VOCALIST

Wednesday, February 15, 2012

PASCA ISLAMISME

Idea ‘Pasca Islamisme’ adalah racun halus musuh-musuh gerakan Islam yang cuba diserapkan dalam pemikiran ahli-ahli Gerakan Islam pada hari ini.

Idea ini boleh menggugat masa depan Gerakan Islam di Malaysia pada hari ini.

‘Pasca islamisme’ cuba menjustifikasikan kesedaran masyarakat Islam pada hari ini untuk menentang kezaliman pemerintah umat Islam berpunca daripada kesedaran umum hasil tekanan ekonomi dan sosial yang menghimpit kehidupan mereka, bukannya berpunca dari kesedaran aqidah Islam yang ditunjangi dan digerakkan oleh Gerakan Islam sejak berdekad yang lalu.

Sebenarnya istilah Islamisme itu sendiri bercanggahan dengan syarak yang mana ideanya juga adalah bercanggah dengan sunnah perjuangan Islam yang telah digarap oleh al-Quran dan Hadis.

Kesedaran politik Islam hari ini adalah hasil perjuangan panjang oleh Gerakan Islam.

Kesedaran itu perlu ditunjangi oleh aqidah Islam yang mengajar ummat tiga perkara asas.

"Pertama, bahawa penentangan kepada kezaliman politik adalah tuntutan beragama (Akidah) bukannya tuntutan tekanan ekonomi dan sosial kehidupan semasa."

“Keduanya, bahawa punca kepada berlakunya kezaliman politik adalah kerana para pemerintah tidak memerintah menurut prinsip pemerintahan Islam."

“Ketiga, bahawa sekiranya pemerintahan jahiliah yang telah menzalimi rakyat dijatuhkan dan diganti juga oleh pemerintahan jahiliah baru yang tidak berprinsipkan Islam, akhirannya akan membawa kepada kezaliman politik juga,”

Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali At-Takiri
Setiausaha Dewan Ulama

No comments:

Post a Comment