VOCALIST

Sunday, April 29, 2012

BERSIH 3.0 VERSI AMAN

Rombongan kami sepakat untuk mengakui perhimpunan yang kami sertai adalah aman beserta masa depannya. Rata-rata kami datang dari didikan tarbiyah yang sama. Kami juga antara rakyat Malaysia yang inginkan keamanan.

Bagi memenuhi semangat perlembagaan Malaysia Fasa 10 yang membenarkan sebarang perhimpunan aman, tiada usul khas untuk melanggar keamanan disana. Kami telah menilai beberapa ketidakadilan dalam proses pilihanraya. Dari dua pilihan, konsert Jom Heboh di Ipoh dan BERSIH, kami tekad ke BERSIH 3.0 sebagai pilihan.

Selepas solat berjemaah Isyak disurau, kami pun berkira-kira untuk bergerak. Kali ini 3 biji kereta mengiringi perjalanan kami. Masing-masing bersemangat terutama beberapa 'freshies' seperti Uki dan Awit.

"Kita jumpak di R & R Tapah!"

Di tol Kuala Kangsar tiada ditempatkan sekatan anggota polis disitu. Tapi di Changkat Jering, sudah 2 hari anggota polis menunggu disitu. Dan kami tetap bersangka baik dengan anggotanya.

"Mungkin Sultan Azlan memperkenan Bersih agaknya" Duga salah seorang ahli.

Kami bertemu semula dan berhenti makan di Tapah. Ramai 'musafir' yang bermatlamat sama dengan kami dilihat memilih 'transit' yang sama. Dan ada juga memilih Tapah sebagai tempat penginapan merujuk kepada Unit Amal yang akan bertugas seawal pagi.

Kami kemudian singgah qada' hajat di hentian Rawang. Ditakdirkan, kami bertemu dan sempat bersalam dengan Tuan Guru Haji Salleh (Baba), pondok Sik, yang kebetulan singgah juga disitu.

"Tuan Guru yang teringin sangat nak ke BERSIH.." kata drebar Tuan Guru Haji Salleh. Mereka katanya akan menginap di area KLCC.

Kami telah memilih rumah Lili (sepupu Ajam) sebagai 'transit' akhir kami. Kereta Kancil yang dipandu Isma terpaksa ke Kelang untuk mengambil seorang lagi penumpang (adiknya). Jadi mereka terpaksa memilih untuk berpisah. Dan akhirnya kami tiba di rumah yang didiami Lili kira-kira jam 4.00 Am.

"Esok kita akan turun awal pagi pukul 8.00 Am.."

Setelah solat subuh berjemaah, kami pun bersiap untuk bertolak. Kami mengucapkan jutaan terimakasih buat Lili atas penginapan hebatnya. Masing-masing mengenakan pelbagai aksesori diri sesuai dengan perhimpunan aman nanti. Secara jelasnya, sebarang bentuk senjata tidaklah dibawa bersama.

"Kita kena makan dulu, mana ada 'Ready' makan kat sana.."

Kami pun singgah 'breakfast' di Hameed Restoran area berdekatan. Hari ni makanan kami di taja (infaq) oleh orang Senduk.

Semua ahli bersetuju selesai makan kami akan 'parking' kereta di Stadium Bukit Jalil, naik 'train' dan turun di Masjid Jamek. Kami sempat bergurau dengan beberapa 'demonstran Chinese' dalam gerabak. Lagak kami itu berjaya menghiburkan beberapa penumpang berhampiran. Hilangla sikit gemuruh.

"Masjid Jamek, stesyen berikutnya Putra."

Kami telah sampai ke Masjid Jamek kira-kira jam 10.00 am. Walaupun sedikit gemuruh, terbukti suasana di sekitar Masjid Jamek tidaklah se'stress' disangka merujuk kepada bersih versi 2.0 dulu. Ada anggota polis berkawal tapi tiada kejadian luar biasa. Kelompok manusia dilihat bersantai duduk dikaki-kaki lima jalan. Ada satu restoran jual tomyam dibuka seperti biasa. Tahniah untuk kebijakan pemiliknya!!

Kira-kira jam 1.00 pm, kelihatan rombongan Lynas dari KLCC telah tiba dengan 'selamat'. Sekitar kawasan Masjid Jamek juga mula sesak. BERSIH kali ini pesertanya sangat kreatif. Pelbagai 'banner', bendera dan aksesori seperti topeng diguna pakai pendemo.

"Bersih! Bersih! Pilihanraya!"

Peserta mula bersorak dan berlagu. Sayangnya kami tidak membuat 'preparation' untuk lagu BERSIH versi Senduk. Ini kerana dari kira-kira 26 anak Senduk yang hadir (termasuk yang pergi berkendaraan sendiri) sebahagiannya ahli Hadrah Warisan.

Peserta semakin ramai dan ramai. Kami tidak dapat agak gambaran sebenar jumlah 'rakyat' yang datang. Semua peserta dari 'venue' lain sudah pun mula berarak ke Jalan Masjid ini. Peserta rasanya memenuhi kawasan bermula dari Dataran Merdeka hingga Puduraya dan ke Pasar Seni juga di kawasan sekitar Sogo datang dari Masjid Negara. Busuk-busuk pun, 300,000.

**Nota buat pengutuk BERSIH.. Kalau ratusan ribu peserta yang datang itu otaknya letak dikepala lutut ertinya sistem pendidikan Malaysia telah hancur kerana melahirkan sebilangan rakyat yang otaknya letak dikepala lutut.

Kemuncak himpunan jam 2.00 pm, beberapa pimpinan dilihat mula melaungkan kata-kata semangat. Satu keadaan yang kami fikir lebih hebat, lebih nikmat dan jauh lebih bermoral berbanding konsert Jom Heboh.

Setengah jam selepas itu, kami semua membuat keputusan untuk mengekori kenderaan pimpinan bergerak ke 'pintu' Dataran Merdeka.

"Bukak! Bukak! Bukak!"

Di tepi Dataran Merdeka, orang ramai mula menekan anggota yang berkawal supaya membuka pagar. Dato' Seri Anwar dijangka berucap. Sebaik saja Anwar memegang 'mic', kelihatan peluru-peluru asap mula bertalu-talu ditembak kearah peserta Bersih. Ulang sekali lagi, kearah peserta. Dan kami terasak teruk dan mula berpisah. Terima kasih dan tahniah buat mereka yang berjaya memisahkan kami.

(Kejadian selepas itu terpaksa disembunyikan kerana kami datang untuk himpunan aman dan tak berminat untuk bergosip versi ganas.)

Setelah dihubungi, kami masing-masing bersetuju berjumpa semula di perkarangan parking Stadium Nasional. Semasa bertemu, kami bermuzakarah tentang pengalaman masing-masing ditengah lautan manusia. Banyak yang dapat kami kutip di BERSIH. Dan kami bersetuju ianya berjaya.

"Pakndak, kami dah melelong ni.." Hize akui kepenatannya. Dia adalah salah seorang drebar kami.

Kira jam 7.00 pm, kami mula memikir untuk pulang ke Senduk. Kami kemudian singgah kembali ke R&R Tapah jam 11.00 pm untuk makan. Ya.. Kali terakhir mengisi perut ialah 15 jam yang lalu.

Abang Zul
Pok Ri
Paksu
Pakndak
Hize
Eddie
Ajam
Gading
Ding
Uki
Atan
Najah
Zi
Cho ing
Awit
Emy
Paklah 1
Paklah 2
Goreh
Gee
Epoi pulut
Mali
Ajis
Mat Yo
Munzir
Manja (p)

Pakndak :

1. Ramai peserta akui gas yang 'dinikmati' kali ini lebih pelik dan perit berbanding himpunan sebelumnya.

2. Peserta Cina yang hadir terbukti bersemangat dan bermoral tinggi. Mereka memberi pertolongan tanpa melihat warna kulit. Mereka agihkan air dan garam serta membantu memulihkan peserta.

Friday, April 27, 2012

BERIBU-RIBU PENGGANAS DI DATARAN

Berita terkini untuk sahabat dan ahli kariah Senduk.! Sudah terkumpul kira-kira 10,000 'pengganas' di Dataran Merdeka sekitar 1.30 Am tadi. Mereka dikhabarkan akan mengunyah dawai kawat yang dipasang pihak penguasa DBKL dan PDRM. Tindakan ini akan dilakukan jika dawai kawat yang memagar Dataran Merdeka tidak dibuka.

Disebabkan segala bentuk senjata parang, sabit dan pisau tak dibenarkan, mereka mengambil tindakan mengasah gigi dan lidah mereka sebagai senjata.

Kelihatan juga berbas-bas trak dan lori polis ber'parking' santai di Dataran yang telah diwartakan itu. 'Pengganas-pengganas' ini menggugut untuk menelan seorang sikit segala 'acessories' bas dan lori tadi termasuk tayar dan enjin.

Mereka sudah 'seganas' Zombie!!

PROJEK ZOMBI

Diantara tema filem yang kekal 'relevan' dan sangat digemari syarikat produksi ketika ini ialah kisah 'zombi'. Dari bacaan filem-filem sama ada barat atau di Malaysia, zombi bolehla disimpulkan maksudnya sebagai satu kumpulan mayat hidup, hodoh, ganas dan sudah hilang pertimbangan kemanusiaannya.

Jika dicedok dari produksi khasnya Malaysia, Zombi Kampung Pisang misalnya, karakter zombi digambarkan satu kumpulan manusia yang bertukar menjadi ganas akibat memakan sejenis bahan kimia berbahaya.

'Group' zombi ini berjaya mewujudkan keadaan huru-hara di Kampung Pisang. Dan seorang budak 'hantu game' menggunakan senapang 'Playstation'nya untuk menghalang sehingga akhirnya zombi tadi terpulih melalui vaksin (anti-virus) Jabatan Kesihatan.

Plot yang seakan sama dengan 'sequel' Resident Evil dimana sejenis virus (T-virus) telah merebak wabaknya keseluruh dunia. Virus merebak ke udara dan orang yang terjangkit darinya bertukar kepada zombi.

Kedua-dua filem ini cuba menggambarkan seorang manusia itu asalnya adalah baik dan menjadi zombi yang ganas itu bukanlah impian. Mereka mewakili pelbagai warisan masyarakat. Ada tokei warung, drebar bas dan orang surau.

Zombi wujud hasil dari kerja tangan manusia yang terlampau beriya mencari untung secara mudah.

Manusia telah lupa status penjaga alamnya. Bahan sisa buangan @ Radioactive merosak genetik terutama buat bayi dalam kandungan tidak diendah lagi.

Mengikut idea pengarah tersebut, Zombi boleh dipulihkan. Selain vaksin, zombi berjaya dibanteras hasil usaha dan kerjasama orang ramai. Skrip biasa, polis akan datang setelah segalanya sudah 'disetelkan'

Watak zombi sebenarnya sudah diterjemah ke alam realiti. Zombi seolah satu produk yang direka cipta oleh pemerintah bagi merealisasikan niat jahat mereka. Kerajaan telah mereka cipta manusia-manusia berkelakuan hodoh, tidak berotak dan bernafsu binatang.

Kerajaan dianggap zalim apabila golongan rakyat terbanyak terpaksa menikmati perkhidmatan kesihatan yang tidak berkualiti. Untuk kemudahan istimewa seperti pembedahan jantung contohnya, rakyat terpaksa membayar harga yang sangat mahal diluar kemampuan. Kemudahan kesihatan dijual kepada orang kaya. Apa yang mampu diperolehi orang kampung sekadar panadol dan ubat batuk sahaja.

Sistem pendidikan menuju kehancuran apabila kebanyakan 'graduan' yang dilahirkan lebih banyak merosakkan diri. Lahir begitu banyak pemuda yang masyhor dengan rempit, dadah, seks bebas dan buang anak. Kebanggaan mereka ni beransur-ansur telah membunuh jiwa mereka sendiri.

Kepincangan pendidikan juga membenih ramai remaja yang hilang pertimbangan akal. Gejala-gejala moral yang berlaku menghasil manusia yang luput perikemanusiaannya. Dosa dan pahala tidak mampu membatasi kelakuan mereka.

Dan jadilah diri mereka umpama Zombie @ mayat hidup yang suatu hari nanti dikhuatiri mengambil alih pemerintahan negara.

Naudzubillahi min dzalik!!..

** Projek LYNAS adalah satu projek pemprosesan 'rare earth' (tanah jarang) yang akan menghasilkan sisa buangan (radioactive) tertentu dan akibatkan risiko pencemaran sejauh 40km. Projek yang cuba diusahakan kerajaan malaysia ini boleh menyebabkan risiko penyakit genetik dan kanser. Dan 'radioctive' tersebut ketahanannya kekal sehingga beratus-ribu tahun.

Stop Lynas. Save Zombie. Save Malaysia.

BERSIH, BERSIH, BERSIH

Boleh x 3
Boleh kata boleh
Janganlah tak boleh
Tapi kata boleh

Bersih x 3
Pilihanraya
Buanglah segera
Segala helah

Ada yang berkata
Bersih huru-hara
Membawa sengketa
Hingga jalan raya

Bersih bukan suka lara
Bersih bukan pesta zina
Akhirnya merosak
Alam manusia

Bersih bukan suka lara
Bersih bukan pesta zina
Hanya memohon
Aman sentosa

Lagu : Ahmadi Hassan
Lirik : Sidang Senduk Copyright Control

BOLASEPAK : SENDUK DENGAN KEMENANGAN PERTAMA

MTI 26.4.12 - Pasukan Sidang Senduk telah memperolehi kemenangan yang pertama untuk musim 2012 mengalahkan tuan rumah MTI 2 berbalas 1. Kedua-dua jaringan tersebut dihasilkan pada babak pertama. Gol pertama dijaringkan oleh penyerang baru, Uki (sebelum ini diposisi pertahanan). Gol berpunca dari hantaran cantik dari tengah padang dari pemain tengah mereka (nama pemain dirahsiakan).

MTI menyamakan kedudukan selepas itu hasil kesilapan Goli skuad simpanan Rahman. Bagaimanapun alasan kasut tiada 'stud' yang diberikannya diterima akhirnya apabila dikritik hebat penyokong fanatik. Rahman dilaporkan oleh sumber-sumber tertentu sedang menunggu bungkusan POS Laju but bola yang telah dihadiahkan bekas goli Jerman, Oliver Kahn. Kita nantikan kemunculan Rahman dengan kasut baru beliau nanti.

Gol kemenangan dijaringkan penyerang prolifik Senduk, Pak Lah. Gol berpunca dari keadaan kelam kabut pintu gol lawan. Nampaknya tindakan bijak Pak Lah kembali balik bermain untuk kampung kelahirannya berhasil. Gol semalam adalah yang ke-439 peribadinya.

Senduk berjaya mengatasi asakan bertubi-tubi dari tuan rumah. Tuan rumah mengawal permainan dengan 'posession' 95%-0.5%. Kemantapan pertahanan diketuai Abe dan penjaga gol Rahman menafikan serangan bertali arus tuan rumah (termasuk) harus dipuji. Referee, Pulah berjaya mengawal kedua-dua pasukan walaupun kadang-kadang sedikit emosional kerana dia merupakan ketua jurulatih MTI.

Pasukan sepatutnya beruntung kerana Senduk tidak dapat menurunkan dua pemain berbahaya mereka, Dua-beradik, Ajam dan Hize. Ajam ada masalah anak sementara Hize cedera semasa latihan. Ketua Jurulatih juga hanya mampu menyaksikan secara 'live' melalui TV.

Monday, April 23, 2012

MENJANA PENDAPATAN

Ada yang membelek-belek helaian 'sale' di suratkhabar. Ada yang mula menulis senarai barangan bijak yang patut dimiliki. Tak kurang juga, ada yang kalut memasang impian memiliki apa yang belum pernah dimiliki sebelum ini. Membanding-banding dengan kejiranannya. Tak terkecuali ramai juga yang memilih untuk membesarkan hutang kononnya demi masa depan.

Firman Allah SWT "Sesiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
At-Talaq (1-2).

Dunia hari ini sangat kurang melahirkan insan yang memikirkan perbelanjaan paling optimum ke jalan Allah SWT (infaq). Ya! Memang ada yang berinfaq tapi nilaiannya sangat minimum. Malah ada yang meletakkan infaq di posisi terakhir.

"Kalau ada rezeki lebih tu, bagila.."

Allah SWT dengan status Rahman dan RahimNya tak pernah 'double-standard' dalam menurunkan peruntukan. Malu dengan Allah SWT jika kita mengetepikan HakNya dalam perbelanjaan. Jadi, meletakkan infaq ditempat paling atas adalah satu keutamaan.

Ooo!! Masa miskin susah, meronta-ronta minta peruntukan daripada Allah SWT tapi waktu senang kaya, tiba-tiba belagak. Berjimat, cerewet dan cukup berhati-hati ketika diajak berbelanja kejalanNya.

Ada malaikat yang senantiasa berdo'a setiap pagi dan petang : "Ya Allah SWT berilah orang yang berinfak, gantinya. Dan berkata yang lain : "Ya Allah jadikanlah orang yang menahan infak, kehancuran" - Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim

Thursday, April 19, 2012

DARI TUHAN - RAIHAN Ft AWIE

Sebagai amaran Allah untuk puak-puak SEKULAR bahawa kehidupan selepas mati adalah benar. Penganut Sekular sangat tidak selesa bila diberikan peringatan kepada mereka mengenai Alam Ghaib walaupun mereka tau Mahsyar, Azab neraka dan Hisab pasti berlaku.

Ingat!! wang, kuasa dan pangkat tidak dapat menolong mengurang dosa atau menambah pahala.

*dapatkan emosi penyesalan dan tujukannya pada Sekular..!!

Dm F C

Dm
Tuhan
F
Berombak lautan
C
Tajam duri di hutan

Begitu kuasaMu
Kepada alam

Dm F C
Yaa Rabb..

Insan renangi lautan
Tempohi onak tajam
Ada balasan
Untuk mu insan

Ulang : Dm F C sampai habis
Luahkan jeritan kebencian anda kepada kemungkaran Puak Sekular terutama pimpinannya.

Bila mentari terpadam
Kita akan dibangkitkan
Menerima harapan
Atau kepanasan

Insan berseri cahyamu
Bersinarlah budimu
Kerana ketaqwaan
Kepada Tuhan

Bila mentari terpadam
Kita akan dibangkitkan
Menerima harapan
Atau kepanasan

Album : Allahu
Munsyid : Raihan & Awie
Lirik - Wings
Lagu - Wings
Hukum Karma 1988

Ooohhh..

*Kod ni hentam saja, janji ada bunyi.. Haha..

Wednesday, April 18, 2012

HUJAN DEMOKRASI

Tanah kering sabar mengontang
Rumput dan lalang lesu
Pokok, buahnya hilang seri
Hasil bumi menyembunyi
Makan, minum undang serba
Mandi seolah lupa basahnya
Minum tidak didesak dahaga
Bumi dihurung lelah, letih, sesak dan mendesak

(Episod setelah hujan)

Seperti menyahut doa manusia
Ahh.. Sentuhan titis nikmatNya
Sangat 'magik', begitu 'fantastik'
Disusul pelangi dengan atur indahnya
Tanah dan daun menyegar rata
Cendawan membesar tanpa dipaksa
Ciak dan unggas bersiol
berirama pesta
Pak tua kembali menyambung singgah nafasnya
"Baru sekarang terasa segarnya"
Menenangkan kembali api unggun

Pakndak : **Bereaksi sempena kedatangan Pak Samad ke Bukit Gantang.

Monday, April 16, 2012

SURAT TERBUKA BUAT SAHABAT SIDANG

Sejak dulu hingga kini dan selamanya Islam akan mengalami pasang surut dalam perjuangan. Keadaan pergerakan Islam sejak ianya dirintis Rasulullah SAW kerap dibeban pelbagai 'gangguan' termasuk fitnah, dikeji, ditangkap, diseksa dan dibunuh. Mereka tidak tewas selagi kekal dalam pergerakan. Yang tewas itu, mereka yang berada diluar perjuangan. Dan Gerakan Islam 'bernasib' baik kerana dibantu secara terus menerus oleh Allah. Allah SWT anugerahkan keyakinan, ilham dan kekuatan buat pendokongnya.

Sebagai sebuah jemaah / gerakan Islam, kita tidak dapat lari dari 'mehnah' (cabaran) perjuangan. Realitinya hari ini dakwah dan fitnah bersaing hebat. Kedua-duanya (dakwah dan fitnah) diakui mempunyai 'target' masing-masing. Bezanya sama ada dari Allah atau hasutan Iblis laknatullah.

Kerja dakwah adalah tanggungjawab setiap muslim. Tiada istilah pengecualian. Seorang pendokong jemaah terlebih dahulu perlu bersyukur kerana diberi ruang sebagai ahli dakwah.

من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه و ذلك أضعف الإيمان
"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". - [Di riwayatkan oleh Imam Muslim #49]

Gerakan dakwah lebih kukuh jika berada dalam kelompok besar kerana ia berkadar langsung dengan pengaruh dan kekuasaan. Makin kuat pergerakan ketika mana memiliki organisasi yang lebih mantap.

Dalam sebuah jemaah adakala keputusan yang dibuat jauh dari kepopularan. Akan ada perbezaan pandangan. Dan akan ada kumpulan-kumpulan penentang kecil. Biasanya kumpulan ini hadir dari luar jemaah atau dari ahli yang susut 'basic' jemaahnya. Dan ia adalah tarbiyah biasa. Tekunilah hikmah disebaliknya.

Buat sahabat-sahabat (termasuk diri), elakkanlah mengaut keuntungan peribadi saat berada dalam jemaah. Buangkan ego dan kesombongan. Masukkan sabar dan ikhlas. Ingatlah! Misi utama perjuangan Islam adalah untuk meraih redho Allah SWT.

وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ{3}

Mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah al-Asr:3).

Friday, April 13, 2012

TENTANG ZALIM

Zalim lawan kepada adil. Adil bukannya isu menyamaratakan pembahagian. Adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dan zalim adalah perkara yang bertentang dengannya.

Adil juga dikaitkan dengan hak. Dalam rumahtangga contohnya, hak yang wajib atas suami ialah memenuhi tuntutan nafkah isteri. Kegagalan bererti kezaliman.

Allah juga ada perincian hakNya. Syariat merupakan hak Allah. Puasa, solat dan hudud contohnya adalah hak Allah yang wajib atas manusia. Memenuhi hak Allah bererti bertindak adil.

Adil datang melalui pertimbangan akal, akal berkait dengan ilmu dan ilmu perlu bersumber kepada Al-Quran dan Hadis. Kesemua tersebut perlu bergerak diatas amanah. Kegagalan masing-masing memainkan peranan menjadi punca wujudnya kezaliman.

Untuk membina sebuah rumah yang berkualiti baik, sukatan bancuh simen kena betul, susunan bata kena bijak dan guna alat yang sepatutnya. Tukang rumah perlu kepada kemahiran. Kemahiran itu adalah ilmu. Dan ia mesti amanah dengan ilmunya serta benar sumbernya.

Ada ulama berpendapat "kekurangan ilmu merupakan punca kepada kezaliman"

Perhatikan maksud ingatan Allah yang terkandung dalam surah Al-Ahzab 72 dibawah..

"Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesunguhnya tabiat kebaikan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."

Adil bukan khusus untuk pemimpin. Semua orang memiliki bahagian amanah masing-masing. Namun, seseorang yang dikhianati pemimpinnya berpotensi beraksi zalim.

Umpama seorang yang jatuh fakir akibat kegagalan pemerintah berkongsi kekayaan, akhirnya nekad merompak semata-mata mengisi periuk nasinya. Walaupun timbangan akalnya salah namun dia tidak memikul tanggungjawab berseorangan.

Kenalilah zalim dan puncanya. Dan jauhi diri dari berlaku zalim. Ianya bakal merosakkan seluruh alam. Dekati sentiasa majlis ilmu. Berdampinglah dengan para ulama dan dai'.

( Surah Al Araf Ayat 23 ) Ertinya:
Mereka berdua merayu : " Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami orang-orang yang rugi."

Allah itu Maha Adil dalam membuat pertimbangan.

Tuesday, April 10, 2012

IBLIS DAN KRONI JELMAAN

Sebelum manusia dicipta Allah, Iblis adalah makhluk hebat disisi Allah. Iblis paling taat kepada Allah SWT. Sehinggalah Adam iaitu manusia pertama dijadikan.

Salah satu pedoman Al Quran yang cukup 'detail' mengenai asal mula kisah Adam dan Iblis terdapat dalam Surat Shaad ayat 71-85 sebagai berikut:

(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah".Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya roh (ciptaan) Ku; maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya". Lalu seluruh malaikat itu bersujud semuanya, kecuali iblis; dia menyombongkan diri dan adalah dia termasuk orang-orang yang kafir.

Allah berfirman: "Hai iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa) termasuk orang-orang yang (lebih) tinggi?" Iblis berkata: "Aku lebih baik daripadanya, karena Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah". Allah berfirman: "Maka keluarlah kamu dari surga; sesungguhnya kamu adalah orang yang terkutuk,sesungguhnya kutukan-Ku tetap atasmu sampai hari pembalasan".

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan".Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya (hari kiamat)". Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya,kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka.

Allah berfirman: "Maka yang benar (adalah sumpah-Ku) dan hanya kebenaran itulah yang Ku-katakan". Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka Jahannam dengan jenis kamu dan dengan orang-orang yang mengikuti kamu di antara mereka kesemuanya.

Sejak penciptaan manusia Adam, iblis diperintahkan Allah untuk bersujud kepadanya, namun iblis engkar. Oleh kerana itu, Iblis di keluarkan oleh Tuhan dari Surga dan menjadi makhluk yang terkutuk.

Ia meminta kepada Tuhan untuk menangguhkan kematiannya hingga hari kiamat. Iblis mendendami manusia, keturunan Adam kerana kehadiran Adam. Kedudukan sebagai makhluk nombor satu tergugat serta terjejas. Iblis juga disebut Setan dan seluruh jin dan manusia yang menjadi pengikutnya juga disebut Setan.

Dunia hari ini jelas menyaksikan pengampu-pengampu Iblis bermegah dengan perkara mungkar. Walaupun kebenaran terhidang didepan mata, mereka mentah menolaknya akibat dikuasai ego yang melampaui.

Status palsu berupa pangkat dan kemewahan yang dimanipulasi Iblis tidak menjanjikan apa-apa di akhirat kelak. Kerana Allah dan RasulNya hanya menjanjikan hidangan sama ada syurga ataupun neraka semata-mata.

Dalam sebuah hadits diterangkan bahwa ketika para penghuni Neraka sudah sampai di neraka, di situ disediakan sebuah mimbar, pakaian, mahkota dan tali untuk mengikat Iblis, yang kesemuanya itu terbuat dari api.

Kemudian ada suara yang memerintahkan Iblis untuk naik kemimbar: “Wahai Iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dan berbicaralah kamu kepada penghuni neraka.”

Maka dia pun naik ke mimbar dan berkata: “Wahai para penghuni neraka.”

Semua orang yang berada dalam neraka mendengar ucapannya dan memandang ke arah pemimpin mereka itu.

“Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar bahwa kamu semua mati lalu akan dihimpun dan dihisab menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke Surga dan satu kumpulan ke Neraka Sa’ir.”

Iblis berkata lagi: “Kalian semua menyangka bahwa kalian semua tidak akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada bagiku kekuasaan di atasmu melainkan aku hanya mengganggu kalian semua.”

“Akhirnya kalian semua mengikuti aku, maka dosa itu untuk kamu. Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah dari kamu sendiri, karena sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat...”

“Mengapakah kamu tidak mau menyembah Allah SWT? Sedangkan Dia yang menciptakan segala sesuatunya...”

Iblis direka kebolehannya untuk meragu dan menyesatkan manusia. Juga telah didedahkan oleh Allah SWT perihal kebenaran juga kelemahan manusia. Bukannya Iblis tak 'perasan' pelbagai punca kerosakan. Konsert hiburan yang melalaikan, keburukan rasuah, berjenis-jenis kecurian dan perzinaan semuanya hasil usaha Iblis untuk menyesatkan manusia. Namun Iblis tetap kekal dengan egonya.

“Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari siksa Allah, dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari aku telah terlepas dari apa yang telah aku katakan kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari sisi Tuhan.”

Setelah ahli neraka mendengar kata-kata Iblis itu, lalu mereka melaknati Iblis. Setelah itu Iblis dipukul oleh Malaikat Zabaniah dengan tombak yang terbuat dari api dan jatuhlah dia ke dasar Neraka yang paling bawah, dia kekal selama-lamanya bersama-sama dengan orang-orang yang menjadi pengikutnya.

Malaikat Zabaniah lalu berkata kepada Iblis dan pengikutnya: “Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak ada pula bagimu kesenangan, kamu kekal di Neraka untuk selama-lamanya.”

KARENA DUIT

Disaat kakitangan awam tampak lega dengan pengumuman sang pemerintah menaikkan 'sistem saraan' mereka, bank-bank riba pula semakin ganas dengan lagaknya si Bujang Senang mencari mangsa.

Si 'penganut' riba ini lunak menghiburkan pengikutnya dengan pelbagai genre alunan irama. Semua nampak mudah, indah dan ber'faedah'.

"Pinjaman sehingga 200%!!"
"Payslip 3 bulan gajj?!.. Ooh.. Tak payah, minimum sebulan!"
"Blacklist!!?Overlap? Pun boleh"
"Macamana ni?!.. Senang.. Masukkan saja password!"

Yang 'real'nya Si Kapitalis rakus menjajah minda orang-orang miskin. Umpama saudagar mimpi sedang mengumpan kekayaan. Sebaliknya mencekik si miskin melalui pelbagai plan. Pilih sama ada yang cepat atau segera.

Si miskin tidak sedar, untuk menjadi seperti kawan-kawan mewah mereka itu adalah sesuatu yang sangat mustahil. Akhirnya tergolek bangkrap. Mereka ini, dari kurang cerdik menjadi sangat bodoh.

"Ooii!! Nak bertunang katering sekepala Rm3000!! Mimpi pun tak jadi macam ni!"

Si Durjana Kapitalis sebolehnya mahu manusia khususnya muslim menjadikan wang ringgit sebagai 'munajat harian' mereka. Membelenggu setiap anggota pergerakan orang Islam. Menghancurkan niat ibadah. Memadamkan 'Tiada daya serta kekuatan melainkan dengan Allah'. Dan akhirnya mati dalam kalimah duit.

Pakndak Notes ; Jauhi RIBA!
Jauhi kata-kata dibawah!! Nauzubillah!!
"TIADA APA-APA YANG BOLEH DIBUAT DIDUNIA MELAINKAN DENGAN DUIT"

Thursday, April 5, 2012

MUHASABAH PILIHANRAYA

"Agak-agak bila tarikh pilihanraya? Bulan 3,4,5,6?"

Bukannya Ahlil Nujum yang 'bijak' meramal. Atau tokei kedai ekor yang kononnya pandai mengira angka. Atau jauh sekali penafsir mimpi dengan imaginasi luarbiasanya.

Tanda-tanda kecil sudah berlalu mungkin. Tanda-tanda besar mula muncul satu persatu dan semakin kuat memukul gendang perang pilihanraya walaupun tarikh mutlaknya menjadi teka teki.

Oleh itu petugas Gerakan Islam mesti menganggap bahawa ini adalah kerja jihad. Jihad adalah fardu yang berterusan dan tidak pernah terhenti. Ia berterusan sehingga kiamat. Maka menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memepertahankan kemenangan dan menambahkan kemenangan.

Musuh akan berusaha secara berterusan untuk memisahkan manusia daripada pengabdian diri kepada Allah SWT. Yakinlah bahawa kerja Jihad adalah satu perniagaan yang sangat menguntungkan. Allah sendiri menggalakkan hambanya yang beriman supaya berjihad dengan janji yang cukup mewah tanpa tolak banding.

Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai mereka yang beriman, mahukah kamu aku tunjukkan satu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab yang pedih, iaitu kamu beriman dengan Allah dan Rasulnya dan kamu berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan jiwa raga kamu, itulah yang lebih baik kepada kamu jika kamu mengetahui”(al-Saf: 10-11)

Allah SWT telah menyatakan habuan dan keuntungan yang diperolehi kepada hambanya yang berjihad.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Allah membeli daripada mukmin (yang berupa) jiwa raga mereka , dan harta benda mereka dengan (keuntungan) syurga untuk mereka, mereka berperang di jalan Allah; mereka membunuh dan juga mereka terbunuh) (al-Taubah, 111)

Tanpa jihad, rakyat akan terdedah kepada kezaliman dan ketidak adilan serta kebodohan. Sebab itu sebuah gerakan Islam meletakkan bahawa kerja pilihanraya adalah merupakan usaha jihad. Pilihanraya yang diputuskan oleh ahli syura merupakan satu pedekatan digelar muwajahah silmiah (perjuangan secara aman). Sehingga kini, inilah pendekatan yang terbaik di ambil walaupun menempuh penipuan dan berat sebelah. Kerana ini adalah merupakan satu cara risalah perjuangan Islam disebarkan kepada masyarakat, termasuk kepada orang bukan Islam.

Beberapa perkara yang boleh menjadi renungan dan muhasabah sebagai 'preparation'

1.Apakah kita telah melakukan kerja semaksimum mungkin?. Bagaimana persiapan bilik gerakan, penculaan, kewangan, pengundi luar. Jika perkara ini tidak diselesaikan, apakah layak kita menempah kejayaan.

2. Amat malang kepada kita, jika ia mampu memberi banyak tenaga dan usaha yang lebih besar tiba-tiba ia tidak menyumbangkan perkara ini untuk merintis perjuangan. Sedangkan Allah di dalam firmannya: “Dan persiapkanlah kekuatan untuk mereka sedaya upaya kamu” (Surah al-Anfal: 60)

3. Adakah kita malas dan lemah semangat untuk berjuang. Sedangkan pihak penentang kita bekerja siang malam bukan kerana redha Allah, sebaliknya hanya untuk kepentingan duniawi. Ingatlah amaran Allah kepada mereka yang dihinggap penyakit ini.

"Wahai orang-orang yang beriman, apakah yang menyebabkan kamu apabila dikatakan kepada kamu, “keluarlah di jalan Allah”, kamu berasa berat. Apakah kamu lebih suka kehidupan dunia daripada akhirat. Hidup di dunia ini tidak ada apa-apa kalau dibandingkan dengan akhirat kecuali sedikit sahaja. Sekiranya kamu tidak keluar nescaya diazabkan kamu dengan azab yang pedih dan dilantikan kaum dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat memudaharatkan Allah sesauatu pun, sedangkan Alah amat berkuasa atas setiap sesuatu” ( Surah al Taubah 38-39)

4. Adakah sewaktu berada di waktu kritikal ini kita pula mahu berundur daripada medan perjuangan. Kita menghentikan wakaf diri, harta, jiwa dan tenaga kepada perjuangan. Kita sanggup biarkan sahabat kita bersusah payah, sedangkan kita bercuti daripada berjuang.

5. Betulkan perjuangan kita semata-mata bagi menuntut redha Allah. Lupakan agenda peribadi. Bukan untuk mengaut kekayaan. Bukan jawatan jadi rebut.

6. Bukan masanya berlengah-lengah. Sepatutnya kita berada dipecutan terakhir. Mesti cergas bergerak dan berhemah tinggi. Kita mahu setiap petugas kuat dan lincah supaya hati-hati kita segar dan pantas. Hati yang berperasaan cemburu, marah, bengis, kurang sopan semuanya tidak membantu ke arah kemenangan.

7. Adakah kita menjaga hubungan dengan Allah SWT? Kerana inilah kekuatan yang menjadi senjata yang pailing kukuh. Kita bimbang jika hubungan dengan Allah rosak maka Allah tidak akan membantu kita di saat kita susah. Perbanyakkan doa, baca quran, zikir dan solat hajat untuk kemenangan kepada kita dan keselamatan kepada perjuangan kita.

Wednesday, April 4, 2012

SEBUAH PERJUANGAN TIDAK DIHANTAR PULANG

Misteri dari celah hutan
Megah hingga ke puncak metropolitan
Bukan menyahut nafsu peribadi atau wakil agenda kroni
Sekelompok manusia dengan senarai cita-cita
Sediakan sahaja satu laluan untuk..
Rentapkan belenggu mungkar, kejutkan selimut kebenaran

Sebuah perjuangan
Tidak dijemput datang dan tidak dihantar pulang

Perjuangan yang sekali-sekali tidak dihambat material
Mahupun menghurung pesta keseronokan
Biar segila penghinaan
Biar segunung cacian
Sanggup menanggung apa juga risiko
Walaupun berbekal sedikit keberanian

Sebuah perjuangan
Tidak dijemput datang, tidak dihantar pulang

Ianya direkabentuk untuk mencegah sebarang halangan
Ibarat sebiji batu yang meluru dari puncak gunung
*Amaran buat barisan penguasa keselamatan..
"Mereka sangat dahagakan sokongan dan mengenal kekerasan sebagai salah satu suntikannya"
Ia ibarat menyuntik bahang pertembungan
Memusuhi mereka bermakna semakin buruk dinilai kemanusiaan

Sebuah perjuangan
Tidak dijemput datang, tidak dihantar pulang.

Tribute ;
BERSIH 3.0
DUDUK & BANTAH
28.4.2012



Tuesday, April 3, 2012

KERINGAT BUDI

Ramai yg terkejut dengan sikap tidak mengenang budi sesetengah pihak, walhal perkara ini ada disebut di dalam Quran:

Quran 10:12
Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan.

Ketika beramal, usahlah mengharapkan org yg dibantu kita akan mengenang budi atau berterima kasih kepada kita.

Semasa beramal, buangkan harapan bhw org yg menerima bantuan tersebut akan mengingati kita dan mengenang budi, mengingati sejarah bhw kita pernah membantunya.

Jangan sesekali mengharapkan balasan drp org yg dibantu, dalam apa jua keadaan - terutamanya dlm keadaan kita memerlukan pertolongan semula.

Ingatlah beramal dan berbuat baik adalah utk mendapat keredhaan Allah. Asalkan kita sentiasa beringat bhw beramal adalah utk mendapat keredhaan Allah, org yg tidak mengenang budi, tidak membalas atau membalas dengan nilai jahat tidak akan melukai hati kita.

Dalam Quran juga disebut bhw jgn mengharapkan apa-apa balasan drpd org yg dibantu.

Quran 76:9
(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih.

Ingatlah juga yg memberi adalah lebih baik drpd yg menerima.

Jika anda memahami bahawa semua makhluk adalah ciptaan Allah, maka anda akan faham bhw Allah yg akan menilai perbuatan kita dalam membantu makhluk ciptaannya dan bukan org yg kita bantu.

Jgn berasa susah hati sekiranya tongkat yg diberi sebagai bantuan kepada seseorang akhirnya digunakan utk memukul kita.

Apa yg nak disedihkan, sedangkan manusia sendiri ramai yg tidak tahu bersyukur terhadap Allah, jd apakah layanan balasan yg kita nak harapkan?

Sekadar renungan utk malam ini. SENYUM.

Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man