VOCALIST

Thursday, September 1, 2011

BERKONGSI RAYA DI JOHOR

Seperti Eidulfitri sebelum ini, sekali lagi aku diberi peluang oleh Allah untuk beraya bersama rakyat Johor Darul Takzim. Ya! Ini tahun ke-4 berturut-turut aku beraya di negeri kelahiran Dato' Onn. Pengalaman yang perlu aku telan saban tahun. Aku bermukim di pekan Batu Anam, kira-kira 20 km dari Bandar Segamat.

Kesempatan ini aku ambil dengan terus menyesuaikan diri dengan persekitaran setempat. Esoknya aku berpeluang meninjau kawasan. Aku bersiar-siar ke Bandar Segamat 'milik' YB Kementerian Sumber Manusia. Bandar ni semakin jadi tumpuan bagi umat Islam sebagai persiapan akhir Eidulfitri. Semua tempat sesak, dari kedai basikal, kedai textiles sampai 'hypermarket'. Segamat masyhor dengan Gedung Jakel nya. Bila sebut 'Jakel', bangga la orang sini. 

Kalau ke Bandar Segamat aku tidak akan lepaskan peluang menjenguk sebuah kedai buku kecil di kawasan Dataran Segamat. Aku akan singgah walau seketika. Aku akan beli senaskah 'paper' Harakah sebagai tonik motivasi buat diri. Sekurang-kurangnya akan aku miliki Harakah walaupun edisi lama. Aku tau area Segamat ni disitu saja kedai jualannya. Begitulah 'mahalnya' harga Harakah.

Sepanjang aku disini hampir setiap hari aku jelajah pekan Segamat ni. Aku ronda-ronda dengan keluarga aku. Aku perati gaya orang Johor sambut raya dan cuba bezakan dengan orang Utara. Sama saja nampaknya dari segi kalutnya. Kalau lalu tepi rumah orang tu macam biasa ja, bakar lemang, cuci kereta, pasang langsir, sapu sampah dan lain-lain. Kalau malam tu penuh la rumah dengan lampu 'lip-lap' dan pelita. Tapi rumah disini susah kita nak tengok dari tepi-tepi jalan, biasala kampung Felda. Ada satu kampung tu lampu kalimantang dibuatnya lampu jalan. Inisiatif orang kampung la tu rasanya. 

Aku menambahkan kegiatan malam dengan menziarah Masjid Jamek Batu Anam atau namanya Masjid Syed Alwi (tak siasat lagi siapa insan ni). Aku diingat jangan pakai selipar lawa-lawa dan juga jangan tinggalkan barang-barang berharga dalam kenderaan sebelum masuk masjid."Ish..Masjid pun dah tak aman lagi." Tapi jenayah curi adalah masalah Global dimana-mana. 

Aku meneruskan malam-malam akhir Ramadhon disini dengan berterawikh. Jemaahnya mencecah hampir tiga saf juga (lebih kurang 100 orang) sebelum imam naik ke rakaat ke-9. Satu fenomena biasa di Malaysia. Tapi jumlah 100 org bolehla dikategorikan 'excellent' buar kariah tempatan. Cuma 'stail' bacaan bilal dan makmum agak berbeza yang aku tak boleh terangkan disini. Mereka lebih ringkas. Aku jangka tempoh purata bagi selesai terawikh ialah 30 minit. 

Imam terawikh tu aku kenal namanya Abu Seman. Dia yang nikahkan aku 5 tahun yang lalu. Aku cukup cam 'trademark' songkok tingginya. Akan dililitnya serban songkok tersebut jika jadi khatib Solat Jumaat. Semua orang nikah di Masjid Kuala Paya pasti ingat wajah beliau selain mikrofon yang jadi alat akad.

Suka atau tidak, Ramadhon pergi dan Eidulfitri yang dinanti pun menjelang. Ini realitinya. Selepas makan sikit (yaka makan sikit ni..) paginya, aku ke masjid Syed Alwi. Orang dah ramai terutama jemaah lelaki. "Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamdu!. Tok Khatib kali ni menceritakan perihal perpecahan umat Islam yang serius dalam kuliahnya. Aku sangat faham maksud khatib tadi. Perpecahan ummah boleh akibatkan kemerdekaan negara terancam.

Selesai Solat Eid, aku dan keluarga mulakan aktiviti kunjung mengunjung. Ada 2,3 rumah wajib bagi setiap tahun untuk kami sekeluarga. Aku mula dapat agak senarai rumah-rumah tadi. Macam biasa, 'taaruf' adalah satu acara biasa pemula sesi seterusnya jamuan makan. Menu makanan sah-sahla beza. Kat sini nasi impitla jawabnya (cicahnya kot-kot lain sikit). Orang disini tak berapa pandai makan ketupat daun palas. Makanan yang 'basic' pulut ni kurangla. 

Yang laki duduk setempat, kaum hawa dan kanak dengan kelompok masing-masing. Kaum lelaki biasanya bersembang topik isu semasa. "Mat Indera, Komunis yang lawan polis tu dikatanya hero?". Rasanya inilah yang terhangat untuk edisi Eidulfitri kali ni. "Patutnya Mat Sabu tu ditahan je ISA sebelum raya ni". Aku hanya diam ketika semua orang mula emosi mengeluarkan hujah masing-masing. "Ni la puncanya bila tiada asas Sejarah.." sambung seorang lagi 'panel' nampak sedikit warak dengan kopiah tersemat di kepala. Ada ketikanya isu setempat jugak keluar macam-macam pertandingan Kampung Tercantik. Kadang ada juga yang mengkritik akan penyelewengan, rasuah dan kronisme penguasa samada tempatan atau negara. "Jangan sampai diikut jejak Anwar Ibrahim sudahla..Si Barua tu ada dana dari luar negara"..

Mata aku terpandang akhbar Utusan Malaysia diatas meja utama di rumah. Aku membelek-belek tajuk utama dan mendapati tiada satu pun ruang khas bagi Mat Sabu (kalau pun dia bersalah) untuk mempertahankan diri. UM umpama naskah rujukan utama orang disini. Aku sedar rakyat Johor masih lagi tebal semangat kemelayuannya. Kalau Timbalan Presiden PAS tu datang ke Johor masa ni tak tau la apa jadinya. Aku kemudian terus 'googgle' cerita Mat Indera.

Hari kedua Raya aku mula memikir untuk balik ke Perak. Raya yang lepas aku sempat ziarah 2,3 rumah sedara mara. Kali ini aku ambik 'cuti sebelum'. Memang ketara perbezaan gaya sambutan. Kekadang aku fikir jika diperhalusi tiada beza besar dan jelas sambutan perayaan sama ada di Perak atau Johor. 

No comments:

Post a Comment