VOCALIST

Wednesday, September 12, 2012

MEMENUHI KEADILAN

Adil Islam itu bukan sekadar hak yang dibahagi-bahagi. Adil itu memposisikan sesuatu ditempatnya. Kegagalan bererti kezaliman.

Kita ini dilabel tak adil bila, mengerah seseorang memandu tanpa dilatih kaedahnya. Bertambah tidak adil, mengkritik bila berlaku musibah. Tidak adil jika dibencinya sesuatu perkara tanpa menyiasat apa? dan kenapa?. Adakah adil seorang hakim selesa menjatuhkan hukum buat si pembunuh disebabkan dialah pemegang pistol terakhir?.

Adil juga dikaitkan dengan hak. Dalam rumahtangga contohnya, hak yang wajib atas suami ialah memenuhi tuntutan nafkah isteri. Ini adalah hak antara sesama manusia. Kegagalan bererti kezaliman.

Allah juga ada perincian hakNya. Syariat merupakan hak Allah. Puasa, solat dan hudud contohnya adalah hak Allah yang wajib atas manusia. Memenuhi hak Allah bererti bertindak adil.

Adil datang melalui pertimbangan akal, akal berkait dengan ilmu dan ilmu wajib bersumber kepada Al-Quran dan Hadis. Kesemua tersebut perlu bergerak diatas amanah. Kegagalan masing-masing memainkan peranan menjadi punca membenihnya kezaliman.

Untuk membina sebuah rumah yang berkualiti baik, sukatan simen kena betul, susunan bata kena bijak dan guna alat yang sepatutnya. Tukang rumah perlu kepada kemahiran. Kemahiran itu adalah ilmu. Dan ia mesti amanah dengan ilmunya serta benar sumbernya.

Ada ulama berpendapat "kekurangan ilmu merupakan punca kepada kezaliman"

Perhatikan maksud ingatan Allah yang terkandung dalam surah Al-Ahzab 72 dibawah..

"Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesunguhnya tabiat kebaikan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."

Adil bukan mutlak untuk pemimpin besar. Semua orang memiliki bahagian pimpinan masing-masing. Namun, seseorang yang dikhianati pemimpinnya berpotensi beraksi zalim.

Umpama seorang yang jatuh fakir akibat kegagalan pemerintah berkongsi kekayaan, akhirnya nekad merompak semata-mata mengisi periuk nasinya. Walaupun timbangan akalnya salah namun dia tidak memikul tanggungjawab keseorangan.

Mahu menilai adil kena mengenal tak adil. Nak tau perkara hak kena beringat yang batil. Nak memburu pahala kena jauhkan dosa. Nak amar maaruf kena buat nahi mungkar. Nak kekal pahala ibadat kena elak riak/ujub. Nak kekal pahala sabar atas penerimaan ketidakadilan kena usaha benci pemberi ketidakadilan.

Sangat benar Allah itu Maha Adil.
Allah itu Maha Adil dalam membuat pertimbangan. Allah beri kita keselesaan berfikir bagaimana corak lukisan yang sesuai ke jalanNya. Allah tidak membiarkan hamba terkontang-kanting mencorak pilihan lukisannya.

Kenalilah zalim dan puncanya. Dan jauhi diri dari berlaku zalim. Ianya bakal merosakkan seluruh alam. Dekati sentiasa majlis ilmu. Berdampinglah dengan para ulama dan dai'.

( Surah Al Araf Ayat 23 ) Ertinya:
Mereka berdua merayu : " Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami orang-orang yang rugi."


No comments:

Post a Comment