VOCALIST

Monday, March 26, 2012

SALJI MODIFIED

Bila kawan-kawan bercerita pasal 'ABC' salji, ternganga kagum kita dibuatnya. Seronok bila tengok member-member mengenakan jaket tebal, 'snow cap' dan 'glove'.

"Wow..hebatnya!!".. Di Malaysia kena 'order' atau buat 'manual' tapi di negara berkenaan ais kisar tu turun dari langit.. Fenomena iklim empat musim (salji, luruh, bunga dan panas) hanya akan dapat dirasakan di negara-negara garis 'Mediterranean' sahaja. Perubahan iklim ini akan dirai berbeza-beza. Kalau salji turun, akan kelihatan orang 'tutup aurat' disana dan masa musim panas penguasa akan redho melihat rakyatnya berbogel. Sepatutnya perubahan iklim hasil kreativiti Allah ini nikmatNya disyukuri makhlukNya.

Berfaktorkan keadaan geografi, hampir pasti status Khatulistiwa Malaysia terelak dari gempa bumi, gunung berapi, puting beliung dan taufan. Walaupun fenomena iklim ini hampir mustahil untuk menimpa tanah Malaysia, namun begitu rakyat Malaysia masih 'boleh' berbangga kerana menanggung beberapa musim 'ciptaan' mereka sendiri. Disini, terdapat beberapa musim juga disambut berbeza-beza.

Musim hujan akan berpakej dengan banjir kilat dan tanah runtuh. Musim artis berselera untuk berkahwin berpakej dengan musim cerai artis sejurus selepasnya. Ada ketika terjadinya musim kemalangan jalanraya (terbahagi kepada tragedi bas dan terjun gaung). Bila datang musim raya, pakat-pakat menanggung musim tangan kaki terletup sama akibat mercun buatan sendiri.

Bila datang musim gila 'mengawan', kaum wanita secara ''automatik' bersembunyi ketakutan. Sejurus selepasnya datang pula musim bayi dibuang merata-rata. Kadang-kadang ada musim pencuri 'amatur' ditangkap secara pukal yang menenggelamkan musim rompakan kumpulan 'profesional'. Termasuk dalam iklim juga ialah musim fenomena pesta seks, artis realiti dan cerita seram.

Inilah antara iklim-iklim yang menyerang Malaysia. "Wow!!.." Mungkin orang asing akan terkejut bila singgah ke negara yang dikatakan paling selamat di Asia ini.

Terkini, musim anak gadis hilang dari pangkuan keluarga, dirogol dan dibunuh telah melanda negara Malaysia. Satu bala dari Allah yang patut difikirkan..

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ

“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”. (Ar-Ruum:41)

Nota pakndak : Teringat indahnya kisah musim hujan, banjir dan panas yang kami nikmati ketika era budak-budak dulu..

No comments:

Post a Comment