(Epik I)
“Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994
Kisah penghinaan terhadap insan bernama Muhammad SAW bukanlah terhenti dikala wafatnya baginda SAW. Malah penghinaan tersebut berterusan siri ke siri, episod ke episod, sekuel ke sekuel dan berterusan hingga akhir zaman, selama mana pemimpinnya iblis laknatullah beraja dihati penghina-penghina ini. Kaedah yang meng'halal'kan penghinaan oleh golongan ini termaktub dalam slogan 'Hak kebebasan bersuara'. Lesen ini bukan sah untuk Islam sahaja malah semua jenis agama layak untuk menerima segala bentuk penghinaan sama ada sudut fizikal atau mental. Inilah nilai kebebasan yang diperjuang sekularisme. Pemikiran mereka tidak dipengaruhi agama. Aqidah sesat yang menganggap agama sebagai candu kepada masyarakat.
(Epik II)
"Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir".(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
Nabi Muhammad SAW melalui akhlak Islam tidak menjadikan penghinaan sebagai sebagai amalan agamanya jauh sekali meminta untuk dihina. Walaupun Muhammad menyeru untuk menerima risalahnya tapi ia bukanlah bererti Baginda layak menghina agama selain Islam. Tapi sejarah Islam membuktikan bapa saudara Rasulullah SAW, Abu Jahal dan Abu Lahab sendiri adalah pelopor kepada penghinaan terhadap tubuh Baginda SAW. Itu adalah perbezaan nyata moral agama Islam yang ditunjukkan Nabi SAW.
(Epik III)
"Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam". (Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
Orang Islam yang menjulang sensitivitinya sama sekali tidak membenarkan penghinaan terhadap junjungan Muhammad SAW namun episod rendah moral itu berterusan hinggalah kehari ini. Kita marah dan kecewa apabila barat khusus melalui filem-filemnya mempersembahkan tayangan penghinaan buat Muhammad SAW tapi tanpa disedari pemimpin 'negara Islam' kita sendiri juga kaya dengan siri-siri penghinaan buat susuk Baginda SAW.
(Epik IV)
"Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat". (Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO).
Jangan dilupai siri-siri penghinaan terhadap Rasulullah SAW dan syariat Allah yang dibawa Baginda turut diwarisi sebahagian orang Islam dinegara kita sendiri. Sudah pasti mantan PM Malaysia kekal unggul sebagai penghina Nabi SAW nombor 1.
(Epik V)
“Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”
Dan banyak lagi sambungan siri penghinaan Tun ini terhadap Nabi SAW dan umumnya Islam. Begitu juga beberapa pimpinan negara yang lain. Ulama yang Nabi gelar pewarisnya juga turut sama dihina hampir setiap hari. Kalaulah boleh disusun bakul penghinaan mereka ini, barangkali mampu membina satu 'set' Menara Berkembar Petronas lagi. Pemimpin-pemimpin tersebut sehingga kini belum sama sekali menarik kembali kenyataan mereka. Inilah pemimpin sebuah negara yang dikata 'Islamik' dan sering berlagak sebagai juara umat Islam.
(EPIK VI)
"Kita kena tau apa hudud ini, yang pertamanya hudud ini dibentuk oleh ahli-ahli fekah. Ia tidak terdapat didalam Al-Quran. Dalam Quran ada terdapat hukum-hukum yang tidaklah begitu keras seperti hukum hudud ciptaan ahli fekah.." 26 Februari 2012 dalam Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme (K2P) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Amalan penghinaan pemimpin negara buat junjungan Muhammad SAW seterusnya sedar atau tidak telah menjadi budaya bagi produksi-produksi filem, tulisan-tulisan di media perdana dan beberapa lukisan kartun. Iaitu budaya yang sama ditunjukkan Abu Jahal dan Abu Lahab ketika seronok menghina Nabi SAW. Tidak mustahil penghinaan yang sama akan berlaku jika Baginda SAW masih hidup waktu ini..!! Dan dunia Islam hari ini seperti merindui karektor-karektor bengis seperti Umar Al-Khattab, Hamzah Abd Mutalib dan Zaid Harithah yang sentiasa konsisten mempertahankan Baginda SAW. Bahkan bapa saudara Nabi SAW sendiri, Abu Talib turut punyai peranan besar walau kufur sekalipun.
(EPIK VII)
"Islam bukanlah milik individu atau mana-mana golongan yang mendakwa mereka sebagai ulama. Oleh itu sebarang pentafsiran terhadap sumber-sumber Islam seperti al-Quran bukanlah milik para ulama semata-mata" - Lihat Zainah Anwar dalam Utusan Malaysia bertarikh 26 September 2000.
Apabila barat hadir dengan filem JAHAT 'Innocent of Muslim', umat Islam perlu bersama-sama menunjukkan rasa sensitif, marah seterusnya membantah sekeras-kerasnya episod penghinaan terhadap Muhammad SAW kerana, Rasulullah SAW bukan sahaja mewakili Muslim tetapi pelusuk alam.
"Dan tidak aku utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk membawa rahmat ke seluruh alam.” (Al-Anbiya′:107)"
Dan BUDAYA PENGHINAAN itu juga patut ditentang kumpulan bukan Islam kerana ianya bukan amalan baik yang diterapkan setiap agama. Tekanan demi tekanan seumpama demonstrasi dan pemboikotan perlu diusahakan buat penjahat-penjahat yang amalan penghinaan sudah menjadi akidah mereka
No comments:
Post a Comment