VOCALIST

Monday, February 13, 2012

ALLAH SAJA YANG MAHA TAHU


قُل لَّوۡ كَانَ ٱلۡبَحۡرُ مِدَادً۬ا لِّكَلِمَـٰتِ رَبِّى لَنَفِدَ ٱلۡبَحۡرُ قَبۡلَ أَن تَنفَدَ
كَلِمَـٰتُ رَبِّى وَلَوۡ جِئۡنَا بِمِثۡلِهِۦ مَدَدً۬ا

Yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Kalaulah semua air lautan dijadikan dakwat untuk menulis ayat-ayat atau Ilmu Tuhanku, maka akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku (ditulis) , walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya “.

Dia berhak dengan Kenyataan-Nya. Segala isi alam adalah hasil kejadian-Nya. Umpama sebiji Lamborghini yang datang bersama 'manual'nya. Ciptaan alam juga begitu. Allah tau petakanya jika si 'operator' gagal dalam pembaik-pulihan. Dan Dia tau bila alam ini akan musnah keseluruhannya ('total loss').

Allah juga tahu siapa yang paling layak diletakkan tanggungjawab memulih kerosakan dunia. Bermula dari Nabi dan Rasul sehinggalah ke para ulama, mereka ini diiktiraf disisi Allah.

“Tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi Rahmat bagi sekalian alam.” (Quran s. al- Anbiya : 107)

“Ulama adalah pewaris para nabi.” (HR At-Tirmidzi)

Allah telah campakkan kefahaman buat mereka berkenaan ilmu-Nya. Kehebatan Nabi dan Rasul telah diperincikan melalui kalam-Nya Al-Quranul Karim.

Ulama yang diberi 'priority' mewariskan ilmu Allah ini semestinya diiktiraf alim, peribadi hebat dan tawaduk oleh zamannya. Kehalusan disiplin contohnya perawi hadis sehingga ke tandas sekalipun dinilai.

Memudahkan kefahaman, Ulama telah memecahkan ilmu Allah ini kepada beberapa cabang dengan asas utamanya, Akidah, Syariah dan Akhlak. Melalui kefahaman inilah Islam itu Ilmunya sempurna sampai kepada umat hingga ke hari ini. Tidak dinafikan Dunia hari ini masih lagi menyimpan ulama-ulama hebat.

Manusia hari ini realitinya semakin jauh dari era Rasulullah SAW. Iaitu kira-kira 1400 tahun selepas kewafatan Baginda Nabi SAW. Orang-orang jahil semakin menguasai dunia.

Bagi Umat Islam hari ini yang kebanyakan konsistensi amal mereka berstatus 'on-off', bermuhasabahlah mengikut kapasiti ilmu masing-masing. Elakkan menilai sesuatu maslahat (melibatkan kepentingan muslim) diluar konteks ilmu. Terutama yang bergelar pemimpin berfigura besar.

Rujuklah kepada mereka-mereka yang pakar atau selayaknya dengan mengucapkan "Allah saja yang Maha Mengetahui"...

***nota pakndak : Dan yang lebih penting Pak Menteri beragama Islam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini (13.2.12) di dalam New Straits Times, halaman 9 menyatakan, "What is wrong with celebrating Valentine's Day? Can a one-day event cause the moral values of Malaysians to go down...?"
Terjemahan : "Apa silapnya meraikan Hari Valentine? Bolehkah sambutan yang diraikan hanya satu hari bakal akibatkan keruntuhan nilai moral bagi seluruh rakyat Malaysia?"

No comments:

Post a Comment