Supaya kegerunannya diiktiraf, selayaknya sebuah pasukan bolasepak mesti menyimpan sekurang-kurangnya seorang pemain berposisi penyerang yang lengkap dan hebat. Inilah strategi namanya.
Dan bukan namanya penyerang jika terhegeh-hegeh penyudahnya atau percubaan yang sentiasa tersasar walaupun beberapa kali singgah di palang dan tiang gol. Ianya mesti menggegarkan jaring bagaimanapun. Barulah boleh bergelar penyerang tulen.
Secara tradisinya apabila sesebuah pasukan mencipta kemenangan, akan dipujalah mereka dan begitulah sebaliknya. Maka posisi yang paling 'hit' sudah semestinya bahagian serangan. Ya..! Sudah tentu penyerangnya dijulang sebagai hero. Dan atas nama semangat berpasukan, 'player' diposisi lain perlu meredhoi keadaan ini.
Bayangkanlah seorang 'striker' utama berlari ketepi padang selepas menyudahkan jaringan. Dengan berbagai gaya mereka meraikannya sambil dikerumuni rakan sepasukan. Dan penonton yang melompat-lompat gembira sambil memekik-mekik nama 'striker' tersebut.
"Goool! Goool!"
Makin digilai Si 'Striker' jika dipakej rupa paras yang menawan. Striker-striker hensem ini akan 'dijual' bagi melariskan segala aksesori pasukan contoh jersi, mafla dan sebagainya. Mereka juga akan di'branded'kan oleh syarikat tertentu sebagai pelaris produk. Hatta minyak '2T' motorsikal sekalipun.
Kelebihan Si Striker tadi telah menggelamkan sama sekali posisi-posisi lain terutama bahagian 'defend' dan 'goli'. Posisi digelar benteng terakhir ini lebih terdedah kepada 'bencana' buat kem pasukan. Yang paling jadi mimpi ngeri sudah tentulah gol sendiri. Ada pemain barat ditembak mati peminat setelah menjaringkan gol sendiri. Harga yang perlu dibayar walaupun bukan kehendak pemain itu sendiri sebenarnya.
Akibatnya, akan termakanlah pelbagai jenis sumpahan sama ada di stadium, secara 'live' dan dikedai mamak. Lebih menggelisahkan, pemain ini akan menjadi tumpuan 'bookie' kesana-sini dan juga oleh SPRM 'untuk membantu siasatan'. Popular jugak mereka dimedia perdana akhirnya.
Suatu waktu dahulu, keluhan bookie-bookie bola ni telah mendapat perhatian oleh kerajaan perihatin 1Malaysia apabila kegiatan judi mereka cuba 'dihalalkan' dengan penganugerahan lesen khas.
Si Striker pula akan terus tersohor. Jualannya boleh mencecah jutaan 'pound sterling'. Makin jauh meninggalkan posisi-posisi lain. Mula meninggalkan semangat berpasukan yang mereka ikrarkan pada mulanya. Semangat 'fair play' yang diagung-agungkan. Dan meninggalkan tradisi 'original' permainan bolasepak itu sendiri.
*nota pakndak : Jangan sibuk menuding 'Si Murtad' akan kepincangan asas akidahnya. Jangan dilupa bilik persalinan klasik itu yang mereka kongsi berak dan kencingnya.
No comments:
Post a Comment