VOCALIST

Monday, December 31, 2012

SIDANG SENDUK BEST OF 2012

11-Euro 2012 dalam kenangan menyaksikan sebahagian ahli kariah bersengkang mata untuk beramai-ramai menonton secara 'live' final Spain vs Itali di Layar Gergasi disediakan pihak Sidang.

10-Konvoi 'spontan' Sidang Senduk sambil makan angin ke Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak di Seri Iskandar setelah bersurainya perkelahan Sidang Senangin.

9-Kejohanan Ping-Pong Edisi 'remake' berlangsung superb, panas dan sengit dengan hari pertama pertarungan, 'stadium' penuh dengan penonton dan malangnya final kejohanan hanya disaksikan oleh pengadil dan peserta sahaja.

8-Sebanyak 4 ekor lembu selamat disembelih pada Program Korban 1433 Hijrah dan segala kerja-kerja sempurna dilakukan petugas Sidang Senduk.

7-Kembara menjejak Ulama keturunan Nabi Syeikh Habib Umar berjalan lancar di Majlis Ilmu beliau di Masjid Bukhari, Alor Setar.

6-Kehangatan Hari Keluarga Raya Senduk melihat komitmen budak muda Sidang yang 'beraksi' hebat dibawah panas terik mentari.

5-Program Ehya Ramadan Perdana, disuburkan dengan iftar, tadarus, sahur, solat jemaah, terawih, Qiyamulail dan kuliah Subuh.

4-Siri Serangan Israel terhadap rakyat Islam Gaza memanggil simpati masyarakat senduk untuk sama-sama bermunajat dan melancarkanTabung Gaza Sidang.

3-Perkelahan perdana Sidang Senduk di pantai Teluk Senangin pada edisi Sidang Senangin yang padat dengan aktiviti yang bermanfaat dan menguntungkan.

2-Sebuah Bas khas telah di 'chatered' orang kampung Senduk untuk menyertai lebih 100,000 manusia di Himpunan sulung Hijau sebagai tanda fokus kepada kemenangan Islam.

1-Bersih versi 3.0 menggamit keazaman dan keberanian seramai hampir 30 Budak Muda Senduk yang turun ke kota KL bagi menyatakan solidariti kebencian terhadap kezaliman.

Semua orang yang waras akalnya pasti berimpian menjadi yang terbaik melalui amalan masing-masing. Semoga 2013 menjadi tahun terbaru untuk melunaskan impian lalu yang tak tercapai. Jadilah manusia yang jemu dan muak untuk berbuat mungkar.

Pesan ulama mengenai bagaimana mengenal status perkembangan amalan kita.

"Kalau amalan itu berubah kepada yang LEBIH BAIK berbanding sebelumnya, BERUNTUNG orang itu. Kalau amalan itu TIDAK BERUBAH berbanding sebelumnya, bermakna RUGI orang itu dan kalau amalan itu LEBIH TERUK berbanding sebelumnya, CELAKA sungguh orang itu."

Oleh itu berusahalah untuk menjadi orang yang paling beruntung. Dari semua perkara yang kita juarai untuk 2012, tidak keterlaluan untuk melabel Sidang Senduk adalah sebuah organisasi bertaraf Dunia.

Selamat Tahun Baru 2013 dari Sidang Senduk.

Saturday, December 29, 2012

AMANAT HAJI HADI, FITNAH DAN BERAT SEBELAH

Saya pada awalnya tidak bercadang untuk turut berpartisipasi dalam memberi respon berkenaan isu ini memandangkan ia telah pun 'berusia' 31 tahun apatah lagi pada tahun 1981 itu saya belum pun dilahirkan lagi dan saya juga tidak pun berkesempatan dengan fenomena seperti apa yang diceritakan oleh orang-orang lama seperti sembahyang dua imam, majlis akad nikah dua kali atau memulau majlis kenduri perkahwinan atau tahlil kematian.

Pelik sungguh apabila isu ini dibangkitkan semula setelah Malaysia bertukar-ganti 2 orang Perdana Menteri, 8 orang Yang Di-Pertuan Agong, 5 orang Ketua Polis Negara, 5 orang Pengerusi Jawatankuasa Fatwa dan 10 orang Ketua Hakim Negara. Sepatutnya, sudah pasti isu ini telah 'selesai' setelah berlalu pelbagai peristiwa sementelah lagi setelah pembatalan muzakarah yang sepatutnya diadakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dulu.

Jika benar sesat amanat itu, bodoh benarlah orang-orang agama kerajaan sehingga perlu memakan masa 31 tahun untuk mendakwa sesatnya amanat itu, belum lagi membuktikannya. Lebih logik ialah, bukan amanat itu yang sesat, dan tidak menyesatkan pun, sebaliknya UMNO yang sedang memperalat. Ulama', media dan institusi awam diperalat untuk memastikan UMNO boleh terus berehat, sebab UMNO kini sedang tenat.

UMNO menghangat isu ini dengan harapan berjaya memperdaya belia seusia saya yang merupakan 'new voters' dan dengan tujuan menghilangkan kepercayaan dan keyakinan pengundi Melayu-Islam terhadap kewibawaan sebuah parti Islam dan seorang ulama' negarawan yang dilihat semakin terkehadapan dan berjaya meraih sokongan bukan sahaja daripada orang-orang Islam bahkan juga daripada bukan Islam. Ini kerana, undi pengundi baru dan Melayu-Islam adalah penting bagi UMNO untuk ia terus mandiri dengan kekuasaannya yang sudah berumur lebih 50 tahun itu.

Sungguh-sungguh UMNO ‘manfaatkan’ apa yang ia miliki untuk matikan karakter TG Hj. Abdul Hadi Awang setelah gagal berkali-kali dalam cubaan memecahkan muafakat Pakatan Rakyat. TG Hj. Abdul Hadi Awang didesak bertubi-tubi supaya memohon maaf kepada umat Melayu dan menarik semula kenyataannya yang telah pun berusia hampir separuh umur beliau.

Nah! Tiba-tiba ulama’ ini hanya minta 1 jam siaran langsung daripada RTM dan TV3 untuk membuat penjelasan dan kemudian menyerahkannya kepada rakyat untuk membuat penilaian. Dibandingkan dengan serangan yang menelan minggu dan puluhan tulisan yang menyerang beliau, 1 jam ini permintaan yang kecil sangat, mudah dan padan sangat jika hendak ditunaikan. Tetapi, jawapan Menteri, “...boleh sahaja kita rakam. Kalau sesuai baru kita siar." Mula-mula bersungguh-sungguh ajak bertumbuk, bila lawan dah setuju dan nyatakan lokasi, tiba-tiba kecut perut pula.

Saya kira sudah-sudahlah isu ini terus dipolemikkan. Generasi baru Malaysia mahukan politik yang ‘constructive’, bukannya ‘provokatif’ dan ‘destructive’, diajak berdebat, “bukan budaya kita”, diminta siaran langsung, “kalau sesuai kita siarlah”, akhirnya, politik samseng dan fitnah juga jadi pilihan. MALAYSIA TANPA UMNO.

Ekhwan Ali

Wednesday, December 26, 2012

POLEMIK KALIMAH ALLAH

Bagi memenuhi konteks kepentingan masyarakat majmuk di Malaysia, pendirian bahawa harus menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan dan bukannya Allah dalam Bible Bahasa Melayu adalah tepat bagi mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal.

Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud Allah, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan.

Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal. Manakala menterjemahkan God dengan Allah akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam.

Bagaimanapun, orang Kristian berhak menggunakan nama Allah dalam gereja atau sebarang upacara agama. Sambil perlu diingatkan penggunaan nama Allah di dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mampu mengelirukan pelbagai pihak.

Bahkan cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian.

Harus diingat, bagi umat Islam, nama Allah merupakan nama yang khusus yang mesti dipelihara kesuciannya.

Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk.

Sehubungan itu, permintaan untuk menggunakan nama Allah dalam terjemahan Bible Bahasa Melayu tidak wajar, bahkan di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada God samada dalam pertuturan, penulisan atau filem. Perkataan yang sering digunakan ialah ‘Lord’.

Walaupun penggunaannya tidak bertentangan dengan tradisi ilmu dan budaya di kalangan ahli kitab (Yahudi dan Nasara), tetapi keluar dari khilaf atau mengelak berlakunya kekeliruan dan polemik adalah jalan terbaik.

Ada perkataan yang sensitif bagi sesetengah agama, seperti kalimah Dua Shahadah dan Allah, tidak boleh disebut secara sewenang-wenangnya dalam konteks yang tidak tepat kerana ia boleh menimbulkan kemarahan dan ketidaksenangan yang tidak perlu dalam masyarakat majmuk di negara kita dan situasi negara masa kini.

Tuan Ibrahim Tuan Man

Sunday, December 23, 2012

ANTARA FAKTA DAN AUTA

Ombak pantai menggulung pasir terdampar
Bayu angin menyusul menyepak-nyepak pipi
Rumput lalang bertasbih gembira
Garang mentari menanti saat dibalik bukit sana
Memenuhi karenah bukan sahaja manusia
Menunggu bulan yang terserlah ayunya
Sampai begitu hebat Allah rekacipta
'Subhanakala 'ilmalana illa ma 'allamtana'

Kelibat manusia menopeng insan
Tanpa segan menconteng panorama
Mencuci ehsan dengan amal nista
Mengulang-cetak tabiat perosak

Bila titik hitam meraja jiwa
Diwarnanya bumi dengan dosa noda
Manusia gila kalutkan takhta
Buatkan hela jadi tidak ketentu-hala
Buat lukisan jadi porak peranda
Keji, busuk dan huru hara
Sementara giliran kiamat tiba
Setelah sebelumnya aman sentosa

Monday, December 17, 2012

STEADY SIDANG SENANGIN : DAY 2

16.12.12 (Ahad)

Kami gagah melawan serangan bayu pagi untuk solat subuh berjemaah seawal jam 5.45 pagi. Sejurus kemudian Ustaz Fariz memusatkan tumpuan jemaah dengan kisah 'travelog' Ukail Bin Abu Talib bersama Rasulullah SAW.

Seusai pengisian pagi, kami bergegas untuk bergangnamrobik ditepi pantai. Acara ini diubahsuai dengan berjoging sepanjang pantai Senangin selepas sedikit regangan badan. Sebelum sarapan pagi siap, acara bolasepak berjemaah berlangsung dipadang area chalet. Saingan berhenti bila Ayahanda Paknjang menghalau kami dengan sebatang kayu ditangan. *menu sarapan : Nasi Lemak ikan bilis cabai dan timun.

Selesai makan, kami bersiap ke tepi pantai sekali lagi untuk sukaneka. Ada lari tempurung, belalai gajah, pocong dan tarik tali. Ada satu acara lagi ditaja oleh ayahanda Paknjang iaitu lari 100 meter 20 tahun keatas dengan ganjaran wang tunai RM 50. Semua acara berlangsung penuh revolusi, kontroversi, reformasi, sensasi dan konspirasi. Acara selesai sempurna jam 11.30 pagi.

Kami seterusnya bersiap-siap untuk sesi akhir iaitu Majlis Anugerah dan penutup. Ustaz Fariz diikuti Ustaz Pakngah Amini memberi alu-aluan seterusnya merasmikan upacara penutup

Ayahanda Paknjang, Ustaz Pakngah Amini, Ustaz Shahrul dan Ustaz Fariz bergilir menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.

Kumpulan terbaik : Syukur Jihad
Juara keseluruhan (mata) : Senduk Pantai Saloba
Peserta terbaik : Adik Hapiz
Personaliti Hadrah Harapan terbaik : Habib
Personaliti Hadrah Terbaik : Rahman

Sehinggalah Ajam yang bertindak selaku MC haritu mengubah emosi kami ketika mengumumkan anugerah Personaliti Paling Bernilai.. Ajam membuat kami betul-betul sebak..

"Beliau sentiasa menemani setiap sudut pergerakan budak-budak kampung walau susah mahupun senang, beliau ayah bagi budak kampung.. Yang susah diganti.."

Personaliti tersebut, tidak lain dan tidak bukan Ayahanda Paknjang yang sangat berjasa dan sukar mencari 'spare-part'nya. Anugerah itu juga belum cukup untuk diukur akan keluarbiasaan komitmennya. Kami semua kenal siapa Paknjang Mat Ali.

Kami mengakhiri penutupan Sidang Senangin dengan makan tengahari yang kalini berlangsung sesuai dengan waktunya. Kami kemudian solat Zohor bersama-sama, berbungkus-siap dan bergambar beramai-ramai sebelum berambus pulang.
*Menu : Nasi Tomato dan ayam merah

Perjalanan pulang kami kemudian diisi dengan sesi 'shopp'in' dan 'rock'in' di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seri Iskandar. Kami sempat bergambar bersama Zua XPDC dan 'band'nya yang sedang 'setting' sound sistemnya di pentas himpunan setelah tiba disana jam 4 petang.

Jam 7.00 malam, kami akhirnya kembali berjemaah Maghrib semula di Surau kesayangan kami.

Kami berpuas hati dan patut berterima kasih atas usaha yang kami sendiri cipta dimana matlamatnya sudah pasti mencapai indeks prestasi peribadi. Terima kasih juga buat sumber-sumber lain yang tidak kurang pentingnya.

Tahniah dan Jazakallahu Khairan Kathira..!!!!

.. Ini gaya Budak Senduk berkelah..

STEADY SIDANG SENANGIN : DAY 1

"Islam tidak halang berseronok, berhibur dan berkelah melainkan dengan menurut panduan dan syariatNya.." Ini adalah antara ingatan Imam Muda Senduk saudara Fakeh Al-Hafiz semasa menyampaikan kuliah magribnya di sesi perkelahan Sidang Senduk @ Sidang Senangin 2012.

Walaupun tarikh perkelahan penuh kontroversi, Semua aktiviti perkelahan Sidang Senangin lancar mengikut jadual kecuali beberapa pindaan kecil berlaku untuk disesuaikan dengan keadaan semasa. Semua exco pelaksana dapat menyelesaikan amanah masing-masing kecuali beberapa 'khilaf' kecil yang tidak dapat dielak. Dan semua peserta perkelahan dapat memberi reaksi 'superb' terhadap setiap disiplin aktiviti walaupun kadangkala ada 'revolusi' ringan yang akhirnya berjaya dimudahkan.

15.12.12 (Sabtu)

Kesemua 14 helai 'stiker' kereta habis diedar buat konvoi Sidang Senangin yang sempurna dilepaskan pada jam 10 pagi (waktu melayu). Konvoi dipimpin CEO Sidang Senangin, Hamizan selamat tiba di Chalet klasik Pak Ya kira-kira jam 11 pagi (waktu melayu) dan disudahkan oleh kenderaan terakhir, Raden Uki (pahlawan Jawa) pada jam 1.30 Pm dengan membawa bekalan penting iaitu beras Jati buat makanan tengahari peserta. Semuanya seolah-olah dirancang.

Setelah kami semua berjemaah Zohor dibawah kanopi 'nasi lemak' yang disediakan pihak Chalet Pak Ya, aktiviti kumpulan dan debat '3 minit' berlangsung tegang dengan tajuk agak tegang iaitu 'rempit' dan 'couple'. Nampaknya budaya '3 minit' adalah suatu yang mudah bagi budak-budak Senduk untuk realisasikannya. 50 peserta difaraidkan kepada 4 kumpulan iaitu, Lanun.com, Sidangsenduk Pantai Saloba, Kemuncup Senangin dan Syukur Jihad.

Kami diperutkan dengan makanan diluar tengahari pada jam 4 pm (juga waktu melayu) sebelum bersama-sama berjemaah Asar diimamkan Imam Muda Emi. Makanan diusahakan Brader Puad (Cahaya Katering) dibantu Encik Goreh (chef bertauliah) dan semuanya dihidang secara 'Talami' (makan dalam talam la..) *Menu Nasi, gulai ikan masin, ikan goreng dan sayur gobeh.

Kami kemudian menyambung 'debat' di pasir pantai Senangin dengan aksi Futsal 5 sepasukan. Kesengitan begitu terasa bila hanya 3 gol berjaya dijaringkan sepanjang kejohanan. Rata-rata keputusan ditentukan dengan sepakan penalti.

"200 mata untuk pasukan Sidang Senduk Pantai Saloba dan 100 untuk Lanun.com..!!" Komander Hamizan umumkan pemenang untuk aksi final genting acara futsal. Komander kemudian membayangkan untuk menganjurkan ragbi laut pada sesi akan datang..

Kami kemudian bergegas ke kamar dan bersiap-sedia untuk berjemaah Maghrib yang diimami Fakeh Al-Hafiz yang kemudian terus menyampaikan tazkirah beliau. Ustaz Fakeh mensyarahkan Hadis 40 Imam Nawawi mengenai penyakit akhir zaman.

"Kita sekarang diganggu nyamuk dan agas, Gaza diganggu peluru Israel.." Ustaz Fariz cuba menenangkan peserta yang diserang nyamuk seawal bermulanya solat Maghrib semasa sesi kuliahnya berlangsung selepas itu.

"Sehingga saya merasakan saya ini sebahagian dari rakyat Sidang Senduk.." Antara penghormatan diberi Ustaz Fariz

Selepas Solat Isyak, tibalah kemuncak Malam Kebudayaan Senduk membuka tirainya. Bakat-bakat seni Senduk perlu memerah otak kali ni untuk mempersembahkan sesuatu yang istimewa malam ini dengan 10 minit sahaja waktu persediaan. Kesemua peserta bersaing hebat melalui boria, nasyid, lakonan, sajak dan pentomen.

"Mereka boleh bersaing pada Maharaja Lawak.." Ustaz Fakeh, juri jemputan.

"Tak mustahil mereka boleh mengalahkan lawak R2, Shiro, Pimai dan Balas.." Ustaz Fariz, juri tetap.

"Semua peserta beraksi baik tapi Lanun.com ada sedikit kelainan idea yang buatkan mereka lebih baik.." Komen Juri Jemputan (ketua) Ustaz Amini.

Kami mengakhiri malam itu dengan melantak ayam dan ikan BBQ sambil disulam aksi hadrah. Dan aktiviti-aktiviti lain selepas itu adalah diluar program rasmi. Contohnya memancing dan melayan muzik 'Tekno'.. Contohh!!. Dan kami tidak berniat bersaing dengan upacara karaoke keluarga di program jiran yang lagi satu..

..ini gaya Budak Senduk berkelah (to be continued)

Wednesday, December 12, 2012

KERJASAMA BIJAK

Semua manusia tidak boleh memilih hidup solo di muka bumi ini biarpun Allah telah cukupkan kesenangannya. Ianya kontra dengan sifat, potensi dan kebiasaan manusia (fitrah). Seseorang memerlukan "tolong-menolong" atau “kerjasama”, sehinggalah kehidupan itu berlaku dalam bentuk yang terbaik.

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”. (Al-Maidah: 2)

Ibnu Kathir memberi penjelasan mengenai maksud Firman Allah SWT :

Allah SWT mensyaratkan kebenaran dan taqwa sebagai asas kerjasama ('ta'awanu') dan melarang dalam perkara yang haram dan pencabulan.

Ibnu Jarir pula berkata:

Dosa ialah meninggalkan apa yang Allah suruh anda lakukannya, dan pencerobohan atau perlanggaran ialah melampaui batas yang ditetapkan Allah dalam agama dan melampaui batas dari apa yang Allah telah perintahkan kepada anda dalam diri anda dan orang lain. Dalam hal ini Rasulullah saw pernah bersabda (bermaksud):

"Tolonglah saudaramu yang menzalimi dan yang dizalimi”, Lalu seorang sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, kami memahami tentang menolong orang yang dizalimi, bagaimana menolongnya kalau dia seorang yang zalim? Nabi berkata (bermaksud): " Kamu menghalang dan mencegahnya dari berbuat kezaliman. Itulah cara menolongnya". (HR. Bukhari)

Sabda nabi saw (bermaksud):

"Tunjukkanlah ia kepada kebaikan seperti orang yang melakukannya".(HR. Tirmidzi)

Sabda nabi saw lagi (bermaksud):

"Orang mukmin yang bergaul dengan orang dan bersabar di atas penyiksaan mereka memperolehi pahala yang lebih besar daripada orang yang tidak bergaul dengan orang dan tidak sabar dengan penyiksaan mereka". (HR.Tirmidzi).

Jika minyak itu umpama kejahatan dan air itu kebaikan, bergaul bukan bermaksud bersetuju tapi bertujuan mengeluarkan saudaranya dari kepungan kejahatan tersebut.

Apakah anda tidak melihat kepada Rasulullah saw bagaimana baginda mengumpulkan sampah sarap rumahnya untuk mewujudkan semangat kerjasama keluarga yang menyebabkan sesebuah rumah itu hidup makmur.

Alangkah perlunya umat Islam memperhatikan ingatan Nabi SAW ini, supaya mengetahui bahawa manhaj Islam menitik beratkan soal membantu orang lain ..! Perhatikanlah saudara kepada hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar (bermaksud):

"Seseorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Dia tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh membiarkannya dizalimi oleh orang lain. Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barangsiapa yang melepakan sesuatu kesulitan saudaranya, maka allah akan melepaskan salah satu kesulitan di hari kiamat dan barangsiapa yang menyembunyikan keaiban seorang muslim lain, maka allah akan menyembunyikan keaibannya di hari kiamat ". (Muttafaq Alaih)

Perhatikan ungkapan: " Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya", untuk mengetahui bagaimana Islam menggesa umatnya supaya membantu orang lain.

Dari Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Muslim (bermaksud):

" Barangiapa yang meringankan salah satu dari kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan meringankan salah satu kesusahannya di hari kiamat. Barangsiapa yang yang memudahkan (membantu dalam masalah hutang) orang yang mendapat kesusahan (berhutang), maka Allah akan memudahkan baginya di dunia dan akhirat. Barangsia yang menyembunyikan keaiban seorang muslim lain, makaAllah akan menyembunyikan keaibannya di dunia dan akhirat. Allah menolong seorang hamba selagi hamba itu menolong saudaranya”.

Ungkapannya sangat jelas .. bahawa Allah menolong anda selagi anda meringankan tulang untuk menolong orang lain.. hanya bermula dengan mencari mereka yang memerlukan pertolongan anda, dan lakukanlah dengan baik, benarlsh Firman allah swt dalam hal ini (bermaksud):

“Dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan”. (al-Hajj: 77).

Dengarlah sabda Nabi saw (bermaksud):

"Saya didedahkan pekerjaan umatku yang baik dan buruk; Lalu saya dapati antara pekerjaan yang baik ialah membuang sesuatu yang bahaya di jalan, dan saya dapati antara pekerjaan yang buruk ialah kahak atau hingus yang terdapat di dalam masjid dibiarkan dan tidak buang". (HR. Muslim).

Renungkanlah bagaimana membuang sesuatu yang buruk di jalan merupakan antara pekerjaan yang terbaik bagi seorang muslim, kerana ianya tergolong dalam hal bantu-membantu. Sabda Nabi saw yang lain (bermaksud):

"Orang yang berjalan kerana memenuhi keperluan saudaranya sama ada pertolongannya itu dapat menyelesaikan keperluan saudaranya atau tidak, maka baginya pahala seumpama pahala i'tikaaf selama sebulan (dalam riwayat yang terkenal dua bulan) di masjid ini".

Satu riwayat dari Abu Musa al-Asy'ari bahawa Nabi saw bersabda (bermaksud):

"Setiap Muslim hendaklah melakukan sedekah", Seorang sahabat bertanya: “Bagaimana jika ia tidak menemuinya (tidak mampu)? Nabi menjawab: "bekerja dengan tangannya yang memberi manfaat untuk dirinya dikira satu sedekah , "Sahabat itu bertanya lagi: “Bagaimana jika ia tidak boleh? Nabi saw menjawab: "menolong orang yang sangat memerlukan pertolongan ". Sahabat itu bertanya lagi: “Bagaimana jika ia tidak boleh?Nabi menjawab: "Ia menyuruh kepada yang ma’ruf atau kebaikan", Sahabat itu bertanya lagi: “Bagaimana jika ia tidak melakukannya? Nabi menjawab: "Ia mesti menahan diri dari melakukan kejahatan kerana ianya adalah sedekah. " (HR. Bukhari dan Muslim)

Sabda junjungan besar penghulu dan kekasih kita Nabi saw (bermaksud):

"Orang-orang mukmin dengan orang mukmin yang lain adalah seperti struktur binaan yang saling menguatkan antara satu sama lain "(HR. Muslim).

Walaupun perkara kerjasama itu dilihat satu kebaikan namun kesilapan memahami konsep sebenar mengakibatkan ada orang tersalah membuat pilihan.

Monday, December 10, 2012

BIRO PENGKRITIK

Sebagaimana pesanan Imam Hassan al-Banna "Kewajipan lebih banyak daripada waktu".

Sebenarnya kerja di dalam Jemaah ini banyak, tetapi kita amat kurang amilinnya (petugasnya). Orang hendak mendengar ceramah ramai, tetapi sedikit orang yang hendak mengatur ceramah. Ramai orang hendak didakwah, tetapi sedikit orang yang bekerja untuk menarik pendakwah.

Begitu juga ramai orang yang hendak mengkritik, tetapi sedikit orang yang melaksanakan apa yang dia kritik. Alangkah baiknya jika kritik disusuli dengan tindakan. Barulah jamaah akan bergerak dengan baik. Jangan kita balun sahabat yang bekerja tanpa belas kasihan.

Sedangkan kebanyakan mereka ini bekerja kerana Allah. Biasalah sebagai manusia yang tidak maksum yang tidak sunyi daripada kesalahan dan kelemahan. Railah mereka sebagai sahabat yang ikhlas bekerja.

Saya yakin mereka yang ikhlas membuat kerja jamaah tidak akan mempersia-siakan peluang dan masa. Mereka melakukan yang terbaik untuk Jemaah.

Pada mereka tidak ada masa untuk mencari kesalahan sahabat yang bekerja. Sepatutnya yang kita hendak marah ialah mereka yang tidak buat kerja.

Mereka yang buat kerja selalunya ada salah, kerana mereka bekerja. Manakala mereka yang tidak bekerja sentiasa selamat daripada buat salah. Umpama kereta jika sering diguna, maka ia akan rosak, berbanding dengan kereta yang tidak diguna.

Kita mesti mentarbiah diri kita menjadi rijal al-amal (orang yang bekerja), bukan rijal al-kalam (orang yang hanya bercakap).

Ahli yang produktif ialah mereka banyak bekerja, bukan banyak bercakap. Kita mesti rasa malu dengan ahli yang rajin bekerja berbanding dengan ahli yang banyak bercakap dan menjadi pengkritik tegar.

Kebiasaannya orang yang kuat mengkritik, hasilnya tidak seberapa. Paling parah sekali apabila diberi amanah dia tidak mampu menyelesaikan.

Perlu diingatkan tidak salah kita menjadi pengkritik, tetapi biarlah bersifat konstruktif (membina), bukannya meruntuh. Jamaah akan menjadi beku dan jumud jika semua ahlinya tidak berani mengkritik. Tidak ada idea baru dan tidak segar kerana apa yang dibincang masih bersifat satu hala.

Oleh itu kita diajar oleh Nabi Muhammad SAW membaca tasbih kafarah apabila hendak perpisah di dalam setiap pertemuan. Tasbih yang memohon keampunan daripada Allah , dibimbangi di dalam kita berbincang ada kritikan yang tidak sedap dengar oleh sahabat yang lain atau melanggar batasan syarak.

Begitulah juga para sahabat, mereka tidak akan berpisah kecuali setelah membaca surah al-Asr. Kerana di dalam surah ini sarat dengan tausiah (pesanan) baik untuk orang yang beriman. Antara lain bermaksud "Berpesanlah dengan kebenaran dan berpesanlah dengan kesabaran".

Faktor-faktor yang menyebabkan seorang yang hanya pandai mengkritik

- Sombong dengan pandangan sendiri, dia merasakan dia yang bijak orang lain bodoh. Idea dia sahaja yang hebat, dan wajib diterima.

- Tidak menghargai kerja sahabat, ini satu tabiat yang buruk. Sedangkan sahabat yang bekerja sebagai satu tanggungjawab kepada jamaah yang hanya mengharap keredaan Allah SWT.

- Tabiat suka mengkritik orang lain yang sudah menjadi darah daging dan menjadi makanan hariannya. Mungkin mulutnya jadi gatal apabila tidak boleh kritik sahabat. Ia akan berusaha mencari kesalahan walau pun sekecil mana sekali pun.

- Merasa dirinya sahaja yang pandai, orang lain bodoh. Semua idea yang dilontarkan oleh ahli akan ditolak. Paling menyedihkan apabila ditanya, apa penyelesaiannya, beliau sendiri tidak tahu dan suruh orang yang mencadangkan cari sendiri formulanya.

- Tidak suka pegang jawatan kerana sangkaannya lebih baik, kerana membolehkan beliau mengkritik dari semua sudut. Pengalaman saya orang yang seperti begini tidak mampu menjalankan tugas apabila diberi amanah dalam apa lajnah sekali pun. Beliau hanya layak menjadi Pengerusi Lajnah Pengkritik.

- Paling takut sekali mereka ini ejen musuh yang menyelinap masuk ke dalam jamaah untuk membuat gangguan daripada dalam. (Nauzubillah).

Ketika saat getir begini marilah sama-sama kita menghala muncung senapang kita kepada musuh, bukan sesama sendiri.

Ustaz Idris Hj Ahmad

PERKELAHAN ALTERNATIF SIDANG

Sesi perbincangan panel pada malam pertemuan lepas (Rabu 5.12.12) telah menggariskan beberapa perkara penting bagi merealisasikan hajat budak Senduk untuk berkelah lagi di Teluk Senangin. Kali ini kami 'detail'kan lagi perkara-perkara yang diputus pada sesi sebelumnya. Sesi kali ini menerima kehadiran Ustaz Fariz yang bakal berperanan 'blockbuster' dalam sesi perkelahan kita nanti.

Antara persoalan yang dibincangkan ialah, penyusunan aturcara, pembahagian/perlantikan exco, pengisian program, hadiah cenderahati dan format santai. Semua panel bersetuju meletakkan 'santai' sebagai objektif program. Kami sepakat pemukiman di telok Senangin sebagai satu program perkelahan 'alternatif' buat ahli-ahli khas buat artis-artis hadrah Budaya Warisan.

EXCO-EXCO

Komander : Hamizan
Keselamatan : Ustaz Farid, Ustaz Fakeh, Azri, Pok Ri
Kebersihan : Syukri
Agama : Rahman
Pendaftaran : Aiman
Aturcara : Zubir
Hadiah : Ustaz Shahrul
Transport : Mali

Agenda
(15.12.12 Sabtu)
8.00am - 1.00pm - Bergerak, mandi-manda.
1.00pm - Solat Zuhur
3.00pm - program kumpulan (LDK)
4.30pm - Solat Asar
5.00pm - Bebas
7.00pm - Solat maghrib
8.00pm - Kuliah Ustaz Farid
9.00pm - BBQ, Malam kesenian Islam
11.00pm - tido
(16.12.12 Ahad)
6.00am - Solat Subuh berjemaah
6.30am - Kuliah Ustaz Fakeh
7.00am - Senamrobik
8.00am - Sukaneka
11.00pm - Hari Anugerah
1.00pm - Majlis penutup

(*tertakluk kepada pindaan)
(*Petugas tambahan akan diumum kemudian)

Kami akan bersidang lagi pada pertemuan akan datang...


Wednesday, December 5, 2012

PAK BAEN STORY : MUSTIKA AYAM SABUNG

"Betul-betul haram jadah..!!" Pak Baen semakin kasar. Pak Baen lupa amalan wasatiah sebelum ini. Kesopanan dan kesusilaan budaya timur yang selalu dibanggakan oleh beliau semakin menyusut. Pak Baen sudah semakin lupa dan terlanjur.

"Diaorang tak kuat mana..Apa nak takut !!?" Pak Baen adalah juara 25 kali kejohanan Sabung Ayam peringkat negeri. Semua orang tahu. Semua orang perasan. Setiap kali kejohanan yang biasanya 2 tahun sekali itu berlangsung (Pak Baen juga punyai imuniti khas untuk tentukan tarikh pertarungan), para fanatik sabung ayam pasti dapat meneka walaupun dalam kesamaran pemenangnya adalah Pak Baen. Bukan saja orang ramai, pengadil juga dilihat 'kamcing' dengan Pak Baen. Keputusan perlawanan tampak mudah diumum jika Pak Baen pesertanya.

"Ayam kita lagi 'power'!!" sambil mendedahkan kepala lututnya dihadapan penyokong-penyokongnya. Pak Baen merujuk kepada prestasi ayam sabung tercintanya, Colek. Bertungkus lumus Pak Baen melatih Colek seni melawan. Apa lagi yang Colek kurang? Segala jenis silat ketuanan melayu termasuk silat gayong, cekak, abjad semuanya dah dikhatam Colek. Ditambah lagi kung-fu, taekwando, kuntau dan silambam. Sehingga pada dasarnya Colek dilihat lebih 'power' dari tuannya sendiri.

Colek, ayam sabung Pak Baen bukan sahaja mahir bertumbuk malah kesasaan susuk tubuhnya cukup menggerunkan lawannya. Diet seimbang yang disusun Pak Baen membuatkan Colek seolah-olah pahlawan 'gladiator' yang perkasa. Pak Baen juga kerap mengasah kuku, taji dan paruh Colek hingga tajam dan berkilat bak mata pisau. Jiran-jiran rumah Pak Baen kerap mengupah Colek bagi 'menyetelkan' ayam-ayam yang selalu buat bising di kampung. Dan dikalangan ayam-ayam, Colek ni kira samseng la.

"Mereka tu pembohong!! Tak layak menang!!.." Walaupun hidung Pak Baen sentiasa mengembang bangga dek dipuji orang akan magisnya Colek namun jauh disusur hatinya tetap timbul perasaan ragu tak tentu-hala. Colek anggapannya begitu sempurna. Sehingga kata Pak Baen seketul kudis pun tidak ada pada susuk Colek.

Apa tidaknya, hampir keseluruhan punca pendapatan Pak Baen datang dari sabungan Colek. Untuk senang seperti sekarang, Pak Baen menjelajah kampung ke kampung. Dari Colek lah Pak Baen membayar 'installment' Proton Preve nya.

"Itu dulu Pak Baen..!" Pekik Alif seolah dah tau skrip Pak Baen, sambil-sambil memandu 'motocup'nya dihadapan warung itu. Alif baru saja selesai kertas STPM terakhirnya pagi tadi. Alif katanya akan bekerja sementara dibandar sementara keputusan diumum.

Memang benar kata si Alif. Memang dulu Colek adalah yang terkuat dikampung Timbang Tahil. Tapi fitrah benda hidup, sebelum mati dia akan tua dan lemah. Colek kalau diikut sukatan umur manusia sudah sekitar 50 tahun. Pemain bolasepak profesional paling tua pun umurnya 40 tahun. Begitu nasib Colek akhirnya. Pak Baen pula akibat terlalu sayangkan Colek, terlupa untuk melahirkan banyak lagi Colek.

"Kita akan buat sembahyang hajat malam ni.." Pak Baen tiba-tiba mengumumkan kepada penyokong-penyokongnya datang bermunajat supaya dianugerahkan kemenangan buat Colek sepasukan.

"Pasukan kita ini adalah anugerah Tuhan.." Pak Baen menyimpulkan ucapannya.

Allahuakbar!!.. Sambut para penyokongnya..

Nota : Sabung ayam adalah sama sekali dilarang dalam Islam.


Monday, December 3, 2012

MESIR DAN EVOLUSI YUSUF AS III : MENTERI BERKUASA

Kisah Nabi Yusuf yang berperanan sebagai menteri perbendaharaan dimulai ketika dia menafsirkan mimpi raja. Pada saat menjalani hukum penjara, Nabi Yusuf harus menafsirkan mimpi orang yang memerintah negara dan memenjarakannya iaitu raja Mesir pada ketika itu. Namun, Nabi Yusuf tetap menyebutkan tafsir mimpi yang benar dan memberi saranan yang baik kepada raja tanpa mengharapkan imbuhan moral mahupun material. Allah Taala berfirman:

"(Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia); Yusuf, wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat) tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya." (Surah Yusuf : ayat 46)

Pada saat itu tidak seorang pun yang mampu menakwilkan mimpi tersebut dan para sekratariat kerajaan mengatakan, "Itu adalah mimpi-mimpi yang tidak memberikan apa-apa makna". Salah seorang teman sepenjara Nabi Yusuf meminta kepada raja untuk memberitahukan mimpi yang dialaminya itu kepada Yusuf kerana dia pernah menakwilkan mimpi yang alaminya.

Setelah mendengarkan cerita mimpi utusan raja, Yusuf menyusun strategi jitu dalam jangka 15 tahun untuk menyelamatkan negara daripada bencana kelaparan. Seperti ditafsirkan, bahawa akan datang musim kemarau yang berpanjangan, sehingga diperlukan pentadbiran perbendaharaan sumber negara dalam jangka masa yang panjang agar rakyat Mesir mempunyai makanan yang cukup. Allah Taala berfirman:

"Yusuf menjawab; Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa-apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit daripada bahagian yang kamu jadikan untuk makan." (Surah Yusuf : ayat 47)

Rakyat Mesir diarahkan agar menyimpan makanan secukupnya agar dapat membekalkan sedikit untuk masa krisis kemarau berpanjangan. Allah Taala berfirman:

"Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit daripada apa-apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih)." (Surah Yusuf : ayat 48)

Pada masa kemarau, rakyat akan bergantung kepada makanan yang disimpan sebelum ini. Jika ada orang yang tidak memiliki persediaan makanan yang cukup maka apa yang harus mereka lakukan dalam situasi yang sulit tersebut? Maka, tidak diragukan lagi bahawa mereka yang kesempitan harus berhutang terhadap orang lain. Seperti yang dikatakan pepatah, "Hutang membuat gelisah di malam hari dan membuat malu diri sendiri di hadapan orang lain pada siang hari."

Setelah masa sempit datanglah masa kejayaan, dan setelah kegelapan terbitlah fajar. Itulah tahun yang ke-15 seperti yang ditakwilkan oleh Nabi Yusuf. Pada masa itu hujan turun membasahi bumi yang membuatnya hijau dan tanaman pun tumbuh di mana-mana, sehingga banyaklah pohon yang berbuah dan dapat dipetik manusia dengan mudah. Allah Taala berfirman:

"Setelah itu akan datang tahun, di mana manusia diberi hujan (dengan cukup) dan pada masa itu mereka memeras (anggur)." (Surah Yusuf : ayat 49)

Demikianlah yang ditafsirkan oleh Nabi Yusuf sehinggalah tiba waktu pengadilannya Baginda dibebaskan daripada penjara setelah dibuktikan siapa sebenarnya yang bersalah. Reputasi Baginda Yusuf melonjak cemerlang bukan sahaja di mata manusia bahkan kepada setiap makhluk di alam ini. Kebenaran yang ada pada Nabi Yusuf ibarat sinar mentari pada siang hari, cahaya bulan di malam hari dan cahaya fajar pada waktu subuh. Isteri penguasa yang memfitnah Nabi Yusuf mengakui kesalahannya. Wanita itu bersaksi bahawa dialah yang melakukan konspirasi terhadap Yusuf.

Nabi Yusuf keluar dari penjara dalam keadaan terhormat menuju istana raja dan diangkat menjadi seorang menteri. Tiada keraguan bahawa seseorang itu tidak disyariatkan untuk meminta-minta jawatan, namun apabila tidak seorangpun yang absah dalam sesebuah jabatan maka dia harus berada di garis hadapan memangkunya. Hal ini kerana, Yusuf adalah Nabi yang menerima wahyu daripada Allah, tindakan bernas bukan daripada akal semata-mata, tetapi juga daripada kebersihan jiwanya meyakini Allah itu Tuhan sejati. Allah Taala berfirman:

"Dia (Yusuf) berkata; Jadikanlah aku bendaharawan negeri (Mesir); karena sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, dan berpengetahuan." (Surah Yusuf : ayat 51)

Kisah Nabi Yusuf a.s. berakhir dengan bahagia, kerana Allah Taala menganugerahkan kedudukan kepadanya di negeri Mesir sebagai orang menjaga amanah kerajaan. Seorang yang diiktiraf amanah oleh Allah, kemudiannya menjaga amanah rakyatnya, dan hal ini tidak akan terjadi di dunia kecuali di atas kehendak Allah Taala.

Inilah petunjuk Allah kepada kita umat Islam tentang akhlak Nabi Yusuf yang sewajibnya dimiliki oleh para pemuda. Hanya kepada Allah kita memohon agar menjadikan kita termasuk antara orang-orang yang beramal dengan ikhlas kerana mengharapkan redha-Nya.

Tarbawi.com

MESIR DAN EVOLUSI YUSUF AS II : TARBIYAH & DAKWAH

Meskipun dimasukkan ke dalam penjara kerana ditohmah dan difitnah oleh seorang isteri sang penguasa, Nabi Yusuf tetap berdakwah dan menyampaikan nasihat kepada orang lain yang berada di penjara bersamanya. Hal ini tergambar dalam firman Allah Taala:

"Dan masuklah bersama-samanya ke penjara dua orang khadam raja. Salah seorang daripadanya (bertanya kepada Yusuf dengan) berkata; Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku memerah anggur. Dan berkata pula yang seorang lagi; Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku menjunjung roti atas kepalaku, yang sebahagiannya dimakan oleh burung. (Kemudian keduanya berkata); Terangkanlah kepada kami akan takwilnya. Sesungguhnya kami memandangmu dari orang-orang yang berbuat kebaikan (untuk umum)." (Surah Yusuf : ayat 36)

Setelah beberapa lama kedua-dua banduan itu berinteraksi bersama Nabi Yusuf, akhirnya mereka dapat mengenal keperibadian dan budi pekertinya yang baik di samping ketakwaan dan kesolehannya. Oleh itu, ketika dua pemuda tersebut bermimpi, maka mereka pun berkata kepada Nabi Yusuf, "Berikanlah kepada kami takwilnya. Sesungguhnya kami memandangmu termasuk orang yang berbuat baik (berakhlak mulia)".

Karakter pendakwah sejati akan selalu terlihat bila-bilapun dan di manapun. Akidah yang bersih, ibadah yang benar dan budi pekerti yang baik akan sentiasa terpateri dalam diri setiap saat, bahkan ketika berada dalam penjara dan mengalami kesulitan di dalam hidup. Nabi Yusuf membuktikan kenabiannya kepada mereka dengan takwil mimpi. Dia dapat mengetahui makanan apa pun yang akan diberikan sebelum sampai kepada mereka berdua. Hal ini adalah pengetahuan tentang sesuatu yang ghaib. Tidak ada seorangpun yang mengetahui hal-hal yang ghaib selain Allah dan orang-orang diberitahu Allah di antara Para Nabi dan Rasul-Nya. Allah Taala berfirman:

"Kecuali kepada Rasul yang diredhai-Nya, maka sesungguhnya Dia (Allah) mengadakan penjaga-penjaga (Malaikat) di depan dan di belakangnya." (Surah al-Jinn : ayat 27)

Sifat rendah hati Nabi Yusuf diperhatikan oleh teman-temannya di penjara ketika menyandarkan ilmu yang diketahuinya kepada Pemiliknya yang hakiki, yakni Allah Taala dengan mengatakan:

"(Aku bukan sahaja dapat menerangkan takwil mimpi kamu itu, bahkan) tidak datang kepada kamu sesuatu makanan yang diberikan kepada kamu (tiap-tiap hari dalam penjara), melainkan aku juga dapat memberitahu kepada kamu akan nama dan jenisnya, sebelum ia dibawa kepada kamu. Yang demikian itu ialah sebahagian daripada apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku (Allah). Dengan sebab itu aku meninggalkan pegangan kaum yang tidak beriman kepada Allah serta tidak pula percayakan hari akhirat." (Surah Yusuf : ayat 37)

Hal ini adalah salah satu kaedah Nabi Yusuf dalam mengajak mereka untuk beriman kepada Allah dan mengesakanNya. Dia-lah Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan Maha Mengetahui segala sesuatu yang ada di langit dan bumi. Salah satu bentuk pengaplikasian tauhid di dalam kehidupan sehari-hari adalah prinsip Baginda yang mengingkari perbuatan syirik dan penyembahan terhadap berhala. Nabi Yusuf menyatakannya secara jelas kepada kaumnya dan mengajak mereka untuk beriman kepada Allah Taala dengan menuturkan, "Sesungguhnya aku telah meninggalkan agama orang-orang yang tidak beriman kepada Allah, bahkan mereka tidak percaya kepada hari akhirat".

Nabi Yusuf mengikuti kaedah dakwah para pendahulunya daripada kalangan Nabi dan Rasul yang telah diutus kepada kaumnya masing-masing. Baginda Yusuf bukan orang yang melakukan perbuatan bida’ah dalam kenabian dan urusan agama, namun dia adalah pengikut setia agama yang benar. Allah Taala menerangkan perkataan Nabi Yusuf di dalam firman-Nya:

"Dan aku menurut agama bapa dan datuk nenekku; Ibrahim dan Ishak serta Yaakub. Tidaklah sepatutnya kita mempersekutukan sesuatupun dengan Allah. Mentauhid – mengesakan Allah ialah hasil daripada limpah kurnia Allah kepada kita dan kepada umat manusia. Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur." (Surah Yusuf : ayat 38)

Nabi Yusuf a.s. menyandarkan semua nikmat yang diterimanya kepada Allah semata-mata. Setelah itu, Nabi Yusuf berdialog dengan teman-temannya di penjara mengenai tuhan-tuhan yang selama ini mereka sembah.

"Wahai sahabatku berdua yang sepenjara, memuja dan menyembah berbilang-bilang tuhan yang bercerai-berai itukah yang lebih baik atau menyembah Allah Tuhan Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa?" (Surah Yusuf : ayat 39)

Allah adalah Tuhan yang sebenarnya dan apa-apa sahaja yang diseru selain Allah adalah batil. Sebab, tuhan-tuhan yang disembah kaumnya dibuat oleh tangan-tangan mereka sendiri dan mereka pula yang memberikannya nama. Sembahan yang mereka anggap sebagai tuhan itu tidak dapat mendatangkan manfaat dan menolak bahaya untuk dirinya apalagi untuk orang lain.

Tarbawi.com

MESIR DAN EVOLUSI YUSUF AS I : DUGAAN HEBAT

Antara sunnatullah (hukum Allah) itu adalah bahawa Allah Taala akan memberikan cubaan kepada penerus risalah dan gerakan dakwah ini sebelum menjadikannya berkuasa di muka bumi-Nya. Inilah sunnatullah yang tidak akan berubah seperti yang telah dijanjikan Allah. Di Mesir, Nabi Yusuf adalah salah seorang pengembang dakwah di negara itu. Dia pernah digoda dan dirayu oleh seorang isteri penguasa pada zamannya dengan perhiasan dan keindahan parasnya.

Peristiwa ini disebutkan di dalam firman Allah Taala, maksudnya:

"Dan perempuan yang dia (Yusuf) tinggal di rumahnya menggoda dirinya. Dan dia menutup pintu-pintu, lalu berkata; Hampirilah kepadaku. Lalu Yusuf berkata; Aku berlindung kepada Allah, sungguh, tuanku telah memperlakukan aku dengan baik. Sesungguhnya orang yang zalim itu tidak akan beruntung." (Surah Yusuf : ayat 23)

Sesungguhnya Allah Taala telah menyelamatkan Baginda daripada perbuatan haram dan penzinaan. Lazim diketahui bahawa, kala usia muda, naluri dan nafsu seseorang itu sering melonjak-lonjak. Naluri ini merupakan makhluk buta yang tidak dapat melihat, makhluk tuli yang tidak dapat mendengar, makhluk bisu yang tidak dapat berbicara, naluri yang mendesak pemiliknya agar menyalurkan hasil kemaksiatan dan dosa.

Hal yang sama juga dirasakan Nabi Yusuf a.s., meskipun dia masih muda dan berada jauh daripada pantauan orang-orang tuanya akibat dengki dan cemburu saudara-saudaranya, dan meskipun tatkala itu Baginda hanya tinggal berdua dengan isteri sang penguasa itu, akan tetapi Baginda Yusuf lebih memilih untuk berpegang teguh kepada tali agama Allah sehingga Allah pun menjaga kehormatan dan kemuliaannya.

Allah Taala berfirman tentang perkataan isteri penguasa tersebut:

"(Zulaikha) berkata: “Inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya! Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi ia menolak dan berpegang teguh kepada kesuciannya; dan demi sesungguhnya kalau ia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah ia akan dipenjarakan, dan akan menjadi daripada orang-orang yang hina." (Surah Yusuf : ayat 32)

Sikap dan peribadi Nabi Yusuf a.s. menjadi benteng kepada Baginda untuk segera menjauh dan terhindar daripada kemaksiatan. Hal ini sebagaimana yang diterangkan oleh Allah Taala di dalam firman-Nya:

"Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (pilihan kami terhadap Yusuf) untuk menjauhkan daripada Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan daripada segala dosa." (Surah Yusuf : 24)

Nabi Yusuf telah memilih ujian dengan hati yang lapang, sekalipun nafsunya tidak dipenuhi namun jiwanya sentiasa meronta-ronta menagih redha Allah, sehingga Baginda-pun rela mendekam di dalam penjara walau dalam keadaan dizalimi sang penguasa. Hal ini kerana Nabi Yusuf menyedari hampir-hampir sahaja dirinya jatuh ke dalam jurang kenistaan, bahkan di dalam sebuah hadis disebutkan bahawa, "Tidaklah sempurna keimanan seseorang yang sedang berbuat zina." (Riwayat Muslim, Abu Daud dan at-Tirmizi)

Cubaan yang dilalui oleh Nabi Yusuf sangat getir. Baginda dimasukkan ke dalam penjara kerana perbuatan yang tidak dilakukannya sama sekali. Baginda menerima semuanya dengan hati yang tenang dan menyerahkannya kepada Allah Taala, kerana yakin bahawa tidak ada sesuatu pun yang terjadi di dunia ini melainkan atas izin dan kehendak Allah Taala. Dalam hal ini Allah Taala berfirman:

"Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata; Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara daripada apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya".

"Maka Tuhannya memperkenankan doanya, lalu dijauhkan daripadanya tipu daya mereka; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

"Kemudian timbul fikiran bagi suami perempuan itu, serta orang-orangnya hendak memenjarakan Yusuf sesudah mereka nampak tanda-tanda (yang menghendaki supaya Yusuf dibebaskan) hingga ke suatu masa." (Surah Yusuf : 33-35)

Nabi Yusuf telah berhasil melalui berbagai cubaan yang berat, sehingga Baginda menjadi salah seorang yang mempunyai kedudukan terhormat di negeri Mesir kala itu. Imam Syafi'e pernah ditanya, "Manakah yang lebih dahulu antara diuji atau mempunyai kedudukan?".

Lalu beliau berkata, "Tidak ada seorangpun (daripada pilihan Allah) yang mempunyai kedudukan sebelum diuji terlebih dahulu".

Tarbawi.com

Monday, November 26, 2012

ROAD TO SIDANG SENANGIN 2012

Hasil perbincangan pada mesyuarat yang pertama, impian untuk melancong ke Teluk Senangin secara berjemaah semakin hampir jadi kenyataan. Pihak pengurusan setuju untuk menetapkan tarikh 15 dan 16 Disember 2012 sebagai hari mandi-manda air laut. Sebelum ini telah bertarikh-tarikh cadangan melancong disyorkan namun tidak jadi kenyataan.

Keputusan ditetapkan setelah melalui kondisi mesyuarat yang begitu panas, genting dan beremosi tinggi. Mesyuarat bersetuju melantik saudara Al-Fadhil Hamizan sebagai Komander kepada program Sidang Senangin ini. Beliau akan dibantu oleh En Puad, CEO Cahaya Indah Katering juga mantan jurulatih skuad kebangsaan Bangladesh yang membenam Malaysia 3-0 baru-baru ini. En Puad akan mengurus sepenuhnya portfolio makanan walaupun lebih dilihat mengomen perihal perlawanan semalam.

Beberapa pecahan exco utama telah diumumkan malam tadi seperti transport, logistik, acara dan agama termasuk ketua-ketuanya. Dan dengan berakhirnya perjumpaan semalam bermakna Teluk Senangin pada pagi 15 Disember 2012 akan menerima kunjungan budak Senduk,

Mesyuarat pertama ditangguh..


Thursday, November 22, 2012

BEST OF PUASA ASSYURA

“Bulan Muharram merupakan salah satu dari empat bulan haram yang telah Allah muliakan. Secara khusus Allah melarangan berbuat zalim pada bulan ini untuk menunjukkan kehormatannya. Allah Ta’ala berfirman,

فَلا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ“Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (QS. Al-Taubah: 36)

Larangan berbuat zalim pada bulan-bulan ini menunjukkan bahwa dosanya lebih besar daripada dikerjakan pada bulan-bulan selainnya. Sebaliknya, amal kebaikan yang dikerjakan di dalamnya juga dilebihkan pahalanya. Salah satu amal shalih yang dianjurkan oleh Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam untuk dikerjakan pada bulan ini ibadah shiyam. Beliau menganjurkan untuk memperbanyak puasa di dalamnya.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallambersabda,

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ

“Puasa yang paling utama sesudah puasa Ramadlan adalah puasa pada Syahrullah (bulan Allah) Muharram. Sedangkan shalat malam merupakan shalat yang paling utama sesudah shalat fardlu.” (HR. Muslim, no. 1982)

Menurut Imam Al-Qaari berkata, bahwa secara zahir, maksudnya adalah seluruh hari-hari pada bulan muharram ini. Tetapi telah disebutkan dalam hadits shahih bahwa Nabishallallaahu ‘alaihi wasallam tidak pernah sama sekali berpuasa sebulan penuh kecuali di Ramadhan. Maka hadits ini dipahami, dianjurkan untuk memperbanyak puasa pada bulan Muharram bukan seluruhnya.

Puasa ‘Asyura

Pada umumnya dianjurkan untuk memperbanyak puasa pada bulan Muharram ini. Hanya saja perhatian khusus Syariat tertuju pada satu hari, yaitu hari ‘Asyura. Berpuasa pada hari tersebut bisa menghapuskan dosa setahun yang lalu.

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda,

وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

“Puasa hari ‘Asyura, sungguh aku berharap kepada Allah agar menghapuskan dosa setahun yang telah lalu.” (HR. Muslim no. 1975)

Bilakah Hari ‘Asyura Itu?

Hari ‘Asyura adalah hari kesepuluh dari bulan Muharram. Demikianlah pendapat jumhur ulama dan yang nampak dari zahir hadits berdasarkan kemutlakan lafaznya dan yang sudah ma’ruf menurut ahli bahasa. (Disarikan dari al-Majmu’ oleh Imam al-Nawawi)

Ibnu Qudamah berkata, ‘Asyura adalah hari kesepuluh dari bulan Muharram. Ini merupakan pendapat Sa’id bun Musayyib dan al-Hasan al-Bashri yang sesuai dengan riwayat dari Ibnu ‘Abbas, “Rasullah shallallaahu ‘alaihi wasallam memerintahkan berpuasa pada hari ‘Asyura, hari kesepuluh dari bulan Muharram.” (HR. al-Tirmidzi, beliau menyatakan hadits tersebut hasan shahih)

Diriwayatkan dalam Shahihain, dari Ibnu ‘Abbas, Ibnu Umar, dan Asiyah bahwa Nabishallallaahu ‘alaihi wasallam telah berpuasa ‘Asyura dan memerintahkan untuk berpuasa padanya.

Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu pernah menceritakan tentang puasa Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam,

مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ

“Aku tidak penah melihat Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam bersemangat puasa pada suatu hari yang lebih beliau utamakan atas selainnya kecuali pada hari ini, yaitu hari ‘Asyura dan pada satu bulan ini, yakni bulan Ramadhan.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Anjuran Jangan Puasa ‘Asyura Saja, Tapi Sertakan Satu Hari Sebelumnya

Disunnahkan juga berpuasa pada hari sebelumnya, yaitu tanggal Sembilan Muharram yang dikenal dengan hari Tasu’a.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata,

“Ketika Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan para sahabat untuk berpuasa padanya, mereka menyampaikan, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang Yahudi dan Nashrani.’ Lalu beliau shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda, ‘Kalau begitu, pada tahun depan insya Allah kita berpuasa pada hari kesembilan’. Dan belum tiba tahun yang akan datang, namun Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam sudah wafat.” (HR. Muslim, no. 1916)

Berkata Imam al-Syafi’i dan para sahabatnya, Ahmad, Ishaq dan selainnya, “Disunnahkan berpuasa pada hari kesembilan dan kesepuluh secara keseluruhan, karena Nabishallallaahu ‘alaihi wasallam telah berpuasa pada hari ke sepuluh dan berniat puasa pada hari kesembilan.”

Apa Hikmah Berpuasa Pada Hari Tasu’a?

Imam al-Nawawi rahimahullaah menyebutkan tentang tiga hikmah dianjurkannya shiyam hari Tasu’a: Pertama, maksud disyariatkan puasa Tasu’a untuk menyelesihi orang Yahudi yang berpuasa hanya pada hari ke sepuluh.

Kedua, maksudnya adalah untuk menyambung puasa hari ‘Asyura dengan puasa di hari lainnya, sebagaimana dilarang berpuasa pada hari Jum’at saja. Pendapat ini disebutkan oleh al-Khathabi dan ulama-ulama lainnya.

Ketiga, untuk kehati-hatian dalam pelaksanaan puasa ‘Asyura, dikhawatirkan hilal berkurang sehingga terjadi kesalahan dalam menetapkan hitungan, hari ke Sembilan dalam penanggalan sebenarnya sudah hari kesepuluh.

Dan alasan yang paling kuat disunnahkannya puasa hari Tasu’a adalah alasan pertama, yaitu untuk menyelisihi ahli kitab. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullaah dalam al Fatawa al-Kubra berkata, “Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam melarang bertasyabbuh dengan ahli kitab dalam banyak hadits. Seperti sabda beliau tentang puasa ‘Asyura,

لَئِنْ عِشْتُ إلَى قَابِلٍ لاَصُومَنَّ التَّاسِعَ

“Jika saya masih hidup di tahun depan, pasti akan berpuasa pada hari kesembilan.” (HR. Muslim)

Ibnu Hajar rahimahullaah dalam catatan beliau terhadap hadits, “Jika saya masih hidup di tahun depan, pasti akan berpuasa pada hari kesembilan”, Keinginan beliau untuk berpuasa pada hari kesembilan dibawa maknanya agar tidak membatasi pada hari itu saja. Tapi menggabungkannya dengan hari ke sepuluh, baik sebagai bentuk kehati-hatian ataupun untuk menyelisihi orang Yahudi dan Nashrani. Dan ini merupakan pendapat yang terkuat dan yang disebutkan oleh sebagian riwayat Muslim.”

Bolehkah Berpuasa Pada Hari ‘Asyura Saja?

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullaah dalam al-Fatawa al-Kubra Juz ke IV berkata, “Puasa hari ‘Asyura menjadi kafarah (penghapus) dosa selama satu tahun dan tidak dimakruhkan berpuasa pada hari itu saja.” Sedangkan Ibnu Hajar al-Haitami dalam Tuhfah al-Muhtaj menyimpulkan bahwa tidak apa-apa berpuasa pada hari itu saja.

- Diambil dari muzir.wordpress.com



Wednesday, November 21, 2012

WAKAF AL-AQSA

Al-Aqsa sebenarnya bukanlah hanya Dome of The Rock (bangunan berkubah emas). Al-Aqsa juga bukanlah hanya bangunan masjid yang berkubah hijau. Masjid yang berkubah hijau itu dipanggil al-Jami’ al-Aqsa (Masjid Jamek al-Aqsa).

Al-Jami’ (Masjid Jamek) membawa erti masjid itu digunakan untuk sembahyang Jumaat. Orang Arab selalu menggunakan nama masjid untuk merujuk kepada rumah ibadat orang Islam walaupun ia merujuk kepada tempat kecil seperti surau, ia tetap dipanggil masjid. Ada juga istilah lain yang mereka guna seperti musalla dan sebagainya. Jadi, jangan keliru dengan perkataan masjid, yakni ada kalanya ia merujuk kepada surau, musalla atau tempat solat yang tidak dibuat solat Jumaat.

Bangunan-bangunan ‘al-Jami’ ‘ dan Dome itu, mengikut sejarah Islam, masih belum wujud ketika Nabi Muhammad SAW pergi ke situ dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Ketika Nabi SAW pergi pada waktu itu, tempatnya adalah lapang. Ia dikelilingi tembok sahaja. Kawasannya luas, lebih kurang 144 ekar.

Bangunan-bangunan berkubah emas dan berkubah hijau ini dibina selepas Rasulullah wafat. Bangunan tempat solah Berkubah Hijau telah dibina oleh Khalifah Umar Ibn Al-Khattab RA. Bangunan Berkubah Emas pula telah dibina oleh Khalifah Abdul Malik Ibn Marwan. Mengikut turutan masa: Rasulullah – Umar – Abdul Malik.

Keduanya berada dalam kawasan Masjid al-Aqsa. Berbangunan atau tidak berbangunan, keseluruhan kawasan masjid berpagar yang dibina oleh Nabi Sulaiman ini adalah keseluruhan Masjid al-Aqsa. Inilah maksud al-Masjid al-Aqsa yang disebut di dalam Surah al-Isra ayat 1.

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

Beberapa nama tempat di dalam lingkaran Masjid Al-Aqsa, di mana sahaja kita solat di dalam kawasan itu, samada dalam al-Jami’ atau dalam Bangunan Berkubah Emas (Dome of The Rock), pahalanya sama, iaitu pahala mereka yang solat di al-Masjid al-Aqsa. Itulah yang disepakati oleh ulama’ tafsir, ahli sejarah dan cendikiawan Islam. Maka mempertahankan Al-Aqsa mestilah bermakna mempertahankan keseluruhan kawasan berpagar itu.

Abdullah Ibn Umar bertanya pada Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah, terangkan kpd kami hukum menziarahi BaitulMaqdis. “Jawab Rasulullah SAW, “Ziarah dan solatlah di sana. Sekiranya tidak mungkin (ziarah dan solat) maka kirimkanlah minyak untuk lampu-lampu (bagi menerangi masjid).” – Sahih Bukhari

Jika membiayai pengurusan masjid manjadi tanggungjawab seluruh umat Islam apatah lagi tanggungjawab untuk membebaskannya dari penaklukan dan cengkaman musuh. Lantaran itu Sayidina Umar al-Khattab RA telah mengistiharkan Baitul Maqdis yang melingkari masjid al-Aqsa sebagai tanah wakaf umat Islam yang wajib dipertahankan sepanjang zaman sebaik sahaja menerima kunci kota tersebut setelah ianya dibuka dan dibebaskan dari cengkaman kerajaan Rom Timur (Byzantium).

Artikel asal: http://aqsasyarifjohor.blogspot.com/
Rujukan: http://iroslan.blogspot.com/2007/03/membongkar-keluasan-al-aqsa.html

(Kawasan berpagar batu dibawah termasuk dalam area Al-Aqsa)

Tuesday, November 20, 2012

SAYAP ELIT AL-QASSAM

Jika Britain mempunyai British Special Air Service (SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Sealsnya dan Israel dengan Shayetet 13, Palestin turut berada di dalam kelas tersendiri dengan barisan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Izzuddin al-Qassam atau lebih dikenali sebagai al- Qassam; sebuah unit elit yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Syeikh Ahmed Yasin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Syeikh Salah Shehada pada tahun 1984.

Nama al-Qassam diberi bersempena nama seorang pejuang ulama' yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Syeikh Izzuddin al-Qassam.

Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari telah dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan peluang sebegitu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin; apatah lagi kepada orang luar.

Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda yang berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.

"Objektif utama penubuhan al-Qassam adalah untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.

Apabila ditanya jumlah tentera al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya engga menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.

SYARAT UTAMA KEANGGOTAAN SEBELUM DIPILIH

[1] Mesti menjaga solat 5 waktu secara berjemaah.
[2] Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
[3] Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
[4] Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
[5] Berdisiplin dan mentaati amir.
[6] Mencintai dan bersedia untuk syahid.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza, bukan kerana serangan tentera Israel tetapi sebaliknya ia merupakan sesi latihan tentera al-Qassam yang dijalankan.

Briged ini juga terkenal dengan roket al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa anggota elit al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan sama sekali kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka. Penulis sungguh terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya memiliki wajah yang berseri, muka bersih dan bersinar.

Jelas nampak keikhlasan pada raut wajah mereka untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

Keimanan para anggota Briged al-Qassam ini cukup tinggi sehinggakan ada di antara mereka menyatakan bahawa mereka tak perlukan apa-apa bantuan, cuma cukuplah sekadar minta didoakan. Bukan doakan mereka selamat tetapi doakan agar mereka cepat menemui syahid! Inilah kunci kekuatan dan rahsia sebenar kehebatan mereka yang amat digeruni oleh 700,000 ribu tentera Israel di sana!

Semoga Allah terus bantu dan hadirkan pertolongan buat pejuang Islam seperti mana yang Dia telah bantu dan beri pertolongan kepada umat-umat yang terdahulu dalam menentang golongan kuffar ini. Sesungguhnya tiadalah daya dan upaya kami melainkan dengan kekuasaan-Mu. Bantulah mereka....Ya Qahhar Ya Jabbar Ya Mutakabbir!

via Dr. Zainur Rashid Zainuddin


Friday, November 16, 2012

HARAM JADAH ZIONIS

Tak usah diperkenalkan lagi siapa gerangannya bangsa Israel ini. Walaupun kononnya penempatan mereka tidak pernah diiktiraf dunia, mereka (zionis) jelas selesa beraksi jahat dimuka bumi ini dengan sewenang-wenangnya. Itulah 'istimewanya' Zionis dimata dunia.

Israel natijahnya adalah satu bangsa/puak yang sangat terkenal,femes dan sinonim dengan kezaliman buat manusia khasnya umat Islam Palestin. Bangsa Israel dokongan Zionis ini menjuarai segala sifat mazmumah seperti degil,busuk hati, pendengki, sombong, penganiaya, taksub dan tamak.

Bangsa Israel ini turun-temurun berlaku keparat buat bangsa yang bukan keturunan warisannya. Mereka ini telah banyak dikisahkan oleh Al-Quran berlaku biadap terhadap nabi-nabi dan rasul-rasul sejak zaman-berzaman. Nabi Ibrahim AS, Nabi Musa AS serta Nabi Muhammad SAW sendiri sempat berkonfrontasi dengan kebiadapan puak Israel ini.

Oleh sebab tebiat bangsat puak Israel ni, bangsa lain sentiasa melahirkan kebencian terhadap mereka. Akibatnya, mereka kerap dihalau kesana-sini. Merekalah sebenarnya pendatang haram yang 'original'. Mereka yang asalnya menceroboh dan merempat di tanah Palestin akhirnya telah merajai bumi Palestin hasil 'ehsan' sekutunya Amerika.

Tahun 1948 menjadi titik hitam umat Islam apabila dunia Palestin diterbalikkan takhta penguasaan kepada Bangsa Israel haram melalui perjanjian berat sebelah Nakbah. Bukan itu saja, zionis yang 'mentopengkan' pendatang haram Israel ini telah membunuh ribuan jiwa muslim (Sabra Shatila) di bumi umat Islam sendiri. Jahanam Israel..!!. Hanya Gaza tinggal untuk meneruskan sisa perjuangan umat Islam menyelamatkan bumi Palestin yang banyak menyimpan khazanah para nabi ini.

Ketika umat Islam sedang menghayati penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah pada 1 Muharam 1434 hijrah, Zionis sekali lagi melangsungkan budaya zalimnya melalui hujan peluru dan bom ke bumi Muslim Gaza.

Sidang Senduk secara rasmi mengutuk sekeras-kerasnya siri kekejaman Zionis terhadap bumi Gaza dan menganggap serangan tersebut zalim dan berniat jahat. Dan sesuatu perlu dilakukan oleh muslim bagi menolak perangai haram jadah Zionis ini.


Wednesday, November 14, 2012

SALAM HIJRI 1434 SIDANG SENDUK

Assamualaikum WBT
Alhamdulillah segala puji bagi Allah atas nikmat yang tidak terhingga dikurniakan olehNya.
Kita sedang melangkah masuk ke tahun baru hijrah 1433 Hijrah dengan meninggalkan tahun hijrah yang lalu.

Bagi muslim, sirah peristiwa Hijrah adalah satu iktibar penting kepada perjuangan Islam. Bagaimana perit watak utamanya yang sudah pasti pimpinan Rasulullah SAW bersama sebilangan sahabat yang nekad berpindah dari kota kecintaan mereka, Mekah ke kota Medinah bagi mengusahakan satu bentuk kebaikan. Bagaimana Nabi SAW menanamkan kepada sahabat perasaan sangka baik yang begitu tinggi kepada Allah SWT. Bayangkan selain dari janji kebaikan dari Allah dan RasulNya, sahabat langsung tidak dapat meneka apakah nasib mereka di Madinah.

Abdullah bin Ummi Maktum RA selalu mengungkapkan kecintaan kepada kampung halamannya :

"Alangkah indahnya lembah Mekah
Negeri tempat keluarga dan handai taulanku berada
Negeri tempat tonggakku tepancang kukuh
Negeri tempat aku berjalan tak perlu penunjuk jalan."
(Mahmood Ahmad Ghazi, The Hijrah, hal. 9)

Rasulullah SAW tidak akan berhijrah ke Madinah jika sekadar melihat aspek kebaikan untuk diri Baginda dan sebilangan sahabatnya sahaja. Baginda SAW merenung jauh maslahat (kepentingan) kebaikan umum yang diperolehi jika berpindah ke Madinah setelah usahanya di Mekah di sekat dan di'control' musyrikin Quraisy. Dan di Madinah Rasulullah SAW secara jelas telah ditunjukkan rahmat kebaikan yang dicari-carinya. Diakhir hayat baginda SAW, secara rasmi Allah SWT telah meredhoi (sahkan) Islam sebagai sistem hidup.

Firman Allah:
“Dan tidak Aku utuskan Engkau (Muhammad SAW) melainkan untuk memberi rahmat buat sekelian alam.” Al-Anbiya (107)

Sebagai muslim, kita perlu menyambung perjuangan Rasulullah SAW untuk terus mengusahakan perkara kebaikan. Suburkan sepenuhnya syariat Allah. Memandang penting kemuliaan aurat. Memesatkan kehadiran solat jemaah. Mendekati rahmat dan kebaikan program masjid, surau serta kepentingan majlis ilmu. Memperbanyakkan infaq fi Sabilillah. Insyaallah jika benar usaha kita, kebaikan pasti diperolehi manusia muslim dan seluruh alam umumnya..

"Allah telah menjanjikan kebaikan dunia dan akhirat bagi hamba-hamba-Nya yang Mukmin dan berhijrah. Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dizalimi, pasti Kami akan memberikan tempat yang baik kepada mereka di dunia. Dan sesungguhnya
pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (iaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Rabb sahaja mereka bertawakkal." (Surah An-Nahl 41-42)

"Tinggalkan kejahatan, Mulakan langkah kebaikan dan yakini perjuangan Islam"

Sekian. Selamat tahun baru 1434 Hijrah dari Sidang Senduk..

Sunday, November 11, 2012

SELAWAT PAK TOK

Ya nabi salam alaika,
ya rasul salam alaika,
ya habib salam alaika,
sholawatullah alaika.

Asyrokol kaunub tihaja,
biwujudil musthofa Ahmad,
wali ahlil kauni unsun,
wa sururun qod tajaddad.

Fatrobu ya ahlal mathani
fahaza rul yumni ghorrod,
wastadhi’u bijamalin
faqo fil husni tafarrod.

Walanal bushro bisa’adin
mustamirrin laisa yanfad,
haitsu u’tina 'atho an,
jama'al fakhrol mu abbad.

Fali robbi kullu hamdin,
jalla an yakhshuro hul 'ad,
idz habana biwujudi
Almusthofa hadi Muhammad.

Wednesday, November 7, 2012

HAK GRADUAN PASTI


ظَهَرَ الفَسادُ فِى البَرِّ وَالبَحرِ بِما كَسَبَت أَيدِى النّاسِ لِيُذيقَهُم بَعضَ الَّذى عَمِلوا لَعَلَّهُم يَرجِعونَ

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (Ar-Rum : 41)

Saya ingin membawa kepada tuan-tuan, puan-puan, ibu-ibu,bapa-bapa dan pelajar-pelajar semua satu kisah pendek untuk direnung dan diteliti sebagai pengajaran buat semua. Ianya berlaku pada zaman Amirul Mukminin Saidina Umar AlKhattab. Dan tiada siapa mampu mempertikai kehebatan Saidina Umar RA sebagai pemimpin yang sangat berjiwa rakyat.

Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa menunaikan hak-hak bapanya.

Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?”

Umar menjawab: “Ya.”

Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?”

Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).”

Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut.

Mengenai ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran.

Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruk dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.”

Saidina Umar RA akhirnya meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.

Hari ini ramai ibu bapa mendakwa kemusnahan institusi keluarga adalah berpunca dari salah laku anak-anak mereka. Hari ini ramai ibu bapa menunaikan hak-hak yang tak sepatutnya seperti hak mendedah aurat, hak berakademi fantasia dan paling merisaukan, hak memilih untuk murtad. Dan hari ini bukan saja budaya buang anak, malah budaya buang ibu bapa juga tidak lagi pelik. Tanpa disedari punca asalnya juga adalah dari kegagalan ibu bapa itu sendiri menyempurnakan hak-hak yang sepatutnya diperolehi anak-anak mereka.

Terdapat sebilangan Ibu bapa gagal menunaikan tuntutan hak anak mereka iaitu memberikan didikan yang paling baik contohnya seperti pesanan Saidina Umar RA dalam kisah tadi. Sudah tentulah didikan yang terbaik adalah memberikan pengetahuan asas agama kepada anak-anak contohnya pengajian Al-Quran. Kenapa Al-Quran difokuskan Saidina Umar? Sebab Al-Quran itu Imam. Kalam Allah ini adalah manual/panduan No-1 kehidupan kita didunia. Jika sebuah kereta itu Al-Quran adalah manual panduannya,gaya mengikut panduan sahajalah mampu menyelamatkan pelbagai penyakit moral yang semakin parah dinegara kita Malaysia khususnya. Sebuah kereta yang baik sudah pasti perlukan pemandu berhemah.

Disini, di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), kita masih lagi menyediakan tapak yang baik bagi ibu bapa yang ingin menyelesaikan hak atau tuntutan pendidikan yang baik buat anak-anak.

Saidina Ali Karamallahu Wajhah pernah mengingatkan kita melalui pesanan masyhurnya.

“Ajarlah anak-anakmu, bukan dalam keadaan yang serupa denganmu. Didiklah dan persiapkan lah anak-anakmu untuk suatu zaman yang bukan zamanmu. Mereka akan hidup pada suatu zaman yang bukan zamanmu.”

Sekian dari :
Ketua Pemuda PAS cawangan Batu 8
Mohammad Aizam Shafie
Merangkap Penyelia PASTI Nur Hidayah

* Ucapan tahniah untuk mereka yang terlibat atas kejayaan graduan-graduan PASTI sesi 2012 dan selamat berkonvokesyen.


HUJAN DI NOVEMBER

Ku renung batang tubuhnya susur ke kaki
Selayaknya aku mempunyai hak ke atas jagaanku
hubunganku dengan dia akrab
Susuknya ku semai belai
Aku besarkan dan didik untuk berbakti seadanya
Berkaca anak mataku bila lukanya mengalir kedarah ku

Ah..Jatuh jugak air matanya
Sebak aku mustahil menampung takungnya
Lahir cinta dengan pasang surutnya
Berganti datang dan berganti pergi
Hajat semalam nekad ku batal hari ini
Bergunung cita mendatang beransur pergi

Sedia aku walau berat hati ini
Sentiasa ku nanti saat ini
Ku depa kan dada ku seluasnya
Hakikat bakal aku berpisah dengan dia
Saat di mana janji mula bertabur
Bagai hendak dipatri saja cinta kami
Ku amati titis yang mula jatuh dari anak mata

Adakala aku perlukan waktu bersendirian
Tempoh tenang untuk memikir nasibku

Apabila terasyik dengan sisi negatif
Bayangnya kan kerap menghantu diri
Lebih selesa ku lupakan saja nasib gelap aku
Semalam adalah noktahnya tragik dan hari ini sejarahnya

Fitrah manusia
Fitrah Adam perlukan Hawa
Ku sedar kini dimana sisi nasib ku
Bukan mereka yang kami perlukan

Sunday, October 28, 2012

KORBAN SENDUK 2012

Kira-kira 300 orang jemaah telah menyempurnakan solat sunat Eidul Adha di Surau Assomadiyyah, Kampung Senduk kira-kira jam 9.00 pagi (waktu Malaysia) semalam (26.11.12). Solat sunat Eidul Adha tersebut diimamkan oleh saudara Emy, sementara khutbahnya disempurnakan saudara Sofiuddin. Khatib mengingatkan sidang hadirin peri-pentingnya kepatuhan kepada apa saja tuntutan syariat dan bahaya akibat engkar apatah lagi jika mempersendakannya.

Selesai solat, jemaah dijamu lemang, ketupat dan kuih-muih sebagai sunnah 'sarapan pagi'. Sebagai fakta tambahan, lemang yang menjadi menu utama pagi itu, proses bakaran sehari sebelumnya terpaksa menempuh dugaan berat apabila hujan lebat turun mencurah-curah. Krew terpaksa mengubah SOP pembakaran dengan kawalan perparitan yang baik untuk menyelamatkan keadaan. Nampaknya krew-krew telah mengambil iktibar dari siri-siri pembakaran yang lalu.

Hari ini (27.11.12), 4 ekor lembu ditumbangkan ahli kariah kampung sebagaimana disyariatkan. Semua disiplin kerja berjalan lancar seperti direncanakan walaupun ada antara saksi (enggan namanya disiarkan) mengakui lembu untuk edisi kali ini sedikit 'liat' untuk ditewaskan. Sidang Senduk gagal menghubungi tukang sembelih untuk edisi kali ini, En Mat Lazim untuk penerangan lanjut. Walaubagaimanapun dagingnya tetap lembut selepas direbus.

Bungkusan-bungkusan daging lembu mentah yang siap dipotong diagihkan kepada seluruh penduduk melalui beg beg plastik berukuran 11X12, selain ada yang dimasak. Bab agih-mengagih diuruskan Ustaz Shahrul dan bab masak-masak di'setel'kan Chef Fuad (Indah Katering). Juadah tegar sup daging cicah air asam senduk, tradisinya tetap dikekalkan.

Pihak surau Assomadiyyah dan khususnya Sidang Senduk mengucapkan jutaan terimakasih atas kerjasasama hebat dari semua penduduk kampung terutama buat 'budak-budak' muda Senduk. Terimakasih buat tukang sembelih, tukang korek lubang, tukang lapah, geng-geng penjatuh lembu, pemasang-pemasan khemah, pengagih daging, tukang masak, 'runner' dan muslimat penyiang bahan masak. Tahniah buat semua yang terlibat.

Wednesday, October 24, 2012

MAKARONI BAKAR DAGING KORBAN

Pada musim raya korban, akan ada JKK masjid, surau dan siapa saja agihkan daging korban buat anda. Dan kadang-kadang buatkan anda 'tension' memikirkan resepi apa lagi yang fantastik untuk daging anda tadi.

Sidang senduk sangat perihatin dengan masalah anda. Kami cadangkan satu alternatif bagaimana anda mahu 'bergaya' dengan kelainan menu daging anda. Cubalah resepi 'makaroni bakar'.

Bahan-bahannya ialah

1 kilo makaroni
1 botol cili sos samano
15-20 sudu cili mesin (cili mesin ngan bwg besar) dh siap mesin br cedok berapa banyak nak
4-5 labu bwg besar dipotong dadu
1 kilo daging mesin (daging korban tadi)
5 biji telur
30 sen daun sup campur
Garam dan gula secukop rasa

Cara-cara (sambil-sambil la selawat dan zikir, semoga lebih barakohnya)

Mula celur makaroni dah kembang tos dan letak sebelah. tuang minyak sikit, tumis cili mesin tadki sampai pecah minyak.
Masukkan daging dah masak daging, pecah telur 5 biji dan kacau. Masukkan bwg besar yg dipotong dadu tadi, cili sos sebotol, daun bawang.. oo lupa bawang goreng semangkok, gula dan garam secukop rasa dan last sekali masukkan makaroni dan kacau sebati.

Dah siap tu, boleh makan dah tapi kalu nak cantik lagi, masukkan dalam periuk bengkang pastu pecahkn 8 biji telur kacau sikit dan tuang keliling. Bakar 20 minit pd suhu yg sesuai la. dah habis 20 min ambik telur 7 biji lagi dgn kaedah yang sama pecah pukoi sikit dan tuang keliling kasi semua kena. Tujuan nak 'bind'struktur-sruktur makaroni tu biar dia jd macam bengkang. Bakar lagi 20 minit. Bila dah siap, potong makaroni tabur bwg goreng dan buboh cili sos serta daun bawang. Tara..!! Dah siap dan sedia untuk dinikmati...

Untuk menilai taraf masakan anda(berapa bintang) dan di 'level' mana kesedapannya, bolehlah disedekahkan kepada jiran-jiran sebelah dan siapa juga (pastikan mereka makan dan bagi komen). Menu ini juga sesuai di berkelahkan di mana-mana saja (bungkus dalam tapewer) contohnya Lakegarden Taiping, sekiranya bosan dengan suasana di rumah.

**Terimakasih buat Puan Zawani Othman (ahli sidang cawangan Batu Gajah) atas perkongsian resepi diatas.

Tuesday, October 23, 2012

KORBAN REVISITED EPISOD II

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah perasaan yang dirasai Nabi Ibrahim AS apabila menerima beban arahan Allah untuk menyembelih darah daging hasil perkongsian dengan Siti Hajar. Apatah lagi anak bakal dikorban itu adalah satu-satunya cahaya mata kesayangan yang ditunggu berpuluh-puluh tahun.

Anak yang bakal dikorban pula adalah Nabi Ismail, juga dari benih Siti Hajar yang dulunya mempunyai pengalaman perit apabila ditinggal Nabi Ibrahim sehelai sepinggang di tanah tandus Mekah tanpa apa-apa bekalan. Kisah bagaimana Siti Hajar berlari-lari disekeliling kota Mekah bagi mencari sesuatu juadah buat mengatasi tangisan kelaparan Nabi Ismail AS saat susu badannya sudah kering.

Perasaan cinta Nabi Ibrahim kepada Allah mengatasi segalanya melebihi kekuatan cinta pada isterinya Siti Hajar dan anak Nabi Ismail. Waktu ini Ismail sudah pun melangkaui usia remaja dan sudah bersedia mengambil alih tugas-tugas Nabi Ibrahim. Demi ketaatannya kepada Allah, Nabi Ibrahim menyampaikan amanat Allah satu-persatu buat Ismail as walaupun keberatan.

” Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu , agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar menringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku berikanlah kepadanya pakaian ku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya.”

Ditakdir Allah, parang tajam Nabi Ibrahim AS tak upaya menyembelih leher Nabi Ismail as yang kemudiannya di gantikan Allah SWT dengan seekor kambing. Allah SWT telah membuktikan 'ketaatan luarbiasa' pasangan anak-beranak Ibrahim dan Ismail dalam menyahut tuntutan syariat.

Bayangkan jika Allah masih mengekalkan pensyariatan sembelihan anak masing-masing sebagai korban hari ini. Anak dan bapa yang longgar akidah akan berkejar sana-sini huru-hara. Akan ada sana-sini pengamal hak asasi berdemo menentang apa yang diistilahkan mereka ekstrem (zalim dan kejam). Akan keluar kenyataan-kenyataan engkar seperti primitif, tak sesuai dan paling hina ialah 'makan sup tangan'. Syariat yang tersedia kekal dan jelas sekalipun diperlekeh dan dipijak sesuka hati puak-puak yang anggap akal mereka melampaui ilmu Allah ini.

Malaysia juga 'bangga' kerana memiliki kumpulan dan pasukan yang jelas tidak mesra syariat. Kelompok liberal inilah tulang belakang yang sebenarnya bermatian-matian memastikan tidak tertegaknya pelaksanaan sebarang undang-undang syarie. Dengan bersembunyi disebalik Islam, amalan yang kebanyakan mereka anuti ini sangat mengelirukan masyarakat. Kesan keengkaran merekalah (terutama pemimpin) jadi punca berlakunya gejala zalim seumpama bunuh bayi zuriat sendiri, rompak dan rogol.

Dua pensyariatan (haji dan korban) adalah teladan dari kisah 'popular' Nabi Ibrahim, Ismail dan Siti Hajar. Syariat Nabi Ibrahim ini dipersembahkan dengan terang melalui Al-Quran sebagai ibadah umat Nabi Muhammad SAW. Umat Islam wajib mengisytiharkan kesediaan bagi pelaksanaan sebarang syariat sebagaimana sanggupnya Ibrahim as dan Ismail as menurut perintah Allah tanpa buruk sangka.

Sebarang syariat dari Allah adalah suatu amanah buat manusia yang terbeban pada diri mereka sebagai pemimpin muka bumi. Jangan biarkan diri kita berada di posisi seorang Islam yang engkar yang boleh membawa kepada kekufuran. Keengkaran bakal jadi punca pelbagai kerosakan bumi beserta isi dan sabitnya adalah tangan-tangan manusia itu sendiri. Hanya kerana engkar.

“Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan-perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” [Surah ar-Rum (30):41].