VOCALIST

Friday, February 3, 2012

TRANSFORMASI PERTAHAN AKIDAH

PM Datok Najib begitu selesa bila memiliki orang yang paling 'ngam' untuk agenda akidahnya. Dengan penuh rasa bangga, PM hari ni secara tak rasmi mengisytiharkan satu lagi program Transformasi yang dinamakan 'Pertahan Akidah'.

"Hidup Melayu!! (ulang 3X)" Sahut penyokong-penyokong tegar dikeliling pinggangnya..

Antara tujuan asal program tersebut adalah untuk mengembalikan kembali Akidah orang Melayu yang kian disesat 'dakyah' musuh. PM semakin khuatir 'akidah' Umat melayu yang semakin nipis dan menyebabkan perpecahan yang semakin ketara.

Setelah meneliti senarai calon-calon, Dr kelulusan PHD, Hasan Ali telah dinilai paling 'konfiden' untuk menerajui portfolio utama tugasan tersebut. Dr Hasan telah mengenepikan pejuang-pejuang hebat seperti Ketua PERKASA Ibrahim Ali, dan Peguam Syariah Zulkifli Noordin. Antara rekod hebat yang dipegang Dr Hasan ialah keupayaannya menyerang sebuah gereja di Selangor.

Setelah dipecat dari Parti Islam Semalaysia (PAS), kredibiliti Dr Hasan Ali digunakan bagi kepentingan Ummat Melayu. Dr Hasan kemudiannya mengajak orang Melayu bersatu melalui slogannya 'Bersatulah Ummatku'. Beliau juga mahu orang melayu mempertahankan institusi Raja-raja dan Akidah Mereka.

Dr Hasan juga memuji dan mahu semua bakal pengikutnya mengakui pemerintahan UMNO sekian lama (54 tahun) mempertahankan Islam, Melayu dan Raja (IMR)..(Rujuk Utusan Malaysia 3.2.12 muka depan).

** Mufti Negeri Perak, Dato' Seri Haji Harussani Haji Zakaria, mengumumkan hampir 250,000 orang yang murtad di Malaysia. - Forum TV1 "Pekerti Islam" Kedah April 2006.
** Kerajaan sekarang dasar-dasar 'islamisasi'nya adalah dibawah UMNO dan BN.

No comments:

Post a Comment