usaha tangga kejayaan |
'Sekuriti' amalan Sunnatullah
Emosi melampau dan perasaan marah adalah milik asal hati. Hati yang diasuh baik akan mengeluarkan produk baik dan tepat dan sebaliknya. Rasulullah mengatur beberapa pelan dan strategi bagi individu yang emosinya terganggu.
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang antara kamu marah,dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk kerana hal itu akan menghilangkan marahnya dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Muslim)
Prosedur bijak anjuran Rasulullah SAW juga sebenarnya secara tidak langsung dapat memperlahankan emosi kemarahan dan timbang fikir. Dan inilah dia langkah kesabaran. Selain itu Rasulullah syorkan pengambilan wudu' dimana unsur api yang ada pada syaitan lawannya ialah air.
Rasulullah SAW bersabda: "Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila salah seorang antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk." (Hadis Riwayat Abi Daud)
Praktikkan dalam amalan harian
Ingatlah bahawa apapun kebaikan (amal soleh) yang kita buat sentiasa diuji oleh Allah Swt. Bergantung kepada keikhlasan kita dalam beramal. Dunia manusia hari ni menuntut seseorang agar sentiasa 'prepare' segalanya. Praktik amanat Rasulullah SAW mengawal kemarahan dengan memenangkan kesabaran. Lakukan peringkat demi peringkat bermula dengan kelompok kecil contohnya dirumah. Selain dari manfaat yang diperolehi, pahala mengikut sunnah juga dimiliki.
ABU Hurairah dan Said Al-Magburi R.A meriwayatkan: "Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar r.a. Ketika itu Rasulullah Saw. duduk di sebelahnya. Nabi Saw. diam saja, begitu juga Sayidina Abu Bakar r.a.
Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Sayidina Abu Bakar r.a membalas makian itu, tetapi Rasulullah Saw bangun dan beredar dari situ. Sayidina Abu Bakar r.a hairan dan terus mengikuti Nabi Muhammad Saw. sambil berkata: "Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam, ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi."
Rasulullah Saw. lantas menjawab: "Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan."
Rasulullah SAW kemudian bersabda lagi: "Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredaan Allah."
Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredaan pada hari kiamat."
Perilaku seseorang banyak dipengaruhi oleh kesihatan hati. Buruk perangai bermaksud hatinya berpenyakit. Hati yang sihat milik personaliti yang mempunyai pertimbangan akal yang tepat. Perolehilah hati yang sihat dengan 'ubat' zikirullah dan selawat. Dan ramai orang akan turut menikmati pertimbangan sihat kita..Insya Allah..
Selamat menyempurnakan Solat Jumaat..
No comments:
Post a Comment