaman..? Penganjur pesta maksiat atau Penganjur pesta buang bayi?