VOCALIST

Sunday, April 17, 2011

PUAKA HANTU RAYA

Menjelang Raya

Mereka melaungkan keyakinan akan mempertahankan kuasa.
Katanya mereka sudah membuat perubahan.
Rakyat tidak patut pertikai sumbangan mereka selama ini. Pembangunan demi bangunan telah disaksi.
Ada setinggi-tinggi bangunan dan serendah bangunan.
Jalan raya tak putus-putus, tiada hujung dan tiada pangkal.
Air dan api terus menerus dinikmati hingga ke dapur rumah. Rakyat miskin bagai sudah pupus.
Semua orang dapat rasa nikmat hasil mahsul negara.
Jenayah? Jangan dipertikai. Staf keselamatan direkrut pesat dan ketat. Nisbah penjenayah dan penguatkuasa dalam angka 1 : 2, sorang penjenayah di pantau dua pencegah jenayah. Balai polis di'upgrade' seumpama kompleks beli- belah..lawa dan besarnya.
Penjenayah tak boleh cari rezeki kalau macam ni hebat 'security' nya.
Universiti dan institusi pengajian belambak. Nak memilih mana satu pilihan hati pulak yang susah. Ishh!! Mewahnya hidup. Apa lagi mau, semua tersedia

Menghantui Pilihanraya

Walaupun semua sudah ada, kita tambah lagi kemajuan. Kita bina lagi masjid, sekolah, balai raya, jalan raya. Rumah-rumah akan dibina, rakyat tak payah bayar apa. Pecah tanah sana sini, projek sesak dan terdesak namanya. Duit? Jangan khuatir..setakat RM10 ke RM50 kita tabur saja, tapi yang mintak banyak sangat dan tak tau jumlahnya, kita tulis di kertas dulu.
Asalnya 'cute' gila
Kalau jalan tiada, berlubang. No problem..Akan dibuat, diturap baru. Yang baru buat pun kita 'to-up' lagi selapis. Bukan saja longkang atau parit tersumbat boleh disetelkan, nak korek buat sungai lain pun boleh.
Ooh! Semua rakyat kena celik IT.
Walaupun 'karan' ada rumah yang tak rasa lagi, kita beri Wi-Fi free.
Orang Islam mesti kehadapan sesuai dengan agama rasmi.
Masjid akan dibina lagi dan target 1Rumah 1Masjid bakal dicapai.

Akhirnya...Melepas..

Kemenangan membuktikan rakyat masih lagi menyokong perjuangan kita.
Rakyat mahu kekal. Haa!!  Rakyat mahu kekal? Disebabkan rakyat mengekalkan yang asal jadi kita terpaksa 'post-pone' semua rancangan. Janji macamana?Kita tidak mengamalkan budaya rasuah. Terima kasih kepada yang bijak memilih.

No comments:

Post a Comment