VOCALIST

Monday, April 16, 2012

SURAT TERBUKA BUAT SAHABAT SIDANG

Sejak dulu hingga kini dan selamanya Islam akan mengalami pasang surut dalam perjuangan. Keadaan pergerakan Islam sejak ianya dirintis Rasulullah SAW kerap dibeban pelbagai 'gangguan' termasuk fitnah, dikeji, ditangkap, diseksa dan dibunuh. Mereka tidak tewas selagi kekal dalam pergerakan. Yang tewas itu, mereka yang berada diluar perjuangan. Dan Gerakan Islam 'bernasib' baik kerana dibantu secara terus menerus oleh Allah. Allah SWT anugerahkan keyakinan, ilham dan kekuatan buat pendokongnya.

Sebagai sebuah jemaah / gerakan Islam, kita tidak dapat lari dari 'mehnah' (cabaran) perjuangan. Realitinya hari ini dakwah dan fitnah bersaing hebat. Kedua-duanya (dakwah dan fitnah) diakui mempunyai 'target' masing-masing. Bezanya sama ada dari Allah atau hasutan Iblis laknatullah.

Kerja dakwah adalah tanggungjawab setiap muslim. Tiada istilah pengecualian. Seorang pendokong jemaah terlebih dahulu perlu bersyukur kerana diberi ruang sebagai ahli dakwah.

من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه و ذلك أضعف الإيمان
"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". - [Di riwayatkan oleh Imam Muslim #49]

Gerakan dakwah lebih kukuh jika berada dalam kelompok besar kerana ia berkadar langsung dengan pengaruh dan kekuasaan. Makin kuat pergerakan ketika mana memiliki organisasi yang lebih mantap.

Dalam sebuah jemaah adakala keputusan yang dibuat jauh dari kepopularan. Akan ada perbezaan pandangan. Dan akan ada kumpulan-kumpulan penentang kecil. Biasanya kumpulan ini hadir dari luar jemaah atau dari ahli yang susut 'basic' jemaahnya. Dan ia adalah tarbiyah biasa. Tekunilah hikmah disebaliknya.

Buat sahabat-sahabat (termasuk diri), elakkanlah mengaut keuntungan peribadi saat berada dalam jemaah. Buangkan ego dan kesombongan. Masukkan sabar dan ikhlas. Ingatlah! Misi utama perjuangan Islam adalah untuk meraih redho Allah SWT.

وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ{3}

Mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah al-Asr:3).

No comments:

Post a Comment