"Agak-agak bila tarikh pilihanraya? Bulan 3,4,5,6?"
Bukannya Ahlil Nujum yang 'bijak' meramal. Atau tokei kedai ekor yang kononnya pandai mengira angka. Atau jauh sekali penafsir mimpi dengan imaginasi luarbiasanya.
Tanda-tanda kecil sudah berlalu mungkin. Tanda-tanda besar mula muncul satu persatu dan semakin kuat memukul gendang perang pilihanraya walaupun tarikh mutlaknya menjadi teka teki.
Oleh itu petugas Gerakan Islam mesti menganggap bahawa ini adalah kerja jihad. Jihad adalah fardu yang berterusan dan tidak pernah terhenti. Ia berterusan sehingga kiamat. Maka menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memepertahankan kemenangan dan menambahkan kemenangan.
Musuh akan berusaha secara berterusan untuk memisahkan manusia daripada pengabdian diri kepada Allah SWT. Yakinlah bahawa kerja Jihad adalah satu perniagaan yang sangat menguntungkan. Allah sendiri menggalakkan hambanya yang beriman supaya berjihad dengan janji yang cukup mewah tanpa tolak banding.
Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai mereka yang beriman, mahukah kamu aku tunjukkan satu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab yang pedih, iaitu kamu beriman dengan Allah dan Rasulnya dan kamu berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan jiwa raga kamu, itulah yang lebih baik kepada kamu jika kamu mengetahui”(al-Saf: 10-11)
Allah SWT telah menyatakan habuan dan keuntungan yang diperolehi kepada hambanya yang berjihad.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Allah membeli daripada mukmin (yang berupa) jiwa raga mereka , dan harta benda mereka dengan (keuntungan) syurga untuk mereka, mereka berperang di jalan Allah; mereka membunuh dan juga mereka terbunuh) (al-Taubah, 111)
Tanpa jihad, rakyat akan terdedah kepada kezaliman dan ketidak adilan serta kebodohan. Sebab itu sebuah gerakan Islam meletakkan bahawa kerja pilihanraya adalah merupakan usaha jihad. Pilihanraya yang diputuskan oleh ahli syura merupakan satu pedekatan digelar muwajahah silmiah (perjuangan secara aman). Sehingga kini, inilah pendekatan yang terbaik di ambil walaupun menempuh penipuan dan berat sebelah. Kerana ini adalah merupakan satu cara risalah perjuangan Islam disebarkan kepada masyarakat, termasuk kepada orang bukan Islam.
Beberapa perkara yang boleh menjadi renungan dan muhasabah sebagai 'preparation'
1.Apakah kita telah melakukan kerja semaksimum mungkin?. Bagaimana persiapan bilik gerakan, penculaan, kewangan, pengundi luar. Jika perkara ini tidak diselesaikan, apakah layak kita menempah kejayaan.
2. Amat malang kepada kita, jika ia mampu memberi banyak tenaga dan usaha yang lebih besar tiba-tiba ia tidak menyumbangkan perkara ini untuk merintis perjuangan. Sedangkan Allah di dalam firmannya: “Dan persiapkanlah kekuatan untuk mereka sedaya upaya kamu” (Surah al-Anfal: 60)
3. Adakah kita malas dan lemah semangat untuk berjuang. Sedangkan pihak penentang kita bekerja siang malam bukan kerana redha Allah, sebaliknya hanya untuk kepentingan duniawi. Ingatlah amaran Allah kepada mereka yang dihinggap penyakit ini.
"Wahai orang-orang yang beriman, apakah yang menyebabkan kamu apabila dikatakan kepada kamu, “keluarlah di jalan Allah”, kamu berasa berat. Apakah kamu lebih suka kehidupan dunia daripada akhirat. Hidup di dunia ini tidak ada apa-apa kalau dibandingkan dengan akhirat kecuali sedikit sahaja. Sekiranya kamu tidak keluar nescaya diazabkan kamu dengan azab yang pedih dan dilantikan kaum dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat memudaharatkan Allah sesauatu pun, sedangkan Alah amat berkuasa atas setiap sesuatu” ( Surah al Taubah 38-39)
4. Adakah sewaktu berada di waktu kritikal ini kita pula mahu berundur daripada medan perjuangan. Kita menghentikan wakaf diri, harta, jiwa dan tenaga kepada perjuangan. Kita sanggup biarkan sahabat kita bersusah payah, sedangkan kita bercuti daripada berjuang.
5. Betulkan perjuangan kita semata-mata bagi menuntut redha Allah. Lupakan agenda peribadi. Bukan untuk mengaut kekayaan. Bukan jawatan jadi rebut.
6. Bukan masanya berlengah-lengah. Sepatutnya kita berada dipecutan terakhir. Mesti cergas bergerak dan berhemah tinggi. Kita mahu setiap petugas kuat dan lincah supaya hati-hati kita segar dan pantas. Hati yang berperasaan cemburu, marah, bengis, kurang sopan semuanya tidak membantu ke arah kemenangan.
7. Adakah kita menjaga hubungan dengan Allah SWT? Kerana inilah kekuatan yang menjadi senjata yang pailing kukuh. Kita bimbang jika hubungan dengan Allah rosak maka Allah tidak akan membantu kita di saat kita susah. Perbanyakkan doa, baca quran, zikir dan solat hajat untuk kemenangan kepada kita dan keselamatan kepada perjuangan kita.
Mohon copy cerita....
ReplyDelete