Kira-kira 300 orang jemaah telah menyempurnakan solat sunat Eidul Adha di Surau Assomadiyyah, Kampung Senduk kira-kira jam 9.00 pagi (waktu Malaysia) semalam (26.11.12). Solat sunat Eidul Adha tersebut diimamkan oleh saudara Emy, sementara khutbahnya disempurnakan saudara Sofiuddin. Khatib mengingatkan sidang hadirin peri-pentingnya kepatuhan kepada apa saja tuntutan syariat dan bahaya akibat engkar apatah lagi jika mempersendakannya.
Selesai solat, jemaah dijamu lemang, ketupat dan kuih-muih sebagai sunnah 'sarapan pagi'. Sebagai fakta tambahan, lemang yang menjadi menu utama pagi itu, proses bakaran sehari sebelumnya terpaksa menempuh dugaan berat apabila hujan lebat turun mencurah-curah. Krew terpaksa mengubah SOP pembakaran dengan kawalan perparitan yang baik untuk menyelamatkan keadaan. Nampaknya krew-krew telah mengambil iktibar dari siri-siri pembakaran yang lalu.
Hari ini (27.11.12), 4 ekor lembu ditumbangkan ahli kariah kampung sebagaimana disyariatkan. Semua disiplin kerja berjalan lancar seperti direncanakan walaupun ada antara saksi (enggan namanya disiarkan) mengakui lembu untuk edisi kali ini sedikit 'liat' untuk ditewaskan. Sidang Senduk gagal menghubungi tukang sembelih untuk edisi kali ini, En Mat Lazim untuk penerangan lanjut. Walaubagaimanapun dagingnya tetap lembut selepas direbus.
Bungkusan-bungkusan daging lembu mentah yang siap dipotong diagihkan kepada seluruh penduduk melalui beg beg plastik berukuran 11X12, selain ada yang dimasak. Bab agih-mengagih diuruskan Ustaz Shahrul dan bab masak-masak di'setel'kan Chef Fuad (Indah Katering). Juadah tegar sup daging cicah air asam senduk, tradisinya tetap dikekalkan.
Pihak surau Assomadiyyah dan khususnya Sidang Senduk mengucapkan jutaan terimakasih atas kerjasasama hebat dari semua penduduk kampung terutama buat 'budak-budak' muda Senduk. Terimakasih buat tukang sembelih, tukang korek lubang, tukang lapah, geng-geng penjatuh lembu, pemasang-pemasan khemah, pengagih daging, tukang masak, 'runner' dan muslimat penyiang bahan masak. Tahniah buat semua yang terlibat.
VOCALIST
Sunday, October 28, 2012
Wednesday, October 24, 2012
MAKARONI BAKAR DAGING KORBAN
Pada musim raya korban, akan ada JKK masjid, surau dan siapa saja agihkan daging korban buat anda. Dan kadang-kadang buatkan anda 'tension' memikirkan resepi apa lagi yang fantastik untuk daging anda tadi.
Sidang senduk sangat perihatin dengan masalah anda. Kami cadangkan satu alternatif bagaimana anda mahu 'bergaya' dengan kelainan menu daging anda. Cubalah resepi 'makaroni bakar'.
Bahan-bahannya ialah
1 kilo makaroni
1 botol cili sos samano
15-20 sudu cili mesin (cili mesin ngan bwg besar) dh siap mesin br cedok berapa banyak nak
4-5 labu bwg besar dipotong dadu
1 kilo daging mesin (daging korban tadi)
5 biji telur
30 sen daun sup campur
Garam dan gula secukop rasa
Cara-cara (sambil-sambil la selawat dan zikir, semoga lebih barakohnya)
Mula celur makaroni dah kembang tos dan letak sebelah. tuang minyak sikit, tumis cili mesin tadki sampai pecah minyak.
Masukkan daging dah masak daging, pecah telur 5 biji dan kacau. Masukkan bwg besar yg dipotong dadu tadi, cili sos sebotol, daun bawang.. oo lupa bawang goreng semangkok, gula dan garam secukop rasa dan last sekali masukkan makaroni dan kacau sebati.
Dah siap tu, boleh makan dah tapi kalu nak cantik lagi, masukkan dalam periuk bengkang pastu pecahkn 8 biji telur kacau sikit dan tuang keliling. Bakar 20 minit pd suhu yg sesuai la. dah habis 20 min ambik telur 7 biji lagi dgn kaedah yang sama pecah pukoi sikit dan tuang keliling kasi semua kena. Tujuan nak 'bind'struktur-sruktur makaroni tu biar dia jd macam bengkang. Bakar lagi 20 minit. Bila dah siap, potong makaroni tabur bwg goreng dan buboh cili sos serta daun bawang. Tara..!! Dah siap dan sedia untuk dinikmati...
Untuk menilai taraf masakan anda(berapa bintang) dan di 'level' mana kesedapannya, bolehlah disedekahkan kepada jiran-jiran sebelah dan siapa juga (pastikan mereka makan dan bagi komen). Menu ini juga sesuai di berkelahkan di mana-mana saja (bungkus dalam tapewer) contohnya Lakegarden Taiping, sekiranya bosan dengan suasana di rumah.
**Terimakasih buat Puan Zawani Othman (ahli sidang cawangan Batu Gajah) atas perkongsian resepi diatas.

Labels:
TEATER MUSIKAL
Tuesday, October 23, 2012
KORBAN REVISITED EPISOD II
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah perasaan yang dirasai Nabi Ibrahim AS apabila menerima beban arahan Allah untuk menyembelih darah daging hasil perkongsian dengan Siti Hajar. Apatah lagi anak bakal dikorban itu adalah satu-satunya cahaya mata kesayangan yang ditunggu berpuluh-puluh tahun.
Anak yang bakal dikorban pula adalah Nabi Ismail, juga dari benih Siti Hajar yang dulunya mempunyai pengalaman perit apabila ditinggal Nabi Ibrahim sehelai sepinggang di tanah tandus Mekah tanpa apa-apa bekalan. Kisah bagaimana Siti Hajar berlari-lari disekeliling kota Mekah bagi mencari sesuatu juadah buat mengatasi tangisan kelaparan Nabi Ismail AS saat susu badannya sudah kering.
Perasaan cinta Nabi Ibrahim kepada Allah mengatasi segalanya melebihi kekuatan cinta pada isterinya Siti Hajar dan anak Nabi Ismail. Waktu ini Ismail sudah pun melangkaui usia remaja dan sudah bersedia mengambil alih tugas-tugas Nabi Ibrahim. Demi ketaatannya kepada Allah, Nabi Ibrahim menyampaikan amanat Allah satu-persatu buat Ismail as walaupun keberatan.
” Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu , agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar menringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku berikanlah kepadanya pakaian ku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya.”
Ditakdir Allah, parang tajam Nabi Ibrahim AS tak upaya menyembelih leher Nabi Ismail as yang kemudiannya di gantikan Allah SWT dengan seekor kambing. Allah SWT telah membuktikan 'ketaatan luarbiasa' pasangan anak-beranak Ibrahim dan Ismail dalam menyahut tuntutan syariat.
Bayangkan jika Allah masih mengekalkan pensyariatan sembelihan anak masing-masing sebagai korban hari ini. Anak dan bapa yang longgar akidah akan berkejar sana-sini huru-hara. Akan ada sana-sini pengamal hak asasi berdemo menentang apa yang diistilahkan mereka ekstrem (zalim dan kejam). Akan keluar kenyataan-kenyataan engkar seperti primitif, tak sesuai dan paling hina ialah 'makan sup tangan'. Syariat yang tersedia kekal dan jelas sekalipun diperlekeh dan dipijak sesuka hati puak-puak yang anggap akal mereka melampaui ilmu Allah ini.
Malaysia juga 'bangga' kerana memiliki kumpulan dan pasukan yang jelas tidak mesra syariat. Kelompok liberal inilah tulang belakang yang sebenarnya bermatian-matian memastikan tidak tertegaknya pelaksanaan sebarang undang-undang syarie. Dengan bersembunyi disebalik Islam, amalan yang kebanyakan mereka anuti ini sangat mengelirukan masyarakat. Kesan keengkaran merekalah (terutama pemimpin) jadi punca berlakunya gejala zalim seumpama bunuh bayi zuriat sendiri, rompak dan rogol.
Dua pensyariatan (haji dan korban) adalah teladan dari kisah 'popular' Nabi Ibrahim, Ismail dan Siti Hajar. Syariat Nabi Ibrahim ini dipersembahkan dengan terang melalui Al-Quran sebagai ibadah umat Nabi Muhammad SAW. Umat Islam wajib mengisytiharkan kesediaan bagi pelaksanaan sebarang syariat sebagaimana sanggupnya Ibrahim as dan Ismail as menurut perintah Allah tanpa buruk sangka.
Sebarang syariat dari Allah adalah suatu amanah buat manusia yang terbeban pada diri mereka sebagai pemimpin muka bumi. Jangan biarkan diri kita berada di posisi seorang Islam yang engkar yang boleh membawa kepada kekufuran. Keengkaran bakal jadi punca pelbagai kerosakan bumi beserta isi dan sabitnya adalah tangan-tangan manusia itu sendiri. Hanya kerana engkar.
“Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan-perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” [Surah ar-Rum (30):41].

JAMMING SESSION
Tuesday, October 16, 2012
ABADIKAN PENGORBANAN HAJAR
Sambil memegang kuat baju Nabi Ibrahim, ditanya Hajar AS kepada Nabi Ibrahim dalam keadaan amat-amat sedih "Apakah ditinggalkan aku kerana perintah dari Allah SWT?". Air mata Hajar AS kemudian membasahi sebahagian tubuh Nabi Ismail AS. Hajar juga tidak 'berani' menyoal lagi. Semestinya Hajar AS sedar betapa taat suaminya kepada Allah.
Tentang taatnya Nabi Ibrahim AS
Sesungguhnya Nabi Ibrahim AS tidak akan meninggalkan isteri tercinta Hajar AS dan anak kesayangannya Ismail jika tidak kerana taatnya kepada perintah Allah. Anaknya Ismail AS sewaktu ditinggalkan masih lagi disusui Hajar AS. Nabi Ismail yang dianggarkan berumur lebih kurang 2 tahun telah ditinggalkan serta-merta di tanah tandus (tiada pokok, binatang ternakan dan punca air) berbekalkan sedikit bekalan makanan dan minuman yang dijangka tidak akan bertahan lama. Tiada terdapat rumah-rumah orang apalagi restoran.
Di Malaysia pun ada. Ada ibu yang gelisah sambil berlari-lari anak untuk 'selamatkan' bayinya tapi bukan untuk pertolongan tapi gelisah mencari tempat yang paling strategik untuk membuang kandungannya. Spesis ini lebih teruk dari binatang. Binatang pun tidak tinggalkan kandungannya dicelahan timbunan sampah.
"Bertawakkallah kepada Allah yang telah menentukan kehendak-Nya, percayalah kepada kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya. Dialah yang memerintah aku membawa kamu ke sini dan Dialah yang akan melindungi mu dan menyertaimu di tempat yang sunyi ini. Sesungguh kalau bukan perintah dan wahyunya, tidak sesekali aku tergamak meninggalkan kamu di sini seorang diri bersama puteraku yang sangat ku cintai ini. Percayalah wahai Hajar bahwa Allah Yang Maha Kuasa tidak akan melantarkan kamu berdua tanpa perlindungan-Nya. Rahmat dan barakah-Nya akan tetap turun di atas kamu untuk selamanya, insya-Allah."
Redho dan Pengorbanan Si Ibu mithali
Nabi Ibrahim AS hanya mampu menanamkan seluruh keyakinan dan kebergantungan baginda kepada rahmat dan pertolongan Allah SWT buat bekalan Hajar AS. Dari celah-celah bukit, jauh dibalik pandangan Hajar AS, Nabi Ibrahim sempat menadah tangan berdoa supaya Allah mengurniakan segala kebaikan bukan saja buat Hajar AS dan Ismail AS tapi seluruh keturunannya. Doa memohon rahmat Allah seterusnya memujuk hati sedihnya. Allah terbukti memperkenankan doa kekasihNya, bumi Mekah, lanskap kesuburannya berubah dan nikmatNya dapat dirasai Umat Islam sedunia hingga kini.
Sebagai Nabi Allah, Ibrahim pasti telah mendidik isterinya Hajar AS secukup-cukup ketabahan bagi menanggung beban ditinggal suami. Dan Hajar AS pula bukannya calang-calang ibu. Walaupun telah ditakdirkan kemudiannya terjahan tapak Ismail AS menghasilkan air namun si ibu tetap berusaha sedaya mungkin untuk menyara anaknya. Berlari-lari kesana-sini demi setitik air buat meredakan tangisan anaknya Ismail AS.
Redho dan pengorbanan Hajar AS semestinya dijadikan renungan buat semua kaum ibu masa kini. Sehingga hari ini, umat Islam telah mengabadikan pengorbanan Hajar AS sebagai ibadah dalam pensyariatan haji dan umrah.
Mampu lagikah kita meneladani pengorbanan seorang ibu sehebat Hajar AS atau seorang suami dan bapa sekuat Nabi Ibrahim AS? Dimana nikmat Islam yang dirasai hari ini ada rentetan kisah menyayat hati ketiga-tiga insan hebat ini. Sama-sama kita hayati peristiwa 'korban anak-beranak' di Eidul Adha ini..

DRAMA AKSI
BUKAN BUDAYA KITA
Apa budaya kita? 'Punch card', pesta seks, konsert bebas, buang 'baby', menogok arak, akademi fantasia.. Bukan budaya kita.
Apa budaya kita? Membaca, mengkritik, berdebat, BR1M, tunjuk perasaan, pijak kereta polis, maharaja lawak.. Bukan budaya kita.
Apa budaya kita? Bersopan santun, Arab spring, bodek sana-sini, 'road-bully', naik jet peribadi..
Bukan budaya kita.
Apa budaya kita? Berjimat cermat, bahasa pasembor, janji ditepati, tudung Farida, beg tangan Birkin, matematik dalam bahasa inggeris..
Bukan budaya kita.
Apa budaya kita? Berbudi bahasa, bekerjasama, tonggek punggung, pijak gambar, kencing gambar, 'racist'..
Bukan budaya kita.
Apa budaya kita? Beradab, samseng, pakai menjolok mata, video porno, sogok bawah meja, politik wang..
Bukan budaya kita.
Apa budaya kita? Kibar bendera kebangsaan, 'willy-wikang', 'speed trap', subsidi, kroni, pilihanraya bersih..
Bukan lagi budaya kita.

AKUSTIKA
Monday, October 15, 2012
KRISIS BUTA AL-QURAN
"Ada kajian dibuat terhadap sekumpulan remaja lingkungan umur 20-30 tahun dan 95% daripadanya adalah buta Al-Quran.."
Apakah ini juga salah satu perkara yang boleh di kategorikan sebagai masalah yang perlu di tangani oleh penguasa? Adakah kementerian pelajaran melayan dengan adil masalah Buta Al-Quran seperti layanan buat buta bahasa inggeris? Ya!! Lebih dari itu jawapnya.. Kalau benarlah kajian ini. Ini kerana generasi 95% inilah yang bakal duduk memimpin negara.
Dengan mengambil kira kegagalan memahami huruf arab/jawi, gagal membaca tertib ayat dan gagal mengenal surah Al-Quran maka layak baginya bergelar buta Al-Quran. Sindrom buta Al-Quran perlu dipandang serius oleh pelbagai pihak.
Sesetengah ulama menganggap kesalahan tajwid adalah satu bentuk jenayah dalam pembacaan Al-Quran dan ada juga berpendapat ia seolah-olah satu ejekan buat kalam Allah. Wal'iyazubillah!!. Bagaimana pula jika buta Al-Quran?. Keruncingan ini sepatutnya merunsingkan pihak yang berkenaan.
Kalau solat itu tiang seri agama, Al-Quran pula tiang kesempurnaan solat. Sebab itu Al-Qur’an dan solat sentiasa didatangkan beriringan. Buta Al-Quran bermakna secara automatik buta solat. Dan penyakit kebutaan ini menyerang hampir satu generasi muda yang tidak boleh diremehkan.
Jika negara kita mensasarkan sifar buta huruf menjelang tahun 2015 sebagai menyokong Agenda Pendidikan Untuk Semua (EFA), bagaimana pula dengan agenda sifar buta solat dan buta Al-Qur’an di negara yang menjunjung Artikel 3 (1) dalam Perlembagaan Malaysia iaitu Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia? Adakah ia bukan sebahagian daripada Agenda Pendidikan Negara? Atau Agenda ini hanya untuk mereka yang tergolong dalam Golongan yang mempelajari Agama secara mendalam @ Penuntut Pengajian Islam?
Dalam Islam, aqidah perlu disempurnakan dahulu sebelum melaksanakan rukun dan aspek Islam yang lain. Malah, jika kita lihat kepada turutan Rukun Islam, yang pertama adalah mengucap syahadah (aqidah) dan kedua hingga kelima iaitu mendirikan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji (bagi yang berkemampuan) lebih menjurus kepada aspek ibadah.
Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim mafhumnya, “Dari Abu ‘Abdal Rahman ‘Abdullah Ibn ‘Umar radiyallahu ‘anhuma katanya: Aku dengar Rasulullah S.A.W bersabda: Didirikan Islam atas lima (rukun): Syahadah (pengakuan) bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan mendirikan sembahyang, dan mengeluarkan zakat, dan mengerjakan haji di Baitullah, dan puasa di bulan Ramadhan.”
Justeru, fenomena buta solat dan Al-Qur’an dewasa ini boleh dijadikan hujah kepada permasalahan ‘aqidah dalam kalangan masyarakat Islam sendiri. Kita meyakini, kelalaian dalam menunaikan kewajipan agama terutama solat adalah bertitik-tolak daripada aqidah dan keimanan yang melemah akibat tuntutan hawa nafsu yang tiada kenal erti puas.
Benarlah bahawasanya amalan yang paling berat dilaksanakan generasi masa kini ialah solat dan membaca serta mentadabbur Al-Qur’an. Maka, bila ditanya apakah amalan dunia yang paling mulia?, jawab Al-Fadhil Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam bukunya Fiqh Keutamaan sebagaimana memetik pendapat daripada Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah yang bersandarkan kepada sebuah hadith yang tidak diketahui sanadnya, bermaksud:“Amalan yang paling baik ialah yang paling susah dan berat.” Ya, menjaga solat dan tadabbur Al-Qur’an itulah yang amalan yang terutama masing-masing pada amal perbuatan dan amal lisan di sisi Tuhan, Allah ‘Azza Wa Jalla.
Apatah lagi, amanat terakhir kepada umat tinggalannya sebelum menjelang kewafatan Baginda Saidina Rasulullah adalah tentang memelihara solat. Rasulullah S.A.W berasa sungguh khuatir umatnya tidak lagi memiliki rasa dan jiwa pada ibadah solat. Juga, firman Allah S.W.T dalam surah Al-Furqan, ayat 30 mafhumnya, “Berkatalah Rasul: Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah meninggalkan Al-Qur’an ini.
Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama merenung, mengkaji dimana silapnya sehingga lahirnya generasi Islam yang buta hati pada keagungan solat dan meninggalkan Al-Qur’an dewasa ini. Lebih malang jika generasi ini jualah yang megah membuat dasar negara.
Tidak hairanlah kenapa aqidah senang sekali dicarik sehingga gejala murtad berleluasa, maksiat senang sekali dikerjakan sehingga fenomena zina, buang anak, dadah dan pelbagai penyakit sosial dijuarai oleh golongan manusia beragama Islam. Ini secara batiniyyahnya terjadi lantaran solat tidak menjadi perisai yang menjadi benteng ampuh mengekang hawa nafsu dan meninggalkan pegangan paling utuh iaitu Al-Quran dengan berbangga dengan rasional intelek semata.
Dicadangkan agar kempen-kempen kesempurnaan solat dan semangat Iqra’ dihidup suburkan, diakar umbikan dalam semua institusi sosial terutama institusi keluarga, institusi pendidikan, institusi keagamaan, institusi pemerintahan, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan media massa. Apalah makna Artikel 3-Islam sebagai agama Persekutuan jika masyarakat Islamnya jahil mengenai tunjang utama agamanya. Walau wujud pelbagai akta untuk mengekang penularan murtad dan menjaga kesucian agama Islam, ia sebenarnya belum cukup menjamin seseorang itu benar keIslamnya. Yang ditakuti Islam hanya pada nama, tetapi tidak pada hati, percakapan dan perlakuan. Semoga Allah memberikan kita semua taufiq dan hidayat serta ditetapkan hati hanya kepadaNya dan Islam sebagaimana yang dikatakan ‘Inna Ad- dinu ‘Indallahi al- Islam (Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah Islam.” Wallahu’alam

JAMMING SESION
SYAITAN YANG DIKENALI
Meskipun Allah SWT telah mengambil kesaksian kepada manusia tentang rububiyah-Nya saat mereka masih berada di alam ruh dan mengatakan “balaa syahidnaa” (Ya kami menyaksikan), namun dalam realitas kehidupan masih kita ketemukan kelompok manusia yang selalu mengingkari Allah SWT. Pada akhirnya mereka senantiasa mengingkari kebenaran yang telah dibawa para Nabi dan Rasul-Nya. Setiap risalah yang diserukan oleh para Rasul selalu saja mereka mendustakannya. Bahkan mereka dengan sengaja menjadikan diri mereka sebagai 'front' penentang setiap kebenaran yang dibawa oleh para Rasul.
Maka jelas bagi kita bahwasanya manusia terbahagi kepada dua kelompok yang terus bermusuhan sepanjang sejarah peradaban dan kehidupannya. Sebahagian mereka ada yang sangat tunduk dan patuh kepada setiap seruan dan ajaran yang dibawa para Nabi dan Rasul. Mereka senantiasa meyakini kebenaran ayat-ayat ilahiah yang ditilawahkan dan diajarkan para Rasul, tampil sebagai pembela kebenaran dan berjuang dengan segala pengorbanan demi tegaknya kalimat “laa ilaaha illallah” di persada dunia. Mereka itulah yang disebut “Hizbullah” (Partai Allah) oleh al-Quran.
Dan sebagian yang lain ada yang menjadi kelompok pendukung dan pembela kebatilan, kekufuran dan kemungkaran.
“Dan sesungguhnya kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan) : “Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu”, maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka mengembaralah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul)” (An-Nahlu - 36)
"Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik (derhaka)." (Al-Hasyr-19)
Dari beberapa ayat di atas, bahawasanya hizbus syaitan ini terus berada dalam kesesatan dan kebatilan. Mereka tak berhenti menebarkan kesesatan dan kebatilan ini dengan segala cara selama ada kesempatan. Mereka juga terus mempengaruhi manusia yang lain agar mau bersama-sama mereka untuk memperjuangkan keyakinannya dan mengusungnya dalam rangka kemaksiatan kepada Allah.
Misi dan strategi Hizbus Syaitan
Hizbus Syaitan tidak akan tinggal diam untuk mewujudkan keinginan dan impian-impiannya. Mereka senantiasa melangkah untuk menghimpun manusia-manusia yang mudah dipengaruhinya. Inilah beberapa langkah yang ditempuh oleh mereka;
Pertama, mereka berusaha keras mengeluarkan manusia dari cahaya Allah dan nilai-nilai keimanan.
“Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah:257).
Kedua, tazyiin (memandang bagus kemaksiatan). Mereka bersungguh-sungguh memesongkan persepsi pengikutnya sehinggalah kemaksiatan itu dipandang umpama keta’atan, melakukan kemungkaran sebagai hak asasi dan meyakini kemaksiatan sebagai media perenungan kurniaan Allah. Inilah fenomena yang terjadi dewasa ini, fenomena masyarakat didominasi oleh penyakit syahwat dan syubhat.
"Dan Kami adakan untuk mereka teman-teman rapat (dari jin dan manusia), lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka (fahaman-fahaman sesat) mengenai perkara-perkara dunia yang ada di hadapan mereka, serta perkara-perkara akhirat yang ada di belakang mereka dan (dengan sebab itu) tetaplah hukuman (azab) atas mereka bersama-sama dengan umat (yang sesat) dari jin dan manusia yang terdahulu daripada mereka. Sesungguhnya mereka semuanya adalah golongan yang rugi (bawaan hidupnya)." (Fusilat:25)
Ketiga, taswis (membisikkan kejahatan dan membangun keraguan dalam hati manusia). Golongan yang telah dijerumuskan setan ini selalu berusaha membangun keraguan di dalam hati manusia-manusia lain akan kebenaran Islam. Mereka selalu mengingkari ayat-ayat ilahiah dan tidak pernah menempuh jalan yang membawa petunjuk.
Allah berfirman; “Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi. Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia. Dari golongan jin dan manusia.” (An-Nas:4-6)
MENGENAL HIZBUS SYAITAN
Setiap kelompok memiliki ciri-ciri khusus yang menjadi karakter pembeza antara satu dengan yang lain. Sebagaimana Hizbullah memiliki ciri-ciri atau muwashafat yang berkaitan dengan nilai-nilai ketaqwaan dan kemuliaan, maka hizbus syaitan juga memiliki ciri-ciri tertentu sebagai berikut;
Sering melupai Allah (ghaflah).
Manusia dari golongan dan status apa saja apabila sudah dikuasai syaitan, niscaya ia akan lupa kepada Allah SWT. Dan pada akhirnya mereka akan mudah melakukan pelbagai perlanggaran dan menikmati hal-hal yang dilarang Islam. Cuba renungkan lagak 'pimpinan' dan 'masyarakat' yang saat hati dan perasaan mereka dikuasai setan.
Mengekori hawa nafsu
“Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam Neraka).."(Maryam-59)
Menjauhi Al-Quran
“Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayat petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.” (Al-A'araf:146)
Dibawah pengaruh syaitan
“Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang rugi.” (Al-Hasyr:19)
Berlindung kepada musuh-musuh Allah.

Semoga kita sentiasa teguh menentang golongan ini dan tegap menyertai hizbullah sepanjang kehidupan kita. Mereka (syaitan) akan hilang dan musnah, sementara hizbullah akan terus wujud dan memetik kemenangan sesuai janji Allah SWT.
Sumber : terrorist dapur

MUSIK LATAR
Tuesday, October 9, 2012
PAK BAEN : JANJI DI SUBSIDI
"Aku nak buat kenduri besar-besaran.." Pak Baen mula membayangkan kenduri dikampung tercintanya Timbang Tahil sedikit masa lagi. Seantero kariah kampung akan diundangnya. Pak Baen juga akan turut menjemput wartawan dari akhbar-akhbar sensasi untuk membuat liputan 'live' suasana kenduri tersebut.
Pak Baen juga merancang satu sukaneka bagi membuat kendurinya lebih 'happening'. Disamping 'door gift' 1 kilogram gula Kuala Perlis yang disediakan, undangan juga berpeluang memenangi cabutan bertuah misteri. Almaklumlah, Pak Baen sehingga penyakit tiga beradik belum menyerang hidupnya adalah stokist gula tersohor di kampung.
Pak Baen berhajat memberitahu orang kampung betapa gumbira lubuk hatinya disaat pengumuman pemerintah begitu kreatif mengurangkan subsidi gula pada pembentangan bajet tahunan. Akan dipasang nanti kain rentang bertulis 'janji dikurang subsidi' sebagai tanda terima kasih.
"Kerajaan tak mahu kita kencing manis.." Serius sekali Pak Baen bersembang bersama sekutunya diwarung kopi Janda Benah. Pakat-pakatlah orang mengerumuni meja Pak Baen. Seperti selalu Pak Baen akan 'memayung' makanan dan minuman pengunjung-pengunjung warung tersebut termasuk yang terbungkus.
Pak Baen mula terbayang tepung talam 'favourite'nya yang kurang manis diwarung Benah, teh tarik mamak Kabir yang kurang gula dan cendol Pak Saros rendah gula. Bagi Pak Baen, idea pengurangan gula adalah latihan yang tersangat efektif.
"Dahla rakyat berpenyakit, negara pulak bankrup.. Buat apa?.." Pak Baen menyindir sesetengah orang yang lebih selesa jika pemerintah menaikkan semua subsidi.
"Memang mereka jenis tak tau bersyukur.." Tambah Pak Baen lagi. Geram Jugak dengan sesetengah orang yang suka kutuk kebaikan pemerintah ni.
"Kira okey la tu ada lagi subsidi !!.." Suara Pak Baen makin tinggi.
Pihak pemerintah memang terkenal dengan kegeligaan ideanya. Sebelum ini pemerintah telah mengurang subsidi minyak untuk menggalak rakyat berbasikal, mengurangkan subsidi tepung sebagai usaha mengurangkan obesiti dan pengurangan subsidi beras supaya rakyat mencuba-cuba jadikan gandum sebagai makanan asasi. Semua langkah kerajaan disambut baik Pak Baen dulu dan kini.
"Haa.. Jangan dibawak ke tidur pulak subsidi tu!!" Sergah Mak Mah membuatkan lamunan Pak Baen serta-merta terhenti.

Sunday, October 7, 2012
SINDROM LAMA MEMERINTAH
Inilah penyakit kebal yang terpaksa dihadapi oleh angkatan baru apabila mewarisi satu pemerintahan yang melampau lamanya duduk ditampuk penguasaan. Bukan sistem sahaja yang tertinggal, malah kesempitan minda rakyat juga turut tertinggal. Rakyat bagai mengidap 'trauma' panjang yang perlukan masa untuk pemulihan.
"...Kebelakangan ini, kadang-kadang terasa cepat panas telinga kalau orang Mesir kutuk Mursi sebagai "rajul wehsyah". Sedang dunia luar berbangga dengan Presiden baru Mesir ini. Sebenarnya, rakyat Mesir yang membenci Mursi kerana mereka tidak mendapat maklumat sebenar kehidupan Presiden mereka. Mungkin atas faktor buta huruf atau malas membaca atau kerana terlalu lama dibelenggu dengan penjajah hingga menganggap semua Presiden Mesir bertaraf 'penyamun'.
Memang diakui,mustahil usaha yang dirancang 100 hari untuk membaiki kerosakan yang berlaku lebih 30 tahun. Mursi bukan mewarisi Mesir selepas Gabenor Saidina 'Amru bin Al-'As tetapi selepas generasi-generasi Fir'aun yang melakukan pelbagai fasad dan dosa.
Menteri Kewangan Mesir, Mumtaz Sa'id dalam temubual terbaru dengan sebuah majalah "El-Hiwar" berkata, sejak menjadi Presiden, Dr. Muhammad Mursi tidak pernah menggunakan elaun keraian dan perjalanan dalam lawatan ke luar negara sama ada ke Iran, Amerika, Saudi, China dan Turki. Bahkan sewaktu menziarahi Saudi yang disertai oleh isteri dan anak-anaknya, kesemua mereka menggunakan wang poket sendiri, bermula urusan tiket kapal terbang hingga penginapan,makan dan minum.
Mursi juga masih kekal tinggal di rumah sewa di Tajammuk Khomis dan menolak untuk tinggal di Istana Ittihadiyah, bahkan menjadikan istana-istana Presiden sebagai pejabat rasmi dan pusat aduan rakyat.
Mursi juga membatalkan kenderaan pengiring Presiden yang berjumlah tidak kurang 400 buah pada zaman Mubarak kepada hanya 20 buah dan tidak menutup jalan-jalan raya yang dilaluinya kepada pengguna yang lain.
Sudah memadai ini semua antara kejayaan utama Mursi dalam 100 hari pertama beliau. Ada surat khabar sebarkan berita ini? Tahukah mereka yang membenci Mursi fakta ini?
Benar kata Saidina Ali RA. "Manusia menjadi musuh kepada perkara yang tidak diketahuinya."..."
Sumber : Facebook Abdul Malik
Ini perlu dijadikan iktibar buat kumpulan baru yang bakal menaiki singgahsana. Strategi dan mekanisma khas perlu di'prepare' supaya sebarang tekanan mudah untuk diserap. Dan usahanya perlu disegerakan.

Tuesday, October 2, 2012
BAJET 12 DAN SLUMDOG MILLIONAIRE
Apabila PM umumkan bajet jutaria 2012, bayangan sinetron paling hampir,ketara dan menyerlah ialah kisah budak miskin jalanan bernama Jamal Malik dalam Slumdog Millionaire. Filem ini dianggap terbaik kerana kekuatan ceritanya. Ia mengisahkan perjalanan hidup seorang kanak-kanak lelaki India Muslim; Jamal Malik yang menjalani kehidupan bersama abangnya sejak kematian ibu yang diserang kumpulan penganut Hindu. Jamal menghabiskan zaman kanak-kanaknya berkongsi kemelut kemiskinan, pergolakan sosio-politik dan penindasan golongan hartakayawan disisi kekayaan negara yang hanya dinikmati beberapa kerat personel.
Kerana desakan hidup, Jamal menceburi bidang rompakan 'kecil-kecilan' di area kejiranannya. Sehinggalah suatu hari dia berpeluang menyertai program 'Who wants to be a millionaire' di TV India. Bagi Jamal adalah sesuatu yang bodoh untuk selama-lamanya hidup dalam penindasan. Ada banyak sebab, kenapakah Slumdog Millionaire diangkat sebagai sebuah filem terbaik India sepanjang zaman.
Filem ini kurang di'lagho'kan dengan tarian dan nyanyian, iaitu perencah dan ramuan biasa yang banyak menghidupkan kekuatan dalam filem Hindi sebelum ini. Filem ini lebih mengangkat kehidupan sebenar majoriti masyarakat miskin di India dan ia berbeza dengan filem-filem Hindi yang lain. Jelas apabila Jamal berjaya menjawab soalan kritikal bernilai 20,000,000 Rupee, seluruh India digambarkan melonjak gembira. Jamal rupanya mewakili jutaan rakyat miskin di India.
“You don’t have to be a genius,” kata Jamal kepada polis yang menahannya. Beliau disyaki menipu dalam program tv termasyhur di India itu. Memang benar kata Jamal.
Beliau sebenarnya tidak sepintar mana dan hal ini dibuktikan pada akhir cerita di mana beliau sendiri tidak tahu jawapan mengenai nama wira dalam The Three Musketeers, walaupun novel itu adalah antara yang dibacanya sejak zaman kanak-kanak.
Apa yang menyebabkan Jamal Malik mampu menjawab hampir keseluruhan soalan dalam kuiz Who Wants To Be A Millionaire itu?
Keperitan hidup
Sebenarnya, Jamal mengharungi segala keperitan hidup pada zaman kanak-kanaknya. Untungnya, pada setiap jalur kehidupan yang gelap itu, ternyata ada terkebetulan dengan soalan hos rancangan tv tersebut.
“Di atas kertas wang Amerika $100, wajah siapakah yang tertera di atasnya?” tanya hos program itu.
Jamal termenung dan di ruang matanya, mengimbas zaman kecilnya ketika hidup menipu para pelancong di Taj Mahal. Bersama abangnya Salim, mereka mendapat upah yang banyak.
Di situlah Jamal mengenal mata wang Amerika. Dan, dia mengetahui wajah siapakah yang tertera di atas wang not $100 dollar Amerika itu ketika diberitahu rakannya yang telah dibutakan matanya oleh kumpulan penjahat.
“Benjamin Franklin,” jawab Jamal tanpa ragu-ragu. Bukan itu sahaja. Ada banyak lagi kisah gelap dan cerita suram lagi kelam yang akhirnya gumpalan pengalaman itulah yang telah membantunya menjawab setiap persoalan sukar dalam kuiz tersebut.
Mungkin sudah terbiasa dengan penipuan dan hidup mengenal penipuan ini menyebabkan Jamal dapat mengelak daripada ditipu pengacara program Prem Kumar lakonan Anil Kapoor, yang cuba memerangkap fokusnya ketika bertemu ditandas. Ketika rancangan itu berhenti seketika untuk memberikan laluan kepada iklan, sang pengacara memberi jawapan salah di cermin tandas.
Jamal dapat menghidu konspirasi penerbit yang mahu beliau kalah dan mahu menggagalkan harapannya memenangi 20 juta rupee itu. Jamal bagi mereka hanya layak dimanipulasi kemiskinannya bukan untuk berkongsi habuan 'millionaire'.
Melalui bekalan TALIAN HAYAT, dengan penuh bijak, akhirnya Jamal dapat membebaskan dirinya daripada perangkap pengacara yang memberi beliau jawapan yang salah ketika mereka sempat berbual di tandas sebelum itu.
"Yes, final answer.. A : Aramis.." Kesusahan hidup mengajar Jamal untuk tenang menjawab. Jamal juga merupakan contoh buat kumpulan tertindas untuk berusaha keluar dari manipulasi jebon-jebon penindas.
Kejadian itulah yang menyebabkan pengacara menganggapnya telah menipu. Program itu ditunda pada keesokan hari kerana soalan-soalan belum dapat dijawab semuanya. Dalam perjalanan pulang itulah Jamal diperangkap pengacara dengan meminta polis menyiasatnya di balai polis.
Dalam proses siasatan, dan setelah diseksa dan dipukul dengan teruknya oleh pihak polis, Jamal akhirnya menceritakan satu persatu kisah bagaimana beliau pada akhirnya berjaya menjawab setiap persoalan tadi.
Pengalaman Jamal adalah kritik sosial ke atas masyarakatnya
Satu persatu riwayat hidupnya dikisahkan semula kepada pihak polis. Boleh dikatakan semua kisahnya telah menyebabkan pihak polis sendiri terpaksa akur dengan masalah negara mereka sendiri. Misalnya polis tidak dapat menyelesaikan masalah pergaduhan antara penganut Hindu dan Islam di India.
Jamal dan abangnya Salim setelah menjadi yatim piatu akhirnya diperalatkan sekumpulan lintah darat yang memperalatkan anak-anak yatim untuk dijadikan pelacur, hamba seks, peminta sedekah serta ahli kumpulan samseng yang baru direkrut.
Tiada perhatian serius kerajaan dan sokongan sesama masyarakat ke atas anak-anak yatim di India menyebabkan beberapa kumpulan yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan menggunakan anak-anak yatim ini sebagai kumpulan jahat ketika mereka dewasa kelak. Inilah sebabnya kenapa ajaran agama menggalakkan pembelaan ke atas anak-anak yatim ini disamping bencinya Islam kepada penindasan.
Soalnya.. Who wants to be a millionaire?

Subscribe to:
Posts (Atom)