VOCALIST

Thursday, April 28, 2011

PESAN USTAZ : INTRO FIQH SIRAH

Kisah Palsu Tsalabah

Tsalabah adalah anggota Skuad Perang Badar yang jumlahnya 313 orang terlibat bertempur dengan puak Quraisy. Orang yang sesuai tarbiyahnya saja yang dapat membarisi skuad ini yang mana anggotanya terdiri dari sahabat terawal Islamnya dan 'tip-top' istiqamahnya.
Tsalabah kononnya engkar syariat Zakat. Ihsan pemberian Rasulullah SAW untuk beliau apabila mengalami kesusahan selepas Peristiwa Badar membuatkan Tsalabah dituduh kurang dan lupa solat jemaah seterusnya enggan membayar zakat.
Kisah palsu ini direka golongan tertentu yang telah sah sesat untuk memburukkan sahabat Nabi SAW yang perjuangan mereka tak perlu dipersoal.

Hadir Majlis Ilmu

Oleh itu hadir majlis ilmu wajib bagi setiap muslim (sabit hadis tolabal ilmu). Pelbagai tawaran dan ganjaran sama ada langsung atau tak, disediakan. Penuntut ilmu mempunyai tingkatan special disisi Allah.
Ilmu mengenal Allah dan Rasulnya adalah antara yang terpenting. Orang Islam asas utamanya kena kenal cinta Allah dan Rasulullah. Bagaimana? Lebih cinta kepada Allah maknanya lebih takwa kepada Nya.
Semulia-mulia disisi Allah adalah yang paling bertakwa..

Mukadimah Fiqh Sirrah

Umat Islam hendaklah menanam kecintaan kepada Rasulullah SAW. Tanam azam untuk cintai Nabi umpama sahabat. Hadis dan Sunnah Tinggalan baginda perlu diketahui bersungguh. Disinilah gunanya Fiqh Sirah untuk yang nak mula dan nak menambah kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Selawat Atas Nabi

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]

Hadis sohih yang menceritakan 'extra' istimewanya umat Muhammad SAW jika selalu berselawat kepada Baginda Nabi.
Kisah Ulama Sufyan AsSauri dengan mayat Ayahnya antara 'power' secara langsung selawat. Bagaimana Efek langsung diterima mayat Ayahnya hasil banyaknya selawat. Wajah mayat Ayahnya kembali putih dan lebih sinarnya setelah Sufyan AsSauri terjaga dari mimpi bertemu Rasulullah.

Tarikh : 27hb April 2011
Masa  : 8 Pm ( lepas solat Maghrib)
Muallim : Ustaz Ahmad Fariz
Kitab      : Fiqh Sirrah
Tempat.  : Surau As Somadiyah, Kg Senduk
Kehadiran : +/- 80 orang
Kutipan : RM 39

P/S - teks ini berbentuk ulasan, versi asal kena pergi sendiri kuliah

No comments:

Post a Comment