Hari Terbuka Eidulfitri dan Hari Keluarga Senduk telah terlaksana dengan jayanya pada tanggal 17 September 2011. Sambutan bagi edisi ke-4 sekali lagi berlangsung di laman yang sama iaitu perkarangan rumah Pakcik Awang. Terima kasih buat Tuan rumah keluarga Pakcik Awang atas 'permit' premis yang sangat sesuai untuk program. Perkarangan yang luas dimanfaatkan untuk pelbagai aktiviti termasuk sukaneka.
Selain dari kejayaan berlangsungnya program pada hari sambutan, kejayaan membuat persiapan juga sama pentingnya. Semenjak tarikh diputuskan lagi semua organisasi mula memikir dan bergerak mengikut kerangka masing-masing. Persiapan dilakukan sehinggalah ke akhir tarikh dimana diadakan gotong-royong perdana. Pagi sehari sebelumnya pihak lelaki menyempurnakan pemasangan khemah. Sebelah petang hingga malam (till midnite) chef-chef dan tukang-tukang masak turun ke 'dapur' surau Senduk untuk 'mengerjakan' juadah masing-masing. Muslimat pakat-pakat uli tepung untuk laksa dan ada yang kupas kerang untuk kuah lemang. Siang bawang, perisi ikan dan bermacam kerja dapur dibuat.
Petang tu kami 'ditemani' hujan lebat. Proses pembakaran lemang petang tu menerima impak hebat bila kawasan pembakaran di 'ceroboh' kebanjiran air. Bagaimanapun menu utama tadi akhirnya berjaya terselamat hasil kecekapan krew bertugas yang bertungkus lumus mengusahakan sistem saliran segera disamping menukar formasi pembakaran.
Kerja-kerja persiapan menu berakhir kira-kira jam 1 Am dengan penyudahnya dari pasukan bihun sup.
Menu mengikut Wilayah
Wilayah Hilir - Bihun Sup ayam
Wilayah Tengah - Lemang
Wilayah Utara - Nasi Beriyani
Wilayah Perumahan Guru MTI - Lontong
Muslimat - Laksa
Pemuda - Minuman
Pihak Cawangan - Satay
Perkara bias dimana-mana majlis makan-makan, menu yang paling popular dan 'versatile' ialah sate. Walaupun sate ialah menu yang terlewat disiapkan pihak kami namun sate juga paling laris dan setel seawal jam 11am. 'Pengusaha' sate yang rata-rata budak-budak Muda mengadu terdapat kes pemakan bertindih. Mungkin tahun depan kita akan buat sistem cap jari bagi mengelakkan kes ini berulang.
Sambil menjamu hidangan tersedia, terdapat acara sampingan seperti anyam ketupat, kerusi muzik, tiup belon, motor lambat, baling belon, rebut coklat dan tarik tali dan semua acara disesuaikan mengikut status umur. Ada persembahan nasyid dari budak Pasti, ada silat dan demo padam api dari JPA. Semua acara menghiburkan dan paling 'gila' ialah acara tarik tali yang berlangsung waktu matahari terpacak atas kepala.
Sambutan berakhir kira-kira jam 2 pm. Satu lagi 'senjata' hebat orang Senduk ialah mereka berjaya setelkan kerja pemunggahan dan pembersihan area sambutan sejurus selepas program berakhir. Perkarangan rumah Pakcik Awang kembali seperti tiada apa yang berlaku. Meja dan kerusi kembali tersimpan di tempat asalnya.
Terima Kasih buat kehadiran pengunjung-pengunjung yang jadi penyeri sambutan. Tahniah buat ahli kariah yang 'pulun' sampai penghabisan dengan usaha maksima seolah-olah kenduri peribadi. Pihak pengacaraan pohon kemaafan jika terdapat kekurangan di pelbagai sudut dan berharap matlamat 'ukhuwah Islamiah' tercapai diakhir sambutan. Insyaallah berjumpa lagi di Edisi akan datang...
VOCALIST
Sunday, September 25, 2011
Friday, September 23, 2011
ISA IALAH TAHAN TANPA BICARA
Manusia pada fitrahnya adalah benci pada kezaliman. Orang kaya yang kedekut dan tamak tidak rela dan redho harta mereka diambil suka-suka. Orang kaya takkan menggaji 'security' beribu-ribu kalau mereka rela peti duit mereka dikebas pencuri. Yang zalimnya dasar mencuri itu walau 'amalnya' di rumah saudagar kaya yang bakhil bin kedekut. Mungkin kecurian adalah satu tekanan buat Si kaya yang menyebabkan selera sedekahnya hilang. Status zalim orang kaya bagaimanapun berbeza dengan orang fakir (dari sudut zakat dan sedekah seumpama). Si Kaya yang kurang bersedekah adalah zalim buat orang miskin. Hakikatnya zalim tu tetap zalim. Zalim tu wajib hukum cegahannya..
Islam dan Kezaliman
Dari Abu Sa’id Al Khudri radhiyallahu ‘anhu dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Barang siapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Apabila tidak mampu maka hendaknya dengan lisannya. Dan apabila tidak mampu lagi maka dengan hatinya, sesungguhnya itulah selemah-lemah iman.’.” (HR. Muslim)
Islam memandang kezaliman sebagai satu jenayah perosak bukan saja masyarakat bahkan umat manusia. Dari macam gaya belenggu kezaliman termasuk ekonomi, politik dan sosial, Islam juga melihat kezaliman dibatas perundangan. Undang-undang berat sebelah adalah contoh satu aplikasi kezaliman buat masyarakat. Bagaimana? Islam dan hak asasi manusia menggariskan beberapa panduan supaya tidak berlaku kecenderungan undang-undang kepada kezaliman.
Kezaliman 'Tahan tanpa bicara'
Sebelum hakim mengetuk 'penukul' kesalahan, seseorang tertuduh wajib dibuktikan kesalahannya terlebih dahulu. Apabila sesorang tidak mengaku kesalahannya, perbicaraan mesti dilakukan seperti diminta dan sebarang penahanan adalah TIDAK SAH dan zalim disisi hak asasi. Penahanan TANPA BICARA juga zalim disisi perundangan Islam merujuk kepada kaedah Fiqh ; “Al-Aslu bara’atu zimmah” yang bermaksud “seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah” (innocent until proven guilty).
Kaedah ini diambil dari hadis Rasulullah SAW iaitu, “(Beban) pembuktian adalah di atas pendakwa, dan sumpah (penafian) adalah di atas yang tertuduh” [HR Baihaqi dan Mutafaq alaih].
Sebarang penahanan (kecuali reman dan syaratnya) kepada tertuduh secara tidak langsung menzalimi hak tertuduh untuk menuntut keadilan. Walau sekejam mana kesalahan tertuduh dia berhak menafi dan membersih tuduhan selagi ada bukti yang kukuh. Penahanan bukan sahaja menzalimi tertuduh (haknya) malah turut melibatkan orang yang ada kepentingan dengannya (hak warisnya). Oleh itu undang-undang yang adil mesti ada kriteria melindungi hak tertuduh. Islam mempunyai kaedah penyelesaiannya.
Islam VS ISA
Undang-undang yang memiliki ciri-ciri 'tahan tanpa bicara' seperti ISA yang diamal turun-temurun pemerintah mesti dilihat terlebih dulu zalimnya sebelum kononnya menyekat kezaliman orang lain. Berkuatkuasanya ISA ini seolah-olah satu 'bonus' buat mengekalkan keselesaan pemerintahannya. Tapi harus diingat! Selagi undang-undang sezalim ISA masih gagal dimansuh, turun-naik pemerintah mana pun tidak mustahil ianya akan dikitar semula untuk kepentingan penguasaan. Undang-undang ini seolah-olah 'lesen halal' penguasa untuk menzalimi rakyat.
Realitinya ISA dah luput di Malaysia pada 16.9.11. ISA 'surat beranaknya' adalah milik penjajah British. Penentangannya bukan baru berusia 2,3 tahun. Syahidnya Pejuang Islam Tok Janggut bukan sekadar benci pada susuk 'Mat Saleh' penjajah tapi nilai jajahannya termasuk undang-undang kuku besi. Dan kalau Tok Janggut ada lagi nescaya dia akan turun berdemonstrasi bersama rakyat. Rakyat umum sepatutnya membenci sebarang undang-undang mirip ISA. Rakyat juga patut tahu sebarang Akta yang berciri-ciri 'Tahan tanpa bicara' adalah sezalim-zalim perundangan yang melanggar prinsip Islam dan Hak Asasi.

Labels:
JAMMING SESSION
Wednesday, September 14, 2011
KALAU AL-QURAN ITU DITERIMA SEPENUHNYA
Bagi mengelakkan sesuatu fakta sejarah diputarbelit, Islam mempunyai kaedah tertentu sebagai penyelesaian. Disamping riwayat, Islam juga sangat menitikberatkan taraf periwayat. Seorang periwayat mesti menepati ciri-ciri baik termasuk adil. Kaedah ini terdapat dalam ilmu 'Mustalah Hadis'. Walaupun sejarah mencatatkan bagaimana Sahabat dan Tabi'in berusaha memelihara kesucian Al-Quran dan Hadis namun musuh-musuh Islam tetap tak jemu memdatangkan keraguan.
Sejarah mencatatkan bagaimana Nabi Muhammad SAW yang ditentang hebat kaum musyrikin Quraisy.
Satu kisah popular dalam Sahih Al-Bukhary menceritakan peristiwa Dakwah secara terangan yang diamanat Allah cuba disampaikan kepada kaum Quraisy di Bukit Safa.
Setelah turunnya ayat 214 Surah as-Syu’ara, maka Rasulullah s.a.w pun segera ke bukit Safa dan menyeru dengan katanya: “Wahai Bani Fihr, Bani Aud, keluarga keturunan Quraisy,” Lalu dengan itu, berkumpullah mereka semua, hingga kalau ada yang tidak dapat keluar, mereka menghantar wakilnya untuk mengikuti apakah yang berlaku. Abu Lahab dan sekalian Quraisy pun datang di situ.
Rasulullah s.a.w berkata lagi:
“Wahai kaumku, bagaimana kalau ku katakan kepada kamu kalian, bahawa disebalik bukit sana ada musuh berkuda akan menyerang kamu. Apakah kamu mempercayai kataku itu?” Jawab mereka : “Ya, kami percaya, kerana sebelum ini belum pernah kami berpengalaman, selain dari kebenaranmu.” Maka sambung Rasulullah s.a.w dengan kata-katanya: “Sesungguhnya aku ingin memberi peringatan kepada kamu kalian bahawa azab sengsara sedang menanti kamu.” Maka berkata Abu Lahab: “Celakalah atau binasalah kau diseluruh hari ini. Apakah hanya kerana ini kamu mengumpulkan kami semua?
Al-Quran ialah satu kitab suci bersumber dari Allah disampai insan sehebat Rasulullah SAW dan Hadis pula bersumber dari manusia bergelar Al-Amin iaitu Muhammad SAW dan diriwayat oleh sahabat, tabiin dan ulama hebat. Kedua-dua sumber utama Islam bagaimanapun tetap dipertikai kesahihannya. Musuh Nabi Muhammad melabel Al-Quran sebagai Bohong, palsu, dongeng dan rekaan.
Sejarah pertikaiannya berlaku bersiri-siri hingga ke hari ini. Selain dari puak Yahudi dan Nasrani, Al-Quran dan Hadis turut dipertikai umat Islam sendiri termasuk di Tanah Malaysia.
Kalau Islam itu tidak dipertikai, Syariat Islam sudah lama di praktikkan di Tanah Melayu.
Kalau Al-Quran itu tak diragui, tiada lagi kelihatan ulama ilmuan meminta 'sedekah' dari penguasa.
Kalau Al-Quran itu tidak diragui, muslim termasuk isteri-isteri Bapak Menteri akan kalut mengenakan pakaian syariat seperti tuntutan.
Kalau Al-Quran dan Hadis itu tidak dipertikai, nescaya tak akan terjumpak umat Islam menogok botol arak terutama pada malam-malam pesta tahun baru.
Kalau Al-Quran dan Hadis tak diragui, kaki nombor tak teringinla nak membeli dan mencongak nombor apa yang nak dibeli tiap-tiap minggu.
..Dan kalaulah Al-Quran itu sungguh sepenuhnya digunapakai, pejuang-pejuang Islam Di Tanah Malaysia ni sudah lama tidur Selesa tanpa diganggu UNDANG-UNDANG PENJAJAH ZALIM @ ISA...
Didedikasi buat pejuang yang anti kepada pelbagai AKTA ZALIM TINGGALAN PENJAJAH..
Sejarah mencatatkan bagaimana Nabi Muhammad SAW yang ditentang hebat kaum musyrikin Quraisy.
Satu kisah popular dalam Sahih Al-Bukhary menceritakan peristiwa Dakwah secara terangan yang diamanat Allah cuba disampaikan kepada kaum Quraisy di Bukit Safa.
Al-Quran yang terpelihara hak dan 'originalnya' |
Rasulullah s.a.w berkata lagi:
“Wahai kaumku, bagaimana kalau ku katakan kepada kamu kalian, bahawa disebalik bukit sana ada musuh berkuda akan menyerang kamu. Apakah kamu mempercayai kataku itu?” Jawab mereka : “Ya, kami percaya, kerana sebelum ini belum pernah kami berpengalaman, selain dari kebenaranmu.” Maka sambung Rasulullah s.a.w dengan kata-katanya: “Sesungguhnya aku ingin memberi peringatan kepada kamu kalian bahawa azab sengsara sedang menanti kamu.” Maka berkata Abu Lahab: “Celakalah atau binasalah kau diseluruh hari ini. Apakah hanya kerana ini kamu mengumpulkan kami semua?
Al-Quran ialah satu kitab suci bersumber dari Allah disampai insan sehebat Rasulullah SAW dan Hadis pula bersumber dari manusia bergelar Al-Amin iaitu Muhammad SAW dan diriwayat oleh sahabat, tabiin dan ulama hebat. Kedua-dua sumber utama Islam bagaimanapun tetap dipertikai kesahihannya. Musuh Nabi Muhammad melabel Al-Quran sebagai Bohong, palsu, dongeng dan rekaan.
Sejarah pertikaiannya berlaku bersiri-siri hingga ke hari ini. Selain dari puak Yahudi dan Nasrani, Al-Quran dan Hadis turut dipertikai umat Islam sendiri termasuk di Tanah Malaysia.
Kalau Islam itu tidak dipertikai, Syariat Islam sudah lama di praktikkan di Tanah Melayu.
Kalau Al-Quran itu tak diragui, tiada lagi kelihatan ulama ilmuan meminta 'sedekah' dari penguasa.
Kalau Al-Quran itu tidak diragui, muslim termasuk isteri-isteri Bapak Menteri akan kalut mengenakan pakaian syariat seperti tuntutan.
Kalau Al-Quran dan Hadis itu tidak dipertikai, nescaya tak akan terjumpak umat Islam menogok botol arak terutama pada malam-malam pesta tahun baru.
Kalau Al-Quran dan Hadis tak diragui, kaki nombor tak teringinla nak membeli dan mencongak nombor apa yang nak dibeli tiap-tiap minggu.
..Dan kalaulah Al-Quran itu sungguh sepenuhnya digunapakai, pejuang-pejuang Islam Di Tanah Malaysia ni sudah lama tidur Selesa tanpa diganggu UNDANG-UNDANG PENJAJAH ZALIM @ ISA...
Didedikasi buat pejuang yang anti kepada pelbagai AKTA ZALIM TINGGALAN PENJAJAH..
Labels:
ROKESTRA
SUPAYA SEJARAH KEMBALI SEGAR
Ketika lagi beberapa hari lagi orang Malaysia tanah air ku bakal menyambut dua hari istimewa serentak iaitu Eidulfitri dan Merdeka, tiba-tiba sehari sebelum impian kedua-dua raya jadi kenyataan bergosip disana-sini manusia hal kepincangan riwayat Sejarah sebelum Merdeka. Aktivis PAS, Mat Sabu yang sebelum ini begitu hangat dengan 'waran' Bersih 2.0 nya, sekali lagi laris di media-media perdana dikuasai pemerintah. Petikan kata-kata Mat Sabu pada ceramah beliau 2 minggu sebelum raya berkenaan Mat Indera dan peristiwa Bukit Kepong telah berjaya disensasikan dengan sekelip mata.
Sokongan Mat Sabu tanpa belah bagi buat Mat Indera sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan disamping mempersoalkan peranan Tunku Abd Rahman telah membuat pihak pemerintah terlompat-lompat kemarahan. Pihak pemerintah turut mengajak rakyat sama-sama mengikut rentak anti-komunis mereka dengan menyerang kononnya pengusaha bagi penghidupan semula komunis melalui media-media popular mereka. Rakyat (segelintir yang masih merujuk kitab media perdana) yang sememangnya tension dengan komunis turun-temurun bertindak menyerang dan mengutuk Mat Sabu berminggu-minggu. Pelbagai kenyataan, komentar dan pandangan dari rakyat, ahli Sejarah dan Pakar menghiasi TV dan muka-muka suratkhabar. Ada antara pandangan popular yang mahukan Mat Sabu ditarik hak kerakyatannya.
Antara ahli akademik yang paling 'terlayak' mengomen ialah Prof Khoo Kay Khim. Beliau mengutuk pendapat yang mahukan perbincangan sejarah dikaji semula apatah lagi untuk melabel seorang komunis sebagai 'hero'. Baginya sejarah tidak boleh diubah sama sekali apabila bercakap pada satu forum bertajuk 'Bukit Kepong, siapa wira sebenar' di Ipoh bersama 3 ahli panel yang lain antaranya 2 bekas ketua polis.
Majlis Prof Negara (MPN) kemudian mengeluarkan kenyataan kontroversi melalui Zainal Kling apabila mengumumkan dengan 'selamba' bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Kenyataan ini umpama satu gangguan buat kemerdekaan dan sambutan tahunannya. Baginya British tidak menjajah Tanah Melayu dan mengambil tugas sekadar penaung kepada Raja Melayu. Kenyataan Doktor Sejarah ini kemudian di sokong pulak Tun Mahathir. Satu percubaan tidak baik bagi 2 orang Doktor ini untuk mengajak rakyat bersangka baik dengan British. Cuba memaafkan salah laku British yang sudah membunuh dan menyeksa ulama dan pejuang Islam dahulu. Jadi mereka yang nak sambut merdeka tahun ini terpaksa kaji balik kitab Sejarah Tanah Melayu untuk mengesahkan kesesuaian sambutan kemerdekaan. Yang menilai Tanah Melayu dijajah boleh la pertimbang untuk pasang balik Jalur Gemilangnya.
Beberapa kenyataan dari 'cerdik-pandai' terutama 2 orang Doktor dirujuk sebelum ini merumuskan bahawa Sejarah sememangnya boleh di UBAH. Yang pastinya bukannya semata-mata mengampu pemerintah apatah lagi British. Sejarah hendaklah dibincang, dibahas dan dikaji seadilnya mengikut pelbagai persepsi. Persepsi terbaik adalah melalui periwayat sejarah terbaik. Sejarah berubah tapi kebenarannya tidak boleh diubah. Selagi terdapat bahan yang boleh dipertikai, pakar-pakar patut kembali membuat semakan bagi mengelak kekeliruan.
Kredit sekurang-kurangnya buat Mat Sabu kerana berjaya mengejutkan pakar-pakar Sejarah dari lena yang lama. Bagi yang 'pro-pro' Sejarah tolong jangan sia-siakan tesis yang adakalanya memakan masa bertahun-tahun dengan mengeluarkan kenyataan 'bankrap'. Buat yang baru nak berjinak dengan Sejarah ni la masa untuk mengulangkajinya. Tahniah juga buat rakyat Malaysia yang tiba-tiba jadi peminat Sejarah.

Wednesday, September 7, 2011
ANTARA KOMUNISM DAN NASIONALISM : MANA LEBIH BRUTAL
penyisihan agama |
Satu ketika dulu di Tanah Malaya ni begitu mesra gelaran Komunis sebagai Simbol kekejaman dan keganasan. Kalau dalam sebuah rumah tu diasuhnya isinya oleh ibu bapa/ penjaga supaya menjauhi Komunis. Filem (Bukit Kepong 1958), buku cerita termasuk mainan kanak-kanak watak antagonisnya adalah puak Bintang Tiga ni. Cikgu-cikgu disekolah bersungguh-sungguh mendidik anak murid dengan membawa contoh-contoh jahat idea daripada pihak Komunis ini. Pasukan-pasukan keselamatan di motivasikan kebencian sebagai pencetus semangat anti-komunis. Dalam erti kata lain tergembleng peranan seluruh rakyat Malaysia untuk menjahanamkan koloni Komunis ni.
Pengaruh komunis di Tanah Melayu begitu besar sebelum merdeka terutama kepada orang Melayu. Pengalaman Komunis akibat konflik perang China-Jepun membuatkan mereka begitu benci kepada pendudukan Jepun. Dan Komunis kemudian dilanyak teruk 'kempetai' semasa Jepun menduduki Malaya. Akibatnya Komunis bertukar agresif dan kejam terutama kepada tali barut Nippon selepas tamat Era Jepun.
Selain popular dengan kekejamannya, Parti Komunis Malaya 1930 (PKM) menjadi pencetus bangkitnya kesedaran politik orang-orang Melayu (pada dasarnya gerakan Islah sudah wujud di era 1910-an) untuk mengusir British dan menuntut kemerdekaan. Parti orang Melayu sulung iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan bagi niat yang hampir serupa iaitu menentang penjajahan British disamping menuntut kemerdekaan. Oleh sebab itu apa saja pertubuhan yang anti-penjajah ketika itu (API, PUTERA, Hizbul Muslimin) diklasifikasikan British sebagai berpengaruh komunis. Dan apabila wujudnya UMNO sebuah pertubuhan yang lebih 'sopan', British terus mengharamkan pertubuhan lain dengan alasan berbau komunis.
Pengaruh Komunis menyusut selepas Rundingan Baling 1955. Penolakan tuntutan PKM untuk membentuk parti politik yang diiktiraf menyebabkan mereka masuk kembali ke hutan meneruskan perjuangan secara gerila.
Apabila Komunisme mula lemah dan akhirnya tinggal sejarah di Malaysia, berkuasa pulak golongan Nasionalism yang lebih kurang kejam. Golongan Fanatik Nasionalisma ini tidak membenci British, tidak menolak Kapitalis dan sangat menyukai Hedonisma. Bertambah keji, puak nasionalism ini mengada-adakan pelbagai 'keganasan' berkubu di instituisi Islam terutama sekolah-sekolah aliran Islam. Atas alasan keganasan inilah mereka 'terpaksa' menarik bantuan. Kezaliman kepada Umat Islam lebih teruk diperlakukan. Dan sekarang mereka masih lagi menguasai Malaysia.
menolak agama |
Tanpa usul periksa, hampir 5000 pelbagai unit Polis (UTK, FRU, Komando 69) dikerah mengepung sebuah kampung dengan pelbagai sekatan jalan raya dan bukan hanya tempat pengajian. Dua buah kereta perisai juga digunakan bagi membuat rempuhan. Orang kampung yang juga anak murid terpaksa menggunakan parang, golok dan kayu untuk mempertahankan diri. Perlu diingat serangan ini ditujukan kepada kawasan penduduk kampung, bukannya kubu pengganas. Kampung Memali pada waktu seolah-olah medan perang dengan bunyi tembakan, jeritan mangsa dan tangisan anak kecil juga penduduk kampung.
jangan sembunyikan 'agama' dalam kehidupan |
Labels:
JAMMING SESSION
Tuesday, September 6, 2011
LIGA FUTSAL RAYA SIDANG SENDUK
Menang dan kalah perkara adat bila bertanding. Yang menang mungkin selain mendapat penghormatan, nilai 'rating team' juga akan meningkat. Status player sedikit mahal. Yang tewas walaupun kekecewaan diusung pulang tapi beban kemenangan kurang dirasai sebaliknya tertanggung atas pemenang. Bak kata filosof, mempertahan kemenangan adalah lebih sukar.
Begitulah berakhirnya natijah Kejohanan Futsal Raya Liga Sidang Senduk yang berlangsung di Gelanggang Kaki Futsal Kampung Boyan Taiping. Kejohanan yang berlangsung pada malam Sabtu 3hb September 2011 yang lalu mengangkat pasukan 'Palestin' (gelaran) sebagai Juara Edisi yang Ke 4, naib Johan Kemboja, ke 3 Indonesia dan Somalia ke 4. Kejohanan yang bermula jam 10 malam itu menyaksikan pertembungan sengit jaguh-jaguh Senduk dan selesai jam 12 tengah malam. Pemain beraksi bersungguh-sungguh walaupun setelah sebulan tidak mencium bau bola apabila 'sibuk' beramal di bulan Ramadhon.
Apapun sekalung tahniah diucapkan buat budak-budak muda Senduk kerana berusaha untuk terlibat dalam kejohanan anjuran Sidang Senduk ini. Dimana posisi sekalipun 'ranking', kehadiran budak-budak muda ini boleh dianggap satu kemenangan buat mereka. Dan suatu kemenangan adalah sesuai dengan semangat Ahzab yang sentiasa di sambut setiap tahun pada perayaan Eidulfitri. Tahniah diucapkan buat skuad pengurusan kejohanan diketuai oleh Raden Uki, Amin ( berangkat ke Mesir beberapa hari kemudian) atas penganjuran yang berjaya.
Bila dinilai dari sudut teknikal memang wujud suasana kalah dan menangnya dan layak membawa pulang hamper-hamper tersedia tapi dari sudut semangat ukhuwahnya semua yang terlibat berhak menang.
Tahniah sekali lagi untuk semua..!!
Jumpa lagi pada siri akan datang..
p/s : Tahniah buat bakat-bakat baru seperti Epoi (goli), Daniel, Pak An dan Mat Takir yang sangat menghiburkan.

Monday, September 5, 2011
REFORMASI 'HAPPY FEET'
Ceritanya berkisar berkenaan dengan sebuah masyarakat Penguin di Kutub Utara yang terasing kehidupannya dari dunia luar.
Bermula dengan seekor penguin jantan yang lahir dari komuniti kuno dan konservatif yang mengutamakan
bidang nyanyian sebagai 'akidah' hidup mereka. Suara yang menarik jadi kriteria penting bagi memikat pasangan mereka disamping anti kepada bakat-bakat lain. Apabila lahirnya Mumble iaitu seekor penguin jantan yang mempunyai bakat tarian (ala-ala 'tap dancing'), masyarakat penguin (spesis 'Emperor Penguin') sekitar tidak dapat menerima perbezaan yang berlaku. Mereka ibaratkan Mumble sebagai satu 'sumpahan' buat masyarakat. Kebetulan sejak kelahirannya akibatkan sumber makanan utama mereka iaitu ikan mengalami kemerosotan. Masyarakat penguin mengambil keputusan mem'boikot' keluarga malang penguin tadi.
Apabila dewasa, Mumble yang malang tadi memutuskan untuk meninggalkan masyarakat penguin tadi bagi mencari penyelesaian.
Mumble kemudian bertemu dan berkenalan dengan 4 sekawan 'The Amigos' iaitu satu koloni penguin yang lain 'Adele Penguin'). Masyarakat penguin yang baru dikenalinya telah menerima secara terbuka kehadiran Mumble beserta kisah 'kecacatannya'. Kebetulan kelompok penguin ini sukakan tarian.
Semasa berseronok bersama rakan barunya, Mumble menemui satu gergasi pelik (jentolak) di dasar laut. Bermacam persoalan wujud di kepala otaknya dan menjangka makhluk 'alien' inilah penyebab kesusutan ikan kawasan mereka. Dia kemudian merujuk penemuannya kepada Lovelace (Tok Nujum spesis Adele) atas pertolongan member-member 'Amigos'. Lovelace bagaimanapun tidak bersetuju dengan teori Mumble.
Mumble kembali semula ke Emperor koloni dengan membawa teori 'aliennya'. Dia juga bertungkus lumus memujuk masyarakat supaya menerima bakat tariannya. Dia akhirnya berjaya meyakinkan keluarga dan teman wanitanya walaupun kebanyakan dari masyarakat masih menolak. Noah (orang lama Emperor) mengusir Mumble keluar dari Emperor.
Mumble, Amigos dan Lovelace kemudian berjaya berkomunikasi dengan 'Alien' (dunia manusia). Mereka berdiplomasi dengan 'alien' tadi mengenai kegiatan-kegiatan dunia manusia yang mengakibatkan kepupusan ikan di Antartik yang menjadi sumber makanan mereka.
Reformasi yang dibuat Mumble, rakan Amigos dan keluarganya berjaya menyedarkan masyarakat penguin di kedua-dua koloni (Adele dan Emperor). Masyarakat Penguin perlu keluar dari pemikiran kuno dan kolot untuk perubahan. Penguin-penguin perlu keluar belajar dengan dunia luar bagi memperolehi ilmu yang akhirnya berguna untuk masyarakat.
Ulasan dari petikan filem Animasi 3D
'Happy Feet'
Di TV 9
4 Sept 2011, Ahad

KHOO KAY KIM YANG MENGELIRUKAN
Saya tertarik untuk mengulas wawancara Berita Minggu bersama dengan tokoh sejarawan negara, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim (KKK) yang disiarkan menerusi akhbar tersebut pada 4 September 2011. Sudah tentulah tujuan utama wawancara tersebut ialah untuk membidas Timbalan Presiden Pas, Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai isu Mat Indera dan Bukit Kepong tetapi itu tidaklah menghairankan bagi akhbar yang menyokong parti pemerintah. Saya lebih berminat untuk mengulas jawapan-jawapan KKK yang saya sifatkan secara peribadi sebagai lebih banyak mengundang persoalan daripada merungkaikan jawapan. Misalnya, KKK mempertahankan Tunku Abdul Rahman dan Dato' Onn Jaafar dengan mengatakan bahawa mereka bukanlah pegawai British seperti mana yang didakwa oleh Mat Sabu. Menurut KKK, Tanah Melayu tidak pernah menjadi jajahan British dan beliau berikan alasan-alasan beliau seperti yang dimuatkan di dalam wawancara tersebut. Pandangan ini bukanlah baru, malah disokong oleh hujah-hujah yang berasas. Namun begitu, pelbagai persoalan timbul di dalam benak fikiran saya berkenaan isu Tanah Melayu yang tidak pernah dijajah:
1. Kalau Tanah Melayu tidak pernah dijajah British, kenapa kita diajar sejak di bangku sekolah lagi bahawa British adalah penjajah?
2. Kalau negeri-negeri Melayu (kecuali Negeri-Negeri Selat) ialah Negeri-Negeri Melayu Naungan, mengapa British tidak digelar sebagai penaung?
3. Kalau British ialah penaung sahaja bukan penjajah, kenapa hasil bumi Tanah Melayu habis dikaut oleh British? Kenapa kuasa eksekutif terletak di tangan pegawai British bukannya di tangan istana? Adakah Negeri-Negeri Melayu Naungan benar-benar berdaulat kalau pemerintahannya dikendalikan oleh pegawai British?
4. Kalau 'nasihat' pegawai British di dalam pentadbiran mesti diikuti oleh raja-raja Melayu berdasarkan perjanjian yang telah mereka tandatangani (kecuali di dalam soal agama Islam dan adat istiadat Melayu), adakah ini bukan penjajahan namanya? Kalau ini bukan satu bentuk penjajahan, maka istilah apakah yang selayaknya untuk kita panggil?
5. Kalau British bukan penjajah, kenapa Tanah Melayu perlu dimerdekakan? Lazimnya sesebuah negara yang merdeka akan bebas daripada cengkaman penjajah, tetapi Tanah Melayu ini merdeka daripada cengkaman siapa? Rombongan Kemerdekaan ke London pada tahun 1956 itu tujuannya apa pula?
6. Kalau British bukan penjajah, maka Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau dan sebagainya menentang siapa dan derhaka kepada siapa?
7. Kalau Tanah Melayu tidak pernah dijajah British, adakah segala usaha para pejuang kemerdekaan, baik golongan yang kanan, yang tengah mahu pun yang kiri untuk memerdekakan negara kita tidak boleh dianggap sebagai usaha mengusir penjajah?
8. Yang paling penting sekali, kalau kita betul-betul mahu membezakan status antara negeri naungan dan negeri jajahan, jawablah dengan hati yang jujur, adakah terdapat perbezaan ketara di antara kedua-duanya?
Saya tidak mengajukan soalan-soalan di atas kepada KKK kerana saya yakin beliau pun tahu jawapannya. Tetapi saya mohon supaya kita semua berfikir sejenak, adakah kita semua sedar mengenai fakta yang KKK kemukakan? Adakah fakta ini didedahkan kepada para pelajar kita menerusi mata pelajaran Sejarah mereka? Disebabkan reaksi KKK inilah saya merasakan bahawa ada sesuatu yang sangat, sangat, sangat tidak kena mengenai sukatan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah-sekolah. Sejarah apakah (atau sejarah siapakah) yang sebenarnya diajar di sekolah-sekolah selama ini?
Tulisan : Mohamad Hadi Al-Majwi

Thursday, September 1, 2011
BERKONGSI RAYA DI JOHOR
Seperti Eidulfitri sebelum ini, sekali lagi aku diberi peluang oleh Allah untuk beraya bersama rakyat Johor Darul Takzim. Ya! Ini tahun ke-4 berturut-turut aku beraya di negeri kelahiran Dato' Onn. Pengalaman yang perlu aku telan saban tahun. Aku bermukim di pekan Batu Anam, kira-kira 20 km dari Bandar Segamat.
Kesempatan ini aku ambil dengan terus menyesuaikan diri dengan persekitaran setempat. Esoknya aku berpeluang meninjau kawasan. Aku bersiar-siar ke Bandar Segamat 'milik' YB Kementerian Sumber Manusia. Bandar ni semakin jadi tumpuan bagi umat Islam sebagai persiapan akhir Eidulfitri. Semua tempat sesak, dari kedai basikal, kedai textiles sampai 'hypermarket'. Segamat masyhor dengan Gedung Jakel nya. Bila sebut 'Jakel', bangga la orang sini.
Kalau ke Bandar Segamat aku tidak akan lepaskan peluang menjenguk sebuah kedai buku kecil di kawasan Dataran Segamat. Aku akan singgah walau seketika. Aku akan beli senaskah 'paper' Harakah sebagai tonik motivasi buat diri. Sekurang-kurangnya akan aku miliki Harakah walaupun edisi lama. Aku tau area Segamat ni disitu saja kedai jualannya. Begitulah 'mahalnya' harga Harakah.
Sepanjang aku disini hampir setiap hari aku jelajah pekan Segamat ni. Aku ronda-ronda dengan keluarga aku. Aku perati gaya orang Johor sambut raya dan cuba bezakan dengan orang Utara. Sama saja nampaknya dari segi kalutnya. Kalau lalu tepi rumah orang tu macam biasa ja, bakar lemang, cuci kereta, pasang langsir, sapu sampah dan lain-lain. Kalau malam tu penuh la rumah dengan lampu 'lip-lap' dan pelita. Tapi rumah disini susah kita nak tengok dari tepi-tepi jalan, biasala kampung Felda. Ada satu kampung tu lampu kalimantang dibuatnya lampu jalan. Inisiatif orang kampung la tu rasanya.
Aku menambahkan kegiatan malam dengan menziarah Masjid Jamek Batu Anam atau namanya Masjid Syed Alwi (tak siasat lagi siapa insan ni). Aku diingat jangan pakai selipar lawa-lawa dan juga jangan tinggalkan barang-barang berharga dalam kenderaan sebelum masuk masjid."Ish..Masjid pun dah tak aman lagi." Tapi jenayah curi adalah masalah Global dimana-mana.
Aku meneruskan malam-malam akhir Ramadhon disini dengan berterawikh. Jemaahnya mencecah hampir tiga saf juga (lebih kurang 100 orang) sebelum imam naik ke rakaat ke-9. Satu fenomena biasa di Malaysia. Tapi jumlah 100 org bolehla dikategorikan 'excellent' buar kariah tempatan. Cuma 'stail' bacaan bilal dan makmum agak berbeza yang aku tak boleh terangkan disini. Mereka lebih ringkas. Aku jangka tempoh purata bagi selesai terawikh ialah 30 minit.
Imam terawikh tu aku kenal namanya Abu Seman. Dia yang nikahkan aku 5 tahun yang lalu. Aku cukup cam 'trademark' songkok tingginya. Akan dililitnya serban songkok tersebut jika jadi khatib Solat Jumaat. Semua orang nikah di Masjid Kuala Paya pasti ingat wajah beliau selain mikrofon yang jadi alat akad.
Suka atau tidak, Ramadhon pergi dan Eidulfitri yang dinanti pun menjelang. Ini realitinya. Selepas makan sikit (yaka makan sikit ni..) paginya, aku ke masjid Syed Alwi. Orang dah ramai terutama jemaah lelaki. "Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamdu!. Tok Khatib kali ni menceritakan perihal perpecahan umat Islam yang serius dalam kuliahnya. Aku sangat faham maksud khatib tadi. Perpecahan ummah boleh akibatkan kemerdekaan negara terancam.
Selesai Solat Eid, aku dan keluarga mulakan aktiviti kunjung mengunjung. Ada 2,3 rumah wajib bagi setiap tahun untuk kami sekeluarga. Aku mula dapat agak senarai rumah-rumah tadi. Macam biasa, 'taaruf' adalah satu acara biasa pemula sesi seterusnya jamuan makan. Menu makanan sah-sahla beza. Kat sini nasi impitla jawabnya (cicahnya kot-kot lain sikit). Orang disini tak berapa pandai makan ketupat daun palas. Makanan yang 'basic' pulut ni kurangla.
Yang laki duduk setempat, kaum hawa dan kanak dengan kelompok masing-masing. Kaum lelaki biasanya bersembang topik isu semasa. "Mat Indera, Komunis yang lawan polis tu dikatanya hero?". Rasanya inilah yang terhangat untuk edisi Eidulfitri kali ni. "Patutnya Mat Sabu tu ditahan je ISA sebelum raya ni". Aku hanya diam ketika semua orang mula emosi mengeluarkan hujah masing-masing. "Ni la puncanya bila tiada asas Sejarah.." sambung seorang lagi 'panel' nampak sedikit warak dengan kopiah tersemat di kepala. Ada ketikanya isu setempat jugak keluar macam-macam pertandingan Kampung Tercantik. Kadang ada juga yang mengkritik akan penyelewengan, rasuah dan kronisme penguasa samada tempatan atau negara. "Jangan sampai diikut jejak Anwar Ibrahim sudahla..Si Barua tu ada dana dari luar negara"..
Mata aku terpandang akhbar Utusan Malaysia diatas meja utama di rumah. Aku membelek-belek tajuk utama dan mendapati tiada satu pun ruang khas bagi Mat Sabu (kalau pun dia bersalah) untuk mempertahankan diri. UM umpama naskah rujukan utama orang disini. Aku sedar rakyat Johor masih lagi tebal semangat kemelayuannya. Kalau Timbalan Presiden PAS tu datang ke Johor masa ni tak tau la apa jadinya. Aku kemudian terus 'googgle' cerita Mat Indera.
Hari kedua Raya aku mula memikir untuk balik ke Perak. Raya yang lepas aku sempat ziarah 2,3 rumah sedara mara. Kali ini aku ambik 'cuti sebelum'. Memang ketara perbezaan gaya sambutan. Kekadang aku fikir jika diperhalusi tiada beza besar dan jelas sambutan perayaan sama ada di Perak atau Johor.

Subscribe to:
Posts (Atom)