VOCALIST

Thursday, May 31, 2012

FOKUS HIMPUNAN HIJAU

Himpunan bagi menggantikan muktamar PAS Pusat yang ditangguh ini akan menyerlahkan satu penyataan persediaan jentera parti di semua peringkat.

Himpunan ini akan diadakan dalam suasana semua pihak menggembleng tenaga dan sokongan bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap parti yang bakal menerajui negara.

Himpunan ini juga satu medan mendekatkan diri sebagai makhluk Allah dengan rayuan, bermunajat dan menghambakan diri kepada Allah agar kemenangan Islam dapat dicapai dalam PRU ke 13.

Munajat kali ini adalah untuk agama, bukan bagi mencapai kepentingan diri dan peribadi. Munajat yang dapat diambil iktibar dari apa yang dipohon oleh Rasulullah dan para sahabat:

Al-Baqarah: 250

"Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir."

Himpunan atau ijtimak ini mampu menyerlah model himpunan paling baik untuk dinilai oleh rakyat. Rakyat boleh bandingkan dengan Himpunan Sejuta Belia yang dicemari dengan pelbagai perkara tidak senonoh, malah mengakibatkan kemalangan dan kecederaan akibat keghairahan manusia bagi menterjemahkan keegoan dan kesombongan.

Himpunan Hijau ini merupakan himpunan bagi rakyat membanding, meneliti, menilai dan membuat keputusan antara dua himpunan anjuran Umno dan PAS.

Himpunan Hijau ini tidak disediakan pengangkutan, tiada duit poket, tiada penyediaan tempat tinggal - semuanya atas keringat usaha peserta sendiri bagi menterjemahkan kewajipan kita kepada jamaah, pengorbanan kita bagi mendaulatkan Islam.

Majlis ini tidak dihidang dengan konsert, perlumbaan kereta, artis berpakaian menjolok mata, tiada tarian dan nyanyian, yang ada adalah tangisan takut akan azab Allah, merayu pertolongan Allah bagi memelihara agama dan umat ini.

Himpunan yang jauh dari elemen maksiat dan kemungkaran ini akan menyerlahkan ketinggian akhlak para pekerja parti dan penyokong serta dipenuhi dengan perkara yang bermanfaat kepada semua yang mengikutinya di sana dan juga siaran langsung di dalam pelbagai saluran media baru.

Himpunan Hijau terdiri dari pelbagai acara, bermula dengan mesyuarat khas pimpinan parti, taklimat tertutup kepada pimpinan seluruh negara, kuliah dan santai bersama Ustaz Azhar Idrus, disusuli dengan kuliah maghrib yang akan dipimpin oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Kemudian ia akan diikuti dengan Munajat Perdana dan berakhir dengan amanah khas pimpinan tertinggi PAS sebelum ditutupi dengan ikrar seluruh jentera dan ahli parti untuk tekad dan sedia mengharungi sebarang rintangan dan cabaran dalam menghadapi pilihanraya akan datang.

Marilah kita hadir beramai ramai bagi menyatakan kasih kita kepada Allah, kerinduan kita kepada Rasulullah s.a.w, kesungguhan kita menyaksikan kemenangan Islam. Semoga himpunan ini akan menyerlahkan satu perbandingan bagi dinilai oleh rakyat.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
31 Mei 2012

Wednesday, May 30, 2012

SOLIDARITI BUDAK SENDUK

Fasa pertama

Kami dianugerah satu ilham. Kami tak pernah ditunjukkan sebarang insentif atas usaha ini kecuali dari Yang Esa. Adakah perlu kami melalui mesyuarat jika kata sepakat sudah dicapai? Kami seterusnya menyediakan segala kelengkapan berkenaan.

Tengok apa yang kami ada !! ; 6 meter kain hitam, 4 meter kain hijau, Berus 'kaler' pelbagai saiz, Pewarna putih hijau, Pisau, gunting, Selotape, Batang penyapu, Kad Manila dan Kami sendiri.

Kami beraksi secara rasmi pada malam pertama (27hb Mei 2012)

Fasa kedua

Kami luahkan terjemahan idea kami disini. Kami mula menekap, melakar, menoreh, melukis dan mang'kaler'. Ada yang bekerja, bersembang, bersoal-jawab, mendengar, menonton, minum-minum, makan-makan dan tidur-tidur.

"Team work! Team work!!.. " jerit salah seorang ahli dalam kumpulan kami.

Sindir-menyindir, kutuk-mengutuk dan berbalah sesama sendiri. Semuanya seperti membakar suhu perjuangan kami.

Kami akhiri ilham lewat jam 3.00 am 29.5.2012.

Fasa ketiga (akhir)

Kami mula menilai hasil dari ketiga-tiga fasa persembahan. Kami melakukan beberapa sentuhan akhir.
Kami sama-sama melahirkan kepuasan. Dan kami menunggu sahaja 'signal' yang sesuai. Barangkali inilah tanda semua kerja sudah selesai.

Kini semuanya sudah berada ditangan dan hanya menunggu masa yang kami sendiri sudah tahu apa yang perlu dilakukan.

Inilah gaya kami. Inilah panji sebenar. Dan kami sudah bersedia kibarkannya di Stadium Darul Aman pada 1.6.2012. Kami akan tunjukkan SOLIDARITI budak-budak kami disana.

FOKUS KAMI UNTUK KEMENANGAN GERAKAN ISLAM.. TAKBIRR!!

Thursday, May 24, 2012

PEMACAK PANJI PERANG

Bendera dilihat hanyalah sepotong kain (biasanya berbentuk segi empat bujur) yang mempunyai reka bentuk tertentu, yang digunakan sebagai lambang sesebuah negeri atau sebagai isyarat; panji. Berasal dari perkataan Portugis bandeira, bendera adalah wahana yang menggambarkan simbol sebuah negara atau suatu entiti. Kalau musim perang, digunakan dalam penyelarasan tentera di medan tempur, namun kini lebih berfungsi sebagai alat pengisyaratan dan pengenalan. Bendera adalah simbol kekuatan sesebuah organisasi dan negara.

Islam memiliki panji kekuatannya yang tersendiri.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas yang mengatakan, "Bahawa bendera Nabi Muhammad s.a.w. berwarna hitam, sedangkan panji beliau warnanya putih." Riwayat Ibnu Abbas yang lain menurut Abi Syeikh dengan lafaz, "Bahawa pada bendera Nabi Muhammad s.a.w. tertulis kalimat ‘LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH’.

Perang Mut'ah adalah salah satu siri peperangan Islam yang patut dijadikan iktibar buat Umat Islam tentang pengaruh panji-panji kepada kekuatan Islam.

Sebelum pasukan Islam berangkat untuk menegakkan panji La ilaha Illallah, Rasulullah SAW telah menamakan tiga orang sahabat sekaligus mengepalai amanah komander secara bergantian.

Satu keputusan yang belum pernah beliau lakukan sebelumnya. Mereka itu adalah Ja'far bin Abi Thalib, Zaid bin Haritsah (berasal dari kaum muhajirin) dan seorang sahabat dari Anshar, Abdullah bin Rawahah, penyair Rasulullah SAW.

Baginda telah bersabda:

إِنْ قُتِلَ زَيْدٌ فَجَعْفَرٌ، وَإِنْ قُتِلَ جَعْفَرٌ فَعَبْدُ اللهِ بْنُ رَوَاحَةَ

“Kalau Zaid terbunuh, maka Ja’far (yang menggantikannya). Jika Ja’far terbunuh, maka Abdullah bin Rawahah (yang menggantikan).” (HR. Al-Bukhari dalam Kitab Al-Maghazi)

Singkatnya, pasukan Islam yang berjumlah 3,000 personel diberangkatkan. Ketika mereka sampai di daerah Ma’an, terdengar berita bahawa Heraklius mempersiapkan 100 ribu pasukannya. Selain itu, kaum Nasrani dari beberapa suku Arab juga telah siap dengan jumlah yang sama. Mendengar khabar yang demikian, sebahagian sahabat RA mengusulkan supaya meminta bantuan pasukan kepada Rasulullah atau Baginda memutuskan suatu perintah.

‘Abdullah bin Rawahah RA lantas mengobarkan semangat juang para sahabat RA pada waktu itu dengan perkataannya, “Demi Allah !! sesungguhnya perkataan yang kalian tidak sukai ini adalah perkataan yang kamu keluar mencarinya, iaitu syahadah (gugur dimedan perang Allah Azza wa Jalla). Kita tidak berjuang diatas jumlah pasukan atau kekuatan. Kita berjuang untuk agama ini yang Allah Azza wa Jalla telah memuliakan kita dengannya. Bergeraklah!! Hanya ada salah satu dari dua kebaikan : kemenangan atau gugur (syahid) di medan perang.”

Berkata mereka bertindak balas “ Demi Allah, Ibnu Rawahah berkata benar”.

Zaid bin Haritsah RA, panglima pertama yang ditunjuk Rasulullah SAW, kemudian membawa pasukan ke wilayah Mu’tah. Dua pasukan berhadapan dengan sengit. Komandan pertama ini menebasi anak panah-anak panah pasukan musuh sampai akhirnya tewas terbunuh di jalan Allah Azza wa Jalla.

Bendera pun beralih ke tangan Ja’far bin Abi Thalib RA. Sepupu Rasulullah SAW ini berperang sampai tangan kanannya putus. Bendera beliau pegangi dengan tangan kiri, dan akhirnya putus juga oleh tangan musuh. Dalam kondisi demikian, semangat beliau tak mengenal surut, saat tetap berusaha mempertahankan bendera dengan cara memeluknya sampai beliau gugur oleh senjata lawan.

Berdasarkan keterangan Ibnu ‘Umar RA, salah seorang saksi mata yang ikut serta dalam perang itu, terdapat tidak kurang 90 luka di bahagian tubuh depan beliau baik akibat tusukan pedang dan maupun anak panah.

Giliran ‘Abdullah bin Rawahah RA pun datang. Setelah menerjang musuh, ajal pun memjemput beliau di medan peperangan.

Tsabit bin Arqam RA pantas mengambil bendera yang tidak bertuan itu dan berteriak memanggil para Sahabat Nabi agar menentukan pengganti yang memimpin kaum muslimin.

Kemudian bendera diambil oleh Khalid bin Al-Walid, padahal dia tidak ditunjuk sebagai pemimpin pasukan. Dia mengangkat dirinya sendiri sebagai panglima. Lalu Rasulullah mengangkat dua jarinya dan berkata: “Ya Allah, dia adalah pedang dari pedang-pedang-Mu, maka tolonglah dia.”

Maka, pilihan mereka jatuh pada Khalid bin Walid RA. Dengan kecerdikan dan kecemerlangan siasat juga strategi melalui taufik dari Allah Azza wa Jalla, Tentera Muslimin berhasil menghalau dan membunuh tentera Romawi hingga mereka mengalami kerugian yang banyak.

Setelah Pertempuran

Menyaksikan peperangan yang tidak seimbang antara kaum muslimin dengan kaum kuffar, yang merupakan pasukan bersekutu antara kaum Nashara Romawi dan Nashara Arab, logiknya, kekalahan bakal di alami oleh para sahabat Rasulullah SAW.

Imam Ibnu Katsir rahimahullah mengungkapkan ketakjubannya terhadap kekuasaan Allah Azza wa Jalla melalui hasil peperangan yang berakhir dengan kemenangan kaum muslimin dengan berkata : “Ini kejadian yang menakjubkan sekali. Dua pasukan bertarung, saling bermusuhan dalam agama. Pihak pertama pasukan yang berjuang dijalan Allah Azza wa Jalla, dengan kekuatan 3000 orang. Dan pihak lainnya, pasukan kafir yang berjumlah 200 ribu pasukan. 100 ribu orang dari Romawi dan 100 ribu orang dari Nashara Arab. Mereka saling bertarung dan menyerang. Meski demikian sengitnya, hanya 12 orang yang terbunuh dari pasukan kaum muslimin. Padahal, jumlah korban dari kaum musyirikin sangat banyak”.

Allah Azza wa Jalla berfirman :

" Orang-orang yang menyakini bahwa mereka akan menemui Allah berkata, “Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah? Dan Allah beserta orang-orang yang sabar”. (Al-Baqarah 2:249) ”

Para ulama sejarah tidak bersepakat mengenai jumlah syuhada Mu’tah. Namun, yang jelas jumlahnya tidak banyak. Hanya berkisar pada angka belasan, menurut hitungan yang terbanyak. Padahal, peperangan Mu’tah sangat sengit. Ini dapat dibuktikan bahwa Khalid bin Walid RA menghabiskan 9 pucuk pedang dalam perang tersebut. Hanya satu pedang yang tersisa, hasil buatan Yaman.

Khalid rahimahullah berkata, “Telah patah Sembilan pedang ditanganku, tidak tersisa kecuali pedang buatan Yaman.

Menurut Imam Ibnu Ishaq seorang Imam dalam ilmu sejarah Islam, syuhada perang Mu’tah hanya berjumlah 8 Sahabat saja. Secara terperinci yaitu Ja’far bin Abi Thalib, dan anak angkat Rasulullah SAW Zaid bin Haritsah al-Kalbi, Mas’ud bin al-Aswad bin Haritsah bin Nadhlah al-‘Adawi, Wahb bin Sa’d bin Abi Sarh.

Sementara dari kalangan kaum anshar, ‘Abdullah bin Rawahah, ‘Abbad bin Qais al-Khozarjayyan, al-Harits bin an-Nu’man bin Isaf bin Nadhlah an-Najjari, Suraqah bin ‘Amr bin Athiyyah bin Khansa al-Mazini.

Di sisi lain, Imam Ibnu Hisyam rahimahullah dengan berlandaskan keterangan Az-Zuhri rahimahullah, menambahkan empat nama dalam deretan Sahabat Nabi SAW yang gugur di medan perang Mu’tah. Yakni, Abu Kulaib dan Jabir. Dua orang ini saudara sekandung. Ditambah ‘Amr bin ‘Amir putra Sa’d bin Tsa’labah bi Malik bin Afsha. Mereka juga berasal dari kaum anshar. Dengan ini, jumlah syuhada bertambah menjadi 12 jiwa.

Ketahuilah kerja memasang, memacak dan mengibarkan bendera pergerakan Islam sebenarnya adalah satu sunnah diwarisi dari Rasulullah SAW dan sahabat RA. Bagaimana kehebatan sahabat RA bermati-matian mempertahankan panji-panji mereka yang merupakan simbol syiar Islam sehingga memperolehi syahid. Begitulah semangat yang perlu ada buat generasi penyambung perjuangan Rasulullah SAW dan Sahabat RA. Dan anda sebenarnya sentiasa dinilai olehNya.

Pakndak : "Selamat Bertugas buat Tukang Pacak Bendera"

Tuesday, May 22, 2012

IDEA PENDIDIKAN IBNU KHALDUN

Ibnu Khaldun ialah pemikir Islam bertaraf dunia sepanjang zaman. Beliau banyak membentangkan teori kemasyarakatan mendahului zamannya beberapa abad. Buku karangannya berjudul Muqaddimah yang bermaksud pendahuluan, diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa dunia di timur dan barat, walaupun ia adalah pendahuluan kepada buku sejarah karangannya. Akhirnya kitab Muqaddimah sahaja yang dikaji kerana analisa ilmu kemasyarakatan yang menarik sehingga Ibn Khaldun diberi gelaran bapa ilmu kemasyarakatan.

Ibn Khaldun mengulas berkenaan pelajaran dan pendidikan dalam bab yang khusus, melibatkan ilmu secara menyeluruh mengikut perspektif Islam yang berbeza dengan teori Barat yang berteras dan berkonsepkan sekularisme yang memisahkan agama dengan dunia.

Paling menarik Ibn Khaldun meletakkan ilmu dan pendidikan ke dalam aspek sina’ah (industri). Bermakna aktiviti ilmu bukan sahaja keperluan ruh dan akal yang menjadi sebahagian daripada kejadian manusia, bahkan kegiatannya yang betul dan saksama menghasilkan kemajuan dalam aspek yang lain termasuk aspek ekonomi yang menambahkan hasil negara.

Lapangan ilmu dan pendidikan adalah peranan pembangunan manusia dalam segala aspek kejadian mereka secara fitrah, dan perkembangan percambahan ilmu keperluan mereka yang dicipta selepasnya secara pengalaman dan kajian mengikut keperluan semasa, realiti dan situasi yang sentiasa berubah di sepanjang zaman.

Peranan ilmu dan pendidikan mengikut Islam adalah selaras dengan naluri manusia dan peranan mereka. Manusia adalah makhluk berunsurkan jasad, ruh dan akal, individu, keluarga dan wajib bermasyarakat madani, mampu mengendalikan urusan makhluk sekelilingnya. Maka manusia adalah makhluk yang layak mentadbir urusan bumi sekiranya berilmu dan pendidikan yang merangkumi aspek naluri mereka.

Ilmu dan pendidikan adalah agenda pembangunan manusia bagi memakmurkan dunia. Islam meletakkan ilmu dan pendidikan yang memenuhi kehidupan manusia tersebut dalam perkara wajib mengikut kedudukan ilmu itu. Semua bidangnya tidak terkeluar daripada fardu ain dan fardu kifayah.

Ilmu dan pendidikan bagi membina peribadi manusia supaya beriman dan budiman dimasukkan dalam fardu ain yang wajib bagi setiap individu, begitu juga alat dan kemudahan untuk menghasilkannya seperti mambaca, menulis dan alatnya serta pelajarannya secara sistematik mengikut zaman. Perkara ini termasuk dalam doruriyat kepada ruh dan akal, sama seperti keperluan makanan, pakaian dan tempat tinggal kepada jasad. Maka menjadi kewajipan kepada ibu bapa atau ketua keluarga atau penjaga dan kerajaan yang memerintah negara membantu kalangan yang tidak berkemampuan.

Ilmu dan pendidikan yang memberi kemudahan kepada masyarakat dalam segala aspeknya dimasukkan dalam fardu kifayah (wajib secara umum), menjadi fardu ain pula kepada mereka yang layak menunaikannya seperti para pemimpin kerajaan.

Dalam masa yang sama setiap anggota masyarakat digalakkan menunaikan kewajipan ini sehingga dimasukkan dalam amal kebajikan yang besar pahalanya dan fadilatnya berpanjangan walaupun pengamal dan penyumbangnya telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah S.A.W:
إذا مات الإنسان انقطع عمله إلا من ثلاثٍ: صدقةٍ جاريةٍ، أو علمٍ ينتفع به، أو ولدٍ صالحٍ يدعو له
Maksudnya: Apabila matinya seseorang manusia, terputuslah amalannya melainkan tiga perkara iaitu sumbangan sedekah (harta ) yang berterusan kebaikannya, ilmu yang memberi manfaat dan anak yang baik sentiasa berdoa untuknya. (Riwayat Muslim)

Menunjukkan bahawa kewajipan pendidikan dan pelajaran dalam negara berkebajikan mengikut Islam menjadi tanggungjawab bersama yang tidak membebankan kerajaan sahaja, kerajaan dan masyarakat tidak boleh melarikan diri daripadanya.

Manusia yang dibangunkan insannya dengan sempurna menambahkan produktiviti negara, bukannya menjadi bebanan negara dengan gejala sosial seperti akhlak dan pengangguran. Apa yang berlaku hari ini adalah kesilapan dasar, konsep dan sistem yang memerlukan satu huraian yang lain. Dalam ruangan ini perlu dijelaskan dengan tegas bahawa agenda pendidikan dan pelajaran percuma yang betul meningkatkan hasil negara bukannya menjadikannya bankrap.

Ilmu dan pendidikan peribadi yang betul, melahirkan manusia beriman, budiman dan berilmu sehingga beramal dengan ikhlas, tidak menyeleweng, rasuah dan menyalahgunakan kerja, jawatan, serta tidak merosakkan hasil negara. Ilmu dan pendidikan pengurusan, kemahiran dan sebagainya untuk masyarakat mendatangkan hasil yang maju dan meningkat. Islam meletakkan ilmu dan pendidikan bagi keperluan peribadi dan masyarakat tidak boleh dipisahkan di antara satu sama lain. Ilmu dan pendidikan fardu ain bagi membentuk diri manusia adalah asas yang wajib bagi setiap individu lelaki dan wanita. Kemudian ditingkatkan secara fardu kifayah (wajib secara umum) mengikut kemampuan di bidang masing-masing, sehingga tidak ada yang tercicir dalam masyarakat, termasuk yang gila dan cacat menjadi kewajipan keluarga dahulu, kemudiannya masyarakat dan kerajaan.

Kalangan para ulama yang mendalami perkembangan semasa, menjadikan sebahagian peruntukan zakat sumbangan kepada penuntut ilmu, kerana ia juga adalah medan perjuangan untuk meninggikan Islam dan umat. Kepada penganut Islam, zakat tetap wajib dibayar walaupun dibatalkan oleh kerajaan kerana sifat ibadatnya yang berbeza dengan cukai yang di arah oleh kerajaan kerana zakat adalah perintah Allah.

Dalam masyarakat Islam yang lebih lama tamadunnya didirikan institusi pendidikan percuma sehinggalah masuk ke zaman penjajah dan merdeka semula. Contohnya Universiti al-Azhar di Mesir, Deoband dan Aligarh di India, pengajiannya bukan sahaja jurusan Islam bahkan meluas ke bidang sains dalam segala aspeknya. Pelajarnya belajar percuma, universitinya hidup dengan harta wakaf dan zakat.

Ada juga kalangan negara Barat yang meniru tamadun awal Islam menganjurkan pendidikan percuma dengan mengenakan cukai daripada kalangan yang kaya raya tanpa membebankan kalangan miskin, walaupun negara itu tanpa mempunyai sumber bumi yang banyak tetapi pandai mengurusnya tanpa membebankan rakyat. Sedarlah kita betapa bumi yang berhasil daripada perutnya dan subur tanahnya. Mengapa tidak mampu dan takut apabila disebut pendidikan percuma. Sebabnya kerana hasil negara banyak masuk ke dalam perut para pemimpin dan konco-konconya.

Ibn Khaldun menegaskan lagi, bahawa pertambahan jumlah penduduk yang meningkat juga kalau diolah dengan baik boleh meningkatkan produktiviti bukannya pengangguran dan gejala sosial, sekiranya agenda pembangunan insan dilaksanakan mengikut acuan Allah.

Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Pakndak : Dua bentuk idea 'pelaburan' yang cuba dibawa 2 pendebat muda keatas sektor pendidikan malam tadi cukup menarik untuk direnungkan..

Sunday, May 20, 2012

SENDUK TEWAS MENGEJUT

Trong, 20 Mei - Bertempat di padang Sekolah Toh Johan Trong, Senduk FC tewas kepada Trong FC 4-2 pada pertemuan yang berlangsung petang semalam. Masih mengekalkan kesebelasan yang sama, Senduk dikejutkan dengan 3 gol pada separuh masa pertama. Ketiga-tiga gol berpunca dari kesilapan penjaga gol, Rahman yang mengaku malam tadi beliau tidak cukup latihan. Namun Rahman telah menebus kesilapannya malam tadi jugak dengan memasang bendera jemaah diatas pokok 'pelam' dihadapan sekolah KAFA.

Senduk cuba bangkit pada separuh masa kedua dengan menjaringkan 2 gol tapi masih tidak cukup kuat untuk menyelamatkan keadaan. Gol ala-ala Torres (penyerang Chelsea) itu dijaringkan pemain tengah pasukan (nama beliau dirahsiakan) hasil 'clearance' jauh Din Matang terus menerjah penjuru kiri gawang Trong FC. Satu lagi gol dijaring sayap kiri skuad Senduk, Wan Kembar.

Senduk FC turut terlepas beberapa peluang terhidang termasuk dari penyerang Pak Lah walaupun hanya berdepan satu sama satu dengan penjaga gol. Juga beberapa percubaan tepat yang lain.

Pihak pengurusan dilihat cuba mengelak soalan wartawan dengan alasan sibuk nak ke kuliah Tok Guru di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang. Beberapa pemain memberi 'respon' akan berjanji bangkit pada 'game' akan datang. Kekurangan perlawanan kompetitif juga merupakan punca aksi hambar pasukan Senduk. Untuk tahun 2012, inu adalah kekalahan kedua pasukan Senduk FC.

Friday, May 18, 2012

INILAH FORMASI MENANG-MENANG

Allah telah menjanjikan kepada Umat Islam kemenangan buat mereka, itu adalah suatu perkara yang benar dan pasti berlaku. Janji Allah datang dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi pejuangNya.

Maksud firman Allah (Surah Saff 61:4)
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."

Disiplin yang dicipta Allah hadir dengan dengan beberapa kaedah.

1. Thabat / berkeyakinan teguh
"Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh), maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya."
Yakinilah jalan yang kamu pilih dan duduk didalamnya ini adalah benar.

2. Zikrullah
"Sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)"
Allah telah menetapkan doa dan zikrullah itu adalah senjata yang sangat efektif buat Umat Islam.

3. Mentaati Allah dan Rasulnya
"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya." Yakinlah segala syariat yang disyorkan melalui Al-Quran dan Sunnah itu adalah sesuatu yang benar dan pasti. Pegang ia sebagai aqidah.

4. Tidak berbantah-bantah
"Dan janganlah kamu berbantah-bantah ; kalau tidak, nescaya kamu menjadi lemah dan hilang semangat kekuatan."
Kekuatan menjadi lemah apabila ahli sering berbalah-balah sesama sendiri. Perbalahan merupakan faktor yang mendedahkan kelemahan kepada musuh Islam.

5. Sabar
"Dan sabarlah (menghadapi kesukaran dengan cekal hati) ; sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar."
Apabila ditimpa pelbagai kesusahan, pilihlah jalan sabar sebagai alternatif utama.

6. Ikhlas
"Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana ingin dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah."
Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin berpendapat ikhlas lawannya ialah syirik.
Letakkan kebergantungan kepada Allah sebagai keutamaan dalam diri seseorang pejuang.

Allah pasti memberikan pertolongan kepada sebuah pergerakan yang disiplin melaksanakan garis panduan yang diberikanNya.

Kalau mengaku sebagai
Pejuang Islam, Serahkan saja diri anda kepada jemaah pergerakan Islam dan tawarkan kekuatan yang ada. Walaupun tawaran tersebut kecil tapi ianya tetap membantu dan hanya Allah layak menilainya.

Berlaku sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim a.s semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, “Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.' Lalu dijawab oleh burung tersebut, “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.” Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.)

Pakndak : Dalam sebuah jemaah pergerakan Islam elakkan menyoal "apa tugas diberi..?" sebaik disoal "apa tugas yang aku boleh beri?" Jadilah seumpama burung yang membantu Nabi Ibrahim AS..

Huraian Surah Saf disunting dan diedit dari Ustaz Zahazan dalam Majalah Solusi

Monday, May 14, 2012

INGATAN HARI NAKBAH

Hari Nakba (يوم النكبة, bermaksud "hari kecelakaan") merujuk kepada hari memperingati pencerobohan dan pemusnahan lebih 500 bandar dan kampung di Palestin oleh tentera Israel yang menyebabkan lebih 700,000 warga Palestin menjadi pelarian. Hari ini disambut pada 15 Mei setiap tahun, iaitu satu hari selepas perisytiharan penubuhan negara Israel dan hari berakhirnya mandat Britain di Palestin pada tahun 1948. Hari ini pelarian Palestin atau keturunan mereka dianggarkan berjumlah lebih 4 juta orang. Sejak dari peristiwa Nakbah sehingga ke hari ini, Umat Islam dipelopori rakyat Palestin sendiri tidak putus-putus menuntut hak mereka seperti telah dijamin Allah. Walaupun di'pressure' hebat namun mereka tetap melawan dan terus melawan.

Inilah jaminan Rasulullah melalui sabda Baginda yang bermaksud ;

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ يُقَاتِلُوْنَ عَلَى أَبْوَابِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ

“Umatku akan tetap tegak dalam memegang kebenaran, berjuang di pintu-pintu Baitul Maqdis, tidak takut dan gentar terhadap celaan orang-orang yang mencela mereka, sehingga datang keputusan Allah sementara jiwa mereka tetap demikian”. (Muslim)

Hari ini mula diraikan pada tahun 1998 oleh Yasser Arafat, dengan kehadiran lebih satu juta orang dalam perarakan. Hari ini dirai dengan ucapan dan perarakan di Tebing Barat, Gaza dan di negara-negara Arab. Tunjuk perasaan juga pernah diadakan di London (2003) dan bandar raya New York (2004). Atas nama kemanusiaan, semua manusia (muslim atau bukan muslim) turut mahu merasai penderitaan rakyat Palestin.

Rasulullah saw telah menyampaikan berita gembira bahawa yang senantiasa memberikan harapan kepada kita akan terjadinya pertempuran yang menentukan antara Yahudi dan umat Islam yang mana kemenangan akan dikecapi oleh Islam dan umat Islam. Nabi saw bersabda

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ فَيَقْتُلُهُمْ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوْ الشَّجَرُ يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ

“Tidak akan terjadi kiamat sampai umat Islam berperang dengan Yahudi, kemudian umat akan memerangi mereka, sehingga orang-orang Yahudi bersembunyi dibalik batu dan pohon, lalu batu atau pohon tersebut berkata: “Wahai muslim! Wahai hamba Allah! Ini ada orang Yahudi dibelakang saya, kemarilah dan bunuhlah, kecuali pohon gorqod; Karena ia merupakan pohon Yahudi”. (Muslim)

Negara Islam Malaysia cukup 'bertuah' kerana ramai antara rakyat muslimnya tidak pernah mengetahui akan keperitan yang ditanggung saudara mereka di Palestine. Rakyat hanya dibanggakan dengan keperihatinan kerajaan yang tak jemu-jemu membantu penderitaan pelarian Palestin. Sebaliknya rakyat Malaysia dinafikan peluang untuk mengetahui siapa pengkhianat dan apa sebenarnya yang terjadi kepada rakyat Palestin. Umat Islam di Malaysia tidak mengetahui rakyat Palestin menempuh hari-hari mereka dengan pelbagai penindasan.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." [Al-Hujurat (49:10]

**Peringatan untuk Rakyat Malaysia ! ;

Tahanan Palestin mogok lapar memerlukan bantuan anda, sila berkongsi ini dengan kawan anda untuk menyebarkan kesedaran mengenai mogok lapar yang terbesar dalam sejarah.

Bilal Thiab - 77 Hari
Thaer Halahleh - 77 Hari
Hassan Safadi - 71 Hari
Omar Abu Shallal - 69 Hari
Mohammedd Al-Taj - 61 Hari
Mahmoud Sarsak - 55 hari
Faris Al-Natur - 48 hari
Jafar Ezz Al-Din - 54 Hari
Abdallah Al-Barghouthi - 33 Hari
lebih daripada 2000 Banduan - 28 Hari.

Jangan biarkan media antarabangsa mengebumikan kes mereka, semua tahanan meminta hak asasi mereka sebagai tawanan perang, hak lawatan, hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.

Pakndak ; Kenapa Umat Islam Malaysia gagal untuk menyambut denyut nadi rakyat Palestin?

Rujukan : Wikipedia dan PACE..

IKUT SAJA @ HAMBA

Tujuan manusia direka ada semata-mata untuk menjadi hamba. Islam dalam erti kata lain juga bermaksud hamba atau yang berserah. Seorang Islam itu mestilah memilih iman sebagai timbangan akidah mereka.

"Satgi, orang akan kata aku ni Ustazah pulak!!"

Tidak pilih iman, maknanya kufur. Jangan main-main. Pendirian keIslaman seseorang perlu jelas.

Antara ciri-ciri orang beriman ialah yang pertama mereka rasa takut bila disebut nama Allah. Mereka bersituasi takut disaat hendak berlaku mungkar. Hati mereka juga dirundung resah dan gelisah mengenang dosa-dosa yang telah dilakukan disamping status amalan sama ada diterima atau tidak. Contohnya perasaan spontan ketika bergema nama Allah sewaktu azan berkumandang.

"Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat- malaikatNya, dan Kitab-KitabNya, dan Rasul-RasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari Rasul-RasulNya". Mereka berkata lagi: "Kami dengar dan kami taat. (Kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan Kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali"." Al-Baqarah-285

Dan yang kedua, orang beriman mempunyai tahap kepatuhan tinggi kepada Allah. Bayangkan bagaimana arahan kerja 'bos' kita dibuat dan bahayanya akibat engkar. Kita mungkin hadapi risiko tindakan, emolumen dan faedah-faedah lain. Begitulah juga patuh kita buat Allah. Malah untuk Allah itu perlu lebih jauh nilainya.

Apa saja pensyariatan yang datang dari Allah sama ada suka atau tidak wajib kita ikut tanpa banyak soal. Antaranya isu aurat. Jelas dalam Al-Quran kewajipannya tertanggung buat orang Islam. Jangan disoalkan begitu dan begini. Ikut saja arahan. Jangan 'kona' sana dan 'kona' sini. Alasan yang berupaya menjejaskan iman kita perlu disingkir. Ia juga termasuk dalam perkara syariat lain termasuk solat, zakat, puasa dan hudud.

Sebagai hamba Allah yang setia, apa yang perlu dibuat tak lain dan tak bukan ialah 'Sami'na Waato'na (kami dengar dan kami taat).

Pakndak ; Bila 'bos' buat satu arahan tugas, adakah sanggup kita nafikannya dengan hujah "Belum sampai seru lagi Bos!!"

Friday, May 11, 2012

KAMI BUKAN AGEN PROVOKASI

Jelas disini kami bukan ke KL untuk merekacipta rusuhan, walaupun diakui kami ini sangat kreatif. Kami kekal, kekal dan kekal dengan matlamat asal iaitu menuntut perubahan baik (total) keatas pilihanraya. Kami sudah selidik sepersatu dari 8 perkara yang dituntut dan kami sahkan betapa 'relevan'nya setiap darinya. Dan fokus kami tetap tidak berubah.

Cuba berlapang dada.. Dan teliti perkara dibawah menggunakan mata hati..

"""Pengundi 'zombie' dan alien - sangat banyak dan wajib disetelkan.
Rasuah - bersangkut-sangkut
Media 'perdana' berat sebelah - terang dan jelas
Undi Pos - tidak sesuai
Dakwat kekal - elak undi 2 kali
Institusi awam - perlu berkecuali
Kempen panjang - 21 hari paling kurang
Politik kotor - samseng, ugut dan fitnah.
Semua ketidakadilan diatas adalah 'real'...!!"""

Dan adakah tertulis tuntutan diatas fokusnya huru-hara atau merusuh atau meminta pemerintah turun dari kerusi empuknya secara paksa (macam Si Tuah mengajak Jebat turun)

Kalau kami betul-betul anti-polis, kenapa kami tak hurung saja Ibu Pejabat Bukit Aman? Ini menunjukkan tidak terlintas dihati kami berkonfrontasi dengan pihak polis dan ahlil keselamatan yang lain. Buktinya, kami tidak membawa sebarang alat bagi tujuannya (batu, kayu, cermin) dan senjata (pistol, pisau, pedang samurai). Kami tidak dilatih untuk itu walau untuk memaki hamun polis sekalipun. Terdapat hampir 10 orang polis berkawal di setiap 'check-point'. Tak mampu diimaginasi, apa akan berlaku jika mereka 'diapa-apakan' sepanjang berjam-jam peserta berkarnival disitu.

Ada yang menggambarkan kisah mistik kepada pihak polis (keselamatan) bahawa yang bakal datang ke KL nanti adalah musuh no 1 negara yang patut dilanyak secukupnya. Polis wajib pegang akidah ini. Dan berlakulah sambutan besar-besaran dengan pesta belasahan. Kami dilagakan dengan cukup hina dengan anggota keselamatan polis yang ada diantara mereka juga saudara-mara kami. Kami maklum, melalui pertembungan-pertembungan sebelum ini, 'standard operating procedure' kekal ganasnya tapi dendam kesumat bukan misi utama kami.

Media-media (TV dan suratkhabar) kononnya hak pemerintah, sedaya mungkin cuba memujuk perasaan orang ramai supaya membenci sehabis-habisnya peserta demo. Memainkan api perkauman. Mengeksploitasi sentimen agama. Mengamarahkan kebencian terhadap non-muslim. Menjenayah-jenayahkan pihak pengkritik pemerintah. Manipulasikan isu moral. Semua anasir ini disubur dan dididik dalam pemikiran orang ramai.

Kemudian terbit kenyataan dari orang besar kekal pengaruh (OBKP) terdapat cubaan dari pihak peserta untuk menggulingkan kerajaan secara ganas. Mereka cuba mengaburkan mata orang ramai supaya kurangkan memikir akan matlamat utama himpunan. Dan amat malang, kenyataan tersebut berakhir dengan kenyataan sahaja.

Hari ini, oleh kerana terdesak, sanggup mereka memperalatkan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengharamkan demonstrasi. Walaupun pengharaman tersebut khusus untuk yang TIDAK BERTUJUAN BAIK tapi fatwa itu sangat mengelirukan. Ketika ulama-ulama muktabar (Syeikh Yusuf Al-Qardawi) memberi fatwa positif terhadap perhimpunan aman, negara Islam Malaysia bertindak pelik. Sebaliknya lesen arak, judi dan konsert terus halal. Ini bukannya fatwa tapi percubaan menyembunyikan kezaliman.

Kami telah dilatih untuk membenci ketidakadilan, kezaliman dan salah guna kuasa. Bukan bermaksud benci menjadi rakyat Malaysia. Tapi tidak suka puak-puak yang mencetus suasana kebencian. Itu saja.

(Gambar hiasan)

WANG BESAR.. PUTAR !

Ada wang tunai, ada pakej
Mari kita tengok siapa yang kena!!

Kain pelikat dan kain batik
Gula juga beras
Minyak nyio dan minyak tanah

Saya putar lagi! Wang Besar!!

Jalan tampal, bangunan tampal
Titi sambung dan 'repair' bumbung

Putar lagi!!

RM 100 belanja sekolah
Gaji Si Gomen naik bergaya
RM 500 untuk isi rumah
RM 15000 Felda sekepala

Saya berhenti putar disini..!


Tuesday, May 8, 2012

PAK BAEN STORY : TROFI KEMENANGAN IMPIAN

Sudah adat bertanding, menang dan kalah adalah natijahnya. Mereka sanggup menelan apa saja risiko perjuangan. Begitulah tarbiyah pegangan pemain-pemain Komar Jing apabila pasukan mereka melangkah ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut-turut. Mereka mempunyai status profesionalisma yang sangat tinggi.

Stadium Mersaka bakal jadi saksi, siapakah paling layak memenangi Piala Liga berprestij ini. Penonton mula memenuhi setiap ruang. Pelbagai bendera dan sepanduk khas pasukan dibawa mereka termasuk 'Hapuskan Rasuah' dan 'Tegakkan keadilan'. Penonton juga tidak duduk diam. Mereka bersatu hati membuat 'Mexican-wave' yang sangat cantik. Mereka juga kreatif menukar lirik 'ole-ole' kepada 'basuh-basuh' merujuk ketidakadilan yang perlu dibasuh.

Pasukan mana pun jika ditanya perihal peluang, kemenangan adalah matlamat utama. Itu adalah impian untuk sebuah pertandingan. Namun bagi Komar Jing, beraksi di 'final' juga sebahagian dari kejayaan. Ini sebagai bukti keberkesanan jentera dan kegigihan pasukan untuk berada sejauh ini. Untuk beraksi di 'final', sesebuah pasukan perlu kekuatan strategi, disiplin, mental dan fizikal yang secukupnya sebagai persediaan. Dan pasukan Komar Jing telah sempurna melakukannya.

"Preett!!" Pengadil meniup wisel tanda perlawanan sudah pun bermula. Kedua-dua pasukan saling berbalas-balas serangan. Walaupun Mejar Sapar dipalit pelbagai kontroversi, namun namanya tetap menjadi pilihan untuk mengadili perlawanan akhir itu. Siapa yang tak kenal Mejar Sapar 'Kad Merah' (jolokan yang diberikan kerana sangat pemurah kad merah). Mejar Sapar juga kerap ditemui minum-minum bersama pengurusan pasukan Timbang Tahil dikantin stadium.

Berbeza dengan lawan Komar Jing iaitu skuad Timbang Tahil, mereka memiliki kekuatan dari segala kekuatan. Sesuai dengan status 66 kali kejuaraan (termasuk piala Liga dan piala FA), Timbang Tahil cukup mewah dengan limpahan dana. Mereka memiliki prasarana yang sangat canggih untuk pembangunan latihan. Dengan kuasa wang yang dimiliki, tidak hairanlah mereka sering dikaitkan dengan skandal penyelewengan, rasuah dan seks. Barangkali Timbang Tahil sudah terlalu lama memegang status juara kata beberapa pengkritik sukan tempatan.

Selain itu Timbang Tahil sentiasa mendapat publisiti 'gila'. Disebabkan terlalu kerap menang, mereka telah menguasai saluran-saluran media perdana. Apa saja mengenai pasukan TT sama ada yang baik atau gosip buruk sentiasa jadi sensasi. Inilah situasi 'win-win' yang dipersetujui kedua-dua pihak.

"Penalti ref!!" Rayu Lebai Payat, penyerang sensasi Komar Jing menuntut sesuatu apabila terang-terang dijatuhkan oleh pertahanan Timbang Tahil, Pak Baen. Penyokong-penyokong Komar Jing turut bangun membantah. "Apa ni?!!" Jerit mereka.

Pada hari pertandingan, Komar Jing dengan baki kekuatan yang ada bagaimanapun tetap masuk ke padang secara 'gentle'. Satu kelebihan yang mereka miliki, penyokong mereka biarpun rata-rata orang kampung dan miskin tapi mereka datang dengan duit poket sendiri. Dan mereka tidak sekali-sekali mengkhianati semangat pertandingan.

Di perlawanan akhir kali ini semua penyokong Komar Jing mengenakan warna kuning. Mereka katanya secara senyap ingin membantah beberapa ketidakadilan pihak penganjur. Sudah getik untuk melihat trofi kemenangan dimiliki pasukan Timbang Tahil.

"Nombor 10! Datang sini!!". Merujuk kepada nombor jersi Lebai Payat. "Wah!!" Penonton bangkit beramai-ramai. Kad merah telah dilayangkan kepada Lebai Payat. "Jangan bantah pengadil lain kali..!!"

Penyokong-penyokong pasukan Komar Jing yang dari tadi mendesak diri supaya bersabar dan berdisiplin mula bertindak balas.

"Ini sudah lebih!!" Kata mereka.

Bungkusan-bungkusan burger yang dibeli dari penjaja distadium dilihat melayang-layang diudara. Keadaan sedikit baik kerana larangan dan kawalan membawa senjata dikenakan kepada penonton. Ucapan terima kasih layak diberikan buat penguatkuasa atas kecekapan mereka.

Kedatangan penyokong-penyokong Komar Jing kali ini bukan semata-mata untuk menyaksikan harapan kemenangan buat pasukan mereka. Kali ini jumlah mereka sangat ramai dan didapati lebih komited. Mereka sanggup lupakan kampung halaman, tinggalkan ayam, itik, lembu, kambing, sawah dan getah, semata-mata menunaikan impian kemenangan ini.

Semua peminat Komar Jing tahu adalah jarang-jarang sekali pasukan mereka beraksi 'live' di TV (Kalau ada sekalipun ianya bicara keburukan). Kesempatan ini digunakan untuk memberitahu dunia bahawa selagi rasuah dan penyelewengan dalam bolasepak tak dibendung secara 'total', selama itulah semua pencinta bolasepak akan turut dizalimi. Jelas sekarang, mereka turut mempertaruhkan maruah negara yang selama ini telah dipijak teruk oleh penganjur yang korup.

Monday, May 7, 2012

INGATAN AS-SYAHID SAYYID QUTB

Sayyid Qutb sebelum digantung mati demi perjuangannya telah menulis surat buat adiknya Aminah Qutb. Kandungan surat beliau antaranya menyebut:

“Matahari terbit, matahari juga tenggelam. Bumi pula beredar mengelilinginya. Kehidupan itu bercambah di sana dan sini. Setiap sesuatu itu terus bertambah. Ini bertambah pada bilangan dan jenis. Ia bertambah dari segi jumlah dan cara. Jika kematian itu dapat berbuat sesuatu, sudah pasti kehidupan (alam) ini terhenti. Namun kematian hanya kekuatan yang kerdil dan halus dibandingkan kehidupan yang besar, merata dan mendasar. Dari kekuatan Allah Yang Maha Hidup, kehidupan itu bercambah dan berkembang. Apabila kita hidup untuk diri kita semata, maka kelihatan kehidupan ini singkat dan kerdil. Ia bermula sejak kita sedar dan berakhir bersama umur kita yang terhad. Adapun, jika kita hidup untuk orang lain, iaitu hidup untuk sesuatu idea maka sesungguhnya kehidupan itu panjang lagi dalam. Ia bermula dari mana bermulanya keinsanan. Ia terus melebar selepas kita meninggalkan muka bumi ini..”

Sunday, May 6, 2012

FATWA ATAU SI BODOH

Apabila kita memperhatikan hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W mengenai kepelbagaian fitnah yang bakal terjadi di akhir zaman, maka kita akan merasa sangat khuatir, sebab matannya menggambarkan keadaan yang sangat menakutkan. Apatah lagi jika hadis-hadis tersebut kita kaitkan dengan situasi dan gambaran dunia moden sekarang ini, maka kekhuatiran tersebut semakin menjadi-jadi. Mengapa? Kerana sudah terlalu banyak hadis mengenai fitnah-fitnah di akhir zaman yang memperlihatkankan secara tepat situasi dan kondisi dunia moden saat kita berada ini.

Contohnya bagi maksud hadis ini yang dirakamkan dalam hadis Sahih Bukhari, "Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat adalah diangkatnya ilmu dan merebaknya kebodohan".

Ramai orang barangkali tidak sependapat mengatakan bahawa hadis di atas menggambarkan kondisi dunia moden, malah memandang dunia moden saat ini sebagai dunia yang sarat dengan kemajuan, ilmu pengetahuan dan teknologi, dunia di hujung jari. Padahal yang dimaksud oleh Rasulullah S.A.W ialah diangkatnya ilmu Islam, bukannya ilmu yang menyangkut urusan keduniaan. Dan makna kebodohan ialah perihal awam masyarakat terhadap ilmu agama; dalam permasalahan hukum yang terang dan tidak perlu diperbahaskan lagipun mereka memilih kepada nilai kekufuran.

Nabi Muhammad S.A.W tidak mengatakan bahawa era fitnah di akhir zaman akan tampil dalam bentuk kemunduran ilmu pengetahuan dan teknologi. Oleh kerana itu kita dapati terdapat hadis lain yang akan memperjelas maksud hadis di atas, "Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus mencabutnya dari hamba-hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama.

Hingga bila sudah tidak tersisa ulama maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan".(rujuk Sahih Bukhari)

Hadis di atas mengarahkan perhatian kita kepada ilmu yang dikuasai oleh para ulama semakin hilang. Pun begitu bukan bermaksud ulama semakin berkurang, tetapi ilmu Islam yang tulen dan hikmah yang ada pada ulama-ulama yang terdahulu tidak lagi menjadi dokongan oleh penerus perjuangan mereka. Apatah lagi zaman ini, title ulama bukan di'beri' kerana dihormati tetapi di'cari' supaya dihormati.

Nabi S.A.W turut mengaitkan akan munculnya orang-orang bodoh yang dijadikan tempat bertanya dan berfatwa. Dan ketika mereka berfatwa, maka mereka berfatwa tanpa ilmu agama. Akibatnya fatwa yang dihasilkan bersifat sesat dan menyesatkan umat.

Dalam realiti yang berlaku di dunia saat ini, kita telah dikejutkan dengan berita sepasang lelaki gay mengaku Muslim yang dinikahkan oleh seorang Imam masjid yang juga seorang gay. Ludovic Mohamed Zahed, seorang pemuda Perancis yang berasal dari Algeria, dan pasangannya Qiyam al-Din dari Afrika Selatan, dilaporkan telah menikah dengan 'syariat Islam' di hadapan seorang imam masjid yang juga seorang gay bernama Jamal (laporan berita 12/2/2012).

Si gay (tiada istilah Imam buat gay) ini merupakan contoh seorang bodoh yang mengeluarkan fatwa sesat dan menyesatkan. Ia telah merestui jalinan hubungan homoseksual yang jelas dilarang di dalam ajaran Islam. Sedemikian teruk merebaknya kebodohan akan ilmu agama sehinggakan orang yang sepatutnya memiliki ilmu agama secara formal-akademik dengan mudahnya terjebak fahaman liberalisme. Mereka menganggap urusan agama hanya berlaku pada private sector (ruang lingkup pribadi), sedangkan untuk public sector (ruang lingkup publik) dibiar diatur dengan pelbagai kefahaman, ideologi dan ajaran selain Islam.

Hadis lain yang juga sangat tepat menggambarkan keadaan dunia moden jahiliyah saat ini ialah sebagai berikut, "Akan datang tahun-tahun penuh dengan kedustaan yang menimpa manusia, pendusta dipercaya, orang yang jujur didustakan, amanat diberikan kepada pengkhianat, orang yang amanah dikhianati, dan ruwaibidhah turut bicara. Lalu Baginda S.A.W ditanya; Apakah Ruwaibidhah itu? Baginda menjawab; "Orang-orang bodoh yang mengurusi perkara umum" (rujuk sunan Ibnu Majah)

Dalam dunia jahiliyah moden kita menyaksikan bagaimana orang yang memiliki karakter jujur dan amanah justeru didustakan dan dikhianati. Sebaliknya pendusta dan pengkhianat dibenarkan, disokong dan diberi jawatan serta diangkat menjadi pemimpin masyarakat.
Begitulah dahsyatnya kehidupan di zaman merebaknya kebodohan dan kedustaan.

Inilah zaman jahiliyah moden di mana fitnah-fitnah menyelimuti dunia sehingga dunia menjadi laksana potongan malam yang gelap-gelita.
"Segeralah beramal sebelum datangnya fitnah-fitnah seperti malam yang gelap-gelita. Di pagi hari seorang lelaki dalam keadaan Mukmin, lalu menjadi kafir di petang harinya. Di petang hari seorang lelaki dalam keadaan Mukmin, lalu menjadi kafir di pagi harinya. Dia menjual agamanya demi memperoleh kenikmatan dunia" (rujuk Sahih Muslim)

Tarbawi

Pakndak : Apabila datang dua orang kepada anda dengan dua kisah benar yang kedua-duanya saling bertentangan. Jangan terburu menilai kebenaran keduanya kerana bimbang wujud kezaliman diantaranya. Rujuklah sumber yang benar dan akhirnya akan terbongkar kebenaran siapa kedua-duanya.

Saturday, May 5, 2012

PASCA BERSIH 3.0 : TOLAK ASSOBIYAH SEMPIT (RACISM)

Bagi mereka yang berfahaman assobiyah tebal, tidak akan mengerti perkara belas bila terjumpa manusia berlainan dari bangsanya dalam kesusahan, yang difikirkan otak mereka:

1. Adakah mereka sebangsaku?
2. Adakah mereka penyokong benda haram yang ditegah agamaku?

Nilai kemanusiaan hilang daripada puak-puak assobiyah yang menebal ini.

Dalam fahaman mereka, adalah lebih elok membiarkan seseorang itu mati tanpa pembelaan. Fahaman sempit perkauman itu memadam sama sekali perasaan perikemanusiaan mereka.

Ini adalah sungguh tragis bagi sebuah negara yang sudah mencapai kemerdekaan selama 55 tahun.

Dalam Islam, jelas fahaman assobiyah ini ditegah dan dicemuh.

Quran 5:8
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."

Semuanya adalah milik Allah, dan ciptaan Allah. Manusia memang dilahirkan bangsa lain-lain, kulit lain-lain, wajah lain-lain sebagai salah satu cara mencari hidayah dalam kehidupan.

Islam menyarankan kita adil kepada semua dengan menolong mereka yang tertindas akibat ketidakadilan.

Seperti kata firman di atas, "sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa" -- berapakah yang sudah menjauhi taqwa kerana sanggup menyokong ketidakadilan, kezaliman dan penindasan?

Tanyalah sendiri, mengapa fahaman assobiyah menebal di Malaysia?

Tanyalah sendiri, mengapa data pengundi yang dikeluarkan SPR berbentuk assobiyah? Mengapa dibahagikan sebegitu rupa?

Tanyalah sendiri, perlukah dihabiskan berjuta-juta wang rakyat untuk mempromosikan konsep 1Malaysia, walhal perkara asas menjurus kepada assobiyah tetap dikekalkan?

Tanyalah sendiri, siapa yang boleh membawa rakyat Malaysia cenderong kepada yang lebih baik?(seperti gambar), dan siapa yang membawa rakyat Malaysia jauh daripada situasi gambar di atas?

Dalam hati kita sebagai rakyat Malaysia, tanyalah mengapa gambar dibawah menyentuh hati dan menyayukan hati?

Kerana kita tahu, kita boleh hidup sebagai rakyat Malaysia yang diinginkan dalam hati terpendam, tetapi sudah diperbodohkan dan diperlagakan selama ini demi survival politik pihak-pihak berkepentingan.

Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Pakndak : Segera buang istilah-istilah perkauman sempit seperti "Melayu sama melayu bergaduh, bangsa lain tepuk tangan.."

Maksud firman Allah ini sangat jelas bagi mereka yang berfikir “Dan bertolong-tolonglah kamu dalam perkara-perkara kebaikan, dan jangan pula engkau bertolong-tolong dalam perkara mungkar” (Al-Maidah: 2)

Wednesday, May 2, 2012

BUAT PEJUANG MELAYU

Ramai kalangan individu dan kumpulan yang mengisytiharkan menjadi pejuang Melayu, secara laungan lisan yang bersuara dan tulisan yang dicatit di dada akhabar, majalah dan sepanduk yang direntang, semuanya penuh bersemangat yang berkobar-kobar, sehingga sanggup melakukan apa sahaja. Bagi penganut Islam, yang menjadi kebanggaan bangsa Melayu juga, wajiblah benar-benar ikhlas kerana Allah dan kepada Allah kembalinya, hendaklah menjadikan Islam itu satu-satunya petunjuk yang diyakini benarnya menyelamatkan manusia seluruhnya, termasuklah bangsa Melayu.

Saya ulangi kenyataan saya, bahawa tidak menjadi salah, kecintaan seseorang itu, atau kumpulannya atau bangsanya terhadap bangsanya, kerana inilah sifat semula jadi manusia yang disebut fitrah atau naluri, tetapi sifat fitrah juga adanya dalam alam dunia ini berbagai bangsa, suku kaum, berkeluarga yang hidup secara bermasyarakat, sehingga tidak mungkin bersendirian. Inilah ketetapan Allah pencipta alam yang dipuji setiap rakaat sembahyang.

Allah berfirman (maksudnya):

"Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku kaum, supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal." (Al-Hujurat: 13)

Kita tidak dapat menghapuskan sifat fitrah kecintaan kepada bangsa, samalah juga tidak boleh menghapuskan wujudnya berbagai bangsa, serta tidak dapat menghapuskan wajibnya hidup bermasyarakat, sehingga Ibnu Khaldun, seorang tokoh ilmuan sedunia menegaskan ;”Manusia itu bersifat masyarakat madani secara tabiinya”.

Nabi Muhammad s.a.w yang dilantik menjadi Rasul kepada seluruh manusia juga sayangkan bangsa dan tanah air, tetapi kesayangan dan kecintaan itu diatur dengan petunjuk Islam, tanpa merosakkan hubungan kemanusiaan di kalangan berbagai bangsa dan suku kaum serta berbagai agama yang wajib hidup bermasyarakat, walaupun menegaskan hanya Islam yang diakui benarnya. Namun tidak boleh memaksa sesama manusia, kerana keperluan manusia seluruhnya dalam kehidupan dunia, sebelum berpijak ke alam akhirat, tidak boleh dihasilkan secara individu sahaja dan satu bangsa sahaja dan satu suku kaum sahaja.

Sempadannya ialah menegakkan Islam yang adil untuk semua. Sempadannya haram berlaku zalim terhadap sesiapa sahaja, sehingga zalim itu diharamkan terhadap kaum lain dan diharamkan juga membela kezaliman kaum dan bangsanya sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ
سنن أبي داود - (ج 13 / ص 325)

Maksudnya: (Bukan daripada kalangan kami orang yang menyeru kepada asabiyyah, bukan daripada kalangan kami orang yang berperang di atas tujuan asabiyyah dan bukan daripada kalangan kami orang yang mati di atas perjuangan asobiyyah).

Asabiyyah itu ialah fanatik terhadap kaum bangsa sendiri kerana kasih tanpa dasar yang benar dan adil sehingga menzalimi terhadap kaum dan bangsa lain dalam semua urusan cara hidup dan beragama.

Maka Islam telah berjaya menyelamatkan bangsa Arab dengan Islam, sehingga menghapuskan asabiyyah kabilah suku kaum sesama bangsa Arab yang berperang sejak ribuan tahun dan permusuhan bangsa Arab terhadap bangsa lain, sehingga bangsa Arab setelah menganut Islam berjaya menjadi kuasa besar dunia yang mengambil alih pengaruh dua kuasa besar dunia Parsi dan Rom di zamannya.

Bangsa Arab yang memimpin negara kuasa besar Islam akhirnya berjaya menerima masyarakat majmuk kalangan berbagai bangsa dan berbagai agama yang berlainan dengan Islam. Walaupun penganut Islam diwajibkan berdakwah mengajak manusia kepada Islam, tetapi diharamkan memaksa terhadap penganut agama lain, diharamkan zalim, serta diwajibkan berlaku adil terhadap semua manusia, binatang dan alam seluruhnya. Akhirnya Islam berjaya mengumpulkan daripada masyarakat majmuk itu, ilmu duniawi yang memberi manfaat dari segi kemanusiaan daripada berbagai bangsa dan penganut agama, sehingga berjaya melahirkan tamadun majmuk yang menyumbang kepada dunia seluruhnya sehingga hari ini.

Kejatuhan dua kuasa besar dunia berlaku di zaman khalifah kedua Umar bin al- Khattab r.a. Apabila khalifah dijemput datang oleh paderi besar Bait al-Maqdis yang sangat gembira dengan kejatuhan kuasa besar Rom yang zalim terhadap mereka sejak beberapa abad. Khalifah disambut oleh para pemimpin kalangan para sahabat yang berbangsa Arab menyampaikan ucapannya yang masyhur, antara lain menegaskan:
“Kita adalah kaum bangsa yang diberi kemuliaan dengan Islam, sekiranya kita mencari yang lain daripada Islam untuk mencapai kemuliaan kononnya, nescaya kita ditimpa hukuman menjadi kaum bangsa yang hina“.

Kenyataan ini berasaskan firman Allah: Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang bakhil, dan sesiapa yang bakhil sesungguhnya dia hanyalah bakhil terhadap dirinya sendiri, dan Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang sangat berhajat kepada pertolongan Allah; dan jika kamu berpaling daripada menegakkan agama Allah (Islam) nescaya dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini.
(Surah Muhammad: 38)

Firman Allah dan ucapan ini menjadi kenyataan, apabila bangsa Arab yang memimpin umat Islam tidak lagi berpegang kepada Islam kerana leka dengan kuasa yang dijadikan peluang mengumpul harta kekayaan dan kemewahan. Maka Allah menukarkan kepimpinan kepada kalangan kaum bangsa bukan Arab, penganut Islam yang berpegang dengan Islam yang sempurna secara silih berganti di kalangan berbagai bangsa yang menganut Islam dan beramal dengannya dalam seluruh cara hidup. Apabila seluruh bangsa umat Islam bersemangat bangsa masing-masing dan berpuak, Islamnya menjadi sampingan amalan peribadi masing-masing, sehingga urusan politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain dipisahkan daripada Islam, maka umat Islam dan tanah air bumi Islam dijajah oleh kuasa asing yang menindas mereka dengan hina.

Walaupun penjajah terpaksa memberi kemerdekaan pada akhirnya, tetapi mereka berjaya mengekalkan kemerdekaan di atas semangat bangsa mengatasi petunjuk Islam. Maka kemerdekaannya tidak sampai kepada matlamat yang sebenar, kerana jasad dan tanah sahaja ditinggalkan oleh penjajah, sedangkan akal fikiran dan kefahaman masih dijajah, termasuk bangsa Arab sendiri yang kaya-raya dengan hasil semula jadi yang luasnya laksana laut. Apabila semangat kebangsaan Arabnya mengatasi petunjuk Islam, menjadikan mereka terus lemah dan dipermainkan oleh kuasa-kuasa besar yang berebut dan berlumba-lumba mengambil kesempatan daripada bumi Arab, sehingga Arab boleh dilagakan sesama satu bangsa dan satu agama.

Inilah juga pendekatan semangat kebangsaan Melayu yang dibawa oleh UMNO sejak lebih lima puluh tahun mencapai kemerdekaan. Islam hanyalah satu religion atau agama, bukan al-Din yang dinyatakan oleh al-Quran. UMNO tidak mampu menempatkan dan melahirkan pemimpin yang perkasa dengan ilmu dan sakhsiah Islam, UMNO hanya berjaya melahirkan ramai pemimpin yang dicantas kerana kesalahan rasuah sesama sendiri, atau salah laku sesama sendiri dalam perebutan pertandingan kepimpinan negara apabila berjaya memimpin parti. Maka kepimpinan dianggap peluang untuk diri, keluarga dan rakan keliling, bukannya menunaikan amanah memperkasakan bangsa bersama Islam yang sempurna, dengan iman, ilmu dan akhlak dan mampu menguasai berbagai kaum dengan menegakkan Islam adil untuk semua, yang terkandung dalam ajaran Islam yang sempurna. Islam mengikut pendekatan UMNO, dilaksanakan secara terpilih bagi kepentingan duniawinya, bukannya memperhambakan diri menunaikan amanah daripada Allah yang menjadikan Islam adalah rahmat kepada seluruh alam.
Agama Islam yang diterima oleh penganut agama lain menjadi agama persekutuan, kerana penganutnya adalah bangsa Melayu yang diakui oleh semua kaum kerana majoritinya, tiba-tiba tidak berjaya memuliakan bangsa Melayu sendiri dengan iman, ilmu dan akhlak, selagi pemimpin UMNO diberi amanah memimpin negara di atas nama Melayunya sahaja dengan pendekatan Islam terpilih mengikut para pemimpin UMNO.

Walaupun orang Melayu diapikan semangat kebangsaannya yang bertopengkan Islam, sedangkan isi kandungan menipu umat, dengan media upahan dan media abdi kepadanya. Akhirnya bangsa Melayu bukan sahaja tidak boleh bertahan dengan UMNO, bahkan jatuh terhumban bersamanya.
PAS berulang kali mengajak UMNO bermuzakarah, bukan berdebat menentukan menang dan kalah, tetapi UMNO sepanjang masa tidak bersedia. Debat bukannya kerana di musim pilihanraya dan ketika terdesak, bahkan diajak sejak berpuluh tahun. Kalau UMNO ada Biro Agamanya, ilmuan agamanya, para mufti yang berada di bawah kerajaannya yang mampu merojak sumber Islam dengan bahasa al-Quran, bukannya yang berwajah ulama dalam UMNO tetapi buta bahasa al-Quran atau terlalu lemah bahasa al-Qurannya yang ramai dipergunakan. PAS juga ada Majlis Syura Ulama dan ahli Dewan Ulama yang terlalu ramai.

Tibalah masanya, para pejuang Melayu menyedari dan memahami bahawa slogan yang benar bukannya, pertahankan Melayu dahulu, Islam di belakangnya. Percayalah bahawa Melayu tidak selamat dengan diri mereka sendiri tanpa petunjuk Islam, sebagaimana Arab bangsa Rasulullah s.a.w porak-peranda sekarang, kerana kebangsaan Arabnya mengatasi Islamnya, tetapi yang sebenarnya ialah tegakkan Islam dan selamatkan bangsa dengan Islam, tunjukkan Islam yang sempurna, maka Melayu selamat dan semua kaum, bangsa dan penganut berbagai agama diselamatkan.
Islam yang terkandung dalam al-Quran dan hadith itu tidak menolak kasih kepada bangsa masing-masing, tetapi melarang zalim terhadap bangsa selain bangsa kita. Islam tidak menghapuskan hak sesuatu bangsa secara tabii, seperti bahasa ibunda masing-masing dan budaya kaum masing-masing, tetapi melarang menjadi jahil dan keruntuhan akhlak dan Islam melarang paksaan dalam anutan agama dan Islam mewajibkan adil terhadap semua. Islam membetulkan cara hidup seluruhnya. Di sinilah perbezaan PAS dan UMNO.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.