VOCALIST

Sunday, September 25, 2011

SENTUHAN HARI RAYA SENDUK

Hari Terbuka Eidulfitri dan Hari Keluarga Senduk telah terlaksana dengan jayanya pada tanggal 17 September 2011. Sambutan bagi edisi ke-4 sekali lagi berlangsung di laman yang sama iaitu perkarangan rumah Pakcik Awang. Terima kasih buat Tuan rumah keluarga Pakcik Awang atas 'permit' premis yang sangat sesuai untuk program. Perkarangan yang luas dimanfaatkan untuk pelbagai aktiviti termasuk sukaneka.
Selain dari kejayaan berlangsungnya program pada hari sambutan, kejayaan membuat persiapan juga sama pentingnya. Semenjak tarikh diputuskan lagi semua organisasi mula memikir dan bergerak mengikut kerangka masing-masing. Persiapan dilakukan sehinggalah ke akhir tarikh dimana diadakan gotong-royong perdana. Pagi sehari sebelumnya pihak lelaki menyempurnakan pemasangan khemah. Sebelah petang hingga malam (till midnite) chef-chef dan tukang-tukang masak turun ke 'dapur' surau Senduk untuk 'mengerjakan' juadah masing-masing. Muslimat pakat-pakat uli tepung untuk laksa dan ada yang kupas kerang untuk kuah lemang. Siang bawang, perisi ikan dan bermacam kerja dapur dibuat.
Petang tu kami 'ditemani' hujan lebat. Proses pembakaran lemang petang tu menerima impak hebat bila kawasan pembakaran di 'ceroboh' kebanjiran air. Bagaimanapun menu utama tadi akhirnya berjaya terselamat hasil kecekapan krew bertugas yang bertungkus lumus mengusahakan sistem saliran segera disamping menukar formasi pembakaran.
Kerja-kerja persiapan menu berakhir kira-kira jam 1 Am dengan penyudahnya dari pasukan bihun sup.

Menu mengikut Wilayah

Wilayah Hilir - Bihun Sup ayam
Wilayah Tengah - Lemang
Wilayah Utara - Nasi Beriyani
Wilayah Perumahan Guru MTI - Lontong
Muslimat - Laksa
Pemuda - Minuman
Pihak Cawangan - Satay

Perkara bias dimana-mana majlis makan-makan, menu yang paling popular dan 'versatile' ialah sate. Walaupun sate ialah menu yang terlewat disiapkan pihak kami namun sate juga paling laris dan setel seawal jam 11am. 'Pengusaha' sate yang rata-rata budak-budak Muda mengadu terdapat kes pemakan bertindih. Mungkin tahun depan kita akan buat sistem cap jari bagi mengelakkan kes ini berulang.

Sambil menjamu hidangan tersedia, terdapat acara sampingan seperti anyam ketupat, kerusi muzik, tiup belon, motor lambat, baling belon, rebut coklat dan tarik tali dan semua acara disesuaikan mengikut status umur. Ada persembahan nasyid dari budak Pasti, ada silat dan demo padam api dari JPA. Semua acara menghiburkan dan paling 'gila' ialah acara tarik tali yang berlangsung waktu matahari terpacak atas kepala.

Sambutan berakhir kira-kira jam 2 pm. Satu lagi 'senjata' hebat orang Senduk ialah mereka berjaya setelkan kerja pemunggahan dan pembersihan area sambutan sejurus selepas program berakhir. Perkarangan rumah Pakcik Awang kembali seperti tiada apa yang berlaku. Meja dan kerusi kembali tersimpan di tempat asalnya.

Terima Kasih buat kehadiran pengunjung-pengunjung yang jadi penyeri sambutan. Tahniah buat ahli kariah yang 'pulun' sampai penghabisan dengan usaha maksima seolah-olah kenduri peribadi. Pihak pengacaraan pohon kemaafan jika terdapat kekurangan di pelbagai sudut dan berharap matlamat 'ukhuwah Islamiah' tercapai diakhir sambutan. Insyaallah berjumpa lagi di Edisi akan datang...

No comments:

Post a Comment