VOCALIST

Sunday, April 29, 2012

BERSIH 3.0 VERSI AMAN

Rombongan kami sepakat untuk mengakui perhimpunan yang kami sertai adalah aman beserta masa depannya. Rata-rata kami datang dari didikan tarbiyah yang sama. Kami juga antara rakyat Malaysia yang inginkan keamanan.

Bagi memenuhi semangat perlembagaan Malaysia Fasa 10 yang membenarkan sebarang perhimpunan aman, tiada usul khas untuk melanggar keamanan disana. Kami telah menilai beberapa ketidakadilan dalam proses pilihanraya. Dari dua pilihan, konsert Jom Heboh di Ipoh dan BERSIH, kami tekad ke BERSIH 3.0 sebagai pilihan.

Selepas solat berjemaah Isyak disurau, kami pun berkira-kira untuk bergerak. Kali ini 3 biji kereta mengiringi perjalanan kami. Masing-masing bersemangat terutama beberapa 'freshies' seperti Uki dan Awit.

"Kita jumpak di R & R Tapah!"

Di tol Kuala Kangsar tiada ditempatkan sekatan anggota polis disitu. Tapi di Changkat Jering, sudah 2 hari anggota polis menunggu disitu. Dan kami tetap bersangka baik dengan anggotanya.

"Mungkin Sultan Azlan memperkenan Bersih agaknya" Duga salah seorang ahli.

Kami bertemu semula dan berhenti makan di Tapah. Ramai 'musafir' yang bermatlamat sama dengan kami dilihat memilih 'transit' yang sama. Dan ada juga memilih Tapah sebagai tempat penginapan merujuk kepada Unit Amal yang akan bertugas seawal pagi.

Kami kemudian singgah qada' hajat di hentian Rawang. Ditakdirkan, kami bertemu dan sempat bersalam dengan Tuan Guru Haji Salleh (Baba), pondok Sik, yang kebetulan singgah juga disitu.

"Tuan Guru yang teringin sangat nak ke BERSIH.." kata drebar Tuan Guru Haji Salleh. Mereka katanya akan menginap di area KLCC.

Kami telah memilih rumah Lili (sepupu Ajam) sebagai 'transit' akhir kami. Kereta Kancil yang dipandu Isma terpaksa ke Kelang untuk mengambil seorang lagi penumpang (adiknya). Jadi mereka terpaksa memilih untuk berpisah. Dan akhirnya kami tiba di rumah yang didiami Lili kira-kira jam 4.00 Am.

"Esok kita akan turun awal pagi pukul 8.00 Am.."

Setelah solat subuh berjemaah, kami pun bersiap untuk bertolak. Kami mengucapkan jutaan terimakasih buat Lili atas penginapan hebatnya. Masing-masing mengenakan pelbagai aksesori diri sesuai dengan perhimpunan aman nanti. Secara jelasnya, sebarang bentuk senjata tidaklah dibawa bersama.

"Kita kena makan dulu, mana ada 'Ready' makan kat sana.."

Kami pun singgah 'breakfast' di Hameed Restoran area berdekatan. Hari ni makanan kami di taja (infaq) oleh orang Senduk.

Semua ahli bersetuju selesai makan kami akan 'parking' kereta di Stadium Bukit Jalil, naik 'train' dan turun di Masjid Jamek. Kami sempat bergurau dengan beberapa 'demonstran Chinese' dalam gerabak. Lagak kami itu berjaya menghiburkan beberapa penumpang berhampiran. Hilangla sikit gemuruh.

"Masjid Jamek, stesyen berikutnya Putra."

Kami telah sampai ke Masjid Jamek kira-kira jam 10.00 am. Walaupun sedikit gemuruh, terbukti suasana di sekitar Masjid Jamek tidaklah se'stress' disangka merujuk kepada bersih versi 2.0 dulu. Ada anggota polis berkawal tapi tiada kejadian luar biasa. Kelompok manusia dilihat bersantai duduk dikaki-kaki lima jalan. Ada satu restoran jual tomyam dibuka seperti biasa. Tahniah untuk kebijakan pemiliknya!!

Kira-kira jam 1.00 pm, kelihatan rombongan Lynas dari KLCC telah tiba dengan 'selamat'. Sekitar kawasan Masjid Jamek juga mula sesak. BERSIH kali ini pesertanya sangat kreatif. Pelbagai 'banner', bendera dan aksesori seperti topeng diguna pakai pendemo.

"Bersih! Bersih! Pilihanraya!"

Peserta mula bersorak dan berlagu. Sayangnya kami tidak membuat 'preparation' untuk lagu BERSIH versi Senduk. Ini kerana dari kira-kira 26 anak Senduk yang hadir (termasuk yang pergi berkendaraan sendiri) sebahagiannya ahli Hadrah Warisan.

Peserta semakin ramai dan ramai. Kami tidak dapat agak gambaran sebenar jumlah 'rakyat' yang datang. Semua peserta dari 'venue' lain sudah pun mula berarak ke Jalan Masjid ini. Peserta rasanya memenuhi kawasan bermula dari Dataran Merdeka hingga Puduraya dan ke Pasar Seni juga di kawasan sekitar Sogo datang dari Masjid Negara. Busuk-busuk pun, 300,000.

**Nota buat pengutuk BERSIH.. Kalau ratusan ribu peserta yang datang itu otaknya letak dikepala lutut ertinya sistem pendidikan Malaysia telah hancur kerana melahirkan sebilangan rakyat yang otaknya letak dikepala lutut.

Kemuncak himpunan jam 2.00 pm, beberapa pimpinan dilihat mula melaungkan kata-kata semangat. Satu keadaan yang kami fikir lebih hebat, lebih nikmat dan jauh lebih bermoral berbanding konsert Jom Heboh.

Setengah jam selepas itu, kami semua membuat keputusan untuk mengekori kenderaan pimpinan bergerak ke 'pintu' Dataran Merdeka.

"Bukak! Bukak! Bukak!"

Di tepi Dataran Merdeka, orang ramai mula menekan anggota yang berkawal supaya membuka pagar. Dato' Seri Anwar dijangka berucap. Sebaik saja Anwar memegang 'mic', kelihatan peluru-peluru asap mula bertalu-talu ditembak kearah peserta Bersih. Ulang sekali lagi, kearah peserta. Dan kami terasak teruk dan mula berpisah. Terima kasih dan tahniah buat mereka yang berjaya memisahkan kami.

(Kejadian selepas itu terpaksa disembunyikan kerana kami datang untuk himpunan aman dan tak berminat untuk bergosip versi ganas.)

Setelah dihubungi, kami masing-masing bersetuju berjumpa semula di perkarangan parking Stadium Nasional. Semasa bertemu, kami bermuzakarah tentang pengalaman masing-masing ditengah lautan manusia. Banyak yang dapat kami kutip di BERSIH. Dan kami bersetuju ianya berjaya.

"Pakndak, kami dah melelong ni.." Hize akui kepenatannya. Dia adalah salah seorang drebar kami.

Kira jam 7.00 pm, kami mula memikir untuk pulang ke Senduk. Kami kemudian singgah kembali ke R&R Tapah jam 11.00 pm untuk makan. Ya.. Kali terakhir mengisi perut ialah 15 jam yang lalu.

Abang Zul
Pok Ri
Paksu
Pakndak
Hize
Eddie
Ajam
Gading
Ding
Uki
Atan
Najah
Zi
Cho ing
Awit
Emy
Paklah 1
Paklah 2
Goreh
Gee
Epoi pulut
Mali
Ajis
Mat Yo
Munzir
Manja (p)

Pakndak :

1. Ramai peserta akui gas yang 'dinikmati' kali ini lebih pelik dan perit berbanding himpunan sebelumnya.

2. Peserta Cina yang hadir terbukti bersemangat dan bermoral tinggi. Mereka memberi pertolongan tanpa melihat warna kulit. Mereka agihkan air dan garam serta membantu memulihkan peserta.

No comments:

Post a Comment