VOCALIST

Tuesday, August 21, 2012

SIJIL MAGHFIRAH

Kegembiraan hakiki pada hari raya hanyalah milik orang yang berjaya pada bulan Ramadan, iaitu mereka yang berjihad dengan mengekang hawa nafsunya pada siang serta orang berjaya menahan kantuk dengan membaca Al-Quran dan menunaikan solat pada waktu malam.

Dan bagi orang yang berpuasa ada dua macam kegembiraan: Pertama ketika dia berbuka dan kedua ketika dia bertemu dengan tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum dari bau kasturi" ( Sahih Muslim 1118 )

Merekalah penerima anugerah 'sijil maghfirah' pada malam raya dan layak bergembira pada hari raya. Orang selain daripada mereka hanya dapat merasakan kegembiraan palsu yang bersifat sementara.

Sedang satu kelompok sibuk begembira dengan bertakbir dan bertasbih, orang-orang yang baginya kegembiraan palsu, mereka memenuhi raya dengan seronok bercampur dengan bukan muhrim, berseksi dalam pakaian dan leka dengan hiburan penuh seleweng.

Ibnu Rajab Al-Hanbali berkata: "Pada malam raya, 'sijil' pengampunan dan pembebasan dari neraka diagihkan kepada semua hamba Allah yang taat. Sesiapa yang berjaya mendapatkannya, maka 'eid' baginya. Sesiapa yang tidak mendapatkannya, maka dia terusir jauh."

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kumpulan yang memperolehi rahmat dan pengampunan Allah sepanjang bulan Ramadan sehingga kita layak berhari raya bersama-sama orang-orang yang dicintai.



No comments:

Post a Comment