Slow dan steady bergerak dari rumah ke rumah. Program seperti baca Yasin, Tahlil, kenduri arwah, kenduri aqiqah, ziarah kematian, majlis walimatul urus, berkhatan dan seumpamanya jadi 'base' kegiatan pasukan ini. Ini adalah idea mereka dan sasaran bergantung kepada upaya masing-masing. Memang tekad dan mantap komited generasi ni walaupun memiliki sumber yang agak terhad.
beberapa gambaran |
Rasulullah bersabda (yang artinya), "Sesungguhnya Islam pertama kali muncul dalam keadaaan asing dan nanti akan kembali asing sebagaimana semula. Maka berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba')."(hadits shahih riwayat Muslim)
PENDEKATAN ALA 'UNDERGROUND'
Tersentuh bila mengimbau begitu klasiknya pergerakan dakwah Islam waktu ini. Dengan 'institusi' yang sangat sederhana. Mereka sekadar beratap dan berdinding rumbia. Student duduk menelaah sekadar berlapik mengkuang. Walau hari-hari mereka terasa perit untuk ditempuh tapi untuk prospek ilmu mereka sanggup hadapi. Jangan difikirkan waktu ini sumber kertas A4, mesin fotostat, ball pen. Tapi bagi pejuang Islam tadi, ke'terhad'an adalah satu bentuk pentarbiahan. Barangkali perasaan yang sama dirasai Rasulullah SAW ketika Islam mula bertapak di Tanah Arab.
Apabila sekolah-sekolah aliran agama dan pondok mula diusahakan oleh tok-tok guru di seluruh negara, kesempatan ini digunakan pendokong-pendokong Islam bagi menyelamatkan akidah anak-anak mereka. Mereka juga cukup 'allergic' dengan sistem pendidikan ala-barat. Barat yang mereka fikirkan songsang dan memesong dari gaya Islam.
Hasilnya akidah Islam jadi cukup liat. Direbus sekali pun prinsipnya sukar pudar. Mereka mula bergerak dalam jamaah seterusnya menyokong sebarang usaha Islamik. Aku masih ingat semasa ayah membawa aku ke majlis ijtimak dan ceramah-ceramah agama pada zamannya. Penerangan tentang Islamisasi mula menarik minat orang kampung. Sedikit demi sedikit kesedaran muncul. Tok-tok guru mula menonjolkan diri mereka dalam jamaah. Secara komited mereka Isytiharkan penentangan kepada sistem sekular berasal dari barat.
Mula bertanding dalam pilihanraya. Aku juga diperkenal ayah dengan poster dan banner manifesto calon di cat dan ditulis pada papan 'plywood'. Serba kalah kalau nak dibanding dengan jentera lawan. Malah poster-poster akan di 'recycle' untuk musim mengundi seterusnya. Yang lebihnya berbanding lawan mungkin keikhlasan yang Allah sahaja mampu menilainya. Tok-tok lebai ni la yang mengorbankan tidur mereka berteman sinar bulan dan lampu 'gasoline'. Tinggalkan anak dan isteri untuk memastikan poster jamaah Islam terpasang di pokok-pokok getah, manggis dan durian di merata ceruk kampung. Semangat gotong-royong yang di'sponsor' sendiri dari titik peluh hasil tabung sendiri. Agenda Islam mereka mula terserlah walau ditentang hebat. Terpaksa menghadapi pelbagai persepsi musuh.
فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ
(Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik. 15:94).
قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي
(Katakanlah: “Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata, 12:108).
KEMPEN SECARA TERBUKA
Kini generasi sudah berbeza seiring wajah dan stail pendokongnya.
Prospek kekuatan yang disemai tok-tok lebai dulu suburnya mula dapat dirasa. Anak-anak yang mereka 'halau' keluar dulu mula dedahkan bakti. Mereka datang dengan gelombang luarbiasa yang sukar disekat. Momentum inilah yang Rasulullah SAW perolehi seterusnya memberikan kekuatan kepada baginda untuk menukar pendekatan dakwah secara terang-terangan. Nabi SAW waktu ini memiliki pemuda-pemuda hebat luarbiasa.
Ali ibn Abi Talib (8 tahun), Zubayr ibn Al-Awwam (8 tahun), Talhah ibn Ubaydullah (11 tahun), Al-Arqam ibn Abi-Arqam.(12 tahun), Abdullah ibn Mas’ud (14 tahun), Sa’id ibn Zayd (bawah 20 tahun), Sa’d ibn abi Waqqas (17 tahun), Sa’ud ibn Rabi’ah (17 tahun), Ja’far ibn Abi Talib (18 tahun), Suhayb Al- Rumi (bawah 20 tahun), Zayd ibn Harithah (lebih kurang 20 tahun), 'Uthman ibn ‘Affan (lebih kurang 20 tahun), Tulayb ibn ‘Umayr (lebih kurang 20 tahun), Khabbab ibn Al-Arrat (lebih kurang 20 tahun), ‘Amir ibn Fuhayrah (23 tahun), Mus’ab ibn Umayr (24 tahun), Al-Miqdad ibn Al-Aswad (24 tahun), 'Abdullah ibn Jash (25 tahun), ‘Umar ibn Al-Khattab (26 tahun), Abu Ubaydah ibn Al-Jarrah (27 tahun), ‘Utbah ibn Ghazwan (27 tahun), Abu Hudhayfah Ibn ‘Utbah (30 tahun), Bilal ibn Rabah (lebih kurang 30 tahun), ‘Ayyash ibn Rabi’ah (lebih kurang 30 tahun), ‘Amir ibn Rabi’ah (lebih kurang 30 tahun), Na’im Ibn ‘Abdullah (lebih kurang 30 tahun), ‘Uthman (30 tahun), Abdullah (30 tahun), Qudamah (19 tahun), Al-Saib (lebih kurang 20 tahun, Abu Salamah ‘Abdullah ibn ‘Abd Al-Asad Al-Makhzumi (lebih kurang 30 tahun), ‘Abd Al-Rahman Ibn ‘Auf (lebih kurang 30 tahun), Ammar Ibn Yasir (diantara 30 dan 40 tahun), Abu Bakar Al- Siddiq (37 tahun), Hamzah Ibn ‘Abd Al-Muttalib (42 tahun), ‘Ubaydah Ibn Al-Harith (50 tahun).
Mereka berdiri dibelakang Nabi SAW
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
(Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. 16:125)
Jamaah Islam yang tertanggung perit pantas disambar fenomena luarbiasa ini. Pelbagai profession, dari sehebat-hebat doktor hinggalah sehebat-hebat mekanik motor. Budak-budak muda yang dididik dulukala kini kembali membentuk benteng yang pernah diusahakan. Kekuatan seperti inilah yang pernah dimiliki Rasulullah SAW sehingga Allah perintahkan Baginda dan sahabat keluar berdakwah secara terang-terangan. Datang dengan pelbagai idea dan formasi. Dengan hanya berbekal 'tablet' dan 'android' mereka bergerak. Berpersatuan
melalui manipulasi medium 'facebook', 'blog' dan 'twitter'. Mereka kini bergaya dan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Terimakasih orang lama dan selamat datang budak muda..
-...Sempena 60 tahun penubuhan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan perjuangan gerakan Islam di Malaysia
No comments:
Post a Comment