Ketika lagi beberapa hari lagi orang Malaysia tanah air ku bakal menyambut dua hari istimewa serentak iaitu Eidulfitri dan Merdeka, tiba-tiba sehari sebelum impian kedua-dua raya jadi kenyataan bergosip disana-sini manusia hal kepincangan riwayat Sejarah sebelum Merdeka. Aktivis PAS, Mat Sabu yang sebelum ini begitu hangat dengan 'waran' Bersih 2.0 nya, sekali lagi laris di media-media perdana dikuasai pemerintah. Petikan kata-kata Mat Sabu pada ceramah beliau 2 minggu sebelum raya berkenaan Mat Indera dan peristiwa Bukit Kepong telah berjaya disensasikan dengan sekelip mata.
Sokongan Mat Sabu tanpa belah bagi buat Mat Indera sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan disamping mempersoalkan peranan Tunku Abd Rahman telah membuat pihak pemerintah terlompat-lompat kemarahan. Pihak pemerintah turut mengajak rakyat sama-sama mengikut rentak anti-komunis mereka dengan menyerang kononnya pengusaha bagi penghidupan semula komunis melalui media-media popular mereka. Rakyat (segelintir yang masih merujuk kitab media perdana) yang sememangnya tension dengan komunis turun-temurun bertindak menyerang dan mengutuk Mat Sabu berminggu-minggu. Pelbagai kenyataan, komentar dan pandangan dari rakyat, ahli Sejarah dan Pakar menghiasi TV dan muka-muka suratkhabar. Ada antara pandangan popular yang mahukan Mat Sabu ditarik hak kerakyatannya.
Antara ahli akademik yang paling 'terlayak' mengomen ialah Prof Khoo Kay Khim. Beliau mengutuk pendapat yang mahukan perbincangan sejarah dikaji semula apatah lagi untuk melabel seorang komunis sebagai 'hero'. Baginya sejarah tidak boleh diubah sama sekali apabila bercakap pada satu forum bertajuk 'Bukit Kepong, siapa wira sebenar' di Ipoh bersama 3 ahli panel yang lain antaranya 2 bekas ketua polis.
Majlis Prof Negara (MPN) kemudian mengeluarkan kenyataan kontroversi melalui Zainal Kling apabila mengumumkan dengan 'selamba' bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Kenyataan ini umpama satu gangguan buat kemerdekaan dan sambutan tahunannya. Baginya British tidak menjajah Tanah Melayu dan mengambil tugas sekadar penaung kepada Raja Melayu. Kenyataan Doktor Sejarah ini kemudian di sokong pulak Tun Mahathir. Satu percubaan tidak baik bagi 2 orang Doktor ini untuk mengajak rakyat bersangka baik dengan British. Cuba memaafkan salah laku British yang sudah membunuh dan menyeksa ulama dan pejuang Islam dahulu. Jadi mereka yang nak sambut merdeka tahun ini terpaksa kaji balik kitab Sejarah Tanah Melayu untuk mengesahkan kesesuaian sambutan kemerdekaan. Yang menilai Tanah Melayu dijajah boleh la pertimbang untuk pasang balik Jalur Gemilangnya.
Beberapa kenyataan dari 'cerdik-pandai' terutama 2 orang Doktor dirujuk sebelum ini merumuskan bahawa Sejarah sememangnya boleh di UBAH. Yang pastinya bukannya semata-mata mengampu pemerintah apatah lagi British. Sejarah hendaklah dibincang, dibahas dan dikaji seadilnya mengikut pelbagai persepsi. Persepsi terbaik adalah melalui periwayat sejarah terbaik. Sejarah berubah tapi kebenarannya tidak boleh diubah. Selagi terdapat bahan yang boleh dipertikai, pakar-pakar patut kembali membuat semakan bagi mengelak kekeliruan.
Kredit sekurang-kurangnya buat Mat Sabu kerana berjaya mengejutkan pakar-pakar Sejarah dari lena yang lama. Bagi yang 'pro-pro' Sejarah tolong jangan sia-siakan tesis yang adakalanya memakan masa bertahun-tahun dengan mengeluarkan kenyataan 'bankrap'. Buat yang baru nak berjinak dengan Sejarah ni la masa untuk mengulangkajinya. Tahniah juga buat rakyat Malaysia yang tiba-tiba jadi peminat Sejarah.
No comments:
Post a Comment