VOCALIST

Monday, September 5, 2011

REFORMASI 'HAPPY FEET'

Ceritanya berkisar berkenaan dengan sebuah masyarakat Penguin di Kutub Utara yang terasing kehidupannya dari dunia luar. 

Bermula dengan seekor penguin jantan yang lahir dari komuniti kuno dan konservatif yang mengutamakan
bidang nyanyian sebagai 'akidah' hidup mereka. Suara yang menarik jadi kriteria penting bagi memikat pasangan mereka disamping anti kepada bakat-bakat lain. Apabila lahirnya Mumble iaitu seekor penguin jantan yang mempunyai bakat tarian (ala-ala 'tap dancing'), masyarakat penguin (spesis 'Emperor Penguin') sekitar tidak dapat menerima perbezaan yang berlaku. Mereka ibaratkan Mumble sebagai satu 'sumpahan' buat masyarakat. Kebetulan sejak kelahirannya akibatkan sumber makanan utama mereka iaitu ikan mengalami kemerosotan. Masyarakat penguin mengambil keputusan mem'boikot' keluarga malang penguin tadi. 

Apabila dewasa, Mumble yang malang tadi memutuskan untuk meninggalkan masyarakat penguin tadi bagi mencari penyelesaian. 
Mumble kemudian bertemu dan berkenalan dengan 4 sekawan 'The Amigos'  iaitu satu koloni penguin yang lain 'Adele Penguin'). Masyarakat penguin yang baru dikenalinya telah menerima secara terbuka kehadiran Mumble beserta kisah 'kecacatannya'. Kebetulan kelompok penguin ini sukakan tarian. 

Semasa berseronok bersama rakan barunya, Mumble menemui satu gergasi pelik (jentolak) di dasar laut. Bermacam persoalan wujud di kepala otaknya dan menjangka makhluk 'alien' inilah penyebab kesusutan ikan kawasan mereka. Dia kemudian merujuk penemuannya kepada Lovelace (Tok Nujum spesis Adele) atas pertolongan member-member 'Amigos'. Lovelace bagaimanapun tidak bersetuju dengan teori Mumble.

Mumble kembali semula ke Emperor koloni dengan membawa teori 'aliennya'. Dia juga bertungkus lumus memujuk masyarakat supaya menerima bakat tariannya. Dia akhirnya berjaya meyakinkan keluarga dan teman wanitanya walaupun kebanyakan dari masyarakat masih menolak. Noah (orang lama Emperor) mengusir Mumble keluar dari Emperor.

Mumble, Amigos dan Lovelace kemudian berjaya berkomunikasi dengan 'Alien' (dunia manusia). Mereka berdiplomasi dengan 'alien' tadi mengenai kegiatan-kegiatan dunia manusia yang mengakibatkan kepupusan ikan di Antartik yang menjadi sumber makanan mereka.

Reformasi yang dibuat Mumble, rakan Amigos dan keluarganya berjaya menyedarkan masyarakat penguin di kedua-dua koloni (Adele dan Emperor). Masyarakat Penguin perlu keluar dari pemikiran kuno dan kolot untuk perubahan. Penguin-penguin perlu keluar belajar dengan dunia luar bagi memperolehi ilmu yang akhirnya berguna untuk masyarakat.

Ulasan dari petikan filem Animasi 3D
'Happy Feet'
Di TV 9
4 Sept 2011, Ahad 

No comments:

Post a Comment