MTI 26.4.12 - Pasukan Sidang Senduk telah memperolehi kemenangan yang pertama untuk musim 2012 mengalahkan tuan rumah MTI 2 berbalas 1. Kedua-dua jaringan tersebut dihasilkan pada babak pertama. Gol pertama dijaringkan oleh penyerang baru, Uki (sebelum ini diposisi pertahanan). Gol berpunca dari hantaran cantik dari tengah padang dari pemain tengah mereka (nama pemain dirahsiakan).
MTI menyamakan kedudukan selepas itu hasil kesilapan Goli skuad simpanan Rahman. Bagaimanapun alasan kasut tiada 'stud' yang diberikannya diterima akhirnya apabila dikritik hebat penyokong fanatik. Rahman dilaporkan oleh sumber-sumber tertentu sedang menunggu bungkusan POS Laju but bola yang telah dihadiahkan bekas goli Jerman, Oliver Kahn. Kita nantikan kemunculan Rahman dengan kasut baru beliau nanti.
Gol kemenangan dijaringkan penyerang prolifik Senduk, Pak Lah. Gol berpunca dari keadaan kelam kabut pintu gol lawan. Nampaknya tindakan bijak Pak Lah kembali balik bermain untuk kampung kelahirannya berhasil. Gol semalam adalah yang ke-439 peribadinya.
Senduk berjaya mengatasi asakan bertubi-tubi dari tuan rumah. Tuan rumah mengawal permainan dengan 'posession' 95%-0.5%. Kemantapan pertahanan diketuai Abe dan penjaga gol Rahman menafikan serangan bertali arus tuan rumah (termasuk) harus dipuji. Referee, Pulah berjaya mengawal kedua-dua pasukan walaupun kadang-kadang sedikit emosional kerana dia merupakan ketua jurulatih MTI.
Pasukan sepatutnya beruntung kerana Senduk tidak dapat menurunkan dua pemain berbahaya mereka, Dua-beradik, Ajam dan Hize. Ajam ada masalah anak sementara Hize cedera semasa latihan. Ketua Jurulatih juga hanya mampu menyaksikan secara 'live' melalui TV.
No comments:
Post a Comment