penyisihan agama |
Satu ketika dulu di Tanah Malaya ni begitu mesra gelaran Komunis sebagai Simbol kekejaman dan keganasan. Kalau dalam sebuah rumah tu diasuhnya isinya oleh ibu bapa/ penjaga supaya menjauhi Komunis. Filem (Bukit Kepong 1958), buku cerita termasuk mainan kanak-kanak watak antagonisnya adalah puak Bintang Tiga ni. Cikgu-cikgu disekolah bersungguh-sungguh mendidik anak murid dengan membawa contoh-contoh jahat idea daripada pihak Komunis ini. Pasukan-pasukan keselamatan di motivasikan kebencian sebagai pencetus semangat anti-komunis. Dalam erti kata lain tergembleng peranan seluruh rakyat Malaysia untuk menjahanamkan koloni Komunis ni.
Pengaruh komunis di Tanah Melayu begitu besar sebelum merdeka terutama kepada orang Melayu. Pengalaman Komunis akibat konflik perang China-Jepun membuatkan mereka begitu benci kepada pendudukan Jepun. Dan Komunis kemudian dilanyak teruk 'kempetai' semasa Jepun menduduki Malaya. Akibatnya Komunis bertukar agresif dan kejam terutama kepada tali barut Nippon selepas tamat Era Jepun.
Selain popular dengan kekejamannya, Parti Komunis Malaya 1930 (PKM) menjadi pencetus bangkitnya kesedaran politik orang-orang Melayu (pada dasarnya gerakan Islah sudah wujud di era 1910-an) untuk mengusir British dan menuntut kemerdekaan. Parti orang Melayu sulung iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan bagi niat yang hampir serupa iaitu menentang penjajahan British disamping menuntut kemerdekaan. Oleh sebab itu apa saja pertubuhan yang anti-penjajah ketika itu (API, PUTERA, Hizbul Muslimin) diklasifikasikan British sebagai berpengaruh komunis. Dan apabila wujudnya UMNO sebuah pertubuhan yang lebih 'sopan', British terus mengharamkan pertubuhan lain dengan alasan berbau komunis.
Pengaruh Komunis menyusut selepas Rundingan Baling 1955. Penolakan tuntutan PKM untuk membentuk parti politik yang diiktiraf menyebabkan mereka masuk kembali ke hutan meneruskan perjuangan secara gerila.
Apabila Komunisme mula lemah dan akhirnya tinggal sejarah di Malaysia, berkuasa pulak golongan Nasionalism yang lebih kurang kejam. Golongan Fanatik Nasionalisma ini tidak membenci British, tidak menolak Kapitalis dan sangat menyukai Hedonisma. Bertambah keji, puak nasionalism ini mengada-adakan pelbagai 'keganasan' berkubu di instituisi Islam terutama sekolah-sekolah aliran Islam. Atas alasan keganasan inilah mereka 'terpaksa' menarik bantuan. Kezaliman kepada Umat Islam lebih teruk diperlakukan. Dan sekarang mereka masih lagi menguasai Malaysia.
menolak agama |
Tanpa usul periksa, hampir 5000 pelbagai unit Polis (UTK, FRU, Komando 69) dikerah mengepung sebuah kampung dengan pelbagai sekatan jalan raya dan bukan hanya tempat pengajian. Dua buah kereta perisai juga digunakan bagi membuat rempuhan. Orang kampung yang juga anak murid terpaksa menggunakan parang, golok dan kayu untuk mempertahankan diri. Perlu diingat serangan ini ditujukan kepada kawasan penduduk kampung, bukannya kubu pengganas. Kampung Memali pada waktu seolah-olah medan perang dengan bunyi tembakan, jeritan mangsa dan tangisan anak kecil juga penduduk kampung.
jangan sembunyikan 'agama' dalam kehidupan |
No comments:
Post a Comment