Tidak boleh dinafikan Ramadan begitu istimewa buat hampir semua umat Islam. Ramadan begitu ditunggu-tunggu. Ia menjadi tapak bagi memungut seberapa banyak manfaat. Bilanya ditanya azam, jawapan popular diberi semestinya harapan 'Ramadan yang lebih baik'.
Bagi yang menyedari kedatangan, dibuatnya persiapan khas sebelum tiba ke pintu Ramadan. Diperbaharuinya azam, difokuskan matlamat dan disenaraikan beberapa langkah bagi mencapai kebaikan Ramadan itu. Macam nak bermusafir jauh, bersiapla beg pakai yang nak diguna.
Transit 1
Bagi yang 'terer' dan bijak menggunakan manfaat, Ramadan dijadikan 'base' untuk menggandakan seberapa banyak amalan. Kalau dulu terawikh buat 8, kali ini walaupun kekal 8, ditambah lagi dengan tadarus Al-Quran. Dulu baca Al-Quran sehari semuka, kali ini berganda 'se' lagi. Dulu tak minat tazkirah, kali ini mencari-mencari tazkirah. Ertinya wujud peningkatan diinginkan Allah SWT. Ini 'team' cemerlang, insyaallah.
Transit 2
Ada jugak kumpulan yang 'biasa-biasa'. Setiap tahun sama amalannya. Mereka jugak bijak dan berstrategi. Hingga memiliki personel 'Ramadan planner' khusus. Mereka juga ada skala amalan tersendiri. Awalnya terawih, tengahnya 'shopping raya' dan akhirnya buat kuih.
Mereka sedar kedatangan Ramadan tapi tak manfaatkan tawaran peningkatan. Merekalah 'fenomena' yang buatkan pihak AJK berbalah setiap kali mesyuarat. Pening sama ada nak besarkan atau nak kecilkan ruang solat. Kalau dicongak jemaah awal Ramadan, safnya mampu mencecah area tandas.
Transit 3
Kumpulan ini jenis yang langsung tak 'alert' akan kehadiran Ramadan (atau buat-buat tak perasan). Sangkaan mereka semua bulan (Islam) sama, tiada teristimewa. Walaupun konsisten puasanya tapi bila Allah SWT buat promosi dan 'sale' sana sini, mereka gagal tersentuh. Oleh sebab tu, auratnya sama tak bertutup, rasuah masih macam biasa, mencuri tak tinggal dan berkekasih pun tak berhenti. Bayangkan iftar dan sahur pun bersama kekasih. Ini golongan yang Jibril sebut kepada Nabi SAW "“Celaka orang yang berlalunya Ramadan, tetapi ia tidak diampuni dosanya..[HR Bukhari]
Transit 4
Kumpulan ini juga ada azam Ramadannya. "Kita nak makan kat mana bulan puasa ni?". Belum dibuka pintu Ramadan, mereka dah persoal tempat untuk melanggar arahan Allah. Mereka sangat gila dan bahaya. Dihinanya Ramadan melalui kerja-kerja yang diketahui jelas dan keras larangannya. Bertambah teruk, Ramadan seolah-olah semakin menarik untuk memfitnah dan memutuskan ukhuwah Islam. Mereka bakal dilaknat Allah SWT.
Transit mana yang dipilih bergantung kepada tahap bijaknya kita membuat penilaian. Bagaimana bijaknya kita melihat kebaikan. Barulah istilah 'Ramadan yang lebih baik' bermakna bagi kita. Dan taqwa yang diburu akan menunggu dihujung Ramadan.
Rujukan : Kompilasi kuliah-kuliah sepanjang Ramadan.
No comments:
Post a Comment