Ada segelintir lagi muslim yang kurang faham berkenaan Bai'ah. Ada juga yang buat-buat tak faham atau sentiasa membiarkan diri dalam status tidak faham. Dan mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah faham "Alah! Aku faham sangat!.. tak payah cakap!!"
Dan masalahnya, bermati-matian mempertahankan idea kefahaman mereka. Ada pulak, dulunya sudah faham tapi sekarang semakin kearah tak faham. Marah! Bila dikata tak faham. "Aku kan ulama.."
Lebih buruk mereka ini mendidik ramai orang supaya tidak faham. Mengelirukan kefahaman orang khasnya muslim. Lepas tu bersembang pulak di ruang tv dan paper 'berpengaruh' tentang fahaman mereka.
Yang berhajat memahamkan orang, dihalang. Apalagi kalau bukan Si tauliah (lesen la tu). Asalkan 'pelik' isinya, 'penyakit' tauliah mula menyerang. "Kita tangkap!!" tanpa mempeduli yang ditangkap itu sebenarnya bukan calang-calang tauliah..
Wujudlah jurang kemudiannya. Akhirnya orang yang MULANYA TAK FAHAM BERTAMBAHLAH TIDAK FAHAM...
Nota Pakndak : Lesen ialah dokumen keizinan keluaran penguasa. 'Keistimewaan' lesen khasnya Di Malaysia, ia mampu menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal..
VOCALIST
Tuesday, February 28, 2012
Friday, February 24, 2012
SAAT TERKEJUT DARI LENA
Siri I
Ekonomi Negara mengalami pertumbuhan positif,
Agenda Transformasi bukti komitmen kerajaan buat rakyat,
Rakyat perlu bersyukur dengan taraf keselamatan negara,
Kerajaan perihatin melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia,
Kenaikan 'harga' masih terendah di Asia,
Indeks Rasuah negara masih di paras baik,
Kerajaan mengamalkan prinsip Islam Wasatiyah,
Pembebasan Anwar bukti kehakiman negara telus,
Saat terkejut dari lena,
Menteri wanita mereka telah 'menyembelih' lembu rakyat bernilai RM250 juta.
Siri II
Anwar pengkhianat orang Melayu,
Kerajaan DAP telah meminggir kaum Melayu Pulau Pinang,
Pakatan Rakyat tidak mampu perintah negara,
Pakatan Pembangkang cuba untuk membuat huru-huru dengan berdemonstrasi,
Mahasiswa dinasihatkan tidak mengikut dakyah pembangkang,
Mahasiswa perlu menumpukan sepenuh masa kepada pelajaran,
Saat terkejut dari lena,
Isteri mereka dilaporkan membeli-belah di Australia menggunakan dana berjumlah RM320,000.
Siri III
Kerajaan PAS Kedah telah merobohkan surau,
Hudud yang disyorkan PAS untuk kepentingan politik,
Tiada konspirasi disebalik pembebasan Anwar,
Anwar adalah agen Islam pluralisme dan Barat,
PAS telah menggadaikan prinsip Islam,
Exco Agama Selangor telah digadai PAS kepada PKR,
Saat terkejut dari lena,
Menteri nikah kawin mereka telah meminjam 63,000 dari zakat kerajaan buat pembiayaan 'asnaf' Fi Sabilillah

Labels:
AKUSTIKA
Thursday, February 23, 2012
PART III : MISI UWAIS DISISI IBUNYA
Uwais seorang pemuda Soleh yang sangat memberati ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia begitu tekun untuk mengusahakan keredhaan ibunya. Kematian bapanya sewaktu Uwais masih kecil menyebabkan ibunya menanggung Uwais beserta penyakit sopaknya sehinggalah dewasa.
Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan sesuatu agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji.
Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mengusahakan perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak menyewa juga tidak bekemampuan.
Ibu Uwais semakin uzur hari demi hari dan berkata kepada anaknya pada suatu hari :
“ Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji. ”
Uwais akhirnya memperolehi suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari didukungnya Uwais anak lembu itu naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan. Perbuatan 'pelik' yang dilakukannya ini memudahkan dia dilabel gila oleh orang lain.
Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari diusungnya lembu itu, petang didakinya naik dan pagi dibawanya turun. Sebaliknya, hanya Allah saja tahu kebijaksanaan Uwais.
Lembu yang asalnya hanya 20kg, pastinya selepas enam bulan akan membesar kepada 100kg. Secara tidak langsung otot kedua tangan dan badan Uwais mengembang kuat hinggakan lembu seberat 100kg dengan mudah diangkutnya Uwais turun dan naik bukit setiap hari.
Selepas lapan bulan, dan sudah tiba musim haji, Uwais pun menyatakan hasrat kepada ibunya.
"Ibu.. Kali ini aku sudah bersedia membawa ibu ke Mekah menunaikan haji!"
Rupa-rupanya usaha lapan bulan sebelumnya itu adalah satu latihan khas untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji.
Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan begitu mudah. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

MUSIK LATAR
Monday, February 20, 2012
SUPER STRIKER
Supaya kegerunannya diiktiraf, selayaknya sebuah pasukan bolasepak mesti menyimpan sekurang-kurangnya seorang pemain berposisi penyerang yang lengkap dan hebat. Inilah strategi namanya.
Dan bukan namanya penyerang jika terhegeh-hegeh penyudahnya atau percubaan yang sentiasa tersasar walaupun beberapa kali singgah di palang dan tiang gol. Ianya mesti menggegarkan jaring bagaimanapun. Barulah boleh bergelar penyerang tulen.
Secara tradisinya apabila sesebuah pasukan mencipta kemenangan, akan dipujalah mereka dan begitulah sebaliknya. Maka posisi yang paling 'hit' sudah semestinya bahagian serangan. Ya..! Sudah tentu penyerangnya dijulang sebagai hero. Dan atas nama semangat berpasukan, 'player' diposisi lain perlu meredhoi keadaan ini.
Bayangkanlah seorang 'striker' utama berlari ketepi padang selepas menyudahkan jaringan. Dengan berbagai gaya mereka meraikannya sambil dikerumuni rakan sepasukan. Dan penonton yang melompat-lompat gembira sambil memekik-mekik nama 'striker' tersebut.
"Goool! Goool!"
Makin digilai Si 'Striker' jika dipakej rupa paras yang menawan. Striker-striker hensem ini akan 'dijual' bagi melariskan segala aksesori pasukan contoh jersi, mafla dan sebagainya. Mereka juga akan di'branded'kan oleh syarikat tertentu sebagai pelaris produk. Hatta minyak '2T' motorsikal sekalipun.
Kelebihan Si Striker tadi telah menggelamkan sama sekali posisi-posisi lain terutama bahagian 'defend' dan 'goli'. Posisi digelar benteng terakhir ini lebih terdedah kepada 'bencana' buat kem pasukan. Yang paling jadi mimpi ngeri sudah tentulah gol sendiri. Ada pemain barat ditembak mati peminat setelah menjaringkan gol sendiri. Harga yang perlu dibayar walaupun bukan kehendak pemain itu sendiri sebenarnya.
Akibatnya, akan termakanlah pelbagai jenis sumpahan sama ada di stadium, secara 'live' dan dikedai mamak. Lebih menggelisahkan, pemain ini akan menjadi tumpuan 'bookie' kesana-sini dan juga oleh SPRM 'untuk membantu siasatan'. Popular jugak mereka dimedia perdana akhirnya.
Suatu waktu dahulu, keluhan bookie-bookie bola ni telah mendapat perhatian oleh kerajaan perihatin 1Malaysia apabila kegiatan judi mereka cuba 'dihalalkan' dengan penganugerahan lesen khas.
Si Striker pula akan terus tersohor. Jualannya boleh mencecah jutaan 'pound sterling'. Makin jauh meninggalkan posisi-posisi lain. Mula meninggalkan semangat berpasukan yang mereka ikrarkan pada mulanya. Semangat 'fair play' yang diagung-agungkan. Dan meninggalkan tradisi 'original' permainan bolasepak itu sendiri.
*nota pakndak : Jangan sibuk menuding 'Si Murtad' akan kepincangan asas akidahnya. Jangan dilupa bilik persalinan klasik itu yang mereka kongsi berak dan kencingnya.

JAMMING SESSION
Sunday, February 19, 2012
PART II : UWAIS MENAGIH CINTA RASULULLAH SAW
Uwais al-Qarni telah memeluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad S.A.W tiba ke negeri Yaman. Seruan Rasulullah telah mengetuk pintu hati Uwais untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya.
Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya menarik hati Uwais. Apabila seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran.
Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W secara langsung. Sekembalinya ke Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.
Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat setiap tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia sendiri belum berkesempatan.
Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih. Namun apakan daya, dia tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah. Uwais juga sangat keberatan meninggalkan ibunya yang sedang sakit dan perlu dirawat. Siapa yang akan menemani ibunya sepanjang ketiadaannya nanti?
Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah kerana dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini sampai ke pengetahuan Uwais.
Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah, sekalipun ia belum pernah melihatnya.
Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tidak terbendung dan hasrat untuk bertemu tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, "Bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dengan dekat?"
Bukankah dia mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian daripadanya dan tidak sanggup meninggalkan ibunya sendiri. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa Rasulullah.
Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya. Dia meluahkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan untuk pergi menziarahi Nabi S.A.W di Madinah.
Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau amat faham hati nurani anaknya, Uwais dan berkata,
"Pergilah wahai anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang."
Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat. Dia tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama mana dia pergi.
Sesudah siap segala persediaan, Uwais mencium sang ibu. Maka berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman.
Medan yang begitu panas dilaluinya. Dia tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari. Semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi S.A.W yang selama ini dirinduinya.
Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi S.A.W, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina 'Aisyah R.A sambil menjawab salam Uwais.
Segera sahaja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata baginda tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi S.A.W dari medan perang.
Bilakah agaknya Baginda Nabi SAW pulang? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan bersakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman.
"Engkau harus lekas pulang."
Atas ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi S.A.W.
Dia akhirnya terpaksa memohon kepada sayyidatina 'Aisyah R.A untuk pulang semula ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi S.A.W dan melangkah pulang dengan hati yang pilu.
Sepulangnya dari medan perang, Nabi S.A.W langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit dan sangat terkenal di langit.
Mendengar perkataan baginda Rasulullah S.A.W, sayyidatina 'Aisyah R.A dan para sahabatnya terpegun.
Menurut sayyidatina 'Aisyah R.A memang benar ada yang mencari Nabi S.A.W dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.
Sesudah itu Rasulullah S.A.W, memandang kepada sayyidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A dan bersabda:
"Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi."

TRUE LEGEND
Wednesday, February 15, 2012
PASCA ISLAMISME
Idea ‘Pasca Islamisme’ adalah racun halus musuh-musuh gerakan Islam yang cuba diserapkan dalam pemikiran ahli-ahli Gerakan Islam pada hari ini.
Idea ini boleh menggugat masa depan Gerakan Islam di Malaysia pada hari ini.
‘Pasca islamisme’ cuba menjustifikasikan kesedaran masyarakat Islam pada hari ini untuk menentang kezaliman pemerintah umat Islam berpunca daripada kesedaran umum hasil tekanan ekonomi dan sosial yang menghimpit kehidupan mereka, bukannya berpunca dari kesedaran aqidah Islam yang ditunjangi dan digerakkan oleh Gerakan Islam sejak berdekad yang lalu.
Sebenarnya istilah Islamisme itu sendiri bercanggahan dengan syarak yang mana ideanya juga adalah bercanggah dengan sunnah perjuangan Islam yang telah digarap oleh al-Quran dan Hadis.
Kesedaran politik Islam hari ini adalah hasil perjuangan panjang oleh Gerakan Islam.
Kesedaran itu perlu ditunjangi oleh aqidah Islam yang mengajar ummat tiga perkara asas.
"Pertama, bahawa penentangan kepada kezaliman politik adalah tuntutan beragama (Akidah) bukannya tuntutan tekanan ekonomi dan sosial kehidupan semasa."
“Keduanya, bahawa punca kepada berlakunya kezaliman politik adalah kerana para pemerintah tidak memerintah menurut prinsip pemerintahan Islam."
“Ketiga, bahawa sekiranya pemerintahan jahiliah yang telah menzalimi rakyat dijatuhkan dan diganti juga oleh pemerintahan jahiliah baru yang tidak berprinsipkan Islam, akhirannya akan membawa kepada kezaliman politik juga,”
Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali At-Takiri
Setiausaha Dewan Ulama

BUDAYA WARISAN : MEMBEDAH LAGU BARU
16.2.12, Rabu : Ketika penduduk Qariah 'prepare' untuk beradu, malam tadi beberapa kerat budak muda Senduk secara santai memilih untuk meng'kompose'kan sebuah lagu hadrah baru.
Lagu yang dimaksudkan itulah Solawat Burdah. Sebuah melodi menarik yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Raihan dan Penyanyi Yaman, Mesut Kurtis. Kami juga hampir mencapai objektif untuk menarik masyarakat sekitar untuk sama-sama bersolawat keatas Nabi SAW.
Kami nampak sangat terdesak (30minit masa menghafal diberikan) malam itu untuk sempurnakan hajat ciptaan baru tersebut. Rata-rata 'peminat' Hadrah Senduk mahukan kami memainkan lagu-lagu baru yang lebih segar.
Kami akui Unit Hadrah ini sangat popular (sedikit ayat tinggi diri) di area Bukit Gantang sehingga tempahan untuk membuat show sudah diterima sehingga bulan 6. Jadi sebagai penghargaannya, kami mesti bertindak balas (counter-attack) melalui lagu-lagu baru buat 'peminat'..
Setelah berjam-jam (purata) memerah otak..Hasilnya, gubahan lagu baru telah siap dan menunggu sahaja saat persembahannya. Dan budak Senduk membuktikan mereka bertungkus-lumus 'bekerja' di Kampung.
**Nota Pakndak : Lagu akan di
'post' kan kemudian dan digalakkan setiap inci ahli dan penduduk kampung bersama-sama kami menghafalnya.

SIRI JELAJAH
PART I : MENGENAL UWAIS AL-QARNI
Mulut beliau tidak putus-putus membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakannya sebagai selendang.
Suatu ketika, seorang fuqoha' negeri Kuffah, datang dan ingin duduk bersamanya. Orang itu memberinya dua helai pakaian sebagai hadiah. Namun, hadiah pakaian tadi tidak diterima lalu dikembalikan semula kepadanya. Uwais berkata:
"Aku khuatir, nanti orang akan menuduh aku, dari mana aku mendapatkan pakaian itu? Kalau tidak daripada membujuk pasti daripada mencuri."
Tiada orang yang menghiraukannya. Satu keadaan yang membuatkan dia tidak popular dibumi manusia, namun begitu terkenal di kalangan penghuni langit.
Dia dipilih Allah untuk berpenyakit sopak, satu penyakit kulit putih 'hodoh' yang pasti rata-rata manusia mahu elakkan.
Dialah Uwais al-Qarni! yang memeluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad S.A.W tiba ke negeri Yaman. Seruan Rasulullah telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya.
Nabi berpesan kepada Umar dan Ali :
“ Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. ”
Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai “ al-Mubasyirun bil Jannah ” iaitu mereka sudah dijamin masuk syurga. Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali :
“ Di zaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doanya sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”
Umar dan Ali bertanya kepada Nabi s.a.w. soalan yang sama iaitu :
“ Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? “
Nabi menjawab :
“ Kamu minta kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.”
Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan Nabi s.a.w. , minta sesuatu yang baik kepada mereka, Nabi s.a.w. menjawab :
“ Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt. ”
Al-Maghfirah (keampunan) tetap dicari hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau secara logiknya, ahli syurga seolah tidak perlu kepada pengampunan dosa daripada Allah s.w.t. kerana tempat mereka sudah dijamin. Namun, Nabi s.a.w. masih menekankan supaya meminta Allah untuk mengampunkan dosa.
Memang benarlah firasat seorang Nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Mereka memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari arah Yaman ke Madinah, dan akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni.
Dengan pandangan mata kasar, tidak mungkin dia orang yang Nabi s.a.w. maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang kurang berakal.

Monday, February 13, 2012
ALLAH SAJA YANG MAHA TAHU
قُل لَّوۡ كَانَ ٱلۡبَحۡرُ مِدَادً۬ا لِّكَلِمَـٰتِ رَبِّى لَنَفِدَ ٱلۡبَحۡرُ قَبۡلَ أَن تَنفَدَ
كَلِمَـٰتُ رَبِّى وَلَوۡ جِئۡنَا بِمِثۡلِهِۦ مَدَدً۬ا
Yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Kalaulah semua air lautan dijadikan dakwat untuk menulis ayat-ayat atau Ilmu Tuhanku, maka akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku (ditulis) , walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya “.
Dia berhak dengan Kenyataan-Nya. Segala isi alam adalah hasil kejadian-Nya. Umpama sebiji Lamborghini yang datang bersama 'manual'nya. Ciptaan alam juga begitu. Allah tau petakanya jika si 'operator' gagal dalam pembaik-pulihan. Dan Dia tau bila alam ini akan musnah keseluruhannya ('total loss').
Allah juga tahu siapa yang paling layak diletakkan tanggungjawab memulih kerosakan dunia. Bermula dari Nabi dan Rasul sehinggalah ke para ulama, mereka ini diiktiraf disisi Allah.
“Tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi Rahmat bagi sekalian alam.” (Quran s. al- Anbiya : 107)
“Ulama adalah pewaris para nabi.” (HR At-Tirmidzi)
Allah telah campakkan kefahaman buat mereka berkenaan ilmu-Nya. Kehebatan Nabi dan Rasul telah diperincikan melalui kalam-Nya Al-Quranul Karim.
Ulama yang diberi 'priority' mewariskan ilmu Allah ini semestinya diiktiraf alim, peribadi hebat dan tawaduk oleh zamannya. Kehalusan disiplin contohnya perawi hadis sehingga ke tandas sekalipun dinilai.
Memudahkan kefahaman, Ulama telah memecahkan ilmu Allah ini kepada beberapa cabang dengan asas utamanya, Akidah, Syariah dan Akhlak. Melalui kefahaman inilah Islam itu Ilmunya sempurna sampai kepada umat hingga ke hari ini. Tidak dinafikan Dunia hari ini masih lagi menyimpan ulama-ulama hebat.
Manusia hari ini realitinya semakin jauh dari era Rasulullah SAW. Iaitu kira-kira 1400 tahun selepas kewafatan Baginda Nabi SAW. Orang-orang jahil semakin menguasai dunia.
Bagi Umat Islam hari ini yang kebanyakan konsistensi amal mereka berstatus 'on-off', bermuhasabahlah mengikut kapasiti ilmu masing-masing. Elakkan menilai sesuatu maslahat (melibatkan kepentingan muslim) diluar konteks ilmu. Terutama yang bergelar pemimpin berfigura besar.
Rujuklah kepada mereka-mereka yang pakar atau selayaknya dengan mengucapkan "Allah saja yang Maha Mengetahui"...
***nota pakndak : Dan yang lebih penting Pak Menteri beragama Islam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini (13.2.12) di dalam New Straits Times, halaman 9 menyatakan, "What is wrong with celebrating Valentine's Day? Can a one-day event cause the moral values of Malaysians to go down...?"
Terjemahan : "Apa silapnya meraikan Hari Valentine? Bolehkah sambutan yang diraikan hanya satu hari bakal akibatkan keruntuhan nilai moral bagi seluruh rakyat Malaysia?"
Labels:
JAMMING SESSION
Sunday, February 12, 2012
PAK BAEN STORY : CINTA KLASIK SITI KAMAR
Mabuk dibuatnya bila telinga didendangkan irama cinta Laila dan Majnun, Romi dan Juli.
Kisah cinta yang disulam-sulam suka dan duka. Tragisnya percintaan bila sukanya datang dari duka dan luka yang terlampau. Cemasnya percintaan hadirkan ancaman kepada perasaan.
Tidak sempurna kalau tak disentuh cinta Pak Baen.
Siapa yang tak terbayang wajah indah Siti Kamar.
Wajah kenangan Pak Baen sejak mula bijak melukis bulan di tengah lautan. Gelora laut disulam-sulam kapal yang jenuh belayar mencari ikan. Bagaikan pungguk kemarukkan kan bulan maka begitulah ketagih sangatnya Pak Baen kepada cinta Siti Kamar.
Almaklum suatu ketika pernah solat berjemaah sama-sama, mandi sekali, mengantuk sekali dan tidur pun sebantal. Kalau beginilah keadaannya, untuk melupakan saat-saat indah bersama adalah diklasifikasikan sebagai mustahil untuk insan lemah seperti Pak Baen.
Kalau diikut carta salasilah keturunan, Pak Baen ni kira bukan calang-calang keturunan juga. Pak Baen berketurunan Tun. Dan selalunya pangkat Tun ni untuk pesara-pesara hulubalang negara. Sudahla keturunan bangsawan, di pakej pulak dengan bakat. Kalau paras rupa tu..boleh tahanla..
Pak Baen ni kalau bersiaran sekitar kampung biasanya dia lebih selesa separuh bogel. Dan dikala beraksi lagak ahli bina badan akan tersembul otot-otot sasa dari lengannya. Membuatkan si dara akan senantiasa memusatkan tumpuan kepadanya.
Segala jenis disipilin sukan termasuk sukaneka hari keluarga sama ada di air masin tawar, udara dan tanah rendah tinggi semuanya dimonopoli Pak Baen. Hatta acara 'musical chair' sekalipun turut dibolot. Kalau beginilah natijahnya, gadis mana sekalipun pasti terkedu dan mengharap dapat menawan hati Pak Baen. Siti Kamar tidak terkecuali sebagai gadis kampung. Tapi dia dilahirkan sangat pemalu dan sangat pandai menjaga kehormatan diri. Dan itulah beza Siti Kamar dengan anak-anak dara lain yang terang-terang gedik. Pemalunya Siti Kamar sehingga nak menutup tirai pintu disenja hari sekalipun disuruh ibunya temankan.
Fitrah manusia tambah-tambah yang bergelar hero kampung seperti Pak Baen, yang paling payah tu lah yang dia nak. "Baru thrill.." katanya. Kalau ada hero mesti ada heroin. Pak Baen mulakan langkah mengorat Siti Kamar sampai dapat. "Biar putih tulang". Pak Baen sanggup menggunakan pakar-pakar 'intelligence' yang diimport dari luar bagi merancang strategi sulitnya. Pak Baen tahu kecantikan peribadi Islamik Siti Kamar berguna untuk mengembalikan keyakinan orang kampung.
Namun jodoh Pak Baen dan Siti Kamar hayatnya tidaklah lama seperti juga pasangan aktor dan aktres masa kini. Dicerainya Siti Kamar berstatus talak tiga. Ketentuan Allah, mereka disahkan tidak tinggal sebumbung lagi. Sesi kaunseling anjuran Pejabat Agama yang dihadiri puluhan kali tak mampu merjernihkan keadaan.
Ternyata mereka tak sefahaman dan seakidah. Pak Baen juga terlalu zalim dari sudut menunaikan tuntutan nafkah pihak isterinya. Malah perangai buruknya suka berpoya-poya diluar negara sukar dibuang. Dari hari ke hari perangai songsangnya semakin terdedah. Memang satu ketika dulu sebelum nikah Pak Baen gemar berjudi laga ikan tapi kali ni satu kampung tau bertambah teruk ketagihannya untuk 'berjoli' membeli nombor kuda. Untuk memuaskan nafsu judinya, Pak Baen menjalinkan hubungan istimewa dengan tauke-tauke bagi mengekalkan ketagihan judinya.
Bagaimana tergamak Pak Baen memeras ugut harta pencarian Siti Kamar untuk kepentingan nafsu peribadi. Duit saku Siti Kamar hasil usahanya mengajar tajwid kepada budak kampung lesap begitu saja. Pak Baen akhirnya menemui noktah kegagalannya dalam membina rumahtangga bahagia.
Walaupun Pak Baen diisytihar sebagai manusia paling perkasa dikampung namun dia juga tidak mampu untuk menghadiahkan zuriat buat pasangannya. Siti Kamar isteri yang di talaknya kini telah berjaya menjadi usahawan muslimah. Siti Kamar semakin sakses membuka beratus-ratus 'francais' busana pakaian muslimah di beberapa buah negeri. Siti Kamar, isteri yang pernah diperalatkannya dulu kini tidak lagi menoleh ke belakang.
Sehingga saat ini Pak Baen masih lagi berusaha merujuk kembali ikatan nikahnya walaupun sedar talak tiga yang dilafazkannya suatu waktu dahulu nilainya tetap tidak mampu diubah. Yang hangat dan terkini sempena bulan haji ini, jebon-jebon upahannya telah mencadangkan kepada Pak Baen untuk berdoa di Mekah supaya pintu hati Siti Kamar dibuka semula untuknya. Supaya dikembalikan semula 'akidah' asalnya.
Barisan penasihat 'think-thank' 25% nya juga semakin tidak berdaya untuk membuat sebarang transformasi. Tambahan usia Pak Baen juga semakin lanjut bak pepatah "rumah kata pergi, kubur kata mari". Pak Baen umpama "hidup segan mati tak mau" apabila disytihar pakar perubatannya mengidap penyakit tiga serangkai. Segala rekod cemerlang, gemilang dan terbilang dulu seperti sudah lupa pada beliau dan tidak berupaya lagi menyelamatkan beliau.
Bagi Siti Kamar, 'pisang tidak mungkin dua kali berbuahnya'. Dia tau Pak Baen sudah terhapus ikhlasnya untuk mencintainya lagi. Siti Kamar tau Pak Baen ingin mengambil kesempatan atasnya. Kefemesan Siti Kamar ingin digunakan bagi mengembalikan semula imej Pak Baen yang tercalar teruk. Perpisahan mereka dirungkai seribu satu natijah..
"Jom pakat-pakat membenci kesesatan 'Hari Valentine'.."

LOVE STORY
Friday, February 10, 2012
PENSYARIATAN CINTA
Cinta itu sifatnya adalah fitrah. Maknanya berterusan. Sekiranya diistilah putus itu bukannya sudah noktah tapi barangkali ia 'berehat' seketika.
Cinta pulak apabila datang bukan boleh ditepis-tepis. Mampunya hanyalah ditapis sahaja.
Apabila datang, 'mangsa' akan mengidap satu perasaan pelik. Apa yang dibuat serba tak kena. Dan sejarah itu asalnya tidak berbohong (bergantung pada nafsu perawinya). Perasaan tidak kena inilah akibatkan isteri-isteri Pak Menteri di era Nabi Yusuf AS menghiris-hiris jari-jemari mereka. Serba tak kena bila melihat hebatnya rupa paras Yusuf AS.
Merenung riwayat Abu Ya’la yang dinilai sahih oleh al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam al-Isabah daripada Anas bin Malik r.a yang menceritakan tentang hari Abu Quhafah, iaitu bapa Saidina Abu Bakar al-Siddiq menganut Islam. Walaupun agak lewat, Abu Bakar r.a begitu mengharapkan bapanya itu menerima Islam.
Menariknya, pada hari Abu Quhafah menghulurkan tangannya kepada Nabi s.a.w untuk menganut Islam, Abu Bakar menangis. Nabi s.a.w bertanya: “Apakah yang membuatkan engkau menangis wahai Abu Bakar?”. Jawabnya: “Seandainya tangan bapa saudaramu (Abu Talib) berada di tempat bapaku sekarang, lalu dia (Abu Talib) menganut Islam sehingga engkau gembira lebih aku suka dari bapaku sendiri menganut Islam”.
Demikian halusnya perasaan cinta Abu Bakar. Itulah cinta. Itulah berkorban apa sahaja. Tiada rasa gembira jika kekasih berduka. Satu perkongsian Cinta yang sangat hebat nilaiannya.
Abu Bakar RA merupakan Ikon Umat Islam yang mengaku sebagai pengikut setia Muhammad SAW. Makhluk paling sesuai diletakkan disebalik 'Pensyariatan Cinta'. Lelaki dewasa Islam pertama. (Syaikh Al-Albani mengatakan: "Lelaki dewasa dan merdeka yang pertama kali beriman adalah Abu Bakar, dari kalangan anak-anak adalah Ali bin Abi Thalib, dari kalangan budak Zaid bin Haritsah.)
Kehidupan Abu Bakar; tindakan dan pergerakannya adalah manifestasi cinta yang terlalu mendalam terhadap seorang Rasul.
Sabda Nabi s.a.w:
“Demi (Tuhan) yang diriku berada dalam tangannya, tidak beriman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya dari dirinya, bapanya dan anaknya” (Riwayat al-Bukhari).
Perasaan serba tak kena yang hadir berpakej tanpa diundang itulah dipanggil kemanisan cinta. Satu 'mood' istimewa yang janganlah hendaknya digugat. Lebih rasa manisnya jika ianya dipandu syariat. Dengan berpandu syariatlah status cinta itu dibezakan benar dan salahnya.
Bukan seperti Mat Rempit cintakan Minah Rempit yang memandu cinta sehingga akhirnya membunuh diri mereka sendiri.
Lain gayanya dengan cinta sahabiah. Bagaimana sahabat tinggalkan SEGALANYA kerana cinta. Pada mata manusia mereka menderita. Di lubuk jiwa, mereka sedang tenggelam dalam satu kemanisan yang sukar hendak digambarkan dalam tulisan dan perkataan. Kemanisan iman! Inilah yang disebut oleh Nabi s.a.w:
“Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasulNya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kenalilah cinta itu dengan berdamping dengan manusia yang paling faham tentang Allah dan Rasul (Ulama). Mulalah dengan menghadiri majlis Ilmu..
SELAMAT MENGASIHI MUHAMMAD SAW KEKASIHNYA ALLAH SWT..

Wednesday, February 8, 2012
GAYA PERANG SALIB
Sarjana Barat (Orientalis) terus-menerus menanam syubahat, syak wasangka, was-was dan 'negative thinking' ke lubuk minda umat Islam. Mereka melahirkan komentar yang seakan-akan Islamik dengan harapan Muslim menjauhkan perasaan cinta terhadap agamanya. Sejarah membuktikan mereka pernah mencetak dan menerbitkan berpuluh-puluh ribu naskhah berunsur 'Islam Ciplak' buat bacaan Umat Islam.
Diantara Orientalis yang berniat JAHAT tersebut ialah H.A.R Gibb. Tokoh orientalis kelahiran Alexandria, Mesir ini menumpukan komentatornya buat peribadi Nabi Muhammad SAW. Tulisan Gibb dilihat memperlekeh-lekeh kelayakan yang diperolehi Muhammad SAW melalui status keRasulan Baginda SAW. Buku-buku catatan beliau kononnya dirujuk melalui kitab-kitab Ulama Islam (Hujjatul Al-Balighah tulisan Syah Waliyullah Dablawi). Gibb juga seolah-olah mempertikai kebenaran Islam melalui kandungan Ajaran Nabi.
Antara gambaran songsang beliau ialah :
"Ibadat-ibadat yang menjadi panduan Muslim yang terdapat dalam Syariat Muhammad juga merupakan beberapa budaya tradisi Masyarakat Arab Mekah sejak turun-temurun contohnya tawaf mengelilingi Kaabah"
"Muhammad hanya perlu mengubah perkara-perkara tertentu yang menjadi keperluan sebaliknya terpaksa mengekalkan dan memadankan beberapa tradisi yang sudah sebati buat orang-orang Arab Mekah"
Gibb secara jelas telah memutarbelitkan fakta sebenar dengan mereka-reka cerita songsang yang melucukan. Ibadat seperti Tawaf jelas merupakan syariat yang asalnya diwahyukan Allah kepada Nabi Ibrahim AS. Dan syariat itu semakin luput sehinggalah kedatangan Muhammad SAW.
Akibat jarak masa antara zaman Nabi Isa AS dan Nabi Muhammad SAW terlalu jauh, penduduk Mekah perlahan-lahan menjauhi syariat. Kejahiliah bertambah ketara. Ditambah pulak dengan fenomena berhala bawaan Amru Bin Luhay yang sangat menyongsang.
Kesan dari pendidikan sesat yang dibawa puak Orientalis ini, sehingga sekarang masih ramai pemimpin berwajah Islam yang secara tak langsung terikut-ikut rentak mereka termasuklah di Malaysia. Idea-idea 'segar' yang mereka peroleh sama ada sedar atau tidak dari Orientalis telah dipakai buat menyesatkan umat manusia.
Kita tidak boleh melupakan beberapa komen pelik pimpinan negara 'Islam' khususnya mengenai Pensyariatan Hudud :
"Negara Islam bakal menghadapi kemunduran jika ramai diantara umat Islam dipotong tangannya"
"Hudud tidak sesuai di Malaysia yang penduduknya berbilang kaum, namun begitu ada beberapa Undang-undang Islam telah pun kita laksana"
Pemimpin ini seakan-akan mewakili pemikiran orientalis barat dalam pandangan mereka yang sangat meragukan orang Islam khasnya di Malaysia. Pandangan sesat yang secara tidak langsung bakal menyempurnakan misi 'Perang Salib' yang menjadi objektif musuh Islam.

SEGALANYA KU TERIMA (PAKEJ KOD GITAR) - ILLUSI
'Mood' bulan ini masih lagi kekal dalam suasana percintaan (cenderong ke keadaan putus cinta). Lagu dibawah agak sesuai didendangkan waktu ini. Kawan-kawan boleh 'try' kemahiran vokal melalui 'chord' gitar yang disertakan ini. Alunkan dengan penuh perasaan supaya 'feel'nya mudah diperolehi.
Em
Aku yang kehilangan
Dalam diri sendiri
D Em
Terkurung dalam bayanganmu
Em
Gelak ketawa engkau
Bagai bertahun dulu
D Em
Menyeretku ke syurga kita
B C
itu mimpi yang terkenang
B C
Membuat aku terbuang
B C
Tika memapah semangat
B Em
Yang masih ada
Em
Cerita silam ini
Menjadi racun bisa
D Em
Dan kini aku pun melara
Em
Terlemas di dataran
Dilambung ombak hidup
D Em
Pun aku masih menantimu
(Tarik nafas saudara dalam-dalam dan lontarkan vokal anda sepenuh perasaan. Bayangkan kenangan cinta yang sudah putus ditengah jalan..Selamat mencoba)
B C
Akan tersingkapkah cinta
B C
Yang telah sekian lama
B C
Kita dodoikan bersama
B Em
Di mimpi ngeri
Am Em
Biarpun masih tergagah
D G
Menjulang cinta yang patah
Am Em
Sebenarnya aku kesepian
C B
Dan aku masih cinta
B C
Diri ini penuh luka
B C
Yang tidak akan tertutup
B C
Meskipun ada pengganti
B Em
Seiras wajah
Lagu : Awang BPR
Lirik : Abang Bob Lokman
Penyanyi : Kumpulan Ilusi
Pencapaian : Kedua Juara lagu 1989 (Juara Oktober)

LAGU UNTUKMU
KAMI KASIHKAN MUHAMMAD SAW
Antara Sunnatullah peninggalan Nabi SAW yang perlu dicontohi ialah pembentukan sebuah masyarakat yang baik dan diredhoi Allah.
Umpama ditekankan pengerusi majlis Sambutan Maulidurrasul Kg Senduk, saudara Faqeeh bahawa untuk mendapatkan sebuah kondisi masyarakat yang terbaik perlukan peranan tiga elemen ini (petikan karangan Syekh Yusuf AlQardawi kalau tak silap, rujuk tuan pengerusi) ;
1. Pekerja
Kelompok penghuni yang boleh bekerja
2. Pemikir.
Kelompok kreatif yang sentiasa memikir idea yang membina.
2. Ulama
Kelompok orang alim yang memantau gerak kerja supaya berada pada batas syariat.
Dan elemen inilah yang cuba ditonjolkan qariah Kampung Senduk pada program Maulidurrasul bertarikh 5.2.12 lepas. Dan Masyarakat Senduk patut bersyukur kerana masih memiliki kelompok-kelompok diatas.
Dari gerak mesyuarat 'ringan', kerja promosi, gotong-royong kenduri, penyertaan peserta, protokol sambutan, kehadiran orang ramai sehinggalah kepada kerjasama dari budak muda menunjukkan Orang Senduk sedang menghampiri ciri-ciri dikehendaki.
Ukhuwah yang ditunjukkan oleh masyarakat Senduk telah diiktiraf berkali-kali oleh penceramah jemputan, Ustaz Ahmad Shah. Ustaz juga menyentuh berkenaan gandingan 'hebat' orang lama (Ustaz gelar fasilitator) dan budak muda yang menjadi kekuatan qariah.
Kredit 'pujian' harus diberikan kepada organisasi Sambutan khususnya sof budak muda kampung atas konsistensi bantuan yang diberikan. Tahniah!! Sekali lagi mereka mencipta 'kemenangan' dalam kelas yang tersendiri. Bagaimanapun..Ada 'cerdik pandai' kata, mendapatkan kemenangan adalah lebih mudah berbanding mengekalkannya..
Tentatif program
4.2.12 (Sabtu)
3.30pm - Gotong-royong penyembelihan lembu Aqiqah
5.00pm - pemasangan khemah
5.30pm - pemasangan sistem audio.
7.30pm - Solat maghrib berjemaah
8.00pm - Tayangan kuliah Ustaz Azhar Idrus
9.00pm - Solat Isyak berjemaah
9.30pm - Marhaban dan berzanji
10.30pm - jamuan makan
11.00pm - gotong-royong 'siang' daging sambil menonton kuliah Ustaz Azhar Idrus.
5.2.12 (Ahad)
8.00am - Pertandingan kanak-kanak (Hafazan, khat, azan dan mewarna)
9.30am - perarakan diiring pasukan kompang
10.00am - Mula majlis dengan bacaan ayat suci AlQuran
10.15am - Persembahan kompang
10.30am - Ceramah dari penceramah jemputan
11.45am - penyampaian hadiah
12.00pm - jamuan makan dan bersurai..
Apa yang lebih penting ialah untuk mengekalkan 'mood' kemenangan itu selamanya..

Friday, February 3, 2012
TRANSFORMASI PERTAHAN AKIDAH
PM Datok Najib begitu selesa bila memiliki orang yang paling 'ngam' untuk agenda akidahnya. Dengan penuh rasa bangga, PM hari ni secara tak rasmi mengisytiharkan satu lagi program Transformasi yang dinamakan 'Pertahan Akidah'.
"Hidup Melayu!! (ulang 3X)" Sahut penyokong-penyokong tegar dikeliling pinggangnya..
Antara tujuan asal program tersebut adalah untuk mengembalikan kembali Akidah orang Melayu yang kian disesat 'dakyah' musuh. PM semakin khuatir 'akidah' Umat melayu yang semakin nipis dan menyebabkan perpecahan yang semakin ketara.
Setelah meneliti senarai calon-calon, Dr kelulusan PHD, Hasan Ali telah dinilai paling 'konfiden' untuk menerajui portfolio utama tugasan tersebut. Dr Hasan telah mengenepikan pejuang-pejuang hebat seperti Ketua PERKASA Ibrahim Ali, dan Peguam Syariah Zulkifli Noordin. Antara rekod hebat yang dipegang Dr Hasan ialah keupayaannya menyerang sebuah gereja di Selangor.
Setelah dipecat dari Parti Islam Semalaysia (PAS), kredibiliti Dr Hasan Ali digunakan bagi kepentingan Ummat Melayu. Dr Hasan kemudiannya mengajak orang Melayu bersatu melalui slogannya 'Bersatulah Ummatku'. Beliau juga mahu orang melayu mempertahankan institusi Raja-raja dan Akidah Mereka.
Dr Hasan juga memuji dan mahu semua bakal pengikutnya mengakui pemerintahan UMNO sekian lama (54 tahun) mempertahankan Islam, Melayu dan Raja (IMR)..(Rujuk Utusan Malaysia 3.2.12 muka depan).
** Mufti Negeri Perak, Dato' Seri Haji Harussani Haji Zakaria, mengumumkan hampir 250,000 orang yang murtad di Malaysia. - Forum TV1 "Pekerti Islam" Kedah April 2006.
** Kerajaan sekarang dasar-dasar 'islamisasi'nya adalah dibawah UMNO dan BN.

Thursday, February 2, 2012
AIMAN YANG TAK KISAH TU
"Bawak 50km sejam pun kalau nak 'eksiden' jugak nak buat macamana.." Respon pertama Aiman selepas melalui tragedi ngeri hari tu.
Berbeza dengan budak2 lain, Aiman ternyata mempunyai sedikit 'extraordinary'nya. Kira tahap 'super' la. Aiman sangat sukakan kelajuan. Nalurinya cenderong kepada kepantasan walaupun memegang rekod kejuaraan 'moto lambat' di hari keluarga Senduk secara konsisten 3 tahun berturut-turut.
Disebabkan kebolehannya itu, beliau layak bergelar 'runner' kampung. Setiap tugasan yang terpikul olehnya, disempurnakan berdasarkan keistimewaan yang dianugerah khas buatnya. Oleh sebab itu, Aiman merupakan produk penting buat Kampung Senduk amnya.
Diantara misi-misi yang memerlukan idea kepantasannya termasuk mengedar, menampal poster kuliah, 'transport' budak kompang, membeli barang-barang surau, urusan bekalan 'air' dan kesesakan petrol. Apabila tangan kiri dan kaki kiri Aiman terpaksa 'direhatkan', semua perkhidmatan tadi akan turut terjejas.
Lupakan saja kisah 'kucing' suatu ketika dulu. Aiman seorang yang 'tak kisah'. Gabungan kepantasan dan 'tak kisah' nya itu menjadi kelebihan yang ditagih qariyah kampung terutama orang lama.
Jom kita doakan semoga Aiman pulih 'sepantas' mungkin supaya khidmat kepantasan beliau kembali kepada asalnya.
*Nota Kakiku : Ketika sepasukan geng ceramah 'fan club' tersadai kekeringan minyak van mereka setelah pulang dari program di Alor Pongsu, Aiman yang dihubungi 'sepantas kilat' muncul.. "Issh!! Laju sungguh dia!!" kata Paknjang.

Subscribe to:
Posts (Atom)