VOCALIST

Friday, April 15, 2011

BAB 2 : ERA ISLAM DI JANJI MENANG

Kebangkitan Islam

Ketua perencananya ialah Iblis Laknatullah dan pelaksananya sudah tentu zionis. Selagi manusia tak berjaya disesatkan, selagi itu mereka akan berperanan.

firman Allah SWT yang maksudnya : “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (yang telah terpesong itu).” (al-Baqarah: 120)

Pejuang Islam memperlihatkan kebangkitan 200 tahun selepas kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Bibit kebangkitan di Tanah Melayu mula dilihat dengan lahirnya legenda-legenda pejuang Tanah Melayu. Walaupun sejarah menganggap pejuang tadi membawa agenda bangsa Melayu tapi realitinya mereka adalah Tok-tok guru kampung yang berjuang atas dasar Islam. Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau dan Dol Said rata-ratanya berlatarbelakang agama dan perjuangan mereka adalah demi mempertahan kesucian Islam. Pejuang Islam ini tidak rela dijajah oleh Barat yang membawa agenda zionis yang bakal menghancurkan akidah umat Islam. Keputusan untuk mengangkat senjata adalah kaedah paling praktikal. Para Pejuang Islam tadi akhirnya gugur syahid. Petanda awal kebangkitan Islam Tanah Melayu.

Diawal 1900 an, orang semakin sedar peri pentingnya pendidikan Islam. Waktu ni, para pendakwah kebanyakannya adalah graduasi Al-Azhar Mesir, Makkah dan Tok-tok guru pondok. Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh Al Hadi, Abbas Taha dan Tok Kenali antara nama-nama yang sinonim dengan Gerakan Islah Tanah Melayu. Mereka berperanan menyedarkan masyarakat Melayu tentang kehidupan beragama. Madrasah dan pondok didirikan khas untuk memberi pendidikan kepada umat Islam. Mereka juga pelopor kepada idea penerbitan pelbagai bentuk bahan bacaan ilmiah contohnya 'Al-Imam dan Saudara.

Pusat-pusat ilmu, pondok dan madrasah inilah yang akhirnya melahirkan tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin Helmy, Pak Sako dan Ahmad Boestamam yang bertanggunjawab  me'reformasi'kan umat Islam kearah kemerdekaan dari Penjajah British. Setelah dihidu peranan mereka, pihak British terus mematikan karier dengan mencipta pelbagai 'konspirasi'. Hasilnya mereka ditangkap, dipenjara dan dibuang daerah.

Walaupun pelopor ini cuba 'ditiadakan' oleh pihak pemerintah pada ketika itu namun idea kesedaran yang dirintis telah mekar dan mempengaruhi kebangkitan di era 70 an. Kalini watak tersebut telah 'ditransformasikan' kepada pelapis baru dipelopori pelajar institusi pengajian tinggi. Angkatan Belia Islam (ABIM) adalah NGO sulung yang merintis kebangkitan era ini. Mereka juga dipengaruhi gerakan Ikhwanul Muslimin Mesir bertunjangkan tokoh hebat seperti Syeikh Muhamad Abduh dan Hasan Al-Bana. Ketika inilah lahir insan reformis bernama Anwar Ibrahim. Pakatan ini mewakili aspirasi umat Melayu yang berasa ditindas oleh penjajah ala baru yang mewarisi sistem kolonial. Pemerintah yang tetdesak akhirnya terpaksa menggunakan pelbagai Akta bagi menghalang kebangkitan rakyat Melayu. Pejuang-pejuang ini akhirnya ditangkap dan dipenjarakan.

Hari ini aura kebangkitan Islam tercetus lagi dan sekali lagi berkiblatkan gerakan Mesir. Golongan muda mengetuai rakyat Mesir bangkit melawan penindasan Rejim Hosni Mubarak. Kebangkitan kali ini merebak ke negara jiran seperti Tunisia, Yaman, Libya dan Algeria. Kebangkitan diusahakan ini sekali lagi cuba di gagalkan oleh kuasa kuffar. Namun begitu, keadaan demokrasi yang semakin dihimpit pemerintah menyebabkan kebangkitan rakyat semakin sukar digugat. Walaupun pejuang Islam sentiasa ditekan dan disekat, roh perjuangan tetap menjalar ke dunia seluruhnya.

Ulama, pemikir dan pejuang sentiasa optimis bahawa sifat Islam tetap berada pada posisi kemenangan. Islam disejarahkan mengalami jatuh bangun dari zaman ke zaman dan hebat disulam pelbagai rancangan fitnah. Namun Islam akan kembali bangkit pada satu-satu era dengan mantap bergaya. Rasulullah telah menyemai benih tarbiyah yang mendasari etika pejuang-pejuang Islam.

Ustaz Dr Jamnul mengakhiri kuliahnya dengan menyebut maksud ayat Allah " Mereka membuat perancangan, Allah juga mempunyai perancangan dan Allah adalah sebai-sebaik perancangan'

No comments:

Post a Comment