VOCALIST

Friday, April 27, 2012

PROJEK ZOMBI

Diantara tema filem yang kekal 'relevan' dan sangat digemari syarikat produksi ketika ini ialah kisah 'zombi'. Dari bacaan filem-filem sama ada barat atau di Malaysia, zombi bolehla disimpulkan maksudnya sebagai satu kumpulan mayat hidup, hodoh, ganas dan sudah hilang pertimbangan kemanusiaannya.

Jika dicedok dari produksi khasnya Malaysia, Zombi Kampung Pisang misalnya, karakter zombi digambarkan satu kumpulan manusia yang bertukar menjadi ganas akibat memakan sejenis bahan kimia berbahaya.

'Group' zombi ini berjaya mewujudkan keadaan huru-hara di Kampung Pisang. Dan seorang budak 'hantu game' menggunakan senapang 'Playstation'nya untuk menghalang sehingga akhirnya zombi tadi terpulih melalui vaksin (anti-virus) Jabatan Kesihatan.

Plot yang seakan sama dengan 'sequel' Resident Evil dimana sejenis virus (T-virus) telah merebak wabaknya keseluruh dunia. Virus merebak ke udara dan orang yang terjangkit darinya bertukar kepada zombi.

Kedua-dua filem ini cuba menggambarkan seorang manusia itu asalnya adalah baik dan menjadi zombi yang ganas itu bukanlah impian. Mereka mewakili pelbagai warisan masyarakat. Ada tokei warung, drebar bas dan orang surau.

Zombi wujud hasil dari kerja tangan manusia yang terlampau beriya mencari untung secara mudah.

Manusia telah lupa status penjaga alamnya. Bahan sisa buangan @ Radioactive merosak genetik terutama buat bayi dalam kandungan tidak diendah lagi.

Mengikut idea pengarah tersebut, Zombi boleh dipulihkan. Selain vaksin, zombi berjaya dibanteras hasil usaha dan kerjasama orang ramai. Skrip biasa, polis akan datang setelah segalanya sudah 'disetelkan'

Watak zombi sebenarnya sudah diterjemah ke alam realiti. Zombi seolah satu produk yang direka cipta oleh pemerintah bagi merealisasikan niat jahat mereka. Kerajaan telah mereka cipta manusia-manusia berkelakuan hodoh, tidak berotak dan bernafsu binatang.

Kerajaan dianggap zalim apabila golongan rakyat terbanyak terpaksa menikmati perkhidmatan kesihatan yang tidak berkualiti. Untuk kemudahan istimewa seperti pembedahan jantung contohnya, rakyat terpaksa membayar harga yang sangat mahal diluar kemampuan. Kemudahan kesihatan dijual kepada orang kaya. Apa yang mampu diperolehi orang kampung sekadar panadol dan ubat batuk sahaja.

Sistem pendidikan menuju kehancuran apabila kebanyakan 'graduan' yang dilahirkan lebih banyak merosakkan diri. Lahir begitu banyak pemuda yang masyhor dengan rempit, dadah, seks bebas dan buang anak. Kebanggaan mereka ni beransur-ansur telah membunuh jiwa mereka sendiri.

Kepincangan pendidikan juga membenih ramai remaja yang hilang pertimbangan akal. Gejala-gejala moral yang berlaku menghasil manusia yang luput perikemanusiaannya. Dosa dan pahala tidak mampu membatasi kelakuan mereka.

Dan jadilah diri mereka umpama Zombie @ mayat hidup yang suatu hari nanti dikhuatiri mengambil alih pemerintahan negara.

Naudzubillahi min dzalik!!..

** Projek LYNAS adalah satu projek pemprosesan 'rare earth' (tanah jarang) yang akan menghasilkan sisa buangan (radioactive) tertentu dan akibatkan risiko pencemaran sejauh 40km. Projek yang cuba diusahakan kerajaan malaysia ini boleh menyebabkan risiko penyakit genetik dan kanser. Dan 'radioctive' tersebut ketahanannya kekal sehingga beratus-ribu tahun.

Stop Lynas. Save Zombie. Save Malaysia.

No comments:

Post a Comment