VOCALIST

Tuesday, March 23, 2010

OLD NEWSPAPER

Semalam pasal bunuh bayi,hari ni cerita kahwin lari.
Besok cerita artis isap dadah, kelmarin cerita bunuh diri.
Lusa hot pasal penyamun rempit, kelmarin dulu pasal amah dera budak.
Dulu heboh pasal Pesta Seks, la ni Ayah Pin pulak sesat kan orang..

Dari semalam sampai bila-bila pun tak abih media-media arus songsang ni bawak dongeng purba ni. Pasal apa paper ni kerap berlagu macam ni. memang sensasi. tapi..Stail bawaan media ni secara tak langsung dah mendedahkan pekung kerajaan..Sengaja kah mereka mensensasikan kesilapan dasar-dasar kerajaan?.
Agensi-agensi kerajaan ala-ala Jabatan Agama, Hal-ehwal dalam negeri, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Wanita dan seumpamanya adalah secara langsung terlibat dalam pembikinan dasar-dasar berkaitan penjenamaan insan.
Pensensasian media ini dengan longgokan bahan-bahan panas mengakibatkan agensi-agensi kerajaan tadi terdedah dengan pelbagai aspek kelemahan dan kredibiliti yang boleh dipersoalkan.
Walaupun kewujudan media seperti ini sedikit sebanyak melindungi beberapa kelemahan utama kerajaan seperti rasuah dan penyelewengan tapi semua orang patut sedar yang bakal terdedah ialah betapa sensasinya kelemahan dasar yang lain.

Berita-berita hot yang tersenarai tadi bukan saja diklasifikasikan sebagai menakutkan rakyat tapi boleh jugak memesongkan akidah muslim yang sepatutnya hanya Allah saja layak untuk ditakuti..Kita kena sedia bermuhasabah seperti dianjur Rasulullah SAW apabila terpandang benda-benda luar jangka yang releven akhir zaman ni.
Kerajaan harus jadi watak utama.. Umat Muslim wajib berakidahkan Hukum Islam sebagai langkah utama pembersihan akhlak..itulah Ingatan khatib di kampungku...

No comments:

Post a Comment