VOCALIST

Monday, August 13, 2012

TAUBAT BUKAN TAU BUAT

Sesuatu perkara yang melibatkan manusia dengan Allah bukan boleh dibuat main-main. Taubat adalah satu perlakuan dari hati yang tatacaranya mesti bersifat bersungguh-sungguh. Taubat melibatkan penyesalan bersungguh, harapan dan keazaman.

Terdapat satu teladan menarik mengisahkan 'dua anak-beranak', ayah dan anaknya. Keduanya menyedari selama ini hidup mereka penuh dengan dosa. Dan suatu hari..

"Awang (bukan nama sebenar).."
"Ya pak.."
"Semenjak kita hidup ni, dah terlalu banyak dosa kita buat. Pak rasa kita kena taubat.."
"Apa kata kamu cari seorang ustaz dan tanya perihal bagaimana langkah-langkah untuk bertaubat."

Walaupun Awang masih ragu-ragu dengan keseriusan dan kejutan ayahnya itu, namun dia akur. Beliau kemudian segera bergerak untuk tujuan itu. Kebetulan sebuah surau menganjurkan satu ceramah agama di'area' kampungnya. Dan kebetulan isu diutara penceramah tersebut juga ialah berkenaan perkara taubat.

"Taubat itu kamu memohon keampunan secara serius kepada Allah SWT, menyesal dan berazam untuk tidak mengulanginya." Seru ustaz kepada jemaah bersungguh-sungguh.

"Macam senang.."Bisik Awang perlahan. Dia pun segera pulang apabila orang surau mula memandang pelik padanya. Maklumlah lama sungguh tak kesini.

"Cara ustaz tu memang senang tapi, aku ada idea yang lagi mudah untuk bertaubat..! Jom..." Pak Abu masih berahsia. Dengan menunggang 'motocup' petak Honda C-70, dia membawa Awang ke suatu tempat dimana mereka berhenti disebatang sungai di hujung kampung.

"Kita akan cuba mencuci taubat disini. Siapa nak terjun dulu?" Soal Pak Abu.

"Lebih afdol Pak terjun dulula. Orang lama.." Hujah Awang.

Pak Abu terus terjun kedalam sungai yang paras airnya mencecah 2 meter dari dasar sungai. Lagi tenggelam lagi bagus. Pak Abu dilihat terjun dengan kaki terlebih dahulu mencecah muka sungai.

Nasib Pak Abu tak berapa baik. Kain sarung jenama Kerusi Gajah yang dipakainya tersangkut pada batang kayu jerai yang ada didasar sungai tersebut. Agak lama Pak Abu bersilat dengan kayu lama itu, sebelum akhirnya berjaya melepaskan diri. Nasib baik Pak Abu pernah belajar beberapa teknik pernafasan sebelum ini. Hampir 15 minit beliau didasar sungai.

"Wah!! Lama betul Pak bertobat..!" Lega jugak Awang bila lihat Pak Abu timbul.

"Dibawah tadi, aku jumpak geng lama, diajaknya aku pekena teh tarik dengan capati.. Tu yang lambat sikit.."

"La ni.. Kamu terjun pulak.."

Awang pun bergerak perlahan ke 'platform' terjunan. Lagak penerjun Olimpik. Selepas menarik nafas panjang, Awang pun terjun.

Sudah pasti terjunan Awang adalah jauh lebih baik dari ayahnya. Awang sempat melakukan dua kali 'summersot' sebelum bahagian kepalanya mencecah muka air. Jarak antara muka air ke tapak terjunan kira-kira 10 meter, memang dah taraf Olimpik.

"Blup!!.." Kecil percikan air hasil kemahiran Awang.

"Wow!! Sebijik macam iklan Digi..Betul-betul real.."Bisik Pak Abu.

Nasib Awang juga tak baik. Kepala yang terjunam tadi singgah dikayu yang sama milik ayahnya tadi. Sepantas kilat Awang bingkas naik semula kedarat. Jelas bertelur paras dahinya.

"Ni semua Pak punya kerja!.."Keluh Awang kesal.

"Tadi teh tarik dan capati Pak tak dibayar lagi. Mamak baling pinggan ke dahi aku. Tengok dahi aku ni..!" Awang menunjuk kesan didahinya.

"Kira okey la tu Awang. Maknanya dosa kita berjaya dicuci.."

Jelas disini penyelewengan prosedur taubat yang dibuat kedua-dua beranak ini. Walaupun mereka memiliki matlamat yang baik tapi langkah mereka tetap menyimpang. Segalanya berpunca dari jahilnya mereka berkenaan ilmu. Dan akhirnya sia-sia hasrat mereka.

No comments:

Post a Comment