VOCALIST

Friday, September 23, 2011

ISA IALAH TAHAN TANPA BICARA

Manusia pada fitrahnya adalah benci pada kezaliman. Orang kaya yang kedekut dan tamak tidak rela dan redho harta mereka diambil suka-suka. Orang kaya takkan menggaji 'security' beribu-ribu kalau mereka rela peti duit mereka dikebas pencuri. Yang zalimnya dasar mencuri itu walau 'amalnya' di rumah saudagar kaya yang bakhil bin kedekut. Mungkin kecurian adalah satu tekanan buat Si kaya yang menyebabkan selera sedekahnya hilang. Status zalim orang kaya bagaimanapun berbeza dengan orang fakir (dari sudut zakat dan sedekah seumpama). Si Kaya yang kurang bersedekah adalah zalim buat orang miskin.  Hakikatnya zalim tu tetap zalim. Zalim tu wajib hukum cegahannya..

Islam dan Kezaliman

Dari Abu Sa’id Al Khudri radhiyallahu ‘anhu dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Barang siapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Apabila tidak mampu maka hendaknya dengan lisannya. Dan apabila tidak mampu lagi maka dengan hatinya, sesungguhnya itulah selemah-lemah iman.’.” (HR. Muslim)

Islam memandang kezaliman sebagai satu jenayah perosak bukan saja masyarakat bahkan umat manusia. Dari macam gaya belenggu kezaliman termasuk ekonomi, politik dan sosial, Islam juga melihat kezaliman dibatas perundangan. Undang-undang berat sebelah adalah contoh satu aplikasi kezaliman buat masyarakat. Bagaimana? Islam dan hak asasi manusia menggariskan beberapa panduan supaya tidak berlaku kecenderungan undang-undang kepada kezaliman.

Kezaliman 'Tahan tanpa bicara'
Sebelum hakim mengetuk 'penukul' kesalahan, seseorang tertuduh wajib dibuktikan kesalahannya terlebih dahulu. Apabila sesorang tidak mengaku kesalahannya, perbicaraan mesti dilakukan seperti diminta dan sebarang penahanan adalah TIDAK SAH dan zalim disisi hak asasi. Penahanan TANPA BICARA juga zalim disisi perundangan Islam merujuk kepada kaedah Fiqh ; “Al-Aslu bara’atu zimmah” yang bermaksud “seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah” (innocent until proven guilty).

Kaedah ini diambil dari hadis Rasulullah SAW iaitu, “(Beban) pembuktian adalah di atas pendakwa, dan sumpah (penafian) adalah di atas yang tertuduh” [HR Baihaqi dan Mutafaq alaih].

Sebarang penahanan (kecuali reman dan syaratnya) kepada tertuduh secara tidak langsung menzalimi hak tertuduh untuk menuntut keadilan. Walau sekejam mana kesalahan tertuduh dia berhak menafi dan membersih tuduhan selagi ada bukti yang kukuh. Penahanan bukan sahaja menzalimi tertuduh (haknya) malah turut melibatkan orang yang ada kepentingan dengannya (hak warisnya). Oleh itu undang-undang yang adil mesti ada kriteria melindungi hak tertuduh. Islam mempunyai kaedah penyelesaiannya.

Islam VS ISA

Undang-undang yang memiliki ciri-ciri 'tahan tanpa bicara' seperti ISA yang diamal turun-temurun pemerintah mesti dilihat terlebih dulu zalimnya sebelum  kononnya menyekat kezaliman orang lain. Berkuatkuasanya ISA ini seolah-olah satu 'bonus' buat mengekalkan keselesaan pemerintahannya. Tapi harus diingat! Selagi undang-undang sezalim ISA masih gagal dimansuh, turun-naik pemerintah mana pun tidak mustahil ianya akan dikitar semula untuk kepentingan penguasaan. Undang-undang ini seolah-olah 'lesen halal' penguasa untuk menzalimi rakyat.

Realitinya ISA dah luput di Malaysia pada 16.9.11. ISA 'surat beranaknya' adalah milik penjajah British. Penentangannya bukan baru berusia 2,3 tahun. Syahidnya Pejuang Islam Tok Janggut bukan sekadar benci pada susuk 'Mat Saleh' penjajah tapi nilai jajahannya termasuk undang-undang kuku besi. Dan kalau Tok Janggut ada lagi nescaya dia akan turun berdemonstrasi bersama rakyat. Rakyat umum sepatutnya membenci sebarang undang-undang mirip ISA. Rakyat juga patut tahu sebarang Akta yang berciri-ciri 'Tahan tanpa bicara' adalah sezalim-zalim perundangan yang melanggar prinsip Islam dan Hak Asasi.

No comments:

Post a Comment