VOCALIST

Wednesday, February 8, 2012

KAMI KASIHKAN MUHAMMAD SAW

Antara Sunnatullah peninggalan Nabi SAW yang perlu dicontohi ialah pembentukan sebuah masyarakat yang baik dan diredhoi Allah.

Umpama ditekankan pengerusi majlis Sambutan Maulidurrasul Kg Senduk, saudara Faqeeh bahawa untuk mendapatkan sebuah kondisi masyarakat yang terbaik perlukan peranan tiga elemen ini (petikan karangan Syekh Yusuf AlQardawi kalau tak silap, rujuk tuan pengerusi) ;

1. Pekerja
Kelompok penghuni yang boleh bekerja

2. Pemikir.
Kelompok kreatif yang sentiasa memikir idea yang membina.

2. Ulama
Kelompok orang alim yang memantau gerak kerja supaya berada pada batas syariat.

Dan elemen inilah yang cuba ditonjolkan qariah Kampung Senduk pada program Maulidurrasul bertarikh 5.2.12 lepas. Dan Masyarakat Senduk patut bersyukur kerana masih memiliki kelompok-kelompok diatas.

Dari gerak mesyuarat 'ringan', kerja promosi, gotong-royong kenduri, penyertaan peserta, protokol sambutan, kehadiran orang ramai sehinggalah kepada kerjasama dari budak muda menunjukkan Orang Senduk sedang menghampiri ciri-ciri dikehendaki.

Ukhuwah yang ditunjukkan oleh masyarakat Senduk telah diiktiraf berkali-kali oleh penceramah jemputan, Ustaz Ahmad Shah. Ustaz juga menyentuh berkenaan gandingan 'hebat' orang lama (Ustaz gelar fasilitator) dan budak muda yang menjadi kekuatan qariah.

Kredit 'pujian' harus diberikan kepada organisasi Sambutan khususnya sof budak muda kampung atas konsistensi bantuan yang diberikan. Tahniah!! Sekali lagi mereka mencipta 'kemenangan' dalam kelas yang tersendiri. Bagaimanapun..Ada 'cerdik pandai' kata, mendapatkan kemenangan adalah lebih mudah berbanding mengekalkannya..

Tentatif program

4.2.12 (Sabtu)
3.30pm - Gotong-royong penyembelihan lembu Aqiqah
5.00pm - pemasangan khemah
5.30pm - pemasangan sistem audio.
7.30pm - Solat maghrib berjemaah
8.00pm - Tayangan kuliah Ustaz Azhar Idrus
9.00pm - Solat Isyak berjemaah
9.30pm - Marhaban dan berzanji
10.30pm - jamuan makan
11.00pm - gotong-royong 'siang' daging sambil menonton kuliah Ustaz Azhar Idrus.

5.2.12 (Ahad)
8.00am - Pertandingan kanak-kanak (Hafazan, khat, azan dan mewarna)
9.30am - perarakan diiring pasukan kompang
10.00am - Mula majlis dengan bacaan ayat suci AlQuran
10.15am - Persembahan kompang
10.30am - Ceramah dari penceramah jemputan
11.45am - penyampaian hadiah
12.00pm - jamuan makan dan bersurai..

Apa yang lebih penting ialah untuk mengekalkan 'mood' kemenangan itu selamanya..

No comments:

Post a Comment