VOCALIST

Thursday, March 15, 2012

PRE-KEJOHANAN PINGPONG SENDUK

Jumaat 16 March 2012 ;

Belum sempat bermulanya upacara pengundian yang bakal berlangsung malam ini, Perang psikologi telah pun bermula antara peserta.

"Walaupun ada 'company' besar ingin menaja penyertaan, saya masih mahu jadi Juara dengan wang poket sendiri" Begitu bersungguh Mat Ajam menyatakan keyakinannya. Bukan Mat Ajam saja, rata-rata peserta yang ditemui yakin masing-masing akan beraksi di 'Final' kejohanan.

Tengah malam, kira-kira jam 11 malam tadi beberapa orang peserta diberitakan telah berlatih secara sulit. Perkara ini dilaporkan Mat Takir, pemegang kunci Markas Latihan.

Manakala Rahman, salah seorang peserta 'favourite' masih lagi berdolak-dalik berkenaan status penyertaannya walaupun dilihat konsisten berlatih siang dan malam.

Kejohanan kali ini pasti hangat kerana bukan saja pemenang bakal dinobat pemain nombor satu Senduk tapi bakal orang pertama yang menakluk Arena Markas Batu 8. Peserta sebenarnya masih menyembunyikan 'taring' masing-masing walaupun seolah-olah yakin kejuaraan milik mereka.

Pihak penganjur pula masih berteka-teki mengenai hadiah kejohanan walaupun banyak syarikat-syarikat korporat dan individu tertentu telah melabur tajaan masing-masing.

Saksikan kejohanan bersejarah yang bakal berlangsung di Markas Batu 8 malam Sabtu ini jam 9.00 malam!.

Inilah Cerita Semangat Sukan Kampung Aku..

No comments:

Post a Comment