VOCALIST

Wednesday, September 14, 2011

KALAU AL-QURAN ITU DITERIMA SEPENUHNYA

Bagi mengelakkan sesuatu fakta sejarah diputarbelit, Islam mempunyai kaedah tertentu sebagai penyelesaian. Disamping riwayat, Islam juga sangat menitikberatkan taraf periwayat. Seorang periwayat mesti menepati ciri-ciri baik termasuk adil. Kaedah ini terdapat dalam ilmu 'Mustalah Hadis'. Walaupun sejarah mencatatkan bagaimana Sahabat dan Tabi'in berusaha memelihara kesucian Al-Quran dan Hadis namun musuh-musuh Islam tetap tak jemu memdatangkan keraguan.

Sejarah mencatatkan bagaimana Nabi Muhammad SAW yang ditentang hebat kaum musyrikin Quraisy.

Satu kisah popular dalam Sahih Al-Bukhary menceritakan peristiwa Dakwah secara terangan yang diamanat Allah cuba disampaikan kepada kaum Quraisy di Bukit Safa.

Al-Quran yang terpelihara hak dan 'originalnya'
Setelah turunnya ayat 214 Surah as-Syu’ara, maka Rasulullah s.a.w pun segera ke bukit Safa dan menyeru dengan katanya: “Wahai Bani Fihr, Bani Aud, keluarga keturunan Quraisy,” Lalu dengan itu, berkumpullah mereka semua, hingga kalau ada yang tidak dapat keluar, mereka menghantar wakilnya untuk mengikuti apakah yang berlaku. Abu Lahab dan sekalian Quraisy pun datang di situ.

Rasulullah s.a.w berkata lagi:
 “Wahai kaumku, bagaimana kalau ku katakan kepada kamu kalian, bahawa disebalik bukit sana ada musuh berkuda akan menyerang kamu. Apakah kamu mempercayai kataku itu?” Jawab mereka : “Ya, kami percaya, kerana sebelum ini belum pernah kami berpengalaman, selain dari kebenaranmu.” Maka sambung Rasulullah s.a.w dengan kata-katanya: “Sesungguhnya aku ingin memberi peringatan kepada kamu kalian bahawa azab sengsara sedang menanti kamu.” Maka berkata Abu Lahab: “Celakalah atau binasalah kau diseluruh hari ini. Apakah hanya kerana ini kamu mengumpulkan kami semua?

 Al-Quran ialah satu kitab suci bersumber dari Allah disampai insan sehebat Rasulullah SAW dan Hadis pula bersumber dari manusia bergelar Al-Amin iaitu  Muhammad SAW dan diriwayat oleh sahabat, tabiin dan ulama hebat. Kedua-dua sumber utama Islam bagaimanapun tetap dipertikai kesahihannya. Musuh Nabi Muhammad melabel Al-Quran sebagai Bohong, palsu, dongeng dan rekaan.

Sejarah pertikaiannya berlaku bersiri-siri hingga ke hari ini. Selain dari puak Yahudi dan Nasrani, Al-Quran dan Hadis turut dipertikai umat Islam sendiri termasuk di Tanah Malaysia.

Kalau Islam itu tidak dipertikai, Syariat Islam sudah lama di praktikkan di Tanah Melayu.
Kalau Al-Quran itu tak diragui, tiada lagi kelihatan ulama ilmuan meminta 'sedekah' dari penguasa.
Kalau Al-Quran itu tidak diragui, muslim termasuk isteri-isteri Bapak Menteri akan kalut mengenakan pakaian syariat seperti tuntutan.
Kalau Al-Quran dan Hadis itu tidak dipertikai, nescaya tak akan terjumpak umat Islam menogok botol arak terutama pada malam-malam pesta tahun baru.
Kalau Al-Quran dan Hadis tak diragui, kaki nombor tak teringinla nak membeli dan mencongak nombor apa yang nak dibeli tiap-tiap minggu.
..Dan kalaulah Al-Quran itu sungguh sepenuhnya digunapakai, pejuang-pejuang Islam Di Tanah Malaysia ni sudah lama tidur Selesa tanpa diganggu UNDANG-UNDANG PENJAJAH ZALIM @ ISA...


Didedikasi buat pejuang yang anti kepada pelbagai AKTA ZALIM TINGGALAN PENJAJAH..

No comments:

Post a Comment