VOCALIST

Monday, March 29, 2010

BULAN GELI

Apabila Superman start bukak baju

Kepala aku berpusing sekala-sekala. Otak aku dok berpetir kilat terasa di ujung dahi. Otak..otak..bagai zombi versi Mamat Khalid dok stim nak makan orang. Bulan ni banyak langkah ku berkiblatkan ceramah pimpinan. Ini usaha aku dan inilah mediumnya.
Hasil 4-5 ceramah yang aku hadir bermula dari DSNJ di Batu 8 hingga didewan cina Taiping bersama trio Azmin Ali, jenuh jugak aku mengutip fakta. Peluh-peluh halus terasa di celah rambut. Dan memerahlah kepala otak aku menjalankan kajian keatas info-info terkumpul tadi.

Sebusuk-busuk senarai
1. Rampasan Zambry dan sekutunya.
2. Enjin jet F5E
3. Kapal selam semi-tenggelam.
4. DSAI dan budak Saiful.
5. GST
6. APCO dan 1Malaysia.
7. Lompat 1Malaysia.
8. Royalti.
9. Mufta Harusani.
10. Adalagi aku lupa.

Bila berulang kepala aku dongak ke angka 1 dan tunduk ke 10, aku serba pelik dan tak kena. Aku amati betul bait-bait lirik tersenarai dan berformasi kesimpulan telah aku telah aku selesaikan. Aku semakin hampir ke jawapan yang sebenar. Instinct yang dicari telah keluar jugak.
Perasaan marah dan berkobar-kobar di awal bulan bertukar mejadi seram sejuk di pertengahan dan berakhirnya bulan dengan tersipu-sipu hibur..Aku nak gelak kuat-kuat tapi kena ada korum..

Sunday, March 28, 2010

ANUGERAH LELAKI MELAYU POPULAR


Pedulikan cerita busuk pasal dia. Dia tetap menyusun langkah kedepan. Semalam, hari ni, besok lusa dia akan menari berlagu di TV dan media perdana. Takdak sapa mampu menyekat istiqamahnya dalam mempertahankan maruah melayu. Bangsa anutannya. Kalau di zaman kesultanan Melayu Melaka mustahil nampakya dia memegang watak Si Jawa Patih Kerma Wijaya.
Dengan selempang merah Akademi Fantasia, lagaknya sentiasa di sof hadapan Pejabat Kerajaan Negeri Pulau Pinang terutamanya, balai polis dan seumpamanya yang dilapor demo terang-terangan meminggir bangsa Melayu. Pakatan pembangkang adalah suspek no 1 dia.
Pedulikan sembang buruk tentang dia. Dia tetap nampak optimis pejuang Melayu terakhir. kedaulatan Tanah Melayu (Malaysia) perlu dipertahan. Aku perasan pemilik saham 1Malaysia pun serabut jugak dok fikir pasal dia ni. Sebelah mata pun 1Malaysia owner tak pandang kat melayu ni. kacau..aku dok pandang ke Cina hongkong tu yang dua kali aku berulang sana. ..Aku dok tengok Pakistan tu yang belambak Mat Bangla. Aku dok perguna APCO..Hang dok percaya kat Melayu lagi?mungkin ini dibisikkan 1Malaysia. Kalau ada agen CIA FBI,KGB, MOSAD yang nak cari Extreme Melayu ni la pioneer nya..Setakat Tomahawk ja tak lut la pasal Taming Sari ada dekat dia..
Peduli apa dia. Dia kekal YB melayu untuk beberapa tahun lagi. Dah mustahil untuk dia jadi Melayu murtad. Seronok melihat glamernya dia. Dan tak salah kalau BH dan Tv3 wujudkan kategori baru lelaki melayu paling popular di TV. Kalau dia dicalonkan mungkin dia menang tanpa bertanding. Tapi sapa pulak yang berani calonkan dia?

Tuesday, March 23, 2010

OLD NEWSPAPER

Semalam pasal bunuh bayi,hari ni cerita kahwin lari.
Besok cerita artis isap dadah, kelmarin cerita bunuh diri.
Lusa hot pasal penyamun rempit, kelmarin dulu pasal amah dera budak.
Dulu heboh pasal Pesta Seks, la ni Ayah Pin pulak sesat kan orang..

Dari semalam sampai bila-bila pun tak abih media-media arus songsang ni bawak dongeng purba ni. Pasal apa paper ni kerap berlagu macam ni. memang sensasi. tapi..Stail bawaan media ni secara tak langsung dah mendedahkan pekung kerajaan..Sengaja kah mereka mensensasikan kesilapan dasar-dasar kerajaan?.
Agensi-agensi kerajaan ala-ala Jabatan Agama, Hal-ehwal dalam negeri, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Wanita dan seumpamanya adalah secara langsung terlibat dalam pembikinan dasar-dasar berkaitan penjenamaan insan.
Pensensasian media ini dengan longgokan bahan-bahan panas mengakibatkan agensi-agensi kerajaan tadi terdedah dengan pelbagai aspek kelemahan dan kredibiliti yang boleh dipersoalkan.
Walaupun kewujudan media seperti ini sedikit sebanyak melindungi beberapa kelemahan utama kerajaan seperti rasuah dan penyelewengan tapi semua orang patut sedar yang bakal terdedah ialah betapa sensasinya kelemahan dasar yang lain.

Berita-berita hot yang tersenarai tadi bukan saja diklasifikasikan sebagai menakutkan rakyat tapi boleh jugak memesongkan akidah muslim yang sepatutnya hanya Allah saja layak untuk ditakuti..Kita kena sedia bermuhasabah seperti dianjur Rasulullah SAW apabila terpandang benda-benda luar jangka yang releven akhir zaman ni.
Kerajaan harus jadi watak utama.. Umat Muslim wajib berakidahkan Hukum Islam sebagai langkah utama pembersihan akhlak..itulah Ingatan khatib di kampungku...

Friday, March 19, 2010

ANTI -ISA

Dah sah-sah terpisah suami daripada isteri, daripada anak-anak.
Aku tak tau aku salah apa dengan tiba-tiba kena menziarah didalam..
Kalau ada bukti charge saja..
Jangan kalut dan berdolak dalik dan yang tak salah terus serbasalah..
Orang akan kata zalim kalau ke jalan rakyat buat demo..
Orang akan kata zalim kalau yang kena puak-puak anti-kerajaan korup..
Orang lagi kata zalim kalau ulamak, ilmuan yang kena..
Nak dahulukan rakyat, rakyat tanggung azab dulu..



Song Lyrics

Wednesday, March 10, 2010

AKU TERPAKSA MENUNGGU LAGI

Kontrak KSN disambung setahun sehingga Jun 2011

11/03/2010 1:02pm

PUTRAJAYA 11 Mac – Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dilantik semula sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) secara kontrak selama setahun mulai 24 Jun ini hingga 23 Jun 2011, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan hari ini.

Pelantikan semula Mohd. Sidek, 58, telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin atas kepentingan negara, kata kenyataan yang dikeluarkan di sini.

"Perkhidmatan beliau sebagai Ketua Setiausaha Negara masih diperlukan terutama dalam meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan awam,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu Mohd. Sidek dilantik sebagai KSN pada 3 September 2006 sehingga bersara wajib pada 23 Jun 2007 kerana mencapai umur 56 tahun pada tarikh tersebut.

Seterusnya beliau dilantik semula secara kontrak sebagai KSN untuk tempoh dua tahun mulai 24 Jun 2007 hingga 23 Jun 2009.

Perkhidmatan beliau kemudian dilanjutkan lagi untuk tempoh setahun mulai 24 Jun 2009 hingga 23 Jun 2010. – Bernama


Hasil kecemerlangan Beliau...

Hasil keterbilangan nya..

Hasil kegemilangan Tan Sri...

Dilanjutkan setahun sehingga pengganti serupa dapat dicari..

Dilanjutkan setahun sehingga semua kerja telah selesai..

Dilanjutkan setahun sehingga berlaku peningkatan...

Dilanjutkan setelah semua standard tercapai..

Tunggula..


Monday, March 8, 2010

PANAS DUNIA

Hati aku selalu nasihat..Jangan dipeduli sangat panas dunia..Tapi masa ni la aku dok pikir hawa dingin di tempat kerja aku tak cukup power..Kipas angin maksimum pun tak jadi apa..Tu la dulu member suruh tambah lagi satu split unit aku tolak..nak sederhana kata aku..Masa ni bila pakai longsleeve orang kata hang jakun..
Kat teres aku, anak-anak tak kata apapun..depa dok main elok ja..tapi bila bangun pagi melekit satu badan, aku tido ka berkebun?Ish..nak pasang aircond kat rumah rasa macam tak kena pulak bila musim hujan datang..
Sekali tu aku try pegi keja naik moto..Pagi ok la, sejuk lagi tapi bila time matahari menyacak atas kepala..Rasa jugakla..Bini aku tanya pasal apa tak naik kereta..aku kata, bila lagi nak naik moto..
Aku dok perati orang tua aku di kampung depa tu lepak ja..tido malam tak berkipas langsung..Dok tengok bangla buat rel berkembar tengah panas terik, ok ja..Depa tu lain la..Ish mana boleh lain..Makan nasi, berak macam kita juga..
Yang lain kera bat di Putrajaya..Tak payah bandingla dengan kita..Ada depa tu rasa macam kita ni rasa..Tukang kipas pasang merata..Ada depa tu susah macam kita susah..
Yang cari rezki tu bertenangla dan yang berjuang tu bersabarla..