VOCALIST

Saturday, October 1, 2011

HUDUD STAIL UMNO

Jika ditelaah 'statement' pimpinan UMNO berkenaan Hudud begitu terserlah 'kepandaian dan pengetahuan' mereka. Hudud seolah-olah sudah terlaksana pada dasar pemerintahan mereka. Saksikan ayat-ayat yang keluar dari lidah mereka.

"PAS perlu bertanggunjawab kepada huru-hara dan perpecahan akibat dari perlaksanaan Hudud." (PM Najib)

"Hudud tidak sesuai bagi sebuah negara majmuk yang berbilang kaum." (Naib Presiden, Zahid Hamidi)

"Akibat dari perlaksanaan Hudud, ramai orang Islam terlibat dan menyebabkan ekonomi Umat Islam menuju kemunduran." (Tun Mahathir)

"Kerajaan akan mengenakan tindakan kepada negeri Kelantan diatas perlaksanaan Hudud." (Tun Mahathir)

Pemerintahan UMNO sehingga kini telah membuktikan dasar Hudud terlaksana mengikut 'stail mereka' sejak kerajaan Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah diikuti kerajaan Terengganu. Ketika Kelantan sibuk meraih simpati umat manusia supaya bersangka baik dengan hukum Allah, pemerintah UMNO berusaha sedaya mungkin menakutkan umat manusia tentang ketidak 'relevan' Hudud. Ketika PAS cuba memahamkan umat manusia tentang keadilan Hudud, UMNO berbekalkan 'intelligent' nya menggunakan Hudud untuk memecahkan sangka baik bukan Islam terhadap agama Islam.

 Pimpinan UMNO jadikan Hudud suatu 'bencana' buat memecahbelahkan rakyat yang semakin hari makin terbuka kesedaran mereka. Dan Hudud telah dijadikan modul istimewa manifesto UMNO bagi menyerang Parti Islam yang semakin hari makin didekati. Apabila Kelantan meluahkan harapan tahunan mereka melalui 'Hari Hududullah' setiap tahun, UMNO memanipulasinya untuk meraih kepentingan populariti bukan Islam terutama saat menjelangnya setiap pilihanraya. Mereka menjadikan syariat hudud ganas dan 'extreme' melalui propaganda menggerunkan terutama buat bukan Islam untuk meraih populariti.

Sejak Kelantan dan Terengganu mempromosi Hudud, UMNO sebenarnya sudah 'terlebih faham'. Sebagai 'yang berkuasa' mereka sepatutnya membantu mencerahkan umat Islam tentang Undang-undang Syariah dan menyediakan suasana yang kondusif bagi rakyat Malaysia bagi pelaksanaannya.

selagi ada UMNO
Kalau inilah gaya kemungkaran UMNO, alangkah indahnya jika PUAK UMNO ditiadakan terus..

No comments:

Post a Comment