Pada sisi lain, Islam datang membawa maksud kemerdekaan dengan lebih jelas dan jitu. Sepertimana ungkapan Saiyidina Ruba'i Bin Amir, panglima tentera Muslim dihadapan Rustum, raja Parsi dengan ungkapan emas berikut:
"Kami datang untuk membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada menjadi hamba kepada Allah SWT. Juga membebaskan mereka daripada kesempitan dan kezaliman kepada keluasan dan keadilan Islam."
Kemerdekaan sebenar dalam Islam adalah apabila kita bebas daripada menjadi hamba kepada manusia dan makhluk lain (termasuk harta, duit, kerjaya, organisasi, fikrah, ideologi dan sistem) untuk menjadi hamba kepada Allah SWT semata-mata. Kemerdekaan dalam Islam bukanlah kemerdekaan mutlak sepertimana fahaman barat (tanpa had/free-thinker), tetapi dengan berlaku adil kepada diri melalui panduan (syariat) Allah SWT.
Seorang remaja sebenarnya tidak dikira 'merdeka' apabila mencabul kemerdekaan diberi orang tuanya bila tanpa batas bergaul dikonsert dan pesta-pesta maksiat. Walaupun dilihat merdeka tanpa 'gangguan' bebelan ibu bapa, namun masih tersekat kebebasan mereka melalui ideologi hiburan ciptaan manusia (barat) yang jelas terpesong.
Seorang 'mantan' hamba kepada manusia Bilal Bin Rabah ('Utbah Bin Rabi'ah) membuktikan beliau hamba yang benar-benar merdeka apabila bebas daripada perhambaan kepada manusia kepada Allah SWT. Dan beliau seterusnya mengangkat kualiti iman dan takwanya sebagai hamba Allah SWT yang sebenarnya.
Ironinya, selagi kita menjadi hamba kepada Allah SWT, kita sebenarnya telah merdeka. Ketika kita tidak lagi meletakkan diri sebagai hamba Allah SWT, maka kita telah hilang kemerdekaan dan kebebasan kerana kita telah jatuh dan merendahkan diri menjadi hamba kepada makhluk lain. Harga kemerdekaan kita dinilai pada tahap kehambaan kepada Allah SWT. Apabila kehambaan kita ('ubbudiyah) semata-mata kepada Allah SWT, bermaksud kita telah mengangkat tinggi darjat diri mengatasi ketundukan kepada makhluk lain.
"SELAMAT MENGHAYATI MAKSUD & MENYAMBUT MERDEKA", Sempena Ulangtahun KEMERDEKAAN KE-55 Dari SIDANG SENDUK..
No comments:
Post a Comment