VOCALIST

Sunday, March 28, 2010

ANUGERAH LELAKI MELAYU POPULAR


Pedulikan cerita busuk pasal dia. Dia tetap menyusun langkah kedepan. Semalam, hari ni, besok lusa dia akan menari berlagu di TV dan media perdana. Takdak sapa mampu menyekat istiqamahnya dalam mempertahankan maruah melayu. Bangsa anutannya. Kalau di zaman kesultanan Melayu Melaka mustahil nampakya dia memegang watak Si Jawa Patih Kerma Wijaya.
Dengan selempang merah Akademi Fantasia, lagaknya sentiasa di sof hadapan Pejabat Kerajaan Negeri Pulau Pinang terutamanya, balai polis dan seumpamanya yang dilapor demo terang-terangan meminggir bangsa Melayu. Pakatan pembangkang adalah suspek no 1 dia.
Pedulikan sembang buruk tentang dia. Dia tetap nampak optimis pejuang Melayu terakhir. kedaulatan Tanah Melayu (Malaysia) perlu dipertahan. Aku perasan pemilik saham 1Malaysia pun serabut jugak dok fikir pasal dia ni. Sebelah mata pun 1Malaysia owner tak pandang kat melayu ni. kacau..aku dok pandang ke Cina hongkong tu yang dua kali aku berulang sana. ..Aku dok tengok Pakistan tu yang belambak Mat Bangla. Aku dok perguna APCO..Hang dok percaya kat Melayu lagi?mungkin ini dibisikkan 1Malaysia. Kalau ada agen CIA FBI,KGB, MOSAD yang nak cari Extreme Melayu ni la pioneer nya..Setakat Tomahawk ja tak lut la pasal Taming Sari ada dekat dia..
Peduli apa dia. Dia kekal YB melayu untuk beberapa tahun lagi. Dah mustahil untuk dia jadi Melayu murtad. Seronok melihat glamernya dia. Dan tak salah kalau BH dan Tv3 wujudkan kategori baru lelaki melayu paling popular di TV. Kalau dia dicalonkan mungkin dia menang tanpa bertanding. Tapi sapa pulak yang berani calonkan dia?

No comments:

Post a Comment